Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah yang mengajar subjek pengurusan emosi, Dr. Zamri, rakan – rakan seperjuangan serta pembaca dan pengkritik yang dihormati. Pada minggu ini adlah merupakan minggu yang keempat saya dan rakan – rakan yang lain berusaha keras dalam menulis jurnal ini. Pelbagai cabaran telah kami lalui dalam bulan ramadhan ini. Alhamdullilah walaupun jadual pembelajaran yang amat padat serta cuaca yang tidak menentu dapat juga saya pada kali ini menulis jurnal untuk subjek ini. Pada 17 ogos 2011 yang lalu, dalam pengurusan emosi telah terdapat dua tajuk yang saya pelajari. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk yang saya pelajari, sebelum bermulanya kuliah kami juga telah diarahkan supaya membentuk kumpulan yang merangkumi kumpulan diskusi kami sendiri untuk tugasan kedua.
Kami juga telah diberikan amanah untuk memilih serta berbincang dengan ahli kumpulan masing – masing mengenai tajuk kajian yang akan kami jalankan kelak. Seterusnya , antara tajuk yang kami pelajari pada minggu ini dalah emosi dan motivasi serta teori-teori fisiologikal, kognitif & psikoanalitik. Dalam tajuk pertama iaitu emosi dan motivasi, emosi didefinisikan antara sesuatu yang negatif atau positif tetapi tidak akan sesekali bersifat neutral. Manakala motivasi pula didefinisikan sebagai pembelajaran mengenai arah serta semangat dari segi sikap seseorang itu. Terdapat empat komponen emosi antaranya adalah perasaan , proses kognitif , perubahan fisiologi serta tingkahlaku berkaitan dan juga sering kali dikatakan bahawa emosi itu lebih lagi luas daripada perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Selain itu, Lang et al, 1992 juga turut mengatakan bahawa emosi merupakan tingkahlaku dan boleh menjadi emosional.
Emosi juga boleh menjadi pendorong kepada seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Namun begitu, tidak semua emosi dapat menjadi pendorong kepada seseorang untuk mencapai kejayaan. Adakalanya emosi juga dapat dilihat sebagai pemusnah kejayaan atau kebangkitan seseorang itu. Terdapat beberapa teori yang saya pelajari dalam kuliah kali ini iaitu teori James-Lange, Cannon challenges dan two factor theory. Emosi juga dilihat sebagai respon adaptasi badan yang bertindak keatas persekitaran dan juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Motivasi pula merupakan proses pemilihan seperti yang telah diperkatakan oleh Bickhand 1997. Terdapat juga beberapa teori mengenai motivasi. Antaranya adalah motivasi , 'drive' , 'incentive' dan banyak lagi. Oleh itu , disini dapat kita simpulkan bahawa emosi dan motivasi sangat berkait rapat antara satu sama lain.
Tajuk kedua pada minggu ini adalah mengenai teori fisiologikal , kognitif dan juga psikoanalitik. Dalam teori fisiologi ini telah dinyatakan bahawa teori ini sangat berkait rapat dengan dengan sumber primary iaitu otak dan juga system saraf. Antara teori yang terdapat adalah James-lang, Cannon-Bard, dan juga psikibiologi teori. Ianya banyak memperkatakan mengenai tindak balas badan apabila ternampak atau sesuatu emosi. Ini kerana otak sedang memproses segala maklumat untuk dinyatakan dalam bentuk emosi. Selain itu, terdapat empat aspek yang telah saya pelajari dalam teori kognitif. Antaranya adalah Schachter's Cognitive Labeling Theory iaitu memainkan peranan dalam melabel serta menyatakan emosi yang dialami melalui pengalaman. Aspek yang kedua adalah 'misattribution' iaitu salah sangka yang mungkin terjadi apabila tersilap dalam meneka apakah penyebab kepada berlakunya sesuatu emosi tersebut. Transfer of excitation juga merupakan salah satu aspek dalam teori ini. Dalam aspek ini telah dinyatakan bahawa ianya dapat berpindah dari satu sumber ke sumber yang lain. Akhir sekali aspek yang keempat adalah 'Cognitive appraisal theories'. Antara penerangan yang diberikan dalam teori ini adalah respon emosi dan juga tindakbalas sikap untuk menunjukkan emosi yang dialami pada ketika itu. Dalam teori yang ketiga iaitu psikoanalitik, ianya adalah kerana emosi serta pengalaman yang dialami. Namun begitu, ianya selalu tidak diingati oleh orang lain sebagai contoh adalah pengalaman pada zaman kanak – kanak.
Terdapat banyak perkaitan yang dapat saya pelajari dari hidup saya dan juga mengenai kuliah yang telah diberikan pada minggu ini. Ini adalah kerana pada minggu ini keputusan bagi salah satu subjek saya telah keluar. Namun begitu , keputusan yang telah saya dapat tidaklah sangat membanggakan. Namun begitu. Ianya tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus belajar dalam mendapatkan keputusan yang lebih bagus. Saya mengambil apa yang telah terjadi kepada saya dari segi positif. Ini adalah kerana ianya dapat mendidik saya agar dapat berusaha dengan bersungguh – sungguh pada masa akan datang.
Dalam tajuk kuliah pada minggu ini telah dapat kita lihat bahawa, emosi juga dapat membantu kita dalam meningkatkan taraf hidup seseorang itu. Sering kali kita lihat didada – dada akhbar, orang – orang yang telah berjaya menempah nama. Antaranya adalah penulis 'Harry Potter' iaitu J.K Rowling dan juga Lee Chong Wei. Berbalik kepada kita penulis novel harry potter ini, pada awalnya beliau hanya seorang penulis yang tidaklah terkenal. Pada awalnya beliau telah menghantar manuskrip kepada beberapa buah syarikat cetakan. Namun begitu , semua syarikat penerbitan tersebut telah menolak karya beliau. Disini dapat kita lihat bahawa jika kita berada ditempat beliau semestinya kita akan berasa amat hampa apabila segala hasil usaha kita tidak dihiraukan oleh orang lain. Namun begitu , sikap tidak mudah berputus asa yang terdapat dalam diri penulis ini akhirnya telah membuahkan hasil. Ini adalah kerana salah satu syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan karya beliau dan disitu jugalah bermulanya kejayaan beliau sebagai seorang penulis novel yang terkenal.
Sebagai contoh yang kedua dapat kita lihat dari pemain badminton Negara kita iaitu Lee Chong Wei. Ini adalah beliau seringkali berlatih dan juga memasuki pertandingan dan hasilnya beliau sekarang telah memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia. Walaupun beliau sering kali mengalami kekalahan ditangan musuh tradisinya iaitu Lin Dan namun ianya tidak pernah sama sekali mematahkan semangat beliau untuk terus bermain untuk negara kita. Sifat yang ditunjukkan beliau dapat dijadikan motivasi bukan sahaja pada diri beliau sendiri malah dapat dikongsi serta dipelajari oleh orang lain agar lebih berusaha dan juga tidak pernah mengenal erti berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.
Kesimpulannya segala emosi yang ditunjukkan dapat kita jadikan sebai emosi untuk kehidupan seharian kita. Ianya bukan sahaja membantu malah dapat meningkatkan taraf hidup kita kelak. Namun begitu, untuk menjadikan emosi yang kita alami sebagai satu motivasi ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Ini adalah kerana jika kita beranggapan sesuatu yang positif maka terjadilah sedemikian dan jika sebaliknya maka terjadilah yang sebaliknya. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment