Saturday, August 20, 2011

A131757 LJ04




From: shi_wan316@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject:
Date: Sat, 20 Aug 2011 21:16:45 +0800

    Sebelum bermulanya kuliah, Dr Zamri memberikan sedikit taklimat tentang tugasan kedua kertas kerja. Saya berasa sedikit risau untuk menjalankan tugasan ini. Saya ingin berkongsi tentang video yang ditayangkan pada kuliah yang lepas oleh Dr. Zamri. Lirik agu tersebut adalah mengenai kehidupan yang susah yang dialami oleh pengubal lagu dan betapa susahnya beliau melanjut pelajaran ke universiti tempatan Malaysia. Secara jujur, emosi saya tidak berapa berubah kerana saya tidak memahami suara hati yang ingin disampaikan oleh beliau. Mungkin ini disebabkan oleh bahasa yang digunakan. Bagaimanapun, saya berasa keperitan beliau telah memotivasikan beliau untuk berjaya dan mesej ini juga dapat memberi dorongan kepada orang lain untuk berusaha walaupun menghadapi masalah.


    Tajuk utama ini ialah "Emosi dan Motivasi", yang menceritakan tentang fungsi emosi dalam memainkan peranan sebagai motivasi kepada seseorang individu dalam menangani sesuatu perkara kerana motivasi mampu mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan atau pilihan. Dr. Zamri juga menyelitkan beberapa jenis emosi dalam penerangan seperti gembira dan juga emosi-emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa. Pada pendapat saya, emosi dapat mendorong seseorang individu untuk mencapai keinginan, dan pada masa yang sama, emosi yang terlampau mampu mempengaruhi fikiran seseorang lalu memburukkan keadaan tersebut. Berhubungan ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya apabila menghadapi peperiksaan akhir modul yang lalu. Semasa membuat penyediaan untuk peperiksaan pertama, saya berasa agak tertekan maka ini telah mendorong saya untuk membuat ulang kaji dengan lebih tekun. Akhirnya, saya mencapai keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan tersebut. Dalam peperiksaan kedua pula, ketekanan saya meningkat kerana modul ini lebih susah berbanding dengan modul yang lepas tambahan saya tidak berharap keputusan saya merosot. Sebagai kesan,fikiran saya asyik terganggu ketika menelaah buku. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi prestasi saya dalam peperiksaan tersebut. Dari sini saya dapat memahami bahawa emosi yang berpatutan memang dapat memotivasikan kita untuk mengaplikasikan apa jua cara untuk mencapai keinginan sendiri. Namun, emosi yang melampaui batasan akan membawa kesan yang sebaliknya. Jadi, emosi boleh diterangkan dengan kualiti berkesanannya sama ada positif ataupun negatif. Kesimpulannya, kita perlu mengawal emosi sendiri bagi meningkatkan efisien kerja.

    

    Salah satu teori yang saya belajar daripada kuliah ini ialah Teori James-Lang yang dicadangkan oleh Willian James pada tahun 1884 dan disokongkan oleh Carl Lange pada tahun 1887. Menurut teori ini, emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan rangsangan dan perubahan fisiologi seseorang individu, iaitu reaksi fisiologi badan terhadap sesuatu bahan rangsangan dapat membangkitkan pengalaman sesuatu emosi. Teori ini juga menekan bahawa emosi itu merupakan sesuatu hasil daripada otak dan sistem saraf manusia. Sebagai contoh, ketika kami menonton wayang ngeri, sebelum watak-watak yang menakutkan muncul dalam gambaran, kami juga akan terasa takut dan gelisah apabila mendengar bunyi-bunyi yang ganjil. Jantung kami akan berdenyut dengan cepat mengikut rentak bunyi tersebut dan pelbagai jenis hormon terlepas ke dalam organ tubuh. Maka, kami akan melahirkan perasaan takut. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan sangat cepat sehingga rangsangan dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menjadi puncanya. Oleh itu, terhasillah Teori " Cannon-Bard" yang mengatakan bahawa rangsangan sepatutnya melahirkan emosi terlebih dahulu sebelum reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Misalnya, seseorang itu biasanya akan berasa terkejut atau takut(emosi) sebaik sahaja dia terdengar bunyi yang kuat(rangsangan) itu, lepas itu barulah denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan mungkin tangan atau badannya mengigil(perubahan fizikal dan fisiologikal). Walaubagaimanapun, Teori "Schacter" telah bersetuju dengan Teori" James- Lang" dengan mengubah suai teori tersebut dengan menambahkan unsur faktor kognitif. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sedang berada dalam keadaan bahaya (rangsangan atau faktor luaran), dia akan bertindak dengan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri sendiri. Secara lebih terperinci, seseorang itu mengalami perubahan emosi kepada takut dan gementar dan juga perubahan fisiologi seperti kenaikan denyutan nadi dan sesak nafas apabila dia cuba menyelamatkan diri dalam sesuatu kebakaran. Hal ini disebabkan oleh kognitif seseorang itu sedar bahawa kebahayaan ini telah mengancamkan nyawa sendiri. Justeru, terbuktilah bahawa dengan gabungan antara perubahan fisiologi dan juga pemikiran kita(yang boleh dipelajari dari pengalaman), barulah perasaan atau emosi seperti sedih, malu atau takut dan sebagainya terhasil.

   

    Selain itu, saya difahamkan bahawa emosi dapat berperanan sebagai tindak balas kita untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan dan mendorong kita dalam berinteraksi dengan sekeliling. Emosi dapat membantu kita supaya selalu bersedia untuk mengambil tidakan terhadap ransangan seperti bergerak, berlari atau menyembunyikan diri. Misalnya, apabila berhadapan dengan perompak, perasan takut mendorong kita untuk berlari bagi menyelamatkan nyawa diri.

   

    Saya juga telah mempelajari tentang humanistic theory. Menurut teori ini, Abraham Maslow mencadangkan bahawa motivasi dibahagikan mengikut kategori dari keperluan kehidupan asas kepada psikologi dan kepuasan sendiri. Keperluan asas manusia termasuk air, makanan, suhu tertentu dan rehat. Tanpa keperluan asas ini, kesihatan seseorang individu akan terjejas maka dia tidak mampu berfikir secara kritikal dan teliti. Seseorang itu juga tidak berupaya untuk mengambil tindakan yang sesuai dan tepat. Oleh itu, sekiranya seseorang ingin menguruskan emosi sendiri dengan baik, dia perlulah makan dengan seimbang, minum dengan secukupnya, mengawal suhu badan yang sepatutnya dan mempunyai rehat ya ng cukup. Kita boleh mengaitkan ini dengan pengalaman kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita asyik mengambil makanan yang memudaratkan kesihatan sendiri, badan kita tidak dapat menyerapkan khasiat dan seterusnya mempengaruhi pemikiran kerana perkembangan otak menjadi lemah. Badan kita juga terlalu lemah untuk bergerak dan bertindak mengikut perubahan keadaan. Dengan ini, apabila menghadapi kebahayaan, seseorang itu tidak berupaya untuk melarikan diri. Selain keperluan asas, manusia kini juga mementingkan unsur keselesaan dan keseronokan diri. Mereka mengejar kehidupan yang mewah seperti kereta yang mewah, baju yang berjenama, ipad dan lain-lain bagi memenuhi nafsu mereka. Saya berasa, kita perlu berfikiran rasional agar mampu membezakan dan cuba mengimbangi keperluan dan kehendak kita.


    Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment