Assalamualaikum, kepada Dr. Ahmad Zamri. Jurnal saya pada kali ini adalah berkaitan dengan emosi dan ingatan dan emosi dan motivasi.
Emosi dan ingatan … adakah ia menimbulkan persoalan yang kedua-dua perkara diatas saling kait mengait?? Tentunya tidak! Kita menjalani proses ini pada setiap hari. Setiap pergerakan yang kita buat akan diingati dan begitu juga setiap emosi yang dirasai. Namun adakah emosi yang membantu kita mengingati sesuatu? Persoalan itu tidak tentu lagi kerana emosi adalah sesuatu yang sangat kompleks dan kita tidak perlu menilainya daripada 2 aspek iaitu dari segi kandungan emosi yang kita ingin ingati dan juga dari aspek keadaan emosi (mood) kita pada waktu tersebut.
Sebelum itu, apakah itu ingatan?? Ingatan adalah situasi yang direkodkan oleh otak itu sebagai respons apabila kita melakukan sesuatu. Ingatan ini bukanlah untuk selama- lamanya, hanya situasi yang selalu dialami akan kekal sebagai ingatan selebihnya akan di tempatkan di sudut kecil di dalam otak kita dan kita akan susah untuk mengingatinya.
Pertama sekali dari sudut kandungan emosi, kita akan lebih mengingati jika kandungan emosi yang lebih bermakna dirasai seperti kegembiraan dan kesedihan daripada situasi yang membosankan. Oleh itu, kita akan lebih mengingati sesuatu situasi jika sewaktu ia berlaku kita merasai emosi yang sangat kuat.
Keduanya, dari sudut keadaan emosi (mood), mood mempengaruhi pemerhatian dan ingatan. Terdapat dua cara ia mempengaruhi ingatan kita iaitu: mood congruence atau mood dependence. Mood congruence adalah apabila kita mnegingati situasi yang menyerupai mood yang sedang kita alami sementara itu, mood dependence menyebabkan situasi lebih senag dingati jika mood sewaktu kita menerima ingatan tersebut bersamaan dengan mood sewaktu kita sedang mengingatinya- oleh itu, kita akan lebih senang mengingati sesuatu jika kita mensimulasikan emosi/ mood yang dirasai semasa situasi itu berlaku. Justeru itu, ingatan kita senang terpengaruh dengan dengan emosi yang dirasai dan ini menyebabkan ingatan kita kadang kala berserabut dan susah diingati dengan kronologi yang sebenarnya.
Dengan itu, bagaimanakah emosi ini berhubung kait atau perhubungannya dengan motivasi? Oleh itu, apa itu motivasi? Motivasi ini berasal dari perkataan bahasa inggeris 'motive' yang membawa maksud tujuan. Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif." http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-ertimotivasi.html
Baron & Logan (1993), pernah mengatakan bahawa emosi ini tidak boleh dipisahkan dari motivasi sementara Lang et al (1992) pula berkata bahawa, emosi sebagai motivasi kepada sesuatu tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Contoh yang telah diberikan didalam kuliah tentang emosi yang memotivasikan kita adalah emosi cinta. Cinta boleh memotivasikan kita untuk melakukan pelbagai perkara luar jangkaan seperti membunuh atau membunuh diri. Daripada pengalaman peribadi saya, saya ada seorang kawan yang telah sanggup melakukan pelbagai perkara yang dia pernah katakan dia tidak sanggup lakukan. Namun kerana "cinta" dia sanggup melakukan perkara tersebut dan apabila dia tidak lagi bersama pasangannya itum dia telah mengalami depression hingga di9a pernah mengaku bahawa dia sering kali terfikir untuk mengakhiri nyawanya. Bukankah ini bukti yang motivasi ini memang tidak boleh dipisahkan daripada emosi.
Namun, tidak semua emosi menjadi motivator seseorang. Terdapat pelbagai teori yang telah dikemukakan pelbagai pengkaji contohnya adalah James-Langr theory, Cannon's challenge dan Two-Factor Theory. Emosi ini juga merupakan antara salah satu system adaptasi tubuh kita. Ia merupakan respons kepada sesuatu stimulus dan membantu untuk mengkomunikasikan maksud kita kepada orang lain dan menyediakan kita bagi merasai emosi seterusnya.
Terdapat 2 konsep bagi motivasi iaitu 'drive' dan 'incentive'. 'Drive' terhasil secara intrinsic sebagai suatu yang menghasilkan dan mengaktifkan tingkah laku yang bertujuan untuk membaik pulih hemostasis. 'Incentive' pula adalah factor luaran/ ekstrinsik yang memberikan kita semangat untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh ibu bapa memberi incentive ganjaran untuk memotivasikan anak-anak untuk belajar. Ada juga beberapa teori lain yang iaitu- instinct, arousal dan humanistic theory.
Instinct- berasal dari dalaman seperti diwarisi. Ia tidak dipelajari dan ianya tetap dan specific bagi emosi tertentu. Arousal- bermakna dalam keadaan yang peka dan terjaga. Ianya, dikawal agar tidak terlalu tinggi atau rendah serta perasaan ingin tahu dapat mencetus pemikiran kita untuk berinteraksi dengan alam sekeliling.
Humanistic Theory ini telah dikemukakan oleh Abraham Maslow. Beliau mengatakan bahawa seseorang mempunyai beberapa tahap motivasi dan berdsrkan hieraki ini kita dapat menilai tahap motivasi dan tahap keseluruhan rohani dan jasmani kita sebagai seseorang manusia di bumi Allah ini. Beliau telah mengemukakan teori motivasi ini berdasarkan sebuah pyramid. Didasar pyramid ini menunjukkan tahap motivasi yang terendah iaitu motivasi untuk memenuhi keperluan fisiologi. Seterusnya, diikuti dangan keperluan keselamatan. Selepas itu, keperluan psychology yang memotivasikan kita. Dan akhir sekali, 'self- fulfilment needs'- iaitu keperluan diri untuk menjadikan kita seseorang manusia yang berguna adalah motivasi yan g berada di tahap atas sekali piaramid Maslow.
Sebagai konklusi. Kita boleh mengatakan yang emosi mencetus perasaan dan motivasi itu yang mencetuskan tingkah laku. Itu sahaja buat jurnal pembelajaran saya pada kali ini. Saya telah mempelajari banyak perkara yang sebelum ini tidak pernah saya fikirkan dan saya percaya semua ilmu yang dipelajari kini akan dimanfaatkan dalam kehidupan saya pada masa akan datang. Oleh itu sekian terima kasih dan wassalam.
No comments:
Post a Comment