Saturday, August 20, 2011

GHANESHINEE A/P SATHIYASEELAN A131598
LJ04 EMOSI DAN MOTIVASI
 
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zambri dan rakan-rakan saya yang dikasihi.  Pada  17 ogos 2011 yang lalu saya telah menghadiri kuliah kursus ZT2253 yang keempat  di Dewan Kuliah 1 dan ini adalah jurnal saya yang  keempat untuk kursus ZT2253. Untuk jurnal keempat ini, saya akan mengongsikan  pengetahuan dan pengalaman  saya daripada apa yang  saya pelajari ketika kuliah yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zamri . Jurnal saya pada hari ini bertajuk emosi dan motivasi ini bersamaan dengan topik yang diajar oleh Dr.Zambri. saya amat tertarik dengan tajuk kuliah pada hari itu, ini disebabkan emosi dan motivasi adalah aspek-aspek yang sangat berbeza tetapi  terdapat kaitan diantara emosi dan motivasi yang menghubungnya.   Pada pendapat saya , motivasi adalah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana motivasi akan mendorong seseorang  itu  untuk melakukan atau  mengambil sesuatu tindakan  yang baik mahupun yang buruk. Seperti biasa sebagai permulaan Dr Zambri telah mempaparkan satu video kilp yang amat menyentuh emosi dan perasaan. Video klip ini bertajuk "bangkit asal" daripada Halim Yazid. Beliau mampu membuktikan bahawa dirinya sangat berharga dan mampu  meneruskan pengajiannya di menara gading. Pada akhirnya beliau Berjaya mendapatkan Ijazah Sarjan Muda dan kini menjadi seorang pensyarah yang Berjaya di Universiti Malaya. Dalam video klip yang ditayangkan terdapat beberapa peasanan yang sangat penting antaranya ialah tiada apa yang mutahil dalam hidup ini.  Pesanan yang kedua adalah motivasi yang tinggi dapat membantah segala kata-kata daripada orang sekeliling  yang tidak member sokongan mahupun dorongan. Pesanan yang seterusnya ialah kita seharusnya  mampu membangunkan diri kita sendiri dan menentang emosi-emosi yang negative seperti sedih, marah , kecewa dan lain-lain lagi. Pesanan ini harus diikuti dan dijadikan sebagai contoh atau teladan dalam kehidupan semua orang supaya kita juga dapat Berjaya dalam kehidupan kita.
Sekarang mari kita beralih kepada tajuk kuliah yang pertama iaitu emosi dan motivasi. Objektif yang seharusnya dicapai ialah memahami apa itu motivasi dan seterusnya memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi walaupun kedua-duanya mempunyai aspek-aspek yang sangat bebeza antara satu sama yang lain. Motivasi didefinasikan sebagai  tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses untuk  mencapai  sesuatu dalam kehidupan seseorang. Baron dan Logan 1993 menyatakan bahawa emosi tiodak dapat dipisahkan daripada motivasi. Menurut Lang et al 1992 , emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai kesimpulan emosi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi dalam pelbagai aspek. Melalui kuliah yang diajar oleh Dr Zambri Emosi merupakan salah satu nada efektif sama ada positif atau negative manakala motivasi adalah satu proses yang boleh menggalakkan kita mempunyai arah dan tenaga untk mencapai sesuatu. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan.Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Walaubagaimanapun tidak semua keadaan  yang menyebabkan emosi menjadi pendorong dan tidak semestinya semua pendorong berasaskan  kepada emosi. Terdapat beberapa teori yang membuktikannya iaitu  James-Lange Theory, Cannon's challenge dan Two-Factor Theory.Emosi bertindak sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam persekitaran dan ia membantu dalam memyamapaikan niat kita kepada orang lain.
 
Selepas kuliah saya telah melayari internet untuk mendapatkan info-info yang berkaitan dengan tajuk kuliah yang keempat iaitu emosi dan motivasi. Sekarang saya akan mengongsikan info-info tersebut iaitu definisi,pengertian dan takrifan motivasi:
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris -"MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.  
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
4. Motivasi Sebagai Stimulator
Untuk  menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.

Definisi Motivasi dan Blog Motivasi Diri

Motivasi boleh didefinisikan dalam beberapa cara. Secara umum ia didefinisikan sebagai kuasa yang menggerak dan membentuk sesuatu perilaku atau tabiat.  Dengan kata lain, motivasi adalah suatu tenaga dalaman yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Ia adalah keadaan yang bersifat sementara atau berubah-ubah dalam diri seseorang dan tidak bergantung kepada keperibadian orang tersebut. Ada pelbagai jenis motivasi seperti motivasi pencapaian, motivasi sekutu, motivasi kompetensi, motivasi kuasa, dan motivasi sikap.
Motivasi bergantung kepada tiga aspek utama termasuk rangsangan perilaku, arah perilaku dan kegigihan perilaku. Rangsangan perilaku melibatkan apa menyebabkan rangsangan untuk bertindak dan arah perilaku berkaitan dengan apa yang mengarahkan kelakuan ke arah tujuan tertentu. Kegigihan perilaku adalah berkaitan dengan bagaimana kelakuan atau tabiat yang berterusan.
Berbagai kajian telah dijalankan untuk memahami motif-motif yang mendorong seseorang untuk berjaya. Ia boleh dibahagikan kepada tiga:
Motif homeostatik – seperti lapar, berpeluh dan buang air.
Motif non-homeostatik – seperti mencari tempat berteduh.
Motif sosial – seperti prestasi diri, kuasa, pengiktirafan, dan perhubungan sosial.
Motivasi adalah penting untuk berjaya dalam setiap usaha yang anda lakukan. Ia boleh jadi motivasi positif atau motivasi negatif, motivasi halus atau terang-terangan, motivasi nyata atau tidak nyata. Motivasi sangat diperlukan di tempat kerja kerana ia memainkan peranan utama dalam memastikan prestasi pekerja. Di dalam dunia pekerjaan, pengurus memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi pekerja. Mereka menggunakan berbagai teknik motivasi yang berbeza untuk meningkatkan prestasi, sehingga mampu meningkatkan kerjasama antara pekerja dan majikan.
(Sumber Artikel: http://EzineArticles.com/410696)
Blog Motivasi Diri lebih menumpukan motivasi dari sudut pandang ontologi – cabang tanggapan asas bagaimana manusia memahami dunia ini atau bagaimana manusia biasanya memahami dan menjalani kehidupan ini. Atau secara mudah memberi fokus kepada perkara yang terlindung dari fikiran (blind spot).

(sumber: http://mymotivasi.com/artikel-motivasi/definisi-motivasi-blog-motivasi-diri.html)

Sekian, terima kasih.

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment