Saturday, August 20, 2011

A131887 Nor Hidayah Binti Borhan Emosi dan Motivasi

Assalammualaikum dan salam sejahtera . Ini adalah jurnal ke empat saya untuk ZT2253 . Kuliah pada hari rabu , 17/08/2011 mula agak lambat iaitu pada pukul 2.50 petang . Kuliah yang disampaikan oleh Dr Zamri pada hari rabu lepas berkaitan dengan emosi dan motivasi dan juga serta teori FKP.

   Emosi memang dirasai oleh setiap insane di dunia ini sama ada emosi tersebut adalah positif dan negatif. Emosi positif seperti yang kita tahu pada kuliah yang lepas iaitu gembira, sayang ,cinta dan lain-lain. Emosi negatif seperti  sedih , marah  dan malu. Emosi – emosi ini jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan menjadi lebih teruk. Motivasi adalah sangat penting bagi seseorang menjadi lebih teruk. Kebiasaannya seseorang itu akan melahirkan emosi mereka kepada seseorang yang mereka sangat percayai contohnya saya, saya akan meluahkan segala perasaan dan emosi saya kepada sahabat saya agar kuranglah beban yang saya hadapi . Pada beberapa minggu lepas, saya mengalami masalah dengan seorang sahabat saya dan saya terpaksa meluahkan emosi sedih saya kepada seseorang yang saya sangat percaya dan dia telah pun  memberi kata –kata motivasi kepada saya.

 Emosi terbahagi kepada empat komponen  iaitu perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku . Menurut Baron dan Logan 1993 emosi juga tak dpt dipisahkan melalui motivasi dan juga menurut Lang et al 1992 emosi adalah sebagai mottivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emotional. Contohnya dalam keadaan tertekan , seseorang itu boleh menjadikan keadaan itu sebagai motivasi untuk kita berusaha menjalankan tugas supaya lebih mudah dan cepat disiapkan. Apa yang berlaku kepada saya semasa peperiksaan akhir semester yang lepas dimana saya rasa sangat tertekan kerana saya tidak dapat menjawab modul yang ke dua. Tetapi saya juga berfikiran positif dengan memberi kata semangat pada diri saya sendiri untuk meneruskan usaha untuk modul ke tiga dan modul ke empat . Malam sebelum modul yang ke empat tekanan saya makin bertambah apabila saya rasa saya tidak sempat menghabiskan segala nota yang ada . Dengan keadaan yang belum tidur dan saya terpaksa menghantar pesanan ringkas kepada salah seorang sahabat saya dan meluahkan pada yang saya rasa kepada beliau. Beliau member respon yang baik dan juga memberi kata-kata motivasi kepada saya supaya jangan mudah mengalah dan juga teruskan usaha kerana ilmu itu milik Allah dan saya juga tidak boleh bersedih hati dengan apa yang saya lakukan sesungguhnya Allah tealh menciptakan saya orang yang tinggi darjatnya jika saya beriman kepadaNya dan semuanya berbalik dan mengadukan segala masalah kepada Allah  . Ayat-ayat cinta Allah kepada hambaNya juga dikatakan melalui surah Ali mran

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Ali Imran : Ayat 139

 Apabila kita beremosi contohnya apabila kita melihat seseorang yang sangat menakutkan . Tindakan kita selepas melihat orang itu ialah ingin melarikan diri kerana emosi kita pada waktu itu adalah takut. Ini berdasarkan  James – Lange theory dan juga Cannon`s challenge.  Semasa pertengahan kuliah Dr Zamri telah menunjukkan sebuah video  iaitu tenatng seorang pemuda yang bernama Halim Yazid dimana beliau telah menciptakan sebuah video bertajuk bangkit asal. Video ini menceritakn tentang kehidupan beliau dari kecil sehinggalah beliau Berjaya melanjutkan pelajaran.  Beliau berasal daripada Kelantan dan hidup beliau sekeluarga sangatlah susah . Tetapi beliau sentiasa mendapat motivasi daripada keluarga dan beliau juga sentiasa memotivasikan diri beliau sendiri sehingga sampai ke puncak menara gading. Semasa saya melihat video ini saya berasa sangat sedih dengan apa yang telah beliau lalui kerana walaupun saya juga berasal dari keluarga yang susah tetapi ada lagi yang lebih susah dan saya sangat bersyukur atas segala nikmat Allah telah berikan kepada saya sehingga saya Berjaya menjejakkan kaki di menara gading. Kita di dunia memang memerlukan semangat dan motivasi jika tidak dari diri sendiri bolehlah melalui orang lain. Hal ini kerana hidup di dunia ini terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang kita perlu hadapi sebagai seorang hamba Allah. Seperti mana yang kita tahu setiap cabaran dan dugaan itu adalah ujian dari Allah suapay kita sedar siapa diri kita ini dan sentiasa mendapatkan motivasi dengan mengadu dan berserah serta bertawakal kepadaNya.

Kuliah seterusnya berkaitan dengan teori –teori  fisiologikal , kognitif dan psikoanalatik. Semua orang pun seperti yang pernah saya katakan merasakan emosi. Emosi yang dirasai boleh dikaitkan dengan tindakan dan juga pergerakan badan . Pisiologikal teori berkaitan dengan emosi yang dilahirkan oleh otak serta sistem saraf. Kebiasaannya teori ini berkaitan dengan ransangan yang meransangan otak untuk melahirkan sesuatu emosi. James lang teori,cannon bard teori dan juga pendekatan pisiologikal termasuk didalam teori ini.
James lang teori adalah teori yang paling tua yang dihasilkan oleh William James pada tahun 1884. Teori ini telah disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan dinamakan sebagai teori James Lang . hipothesis untuk teori ini ialah tindakbalas pisiologikal akan merangsang emosi.
Walter cannon pula telah mengkritik James Lang teori dengan mengatakan bahawa 
·         Organ yang meransang tindakbalas emosi bertindak sangat lambat terhadap ransangan.
·         Tindak balas emosi adalah sangat cepat mengikut ransangan.
·         Tindak balas fisiologi sangat lambat untuk menghasilkan tindakbalas emosi
 
Untuk fisiobiologikal teori dicipta oleh Jank Panksepp (1982 dan 1992) dan biasanya emosi ini berkaitan dengan specific litar saraf. Dia juga mencadangkan empat emosi asas iaitu takut ,marah , panik dan mengharap. Ini adalah asas untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mencadangkan terdapat spesifik neurotransmitter yang berhubungkait dengan sistem saraf yang menghasilkan emosi iaitu dopamine dan acetylcholine.

Pada tahun 1998, Panksepp telah mengenal pasti asas system emosi berdasarkan struktur dalam limbic system
Contohnya ialah

·  E1: The SEEKING system: general motivation, seeking, expectancy
·  E2: The RAGE system: rage/anger
·  E3: The FEAR system: fear/anxiety
·  E4: The LUST system: lust/sexuality
·  E5: The CARE system: providing maternal care/nurturance
·  E6: The PANIC system: panic/separation, need of care
·  E7: The PLAY system: roughousing play/joy.

Panksepp teori juga telah di kritik oleh Magda Arnold (1960) dimana beliau yelah mempersoalkan tentang tempat spesifik untuk litar emosi dan juga dikritik oleh James Averill (1982).

Akhir sekali memang banyak teori yang telah dikaitan dengan emosi dan juga motivasi. Setiap individu menpunyai cara tersendiri untuk mendapatkan motivasi untuk diri mereka sendiri dan juga cara untuk ,mengatasi emosi mereka.

No comments:

Post a Comment