Saturday, August 20, 2011

Hubungan Antara Emosi dan Kehidupan.
 
 
Assalamualaikum dan salam ramadhan al-mubarak.Alhamdulillah syukur saya masih berkesempatan untuk mengarang jurnal lagi pada kali ini. Kuliah pada minggu ini membincangkan perkaitan antara emosi dan motivasi  serta teori-teori  fisiologikal ,kognitif dan juga psikoalalitif.Kuliah pada kali ini banyak memberi penerangan lebih lanjut berkaitan bagaimana sesuatu emosi yang dialami kita boleh mempengaruhi motivasi kita.Emosi boleh didefinisikan sebagai tona efektif samada positif ataupun negatif.Motivasi pula ialah kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Emosi terdiri daripada 4 komponen iaitu perasaan,  proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Kita perlu tahu bahawa emosi lebih luas maknanya dari perasaan.
 
Apa yang anda tahu tentang emosi?Emosi merangkumi 4 komponen iaitu perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.Adakah kita sedar bahawa emosi boleh mempengaruhi motivasi kita?
 
' Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi' (Baron & Logan, 1993)
 
'Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional '(Lang et al, 1992)
 
Ya, pada pendapat saya emosi memang boleh mempengaruhi motivasi.Sebagai contohnya kesusahan hidup yang dihadapi seseorang boleh mematangkan fikiran seseorang sekaligus memotivasikan orang tersebut untuk memperbaiki hidup agar lebih baik.Segala cabaran dihadapi dengan penuh azam dan semangat.Pada kuliah minggu ini kami dipaparkan tentang sedutan videoclip lagu loghat kelantan yang bertajuk                  .Videoklip ini mengisarkan kisah seseorang pensyarah yang berasal dari keluarga yang susah kemudiannya berjaya mendapat sarjana walaupun menghadapi pelbagai kata-kata pemutus semangat daripada saudaranya setelah mendapat tawaran ke universiti,jerit-perih ibubapanya menyara keluarga dan yuran pengajiannya.Perasaan sedihnya menghadapi kehidupan zaman kecil yang penuh cabaran serta pengorbanan ibu bapanya memberikannya motivasi yang cukup besar sehingga dia mampu bertahan mencapai cita-citanya.
Ingin saya selitkan sedikit pengalaman hidup saya.Jika dipandang oleh masyarakat saya mungkin dianggap keluarga yang kurang berada.Ibubapa saya sendiri bekerja sendiri iaitu berkebun dan mengambil upah.Saya tak kisah kalau saya tak dapat apa yang saya minta dari mereka seperti orang lain kerana saya tahu mereka tidak mampu.Jika orang lain mungkin ke sekolah dengan ibubapa mereka ,saya menunggang basikal sejauh lebih 5km ke sekolah.Apakan daya basikal sahajalah kenderaan yang kami ada,kami tidak ada motosikal ataupun kereta.Saya sangat terharu apabila mak ayah saya sanggup menunggang basikal untuk mengambil report kad ketika hari terbuka sekolah walaupun hakikatnya itu memenatkan kerana mereka sendiri sudah berumur.Saya mengaku saya sedikit sedih dengan itu.Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur dengan segala-galanya yang telah saya nikmati selama ini dan saya masih bernasib baik mempunyai kehidupan yang tidak daif.Semua ini mematangkan fikiran saya dan memberi saya motivasi untuk mencapai kejayaan dalam setiap apa yang saya lakukan.Di saat ini,airmata saya sudah pun tertumpah mengenangkan segala pengorbanan yang ibu bapa saya lakukan.Terima kasih emak,terima kasih abah.Ayah saya meninggal dunia semasa saya di tingkatan 5.Semoga roh beliau dicucuri rahmatNYA.
 
Jika kita lihat ramai orang-orang hebat dan berjaya berasal dari keluarga yang agak susah.Sebagai contohnya,penulis buku Harry Potter iaitu J.K Rowling, Bill Gates jutawan software, dan sebaginya lagi.Kesusahan hidup mereka telah menjadi motivasi kegigihan hidup mereka untuk berjayaAntara teori-teori berkaitan motivasi ialah gerak hati, arousal humanistic theory dan juga motivasi secara tidak sedar..
Ada beberapa theory yang membincangkan perkaitan emosi dan komponen-komponen tersebut.Yang pertama ialah Cannon ' Challenge iaitu stimulus menghasilkan pengalaman simultaneous yan g merangkumi emosi secara sedar dan rangsangan tindakan fizikal.Yang kedua ialah Two- Factor Theory iaitu stimulus menghasilkan rangsangan fizikal seterusnya penglabelan situasi secara kognitif dan emosi secara sedar  .
Jika kita perhatikan adakah emosi negatif ( sedih,malu,marah,) ataupun emosi positif (gembira,menerima,) yang banyak menyumbang kepada motivasi seseorang itu?
Pada pendapat saya ,emosi sedih banyak mempengaruhi motivasi seseorang.Kadangakala apabila kita melihat kesedihan  dan kesusahan seseorang kita juga boleh termotivasi.Suka saya sebutkan tentang situasi di hospital.Seringkali saya berada di hospital samada ketika sesi praktikal ataupun hanya makan di kafe hospital,saya melihat berbagai-bagai keadaan manusia terutamanya di kafeteria.Ada diantaranya yang sanggup beratur membeli makanan dalam keadaan badan yang lemah dan berbalut atau memakai tompang,ada yang sudah berusia kelihatan sakit makan berseorangan tanpa ada ahli keluarga yang menemani,kelihatan mereka bersusah payah menyuap makanan ke dalam mulut.Di situ saya lihat betapa besarnya nikmat ALLAH yang ada pada saya sekarang.Saya rasa sangat sedar dan bersyukur pada ALLAH serta kasihan dan sedih melihat keadaan mereka.Di situ saya mendapat motivasi betapa bertuahnya saya dengan nikmat yang saya dapat dan ada lagi orang yang lebih sukar situasinya daripada saya.
 
            Selain itu,perasaan cemburu juga boleh memotivasikan seseorang.Hal ini samada memberi kesan tindakan positif ataupun negatif.Emosi cemburu boleh menyebabkan seseorang bertindak dengki dan menganiayai orang yang dicemburui.Emosi cemburu juga boleh memberi rangsangan untuk seseorang berusaha lebih keras dan rajin untuk berjaya ataupun memperbaiki diri.
           
Jatuh Cinta? Antara suatu emosi yang boleh mempengaruhi tindakan seseorang.Apabila jatuh cinta,kita sanggup berkorban demi orang yang kita cintai,perasaan cinta kita menjadi motivasi dalam kehidupan kita.Perasaan atau tidak apabila kita mula meminati seseorang,kta akan selalu memerhatikannya dan mengambil tahu tentangnya.Namun,pengorbanan yang tidak kena pada tempatnya boleh merosakkan diri sebagi contohnya tergadai harta dek mahukan perempuan cantik yang dicintai,tergadai maruah diri perempuan demi seorang lelaki yang menarik.
 
Walaubagaimana pun,tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi.Sebagai contohnya; belajar kuat (achievement motive) dan makan (hunger motive).
 
Sesungguhnya hanya ALLAH yang mngetahui setiap emosi yang kita alami.Di dalam al-Quran ada menyebut;
 
'Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia, dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya' –Surah Qaf:16
 
Seterusnya ,kuliah ada menyebut emosi sedih ataupun gembira yang mempengaruhi ingatan seseorang terhadap sesuatu peristiwa ? Menurut beberapa pendapat saintifik dan artikel yang saya pernah baca, apabila kita menghadapi sesuatu peristiwa yang tidak menyeronokkan sebagai contohnya kita telah melakukan sesuatu kesalahan ataupun berhadapan dengan situasi yang agak menyedihkan,minda kita akan mengolahnya menjadi sesuatu yang lebih baik ataupun melupakannya.Hal ini kerana minda kita lebih terdorong untuk menyimpan memori-memori yang indah.Jika kita perasaan kita lebih mudah untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan indah kita berbanding kenangan-kenangan yang pahit.Cuba anda teliti dan menilai kenangan indah atau pahit lebih mudah kita ingat dan gambarkan.
 
Kesimpulannya,apa yang saya pelajari pada kuliah minggu ini ialah banyak perkaitan emosi dan motivasi.Kita juga hendaklah bijak mengenal dan menggunakan emosi yang dialami untuk menjadi motivasi yang baik serta kita mestilah bijak mengawal emosi agar kita dapat bertindak dengan betul sebagai tindak balas minda dan tubuh badan kita apabila menghadapi seuatu perasaan.
 

No comments:

Post a Comment