Saturday, August 20, 2011

A131715 Phillip Goh Jit Tong LJ04


Perihal kuliah Rabu lepas menyentuh bab teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Dr Zamri menghuraikan butir-butir tugasan 2 melibatkan komponen penulisan dan pembentangan kertas kerja. Pada asalnya, Dr Zamri memutuskan untuk mengehadkan 5 orang pelajar bagi setiap kumpulan, namun berkat usaha dan hasil penulisan LJ mingguan kami yang memuaskan, Dr Zamri telah bercadang mempertimbangkan semula bilangan ahli, maka hatta akhirnya mengikut ahli kumpulan PBL masing-masing seramai 10 orang. Selain itu, bebanan tugasan 2 turut dikurangkan daripada 20% kepada 10% markah peperiksaan akhir semester. Untuk komponen penulisan, hasil kerja sebanyak 10 halaman perlu disiapkan iaitu 2500 patah perkataan, tidak termasuk lampiran, menggunakan TNR 12, 1.5 spacing. Cadangan-cadangan tajuk yang berjaya menarik minat kumpulan saya termasuk emosi yang digarap melalui drama-drama Korea.  Bagi pembentangan kertas kerja pula, Dr Zamri mengkehendaki supaya setiap kumpulan merakamkan pembentangan menggunakan fungsi 'Record Narration' dalam Powerpoint. Fungsi screencapture Camstudio dan Camtasia boleh juga digunakan untuk menggantikan 'Record Narration' melibatkan multimedia selain PPT seperti klip video Youtube. Markah bonus akan diberikan jika perisian screencapture digunakan dimuat naik dalam Youtube.

Apakah perbezaan teori evolutionari yang dipelajari pada minggu-minggu sebelumnya dengan teori FKP ini? Teori evolutionari hanya berkisarkan asal-usul, struktur dan ekspresi emosi tanpa memberitahu kita tentang perkara yang menghiburkan mahupun menyedihkan kita. Ia juga gagal memberitahu pembaca mengenai turutan peristiwa berkaitan perasaan yang dialami, jalinan hubungan antara tahap kognitif dan pengalaman emosi subjektif seseorang, dan hubungan emosi dengan tingkah laku orang. Tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan teori wujud kerana sesetengah tokoh menekankan kepentingan satu-satu komponen relatif kepada yang lain, sungguhpun demikian, kesemuanya berpaksikan satu konsensus yang merangkumi komponen berikut (Klaus Scherer, 1982)– perasaan subjektif, penilaian kognitif, kebangkitan fisiologikal, ekspresi motor pergerakan fizikal tubuh, kecenderungan motivasi. Walaupun sebelum ini dikatakan bahawa emosi mempunyai pandangan kognitif dan pembelajaran, segelintir tokoh memberatkan unsur fisiologi iaitu peranan otak dan sistem saraf dalam teori mereka.

Teori James-Lange
Teori fisiologikal pengalaman emosi yang paling awal diutarakan oleh W. James dan disokong oleh Lange dan seterusnya dinamakan James-Lange theory.  Teori ini berasaskan hipotesis reaksi fisiologikal terhadap rangsangan mencetuskan emosi dan menyebabkan kita merasainya. Contohnya, sewaktu membuka kertas soalan peperiksaan, saya mengalami ketegangan otot, denyutan jantung bertambah pantas, berpeluh, dan kekeringan mulut yang menyebabkan lahirnya perasaan takut dan bukan sebaliknya.



Teori Cannon Bard
Teori James-Lange menerima cabaran daripada Teori Cannon-Bard yang mengkritik hipotesis yang diketengahkannya. Fahaman Cannon ialah tindak balas fisiologikal terhadap rangsangan adalah lebih lambat berbanding respons emosional yang ditunjukkan seseorang, oleh yang demikian, kesan respons emosi akibat tindak balas fisiologi tidak benar. Daripada pengetahuan am saya yang menyokong teori Cannon, perubahan fisiologi terutamanya yang melibatkan hormon tidak akan dapat berlaku dalam jangka masa yang singkat kerana tindak balas hormonal mengambil masa untuk memanifestasikan kesannya. Ada juga isu yang dikemukakan yang menimbulkan kemusykilan kerana Cannon berpendapat bahawa seseorang yang tidak mempunyai sistem saraf masih berpotensi melahirkan emosi, seperti seseorang yang menjalani pembedahan gastrektomi. Dengan rakannya Phillip Bard, lahirlah Teori Cannon-Bard yang menyatakan bahawa rangsangan menghasilkan impuls elektrikal yang melalui urat saraf badan ke sistem saraf utama di otak dan impuls motor yang dijana akan menjadi respons fisiologi dan emosi. Teori ini selari dengan konsep yang dipelajari pelajar-pelajar pada masa ini dan mengunjurkan konsep bahawa respons datang selepas emosi.

