Saturday, August 20, 2011

LIM YINN SHIEN A131719

LIM YINN SHIEN        A131719

Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal saya selepas menghairi kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang telah disampaikan pada 17 Ogos 2011  (Rabu)  bertempat di Dewan Kuliah 1, Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur. Kuliah tersebut disampaikan oleh Dr. Zamri. Kuliah ini adalah bertajuk "Emosi dan Motivasi". Selain daripada itu, teori-teori fisiologikal ,kognitif dan psikoalalitif juga telah diterangkan. Saya telah lebih jelas terhadap perhubungan antara emosi dengan motivasi setelah menghadiri kuliah tersebut.

Emosi merupakan slaha satu nada efektif yang sama ada positif atau negative manakala motivasi adalah satu proses yang boleh menggalakan kita mempunyai arah dan tenaga untuk mencapai sesuatu. Emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen, iaitu: perubahan fisiologi, perasaan, proses kognitif, dan tingkah laku yang berkaitan. Ia melibatkan perubahan ekspresi muka dan juga perubahan badan. Emosi juga merangsangkan otak dan menghasilkan perasaan dan tindak balas. Emosi berfungsi sebagai reaksi badan kita terhadap situasi-situasi yang berlaku di sekeliling kita. Emosi membantu kita dalam berinteraksi dengan orang lain. Tambahan pula,emosi juga menyediakan diri kita untuk bertindak. Berdasarkan pengalaman saya, emosi dapat membantu saya menjaga keselamatan diri sendiri. Contohnya, emosi takut boleh meningkatkan kesedaran kita terhadap persekitaran dan membantu kita mempunyai  reaksi "fight or flight ". Oleh sebab itu, emosi mempunyai makna yang lebih luas dari perasaaan dalaman. Menurut Baron &Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi.Selain itu, menurut Lang et al,1992, emosi sebagai motivasi terhadap tingkah laku dan motivasi boleh menjadi emosional. Contohnya, cinta boleh memotivasikan seseorang untuk memberi hadiah kepada orang yang dia sukai. Di sebaliknya, jika seseorang itu mempunyai emosi yang negatif, motivasi yang negative akan dihasilkan. Sebagai contoh, kebencian boleh menyebabkan pengaduhan ataupun pembunuhan. Walaubagaimanapun, emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong adalah berasaskan emosi. Sebagai contoh, kita makan banyak kerana kita lapar. Motivasi adalah satu proses pilihan. Motivasi adalah daya penggerak kepada kita untuk mencapai sesuatu yang mungkin dicapai. Ia adalah sangat penting untuk memastikan seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan dengan sempurna dan penuh semangat.  Oleh sebab itu, menurut Mook,1996, motivasi menyebabkan seseorang melakukan sesuatu perkara tertentu. Motivasi juga boleh diterangkan sebagai faktor-faktor dalaman atau luaran manusia yang menyebabkan dia melakukan sesuatu perkara yang tertentu pada masa yang tertentu. Dorongan pula merupakan keadaan yang menyebabkan hasilnya tingkah laku seseorang.Insentif adalah factor yang melahirkan motif dalam seseorang untuk melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori, seperti teori naluri, teori kebangkitan dan teori kemanusiaan.

