Saturday, August 20, 2011

ASILAH BT SARIMAN A132031 LJ04

HUBUNGAN ANTARA EMOSI DAN MOTIVASI
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Entri kali ini merupakan entri yang ke 4 untuk kursus pengurusan emosi yang saya sedang pelajari. Pada saya, kursus ini sebenarnya sangat menarik bahkan mengubah persepsi saya pada sebelum kuliah. Pada setiap kuliah juga saya perlu menghasilkan satu entri yang membolehkan saya bercerita dan mengulas semua komponen dalam kuliah. Entri pada kali ini saya akan mengulas tentang kuliah yang seterusnya iaitu kuliah ke 8. Tajuk kuliah tersebut adalah emosi dan motivasi. Saya tertarik dengan tajuk kuliah kerana emosi dan motivasi merupakan aspek yang sangat berbeza dan saya sangat ingin mengetahui apa kaitan antara emosi dan motivasi itu sendiri.
Setelah hadir ke kuliah saya dapat mengetahui bahawa emosi boleh dibahagikan antara negative dan positif. Contoh emosi negative adalah sedih, malu dan marah manakala emosi positif pula adalah gembira dan bahagia. Seterusnya motivasi pula adalah secara keseluruhannya didefinasikan sebagai pembelajaran dalam aspek perlakuan secara langsung dan memberi tenaga. Terdapat 4 komponen emosi yang diterangkan dalam kuliah tersebut. komponen tersebut adalah termasuk perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Mengikut kefahaman saya, emosi akan diterjemahkan melalui perasaan seseorang dan akan berlaku proses kognitif seterusnya akan menyebabkan seseorangmendapat perubahan fisiologi seperti jantung berdegup laju dan berpeluh dan akhirnya akan bertindak balas dengan melakukan tingkahlaku sebagai mekanisme untuk emosi tersebut. oleh yang demikian, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perasaan merupakan komponen dalam emosi justeru emosi lebih luas maknanya berbanding perasaan.
Menurut Boran & Logan (1993) emosi sangat berkait rapat dengan motivasi dan kedua-dua aspek ini tidak dapat dipisahkan. Hal ini bermakna emosi memerlukan motivasi supaya dapat diekspresikan perasaan tersebut. Emosi juag merupakan motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional.  Sebagai contoh yang saya paham, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku seperti memberi hadiah, menyediakan makanan, menelefon dan memberi pertolongan. Sebaliknya bagi seseorang mempunyai perasaan benci ia akan memotivasikan seseorang untuk terjebak dalam tingkahlaku pembunuhan, pukul dan buli. Tetapi satu peringatan perlu sentiasa difahami oleh semua orang iaitu tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan emosi itu sendiri.
Semasa kuliah tersebut juga, pensyarah juga mendedahkan kami tentang James – Lange Theory. Untuk menerangkan James Lange Theory, sesuatu emosi tersebut akan menyebabkan tingkahlaku seperti dalam situasi apabila seseorang menerima keputusan yang bagus dalam pepriksaan seterunya dia akan menjerit kepuasaan dan akhirnya emosi kebahagiaan akan wujud. Saya sangat tertarik dengan teori ini kerana emosi hadir selepas perlakuan. Seterusnya dalah Cannon's Challenge. Dalam teori ini akan memasukkan komponen rangsangan, emosi dalam sedar serta meningkatkan perubahan fisiologi. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak lelaki yang sedang berperlakuan pelik dalam gelap mereka akan berasa takut seterusnya akan menggeletar. Menggeletar adalah mekanisma dalam fisiology apabila seseorang dalam keadaan takut. Bebeza dengan teori sebelumnya, teori ini lebih mengfokuskan emosi akan menyebabkan perubahan fisiologi.
Teori seterunya yang dipelajari dalam kuliah tersebut adalah Two Factor Theory. Teori ini mempunyai penambahan aspek kognitif untuk sesuatu perubahan. Rangsangan akan menyebabkan perubahan fisiologi seseorang dan seterusnya mereka akan berfikir tentang punca perubahan fisiologi tersebut. Akhirnya meraka akan menzahirkan emosi takut. Secara konklusi, teori ini juga menegaskna bahawa emosi wujud selepas perubahan fisiologi apabila menerima rangsangan. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan teori yang terakhir. Hal ini kerana sistem manusia sangat kompleks dan mempunyai banyak mekanisma.
Emosi sekali lagi difokuskan dalam kuliah dan pada kali ini menjelaskan bahawa emosi merupakan satu keadaan arousal yang membabitkan wajah dan perubahan tubuh badan, pengaktifan otak, perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap sesuatu aksi. Kesemua aspek yang terbabit adalah dibentuk oleh adat budaya. Untuk mendalami tentang emosi, secara sains, emosi merupakan salah satu tindak balas adaptif yang dilakukan oleh badan terhadap situasi tertentu. Emosi juga dapat membantu untuk niat seseorang terhadap sesuatu. Emosi akan menyebabkan seseorang bersedia menghadapi sesuatu situasi tersebut dengan cara menghadapinya mahupun berlari.
Seterusnya saya akan bergerak ke aspek ke dua dalam tajuk kuliah iaitu motivasi. Menurut Bickhard (1997) motivasi adalah pemilihan proses. Motivasi juga merupakan jangkaan tentang apa yang mungkin berlaku. Seperti contoh, seseorang akan lebih bermotivasi apabila bakal mengahadapi peperiksaan.oleh itu, motivasi adalah apa yang menyebabkan seseorang melakukan satu perkara bukannya yang lain. Motivasi  juag mempunyai konsep dan teori tersendiri.  Konsep pertama adalah panduan "drive", iaitu keadaan dalaman ataupun impuls yang mengaktifkan perlakuan untuk menurunkan keperluan dan mengekalkan homeostatis. Seterusnya adalah insentif iaitu matlamat luaran yang akan menarik ataupun  menolak seseorang untuk melakukan sesuatu. Konsep yang lain adalah instinct iaitu motivasi adalah semulajadi. Seseorang juga akan bermotivasi untuk mengekalkan tahap optimum arousal. Terdapat juga theory humanistic iaitu hierarki keperluan yang juga termasuk dalam konsep motivasi. Apa yang dimaksudkan adalah manusia akan lebih terdorong melakukan sesuatu berdasarkan hierarki keperluan tersebut.Menurut saya setiap orang mempunyai motivasi masing-masing. 
Seterusnya pada entri kali ini saya akan menyentuh tentang Humanistic Theories. Abraham Maslow merupakan orang yang bertanggungjawab menyusun hierarki keperluan. Beliau menerangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap daripada tahap yang keperluan asas sehingga psikologikal dan keperluan yang memenuhi keinginan diri sendiri. Mengikut hierarki Maslow, beliau menggunakan pyramid untuk menjelaskan tentang teorinya. Aspek yang berada di bawah sekali merupakan keperluan asas seprti fisiologi iaitu makanan, minuman dan rehat. Keselamatn juga merupakkan keperluan asas manusia. Seterusnya adalah keperluan fisiologi yang dibahagikan kepada keprluan kasih sayang iaitu rakan dan hubungan intim. Selain itu adalah keperluan diri seperti keyakinan juga merupakan kehendak fisiologi. Seterusnya aspek yang berada paling atas dalam pyramid tersebut adalah keperluan diri sendiri. Antara yang termasuk dalam aspek ini adalah aktiviti yang kreatif. Konklusinya, menurut hierarki tersebut saya sangat memahami bahawa manusia mempunyai keperluan yang berbeza dan kepentingannya juga berbeza. Manusia secara automatik tanpa disedari hidup berdasarkan hierarki keperluan ini. Saya juga sangat bersetuju dengan hierarki ini kerana apa yang paling penting iaitu keperluan asas seperti makanan dan tidur berada di tahap paling bawah dalam pyramid tersebut.
Selepas kuliah saya juga ada meneruskan pembacaan mengenai emosi dan motivasi untuk lebih memahami dan  membaca pandangan orang lain. Buku yang saya sempat baca adalah "Panduan Dan Strategi Motivasi Diri" yang ditulis oleh Sharifah Akmam Syed Zakaria. Menurut beliau, kecerdasan emosi berperanan dalam motivasi diri. Kecerdasan emosi yang dimaksudkan di sini adalah keupayaan dan memahiran mengenali,memahami, menghargai dan mengawal perasaan serta  pemikiran sendiri bagi meningkatkan prestasi diri dan akhirnya mewujudkan perhubungan positif dengan orang lain. Saya juga dapat mengetahui bahawa perkataan emosi dan motivasi datang daripada perkataan Latin dan kedua-duanya mempunyai perkaitan.

No comments:

Post a Comment