Teori Psikobiologikal
Menyatakan bahawa emosi asas seseorang bergantung kepada litar saraf tertentu. 4 emosi asas ialah takut, marah, panic, dan penjangkaan. Mengikut pendapat Panksepp, bahan neurokimia yang berbeza menghasilkan emosi yang berlainan kerana melibatkan sistem kawalan emosi yang tidak sama. Contohnya, neurotransmitter dopamine dikaitkan dengan sistem penjangkaan manakala Acetylcholine berkaitan dengan emosi marah dan ini dikaitkan dengan sistem limbik yang melahirkan emosi. Namun, Magda Arnold (1960) mempersoalkan kewujudan dan lokasi litar-litar saraf yang mengawal emosi tertentu di dalam otak. Begitu juga dengan James Arevill (1982) yang tidak bersetuju dengan litar litar tidak fleksibel yang tidak dapat menjadi asas neurobiologikal kepada emosi.    

Teori kognitif pula merupakan gagasan para tokoh moden yang berpendapat bahawa  kognisi dan pemikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan menangani emosi.  Antara teori yang diketengahkan termasuk Schachter's cognitive labeling theory, misattribution, transfer of excitation, dan cognitive appraisal theories.

Schachter's Cognitive Labeling Theory
Schachter bersetuju dengan Teori James-Lange daripada urutan rangsangan kepada perubahan fisiologikal dan akhirnya emosi dengan tambahan labeling kognitif yang melibatkan respons fisiologi.  Interpretasi respons fisiologi dikaitkan dengan isyarat situasi dan pengalaman lepas. Tanggapan tentang sesuatu situasi rangsangan akan menyebabkan kita mengaitkannya dengan emosi-emosi tertentu. Contohnya, seseorang yang bersama dengan lelaki kacak atau wanita ayu akan mengalami degupan jantung yang kencang dan pernafasan yang cepat yang menyebabkannya melabelkan emosinya sebagai keinginan dan hawa nafsu seksual. Tetapi dalam situasi di mana kita ditahan polis untuk sesuatu kesalahan, ia hanya dilabelkan dengan ketakutan. Ini ialah labeling kognitif yang tidak terdapat pada Teori James-Lange. Walau bagaimanapun, kajian Schachter menerima kritikan kerana didapati membuat andaian bahawa kebangkitan menyeluruh akan menyumbang sama rata kepada semua jenis emosi. Dia turut dikritik kerana perubahan fisiologikal yang dimaksudkannya selalunya dikaitkan dengan emosi negatif. CLT juga hanya berlaku sahaja dalam menghadapi situasi yang baru melibatkan kebangkitan sederhana. Pelabelan kognitif pula selalunya dikaitkan dengan pengalaman lepas dan jarang kalinya dengan situasi novel. Selain itu, CLT membuat generalisasi bahawa semua emosi adalah berpunca daripada proses neurokimia yang sama dan hal ini terbukti salah.

Misattribution
Teori salah tanggapan ini berlaku selepas CLT. Teori ini menyatakan bahawa salah tanggap emosi boleh berlaku kerana ia mungkin disebabkan punca sumber emosi dan bukannya sumber bukan emosi. Contohnya, wanita mengalami PMS iaitu selama dia mengalami perubahan emosi disebabkan fisiologi badan. Wanita tidak mempunyai kawalan terhadap emosi negatif apabila mengalami PMS. Kita sering salah tanggap yang emosi mereka adalah kerana PMS walaupun ada daripada wanita tidak mengalaminya.

Transfer of Excitation
Berpendapat bahawa kebangkitan daripada satu punca boleh melibatkan kognitif dan reaksi yang berlainan. Contohnya ialah 'Crossing the Bridge' Study dan 'Riding An Exercise Bike' Study.  Dalam 'Riding An Exercise Bike' Study, separuh daripada peserta kajian dikehendaki menaiki basikal senaman sehingga letih dan kemudian dimaki. Didapati bahawa keletihan kebangkitan perasaan daripada bersenam telah dipindahkan kepada kemarahan akibat makian tersebut.