Seterusnya, Dr. Zamri telah menyambungkan kuliah tersebut dengan memperkenalkan  teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalatik. Dalam teori fisiologikal, ahli teori fisiologikal menekankan bahawa emosi adalah produk daripada otak dan sistem saraf kita. Asalnya adalah dari fisiologikal reaksi terhadap rangsangan di sekeliling kita. Terdapat tiga jenis teori fisiologikal yang telah dibincangkan dalam kuliah tersebut, iaitu theori James-Lang, theory Cannon-Bard dan teori psikobiologikal. Teori James-Lang merupakan teori psikologi yang tertua tentang pengalaman emosi yang di mana diusahakan oleh William James pada tahun 1884. Kemudian, teori ini telah disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan ia menjadi teori James-Lange. Hipotesis teori ini adalah fisiologikal reaksi terhadap rangsangan menyebabkan emosi. Walaubagaimanapun, Walter Cannon telah menolak theori James-Lang. Beliau mengatakan bahawa sistem organ manusia yang merangsang respons emosi bertindak lambat terhadap rangsangan. Reaksi emosi mengikuti rangsangan dengan cepat. Respons fisiologikal amatlah lambat untuk menyebabkan respons emosi. Jantung dan perut kita tidak boleh menghasilkan banyak emosi. Denyutan jantung, tekanan darah, dan fungsi penghadaman tidak boleh menunjukkan emosi yang kita akan dialami. Manusia yang mengeluarkan sistem sarafnya masih boleh mengalami emosi. Teori Cannon-Bard mencadangkan bahawa rangsangan dalaman dan luaran akan dihantar ke otak kita dan sensasi emosi tertentu akan dihasilkan. Suatu rangsangan akan menyebabkan tindak balas badan dan sensasi emosi. Teori yang ketiga ialah teori psikobiologikal dicadangkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992. Emosi asas adalah berkaitan dengan sesetengah litar neural. Beliau telah mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas tersebut berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Panksepp juga menyatakan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Pada tahun 1998, Panksepp mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic kita. Walaubagaimanapun, Magda Arnold bersoalan tentang asas bagi tempat litar emosi yang thelah dicadangkan pada tahun 1960. Pada tahun 1982 pula, James Averill mengatakan bahawa litar "hard-wired" mungkin tidak fleksibel untuk memainkan peranan dalam asas neurologi bagi emosi.

Dalam teori kognitif, Schacter's Cognitive Labeling Theory, misattribution (kesilapan dalam menganggapkan sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain), transfer of excitation dan cognitive appraisal theories telah diliputi. Schacter menerima teori yang telah dicadaongkan oleh James-lang tetapi beliau telah menambahkan factor kognitif dalam teorinya. Suatu situasi akan mencetuskan tindak balas badan dan selepasnya menghasilkan emosi dan penilaian kognitif. Sebagai contoh, apabila kebakaran berlaku, seseorang ibu bukan sahaja akan berasa takut dan berlari untuk menyelamatkan diri sendiri, malah dia juga akan menyelamatkan anak-anaknya. Dia memahami bahawa kebakaran boleh mengancam keselamatan anak-anaknya. Oleh sebab itu, dia akan mempunyai tindakan yang lain. Pemikiran akan menyebabkan kita menghasilkan tindak balas yang lain. Selain itu,  Schacter's Cognitive Labeling Theory mengatakan bahawa emosi yang dialami oleh seseorang bukan datang terus daripada rangsangan yang akan menghasilkan respon fisiologi yang sebenar, oleh sebab itu kadangkala kita akan silap menganggap kebangkitan emosi. Sebagai contohnya, kesilapan dalam menganngap sindrom premenstrual dalam wanita selalu berlaku. Masyarakat selalu tersilap menganggap bahawa wanita yang marah atau murung berada dalam sindrom ini tetapi sebenarnya wanita itu tidak berada dalam sindrom ini. Kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain akan mengakibatkan berlakunya konflik dan pengaduhan.

Emosi amat mempengaruhi tingkah laku kita, ia juga boleh memberi motivasi kepada kita untuk mencapai impian kita. Emosi kita juga boleh mempengaruhi emosi orang lain. Misalnya, apabila kita berasa sangat marah, kita mungkin akan bercakap dengan nada yang tinggi dan menggunakan kata-kata yang kasar, kesan daripadanya kawan-kawan kita akan mengalami emosi sedih. Oleh sebab itu, kita haruslah belajar untuk mengawal emosi kita supaya kita boleh menjadi lebih mantap. Oleh itu, kita haruslah belajar untuk mengawal emosi kita supaya kita boleh menjadi lebih mantap.

 

No comments:

Post a Comment