Saturday, August 20, 2011

A131805,SALBIAH BINTI AWANG,EMOSI DAN MOTIVASI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kuliah pada 17/8 yang lepas menekankan tentang emosi dan motivasi.Apa itu emosi?Definisi itu sememangnya sangat luas seperti yang saya pelajari sebelum ini emosi itu boleh diklasifikasikan sebagaai positif (KASIH,GEMBIRA DAN BAHAGIA) dan emosi negatif(MARAH,BENCI DAN MALU).Emosi tidak akan menjadi neutral iaitu di antara positif dan negatif.Apa itu motivasi ?Motivasi secara amnya ialah pembelajaran tentang aspek-aspek kelakuan secara terarah.Kuliah yang lepas juga telah menekankan 4 komponen emosi iaitu perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.Disebabkan itu emosi itu sangat luas definisinya berbanding perasaan.

Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993).Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992).Berdasarkan pandangan mereka,emosi menjadi motivasi kepada tingkah laku seseorang dan motif seseorang dalam melaksanakan sesuatu tindakan boleh menjadi emosional.Apa yang dimaksudkan dengan emosi sebagai motivasi kepada kelakuan seseorang?Sebagai contoh dari pengalaman saya sendiri,seorang sahabat saya bertindak memutuskan persahabatan mereka kerana perasaan benci terhadap sahabatnya itu.Walaubagaimana pun,tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi.Sebagai contoh,seseorang yang makan kerana lapar.

Dr.Zamri juga menekankan tentang JAMES-LANGE TEORI , CANNON'S CHALLENGE dan TWO-FACTOR TEORI.Berdasarkan James-lange teori,terdapat 3 komponen penting iaitu ransangan,perubahan kelakuan dan perasaan secara subjektif.Menerusi drama yang saya pernah tonton,seorang perempuan berjalan seorang diri di lorong gelap setelah melarikan diri daripada rumah.Gadis itu menyedari seorang lelaki sedang mengekorinya(ransangan).Gadis itu terketar-ketar ketakutan(perasaan) dan cuba melarikan diri secepat mungkin(perubahan tingkah laku).Cannon's challenge pula mempunyai dua komponen iaitu ransangan dan 'simultaneous experience of conscious emotion and physiological arousal'.Sebagai contoh,saya melihat seorang lelaki yang tidak dikenali(ransangan).Saya amat takut(conscious emotion) dan terketar-ketar(physiological arousal).Manakala two-factor theory pula mempunyai 4 komponen penting iaitu ransangan,'physiological arousal','cognitive label for arousal' dan 'conscious emotion'.Sebagai contoh ialah,saya meliha seorang lelaki di taman yang tidak dikenali (ransangan) memandang saya dengan tajam.Sayaa terketar-ketar(physiological arousal) disebabkan takut (cognitive label).Saya amat takut (conscious emotion).

'State of arousal' melibatkan ekspresi muka dan prubahan badan,stimulasi terhadap otak,perasaan dan tindakan adalah bergantung kepada budaya.Emosi bertindak sebagai adaptasi badan terhadap keadaan sekeliling.Menurut sumber internet(Wikipedia),'arousal' ialah keadaan fisiology terhadap sesuatu ransangan.Emosi membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.Emosi menyebabkan kita bertindak mengikut keadaan.Sebagai contoh,emosi membuat kita bergerak dan mengambil tindakan.Pada pendapat saya,respon yang kita tunjukkan adakalanya bergantung kepada emosi.Seseorang yang marah akan bertindak agresif dengan melepaskan geram terhadap orang lain.Motivasi pula ialah aspek-aspek dalam proses pemilihan. 'Motivation is what makes a person do one thing rather than another -- what are the processes of the selection of the course of further activity, of further interactive activity (Mook, 1996).'Pada pendapat saya,motivasi pula membuat seseorang melakukan sesuatu yang dia mahu berdasarkan motivasi yang dia miliki.Oleh itu,orang yang mempunyai motivasi sentiasa bertindak dengan rasional berpandukan motivasi yang dia miliki bukan sekadar tindakan tanpa tujuan.Motivasi ialah faktor di dalam dan luar yang menyebabkn seseorang bertindak dalam suatu masa.Insentif ialah tujuan luaran yang menarik dan menolak kelakuan seseorang.Konsep lain seperti
'Arousal',teori kemanusiaan dan 'instinct'.

Terdapat beberapa teori-teori yang saya pelajari dalam kuliah kali ini.  Apa itu insentif? Insentif ialah faktor-faktor  yang membei motif kepada sesuatu tindakan dan menjadi sebab kepada pilihan yang dibuat.Terdapat 3 jenis insentif iaitu moral,kewangan dan coercive.Firasat(instinct) ialah kecenderungan untuk bertindak mengikut cara tertentu.Firasat tidak dipelajari tetapi diwarisi turun temurun tentang cara atau tindakan terhadap sesuatu tindakan.Contohnya,seokor burung membina sarang untuk terus hidup.Apa itu pula teori arousal?Arousal ialah keadaan fisiologi dalam keadaan sedar.Seseorang yang bermotivasi bertindak memastikan keadaan fisiologi sentiasa pada aras optimum.Motif kecurigaan membantu seseorang memahami keadaan sekeliling.Saya pernah melihat filem tentang seorang detektif,Sherlock Holmes yang terkenal dengan kemahiran-kemahiran penyiasatannya.Filem ini banyak menunujukkan kebolehan dia dalam menyelesaikan kes-kes yang sangat susah.Oleh kerana sifat curiga yang sangat tinggi dia mampu memahami keadaan  sekeliling lantas menyelesaikan kes itu.Teori kemanusiaan yang dipelopori oleh Abraham Maslow mencadangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa peringkat daripada asas-asas kehidupan memerlukan fisiologi dan keperluan untuk kelengkapan diri.Kesimpulannya,emosi menekan keadaan fisiologi manakala motivasi menyebabkan tindakan.
Seterusnya,saya mempelajari tentang teori FKP(fisiologikal,kognitif dan psikoanalitik).Teori utama (pengalaman emosi) mempunyai beberapa komponen iaitu perasaan secara subjektif,proses kognitif,keadan fisiologi,pergerakan badan dan kecenderungan bertindak mengikut motivasi.Teori ini menekankan secara berbeza tentang asas-asas fisiologi(fisiologi teori),peranan  kognitif (kognitif teori) dan peranan keadaan tidak sedar(psikoanalitik).

Teori fisiologi menekankan bahawa emosi adalah hasil daripada otak dan sistem saraf.Secara asasnya,reaksi fisiologi terhasil daripada ransangan yang diterima.James-lang teori,cannon bard dan teori fisiologibiologi menjelaskan tentang teori fisiologi.Teori James-lang merupakan teori yang paling lama dan diformulasikan oleh William James pada tahun 1884.Menurut teori ini reaksi fisiologi kepada ransangan mewujudkan emosi  dalam diri seseorang.Pada pendapat saya,reaksi fisiologi mungkin akan menyebabkan kita beremosi.Sebagai contoh,jika seseorang itu berada di hadapn orang ramai (ransangan),reaksi fisiologi terhadap keadaan itu seperti peningkatan jumlah hormone(adrenaline) menyebabkan seseorang itu gemuruh dan takut.Manakala teori Cannon-Bard pula menjelaskan bahawa sistem organ di dalam badan bertindak perlahan terhadap ransangan yang dihadapi.Teori ini juga mengkritik teori James-lang dengan menjelaskan bahawa emosi terbentuk dengan cepat terhadap ransangan dan reaksi fisiologi timbul terlalu lambat untuk menyebabkan emosi. Cannon and Phillip Bard menjelaskan bahawa ransangan luaran dan dalaman menyebabkan sensori impulse dihantar ke otak untuk diproses dan menghasilkan emosi.Ransangan menyebabkan badan menunjukkan reaksi dan emosi.Sebagai contoh,orang yang takut kepada ketinggian akan mengalami ketakutan.Ini menjelaskan bahawa persepsi seseorang mempengaruhi emosi seseorang terhadap ransangan  yang dialami.Manakala,teori fisiologibiologi yang dipelopori oleh Jack Panksepp (1982, 1992) menjelaskan bahawa asas-asas emosii bekaitan dengan sistem saraf.Terdapat 4 emosi utama yang dinyatakan di dalam teori ini iaitu panic,jangkaan,takut dan marah.Emosi-emosi ini menghasilkan emosi lain. Panksepp juga mencadangkan bahawa hormone juga berkait rapat dengan emosi.Sebagai contoh,hormone dopamine berkait rapat dengan jangkaan seseorang dan acetylcholine menyebabkan seseorang itu marah. In 1998, Panksepp menjumpai sistem asas emosi berdasarkan struktur sistem limbic yang terdiri daripada :
·         E1: The SEEKING system: general motivation, seeking, expectancy
·         E2: The RAGE system: rage/anger
·         E3: The FEAR system: fear/anxiety
·         E4: The LUST system: lust/sexuality
·         E5: The CARE system: providing maternal care/nurturance
·         E6: The PANIC system: panic/separation, need of care
·         E7: The PLAY system: roughousing play/joy

Seterusnya,teori kognitif pula ialah pembangunan teori fisiologi dan beberapa pakat teori moden menyatakan bahawa kognitif atau pemikiran memainkan peranan utama dalam mewujudkan emosi.Menurut sumber internet (http://ishakothman.tripod.com/ppbk4.htm), teori kognitif  adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek.

Sekian….
 
 

No comments:

Post a Comment