Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu kembali dalam jurnal saya yang keempat bagi kursus Pengurusan Emosi. Seperti biasa, minggu ini Dr. Zamri menyampaikan dua tajuk dalam satu kuliah, iaitu Emosi dan Motivasi serta Teori Fisiologi, Kognitif dan Psikoanalitik. Pada permulaan kuliah, kami telah berkumpul mengikut kumpulan dan berbincang mengenai tajuk bagi tugasan 2 yang akan bermula tidak lama lagi. Setiap kumpulan dikehendaki memilih tajuk yang berkaitan dengan emosi dan mendaftarkan kumpulan masing-masing mengikut tajuk yang dipilih. Kemudian, kelas disambung dengan taklimat ringkas oleh Dr. Zamri berkaitan tugasan 2 ini. Akhir sekali, kuliah disampaikan dengan ringkas dan padat sehingga tamat masa kuliah.
Bagi kuliah yang pertama, ianya merupakan sambungan atau mempunyai hubung kait dengan tajuk kuliah pada minggu pertama. Emosi boleh menjadi positif atau negatif dan tiada yang neutral. Motivasi pula merupakan aspek tingkahlaku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Seperti yang telah disampaikan dalam kuliah yang lalu, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Emosi boleh mencetuskan dorongan untuk seseorang bertindak. Menurut Bickhard, 1997, motivasi adalah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan. Motivasi turut mempunyai konsep yang tersendiri. Motivasi merupakan faktor luaran dan dalaman yang membuatkan seseorang mempunyai tingkahlaku tertentu seperti drive merupakan desakan dalaman yang mengaktifkan tingkahlaku dan incentif iaitu matlamat luaran yang 'menolak' atau 'menarik' sesuatu kecenderungan untuk bertindak.
Hujah ini telah menarik perhatian saya kerana ianya pasti pernah dialami oleh setiap orang. Sebagai contoh, penulisan jurnal untuk kursus Pengurusan Emosi. Adakah ianya kerana memang pelajar menulisnya dengan ikhlas dan rela hati atau pelajar ingin memenuhi tuntutan tugasan 1 semata-mata bagi mendapatkan markah untuk peperiksaan? Kebanyakan pelajar melakukannya hanya untuk memenuhi keperluan tugasan bagi mendapatkan markah untuk peperiksaan. Markah merupakan incentif atau matlamat luaran yang menarik para pelajar untuk menulis jurnal pembelajaran mereka. Namun, ada juga sebilangan pelajar yang membuat jurnal ini kerana desakan dalaman serta matlamat luaran. Pelajar-pelajar ini melakukan jurnal lebih kerana ingin memenuhi keperluan kursus tetapi dalam masa yang sama mereka mengambil peluang ini untuk mengulangkaji kuliah yang telah disampaikan kepada mereka. Hal ini dapat membantu mereka untuk menjawab soalan pada peperiksaan yang akan datang serta mereka dapta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
Emosi dan motivasu turut memiliki hubungan sesame mereka. "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action". Pernyataan tersebut menggambarkan hubungan antara emosi dan motivasi. Dalam pernyataan tersebut, emosi menekankan arousal, iaitu kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum. Setiap orang memiliki tahap kebangkitan yang tersendiri. Emosi membantu seseorang itu untuk mengekalkan aras kebangkitan yang telah dicipta olehnya kepada aras yang optimum atau aras yang paling tinggi boleh dicapai olehnya. Motivasi pula menekankan tingkahlaku atau tindakan. Motivasi akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Untuk mengekalkan aras yang optimum, motivasi akan membantu dengan mendorong orang itu melakukan sesuatu yang boleh mengekalkan prestasi yang optimum. Motivasi akan membantu kita memilih tindakan atau tingkahlaku yang akan dilakukan bagi mengekalkan prestasi yang dikawal oleh emosi. Melalui pernyataan ini jelaslah bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan mereka mempunyai hubungkait yang sangat rapat.
Semasa sesi taklimat berjalan, saya tertarik dengan satu cadangan tajuk tugasan 2 yang dibekan oleh Dr. Zamri. Tajuk berkenaan berkaitan sebuah filem lama yang mengisarkan manusia yang tidak memiliki ekspresi muka yang menggambarkan emosi. Pada hujung minggu yang lalu, saya bersama seorang rakan telah menonton sebuah filem bertajuk Cowboys vs Aliens. Dalam filem ini, saya dapati ekspresi wajah hero tidak menggambarkan emosi yang dialaminya. Beliau berjaya mengawal emosinya tanpa perlu diekspresikan melalui riak wajah beliau. Hal ini menunjukkan emosi tidak semestinya dapat dibaca atau dilihat melalui ekspresi atau riak wajah seseorang. Hal ini kerana tidan semua riak wajah menggambarkan emosi sebenar yang dialami oleh orang itu. Sebagai contoh, melalui filem ini, saya dapat melihat kesedihan dan kekeliruan yang disembunyikan oleh hero tersebut yang diberi nama Jake Lonergan. Emosi sedih serta kelirunya dapat disembunyikan di sebalik ekspresi wajahnya yang garang, gagah dan berani. Pada hakikatnya, beliau berasa keliru kerana pada mulanya beliau tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku pada dirinya termasuk namanya sendiri.
Sepanjang filem ini ditayangkan, emosinya dikeluarkan sedikit demi sedikit. Pada pertangahan cerita, saya dapat melihat perasaan marah yang dipendam olehnya terhadap makhluk asing yang telah merampas kebahagiaan hidupnya setelah mereka menangkap isterinya. Emosi marah tersebut telah mendorong beliau untuk menjadi berani dan membalas dendam serta menuntut bela terhadap apa yang telah berlaku. Ingatannya telah kembali pulih sedikit demi sedikit dan member motivasi kepada beliau untuk bertindak terhadap makhluk asing yang telah memusnahkan hidupnya. Dari sini, saya dapt melihat hubungan antara emosi dan motivasi yang mendorong ke arah tindakan yang diambil oleh Jake Lonergan. Emosi atau perasaan sedih digambarkan olehnya apabila beliau menangis atas kematian rakan seperjuannya yang turut ingin menuntut bela atas kematian keluarganya. Gabungan kesemua emosi tersebut telah mendorong Jake Lonergan mengekalkan aras kebangkitan yang optimum bagi memastikan matlamatnya tercapai.
Berlainan pula dengan dengan filem Zookeeper, di mana emosi yang dialami oleh watak hero dapat dilihat dengan jelas melalui ekspresi wajahnya. Pada mulanya, kegembiraan dapat dilihat dengan gelak tawa serta senyuman di wajahnya serta tindak-tanduk beliau yang menggambarkan kegembiraannya. Walaubagaimanapun, kegembiraan tersebut berakhir apabila pinangannya ditolak oleh kekasihnya. Kesedihan digambarkan melalui wajahnya yang kusam serta tidak bersemangat. Tingkahlakunya turut melambangkan kesedihan yang dialami olehnya. Emosi gementar dan terkejut turut ditonjolkan oleh beliau apabila beliau bertemu semula dengan bekas kekasihnya. Disebabkan emosi tersebut, tindakan beliau tidak tentu arah dan serba tidak kena. Beliau tidak dapat mengawal tindakannya yang dimulakan dengan emosi terkejut setelah melihat sesuatu yang tidak dijangka. Walaubagaimanapun, binatang-binatang yang terdapat dalam zoo yang dipelihara oleh beliau telah membantu memberi motivasi serta dorongan bagi mendapatkan semula bekas kekasihnya. Dorongan tersebut telah memnimbulkan emosi ingin mencuba serta berani melakukan sesuatu yang baru. Memalui emosi tersebut beliau telah mendapat motivasi serta dorongan untuk bertindak bagi mencapai matlamatnya.
Melalui kedua-dua cerita atau file mini, saya dapat melihat hubungan yang rapat anatara emosi dan motivasi. Saya bersetuju dengan pernyataan bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Emosi akan menyebabkan seseorang itu mendapat motivasi serta memilih tindakan yang betul bagi mengekalkan prestasi yang optimum. Namun, begitu, tidak semua emosi dapat dilihat melalui ekspresi wajah seseorang. Hal ini kerana tidak semua individu akan menggambarkan emosi mereka melalui riak wajah apabila mereka dapati mereka lebih selesa menyembunyikannya di sebalik ekspresi wajah yang berlawanan dengan emosi yang dialami oleh mereka. Dengan ini, tamatlah penulisan jurnal saya pada kali ini. Saya harap kuliah-kuliah yang datang dapat memberi saya input yang baru berkaitan emosi dan saya dapat mengaplikasikannya dapat kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.
Tq doc smbut baby
ReplyDeleteTq doc smbut baby
ReplyDelete