Ong Wei Jie A131799
Salam sejahtera dan Selam Satu Malaysia. Pada 17 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT pengurusan emosi. Tajuk yang disampaikan pada hari ini ialah " Emosi dan Motivasi" Kuliah pada hari tersebut dimulakan dengan penjelasan tentang tugasan-tugasan yang bakal kami lakukan. Dr Zamri juga memuji kami kena menghasilkan jurnal yang unik dengan melampirkan tentang pengalaman kami dan bacaan lain.
Selepas menerangkan tentang tugasan dengan teliti, seperti biasa, kuliah dimulakan dengan sebuah lagu "Bangkit Asal" yang dinyanyikan oleh Halim Yazid. Beliau berasa daripada keluarga yang miskin. Namun, ini tidak menghalang beliau daripada Berjaya dalam kehiduoan. Ini kerana beliau berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda and kini berjaya memegang jawatan sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Beliau telah membuktikan tiada perkara yang mustahil dalam kehidupan asalkan kita mempunyai semangat yang kuat dan tidak berputus-asa. Lagu ini menyebabkan saya teringat sekata pepatah berbunyi "What doesn't kill you make you stronger"
Seterusnya, Dr Zamri menerangkan tentang maksud motivasi and perhubungan antara emosi dan motivasi dengan teliti. Motivasi didefinasikan sebagai "sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."Dari kefahaman saya sebelum ini, motivasi merupakan emosi positif yang harus wujud dalam kehidupan kita supaya hidup kita sempurna. Tanpa semamgat motivasi, hidup kita tidak bermakna kerana kita tidak dapat mencapai matlamat hidup tanpa motivasi yang kuat. Pada pendapat saya, motivasi boleh diperoleh daripada banyak sumber. Antaranya ialah keluarga, kawan, kekasih, mentor, dan sebagainya. Berjaya melakukan sesuatu dengan Berjaya dapat meningkatkan motivasi kita dengan berkesan. Contohnya memenangi perlawanan badminton dapat mencetuskan semangat motivasi yang kuat dalam jiwa kita. Namun, pada pendapat saya, sumber motivasi yang paling penting adalah dalam diri kita dan permikiran kita. Hal ini kerana, keluarga dan kawan kita tidak menemani kita selama-lamanya dan kadang- kadang kita harus menghadapi masalah yang susah tanpa bantuan dan motivasi mereka. Dalam situasi ini, semangat motivasi tersebut harus berasal dari pemikiran kita sendiri. Kita harus memberi motivasi kepada diri sendiri supaya tabah menghadapi masalah tersebut. Hal ini penting kerana apabila kita bekerja dalam masyarakat, kita sering akan menghadapi masalah dan kawan-kawan dan keluarga tidak aka nada di sisi kita. Ini adalah pendapat saya tentang motivasi.
Tetapi selepas menghadiri kuliah, saya mendapat tahu bahawa motivasi berkaitan dengan emosi kita. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi mengikut Baron dan Logan pada tahun 1993. Lang et al, 1992 pula membincangkan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, apabila seseorang membenci orang lain. Emosi kebencian akan memotivasikan dia untuk rajin berusaha supaya dapat memenangi musuhnya. Di sebaliknya, apabila seseorang dilamun cinta, dia akan mendapat motivasi yang kuat untuk melakukan sesuatu perkara seperti menelefon, memberi hadiah demi menghiburkan kekasihnya. Contoh-contoh tersebut telah membuktikan emosi kita banyak mencetuskan motivasi yang kuat tanpa mengira emosi positif atau emosi negatif.
Oleh itu, kita harus pandai menguruskan emosi kita dengan berkesan. Dalam hal ini, Dr Zamri telah menyatakan sahabat dan mempunyai pasangan hidup merupakan keperluan kehidupan kita yang penting. Ini kerana kita memerlukan teman untuk meluahkan perasaan dan emosi kita. Dengan adanya teman, kita akan berasa selesa dan emosi kita akan stabil kerana kita tahu teman tersebut akan bersama dengan kita walaupun kita menghadapi masalah. Pada pendapat saya, terdapat cara-cara lain untuk memotivasikan sendiri.
1. Mempunyai kepercayaan agama yang kuat. Kepercayaan agama akan memberikan kita keyakinan dan motivasi semasa kita menghadapi masalah
2. Menjaga kesihatan kita dengan sentiasa bersenam, mengabil makanan yang sihat dan mendapat tidur yang secukupnya. Badan yang sihat dan minda yang cerdas yang membantu kita menghadapi masalah.
3. Berkawan dengan kawan yang berfikiran positif dan berfikiran matang supaya mereka dapat mempengaruhi kita dan memberikan pendapat bernas semasa kita menghadapi masalah.
4. Sentiasa melakukan pekara yang digemari, contohnya melancong, mendengar muzik, membeli-belah, dan menyanyi
5. Sentiasa bersyukur dengan semua benda yang dimiliki dan menghargai orang kesayangan di sisi kita.
Saya pernah membaca sebuah artikal yang menyatakan ramai ahli psikologi berpendapat apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, motivasi yang ada akan hilang. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; matlamat itu tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.
Tambahan pula, Dr zamri juga menerangkan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitif.. James-lang teori ialah teori yang paling awal dalam menerangkan tentang emosi manusia. Teori ini menjelaskan fisiologikal reaksi terhadap sesuatu stimuli akan mencetus kepada emosi. Event ==> arousal ==> interpretation ==> emotion. Namun dalam Cannon-Bard Teori pula, ia mengandungi kritikan terhadap teori James-Lang, iaitu organ system yang bertanggungjawab dalam mencetus emosi bertindak sangat lambat manakala emosi itu bertindak lebih cepat. Menurutnya, fisiologikal reaksi sangat lambat untuk mencetus kepada respond emosi yang berlaku lebih awal daripadanya. Saya tidak bersetuju dengan teori Cannon-Bard kerana badan kita sememangnya unik dan stimuli-stimuli dari badan luar akan sampai ke otak dalam masa kurang daripada setengah saat masa. Selain itu, bahan kita dapat menghasilkan tindak-balas terhadap sesuatu perubahan. Oleh itu, saya amat yakin perubahan fisiologikal badan kita berkaitan rapat dengan emosi kita.. Di samping itu, psikobiologikal teori yang diperkenalkan oleh Jack Panksepp, 1982 1992, menyatakan emosi berkaitan dengan sesetengah litaran neural. Beliau mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan emosi lain. Panksepp turut menjelaskan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Seterusnya pada 1998, beliau telah mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic kita.
Secara kesimpulan, saya ingin mengulaskan bahawa motivasi amat penting dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha demi mencapai tujuan atau matlamat tersebut. tambahan pula, Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini dan diyakini boleh dicapai atau perolehi. Namun bagi sesetengah orang, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, motivasi yang ada akan hilang. Seseorang tidak harus berkelakuan sedemikian, hal ini kerana motivasi yang dipupuk amat berkesan untuk memastikan kita berjaya dalam kehidupan kita pada hari lain.
No comments:
Post a Comment