Cognitive Appraisal Theory
Teori ini menekankan kepentingan kognitif berbanding yang lain dan dipelopori oleh Arnold dan Lazarus. Mengikut Lazarus, ia dibahagikan kepada 3 komponen iaitu, penilaian kognitif, desakan tindakan, dan pola reaksi tubuh. Seterusnya, ia ada menyatakan bahawa terdapat mekanisme untuk menghadapi stress melalui 'coping processes' untuk mengawal stres. Melalui mekanisme tersebut, ada palliation/ menenteramkan diri dan direct action/ tindakan langsung.  Palliation bermaksud kita mengadaptasikan reaksi kita selari dengan situasi. Contohnya, mengurangkan stres dengan mempercayai kebolehan kita atau mencuba melupakan sesuatu yang memberi tekanan kepada kita dengan melakukan senaman riadah. Kaedah yang kedua pula ialah dengan bertindak dengan menghadapi situasi pengalaman emosi tersebut. Contohnya, apabila menghadapi keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan, kita boleh berusaha untuk meningkatkan pencapaian pada masa akan datang (direct action) atau memujuk diri bahawa ia tidak seburuk yang disangkakan memandangkan banyak kawan lain yang turut sama gagal (palliation).



Untuk topik kedua, iaitu Emosi dan Motivasi, ia dikaitkan dengan kuliah-kuliah lepas yang mendedahkan kepada emosi dan motivasi menjadi suatu entiti yang tidak boleh dipisahkan. Emosi ialah satu situasi kebangkitan melibatkan perubahan air muka dan tubuh, brain activation, penilaian kognitif, perasaan subjektif, kecenderungan tindakan, dan kesemuanya dipengaruhi oleh peraturan budaya. Bickhard, 1997 mengatakan yang motivasi ialah aspek pemilihan proses dan penjangkaan apa yang boleh terjadi. Emosi ialah gerak balas adaptif kepada segala kejadian di alam sekitar kita dan membantu menghubungkan niat kita kepada orang lain. Ia menjadi impetus kepada tindakan kita. Daripada kesemua teori yang ada, yang paling mengghairahkan saya ialah Marslow's Hierarchy of Needs chart yang telah saya ketahui semenjak Tingkatan 6 Rendah. Pada ketika itu, saya kurang memahami tujuannya sehingga Prof. Harlina Siraj mendedahkan kepada pelajar perubatan pada masa orientasi pelajar-pelajar perubatan Tahun 1. Dalam Marslow's Chart, self-actualization merupakan insan kamil yang paling sukar dicapai tetapi menjadi impian semua orang untuk ke tahap tersebut.
There are five different levels in Maslow's hierarchy of needs: (http://psychology.about.com/od/theoriesofpersonality/a/hierarchyneeds.htm)



Physiological Needs
These include the most basic needs that are vital to survival, such as the need for water, air, food and sleep. Maslow believed that these needs are the most basic and instinctive needs in the hierarchy because all needs become secondary until these physiological needs are met.

Security Needs
These include needs for safety and security. Security needs are important for survival, but they are not as demanding as the physiological needs. Examples of security needs include a desire for steady employment, health insurance, safe neighborhoods and shelter from the environment.

Social Needs
These include needs for belonging, love and affection. Maslow considered these needs to be less basic than physiological and security needs. Relationships such as friendships, romantic attachments and families help fulfill this need for companionship and acceptance, as does involvement in social, community or religious groups.

Esteem Needs
After the first three needs have been satisfied, esteem needs becomes increasingly important. These include the need for things that reflect on self-esteem, personal worth, social recognition and accomplishment.

Self-actualizing Needs
This is the highest level of Maslow's hierarchy of needs. Self-actualizing people are self-aware, concerned with personal growth, less concerned with the opinions of others and interested in fulfilling their potential.

 "Emotion emphasizes AROUSAL, while motivation emphasizes ACTION"

Kesimpulannya, dengan kuliah bab tersebut, saya amat berminat untuk mendalami dapatan kajian Marslow secara keseluruhannya. Saya amat berhasrat untuk mencapai tahap insan yang kamil supaya dapat merealisasikan potensi saya ke tahap yang maksimum di dunia ini.
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment