Saturday, August 20, 2011

INTHUMATHI SHANMUGAM A131743 EMOSI DAN MOTIVASI LJ04

    Salam sejahtera.Walaupun saya lupa tentang apa jua benda pun tetapi saya tak penah lupa untuk menulis jurnal bagi ZT pengurusan emosi.Kali ini sebelum En Zamri dating kami telah berbincangtentang tugasan 2 yang perlu dilakukan dalam kumpulan.Kami boleh memilih pelbagai tajuk untuk tugasan tersebut.En Zamri telah menunjukkan boring untuk menilai ketua dan ahli dalam kumpulan masing-masing..Kami boleh bagi markah berdasarkan prestasi dan sumbangan mereka.Seorang ahli yang paling baik juga boleh dipilih.Saya merasakan bahawa ini adalah perkara yang baik kerana semua orang akan bekerjasama dan menyumbang idea kepada tugasan yang diberikan.Ini akan pastikan tiada ahli yang terlelap.Mereka akan membuat apa yang diberi dengan cemerlang.
    Emosi dan motivasi ialah tajuk yang telah diajar pada mulanya.Terdapat tiga teori yang relevan iaitu James Langes teori,Cannon teori dan dua factor teori..Apakah itu motivasi?Pada pendapat saya motivsi ialah satu benda yang boleh merangsang seseorang yang berada dalam situasi tang tidak berapa bagus untuk bangkit semula dan mara ke depan sehingga Berjaya dan ada perubahan dalam hidupnya.Motivasi berbeza bagi setiap individu.Ada yang menjadi bersemangat apabila mendengar lagu motivasi, ada kerana kata ibu bapa atau orang yang tersayang ,ada pula kerana melihat sesuatu perkara.
Incentif ialah factor yang memberikan motivasi.Apa yang kita nak? Kalu kita tiada incentive maka kita tidak boleh melakukan satu benda dengan jayanya.Kewangan dan moral ialah jenis-jenis insentif.Contohnya saya teringat satu peristiwa yang menjadi insentif saya dan memberi motivasi.Pada tahun lepas satu pertandingan mendaki gunung telah diadakan di tempat saya.Saya berhasrat hendak mendaki gunung itu.Apabila saya bagi tahu hasrat saya kepada kawan-kawan saya,mereka telah mentertawakan saya.Namun saya tidak berputus asa dan menjadi lemah.Oleh sebab saya ada insentif yang kuat untuk menang ia telah memberi motivasi yang kuat kepada saya.Saya berusaha dengan gigih dan hati saya penuh dengan ketabahan dan kecekalan.Pada masa tersebut, hujan turun dan tanah menjadi licin.Motivasi membawa saya kea rah kejayaan.Dalam saat yang genting itu,saya hanya ingat insentif saya untuk Berjaya.Akhirnya saya telah Berjaya.
    Drive ialah satu tenaga yang merangsang kita buat satu perkara selepas ia sampai ke tahap fikiran kita.Apabila ia sampai ke hipotalamus di otak kita drive ini terjadi,Sebenarnya drive berkaitan dengan proses homeostasis dalam badan kita.Homeostasi ialah satu proses di mana persekitaran dalaman kita berada dalam keadaan yang seimbang iaitu emosi dan perasaan juga termasuk dalam ini. Kalu proses homeostasis ini terganggu, drive punakan terjejas..Naluri ialah sesuatu yang terjadi secara semula jadi dan diwarisi dan bukannya dibentuk.Ia tidak boleh dipelajari dan tidak sama bagi semua orang.Naluri boleh dikatakan tindakan yang diwarisi sebagai variasi dan cara tindak balas.Contohnya pergaduhan antara binatang dan fungsi dalaman untuk menyelamatkan diri. Binatang bergaduh sesame sendiri mungkin disebabkan oleh berebut makanan,tempat tinggalatau pasangan.
    Saya juga telah mempelajari teori kebangkitan yang mengatakan manusia akan bangkit melakukan sesuatu disebabkan oleh motivasi.Motivasi yang berunsurkan rasa ingin tahu terbentuk kerana terdapat simulasi dari alam sekitar di luarTeori humanistic terdiri daripada pelbagai aspek.Ia boleh diterangkan menggunakan pyramid.Keperluan fisiologi membentuk tapak pyramid. Contohnya ialah tidur,makanan,pakaian,tempat tinggaldan lai –lain.Yang ke atasnya ialah keprluan bagi keselamatan. Setiap orang mengharapkan rasa dihargai dan ada perlindungan.Seterusnya adalah harga diri iaitu kesanggupan untuk menjaga dan memuliakan maruah diri supaya dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan dihormati oleh orang lain.pemahaman diri berada di puncak pyramid.Ini ialah satu keadaan di mana seseorang manusia dapat merasakan kewujudan tuhan secara dalam dan mengorbankan jiwanya untuk kerja amal. Dia akan mengamalkan nilai-nilai yang murni semasa hidup dan akan berusaha untuk untuk membuat perkara yang baik.En Zamri telah menayangkan sebuah video yangmemainkan sebuah lagu dalam loghat Kelantan.Penyanyi tersebut telah menggunakan perkataan ambo yang bermaksud saya yang paling terendah bagi diri.Lagu itu mengisahkan kesusahan seorang pemuda dalam menuntut ilmu dan kepritan yang dialami dalam keluarganya.Wajahnya yang sedih dan lirik lagunya telah menyentuh hati saya .Hati saya menjadi sebak seketika mengenangkan nasibnya.Tidak semua orang yang bernasib baik.Mungkin apa yang kita ada pada hari ini kita akan kehilangan pada suatu hari nanti.Saya cuba meletakkan diri saya di tempatnya dan boleh menyedari kesusahan yang dialami.Keluarga saya tidak begitulah kaya tetapi kami hidup dalam keadaan yang serba boleh dan tidak mengharapkan orang lain untuk menjalankan hidup tiap hari.Selepas mendengar lagu ini, saya mengambil iktibar untuk menggunakan peluang yang ada sebaiknya untuk Berjaya dalam hidup dan menghargai apa yang ada.Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah dikurniakan kehidupan yang penuh kebahagiaan dan berdoa kepada tuhan agar manusia dalam kesusahan diberikan pertolongan oleh orang yang berkemampuan.
    Emosi menekankan kebangkitan manakala motivasi menekankan tindakan.Contohnya apabila saya rasa gelisah kerana ketinggalan dalam pelajaran, emosi tersebut akan menyebabkan rasa hendak bangkit semula untuk mara ke depan.Apabila saya ada motivasi yang ke satu arah dan ditambah dengan kecekaln ia akan membawa kepada tindakan iaitu belajar siang malam.Teori fisiologikal ada empat teori. James langes teori mempunyai hipotesis bahawa tindak balas fisiologi bagi perangsang akan membentuk emosi.Common sense teori mengatakan bahawa situasi akan membawa kepada reaksi tubuh dan seterusnya kepada emosi.Contohnya apabila melihat pencuri dating kea rah saya, hati saya akan berdegup dengan kencang. Reaksi tersebut akan menyebabkan rasa takut.Yang seterusnya ialah Cannon Bord teori yang mempunyai hipotesis bahawa system organ yang dirangsang membawa tindak balas emosi bertindak dengan sangat perlahan terhadap simulasi.Jantung dan perut kita tidak begitu efektik atau tidak boleh menghasilkan emosi.Perangsang dari dalaman dan luaran dihantar ke otak dan sensory cortex dan selepas itu emosi dihasilkan.Contohnya apabila melihat sesuatu yang menakutkan seperti ular,kita akan menjadi takut.Perasaan takut itu akan menyebabkan badan kita berpeluh.
    Fisiobiologikal teori menyatakan bahawa emosi asas berkaitan dengan kitaran saraf yang spesifik.Terdapat empat emosi asas mengikut teori iaitu takut,kegilaan ,kekeliruan dan pengharapan.Keempat-empat emosi asas inilah yang akan berinteraksi antara satu sama lain untukmenghasilkan emosi lain.Panksepp yang mencipta teori ini.Kita akan menjadi takut apabila sesuatu berlaku di luar kemampuan kita.Kekeliruan berlaku apabila kita kita tidak dapat berfikir dengan rasional dan mengambil keputusan uyang tepat.Ada neurotransmitter yang memberi kesan kepada emosi kita.Contohnya dopamine membawa emosi berharap kepada sesuatu.Acetylkoline membawa kepada perasaan kegilaanSaya juga telah mempelajari penyifatan emosi secara salah.Ini berlaku apabila kita sifatkan emosi kepada sebab yang salah.Contohnya tanda-tanda yang berlaku sebelum kitaran haid bermula.Biasanya pada masa ini perempuan akan kelihatan murung dan letih dan ini boleh ditafsirkan oleh orang lain secara salah..Kalau perkara serius boleh membawa kepada konflik dan keganasan.Setakat inilah say adapt menulis bagi jurnal ini. Harap dapat maaf jikalau terdapat kesilapan.

No comments:

Post a Comment