Saturday, August 20, 2011

A131650 Wendy Wong Hwei Rong LJ04

Selamat Sejahtera.
17 Ogos 2011(Rabu), merupakan kuliah ZT2253 yang kelima yang telah saya hadiri. Sebelum mula kuliah, Dr Ahmad Zamri Mansor telah memberi penjelasan mengenai tugasan 2 yang perlu dilaksanakan oleh setiap kumpulan. Beliau memberitahu kita setiap kumpulan hanya boleh mempunyai 4-5 orang ahli sahaja kerana beliau perlu memastikan semua orang akan melibatkan diri dalam tugasan tersebut. Walaupun ini kemungkinan akan menambah kerja kita, tetapi ini merupakan cara yang paling adil untuk memastikan semua orang  ada membuat kerja. Oleh itu, saya pun menyetujui dengan cadangan doktor ini.
Selepas itu, Dr. Zamri pun meneruskan kuliah  hari itu, bertajuk "Emosi dan Motivasi". Soalan yang pertama muncul  dalam minda saya iaitu, apakah kaitan antara Emosi dan Motivasi ? