Saturday, August 20, 2011

A132014, SYAFIQAH BINTI ABDUL RAZAK LJ04 " EMOSI? PERLUKAH DIMOTIVASI?"

                    Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada dr. zamri. Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA serta inayahNYA dapat juga saya menghadiri kuliah zt pada hari rabu yang lalu. Ini merupakan kuliah keempat bagi khursus zt2253. Jurnal zt ini merupakan satu-satunya medium ataupun "platform"  terbaik untuk saya meluahkan segala is hati  saya =).walaupun  rasa letih dan mengantuk didalam setiap kuliah zt namun ianya tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus melangkah  ke kuliah tersebut yang terletak di DK1. Ini kerana  saya yakin ALLAH masih lagi memberi seribu satu peluang,ruang dan luang untuk saya menimba ilmu di kampus UKM KL yang amat saya cintai ini. Bayangkan, ketika berada di rahim ibu lagi, segenggam jantung ini tidak pernah berhenti berdegup! Beralun didalam sekujur jasad kecil yang masih tidak dihembuskan rohnya oleh ALLAH AZZA WA JALLA . itulah diri kita sebenarnya. Maka  nikmat  inilah yang sering mengundang perasaan bersalah dihati saya sekiranya terdapat bisikn-bisikan halus yang mengajak saya untuk memonteng kuliah zt…..
            Apabila anda ditanya: "Siapakah Tuhanmu ?", Maka katakanlah: "Tuhanku adalah Allah yang telah memelihara diriku dan memelihara semesta alam ini dengan segala ni'mat yang dikaruniakan-Nya. Dan Dialah sembahanku, tiada bagiku sesembahan yang haq selain Dia."
Allah ta'ala berfirman:"
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam." (QS. Al-fatihah: 2).
Semua yang ada selain Allah disebut alam, dan saya (juga anda) adalah bagian dari semesta alam ini.Selanjutnya, jika anda ditanya: "Dengan perantaraan apakah anda mengenal Tuhan ?".  Maka hendaklah anda menjawab: "melalui tanda-tanda kekuasaan-Nya dan melalui ciptaan-Nya. Diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah: malam, siang, matahari dan bulan. Sedangkan diantara ciptaan-Nya ialah: tujuh langit dan tujuh bumi beserta segala makhluk yang ada di langit dan di bumi serta yang ada di antara keduanya."Allah ta'ala berfirman:
"Dan sebagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari, dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah Yang menciptakannya, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah." (QS.  Fushshsilat: 37).  http://rumahislam.com/kenal-islam/29-basic-islam/279-mengenal-allah-azza-wa-jalla.html                                                            
            Mengapa saya begitu beremosi dan cuba untuk menekankan  tentang nikmat-nikmat kurniaanNYA ini? Ini kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya hanya mahu meneruskan perjalanan hidup yang singkat ini dibawah lembayung rahmatNYA. Saya mahu menghargai segala nikmat dan pemberianNYA  selagi jasad  masih dikandung badan.Mesti DR tertanya-tanya apakah significantnya luahan perasaan diatas^^.. Ini  kerana  banyak perkaitan  antara tajuk kuliah pada minggu ini  yang bertajuk "EMOSI dan MOTIVASI" dengan apa yang saya cuba sampaikan.
Pengertian Emosi
Definisi emosi dirumuskan secara bervariasi oleh para psikolog, dengan orientasi teoritis yang berbeda-beda, antara lain sebagai berikut :
William James (dalam DR. Nyayu Khodijah) mendefinisikan emosi sebagai keadaan budi rohani yang menampakkan dirinya dengan suatu perubahan yang jelas pada tubuh.
Goleman, 1999 (dalam DR. Nyayu Khodijah) mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak..
Kleinginna & Kleinginna (dalam DR. Nyayu Khodijah) mencatat ada 92 definisi yang berbeda tentang emosi., Namun disepakati bahwa keadaan emosional adalah suatu reaksi kompleks yang melibatkan kegiatan dan perubahan yang mendalam serta dibarengi dengan perasaan yang kuat.

            Namun didalam kuliah ini, dr Zamri telah menyatakan bahawa emosi merupakan sesuatu sifat, ataupun perasaan yang wujud dalam diri manusia dan terdiri dari emosi positif, negatif dan neutral manakala motivasi pula merupakan sesuatu yang menetapkan target yang ditentukan untuk dicapai dan diikuti dengan usaha yang sangat gigih. Untuk emosi, terdapat empat kompenen utama iaitu perasaan, proses kognitif , perubahan fisiologi dan akhir sekali tingkatlaku berkaitan. Baron & logan,1993 juga telah menyatakan bahawa emosi tidak boleh dipisahkan daripada motivasi manakala Lang et al pula menyatakan bahawa emosi sebagai tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.
            Ironinya, pada pendapat saya emosi ialah gabungan perasaan yang dizahirkan samaada melalui perkataan mahupun perbuatan disebabkan oleh  faktor-faktor yang tertentu. Manakala motivasi pula ialah sesuatu kekuatan,semangat dan pendorong yang mampu membuatkan seseorang itu berasa lebih berani serta yakin dalam melakukan sesuatu . Saya juga sependapat bahawa  emosi dan motivasi mempunyai kaitan yang rapat dan  saling memerlukan diantara satu sama l
            Contohnya, semasa berada di alam matrikulasi saya berasa sangat terdesak untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana bagi saya hanya itu sahaja jalan terakhir bagi saya untuk melangkah ke alam universiti. Jadi seboleh-bolehnya saya memaksimumkan segala usaha dan kudrat saya untuk  menelaah  pelajaran. Ini kerana, sebagai pelajar matrikulasi saya masih lagi belum mempunyai arah tuju yang jelas tentang masa hadapan. Tambahan lagi saya ingin membalas jasa ibu saya yang telah lama berkorban untuk saya.
            Sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Malah, seorang daripada kakak saya sering sahaja melontarkan kata-kata semangat supaya sentiasa belajar dengan rajin agar impian itu dapat dicapai. Walaupun ibu saya tidak yakin dengan keupayaan saya namun saya tidak mudah mengalah dan mengambil semua kata-kata mereka itu sebagai azimat yang bermakna. Malah, selama berada di matrikulasi kata-kata itulah yang setia menjadi pendorong  buat diri saya. Emosi yang terlahir inilah yang memaju arah motivasi diri saya untuk belajar dengan tekun dan akhirnya mencapai impian yang saya inginkan selama ini. Saya bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya.
            Jadi, dalam konteks ini dapat saya simpulkan bahawa betapa peri pentingnya hubungan antara emosi dan motivasi dalam memacu arah hidup seseorang. Berikut merupakan lirik lagu nyanyian Ella yang bertajuk" standing in the eyes of the world".
Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
 
            Oleh itu bangunlah semula dari kegagalan jika hari ini kita berasa kecewa kerana hidup ini tidak seperti apa yang selalu kita harapkan. Binalah motivasi diri agar kita mempunyai kekuatan dan semangat untuk terus berada di landasan kehidupan. Paksikanlah segala keyakinan hanya kepadaNYA , agar kita sentiasa berada didalam limpahan rahmatnya. Ingatlah bahawa "  a day will never be anymore than what you make of it".

No comments:

Post a Comment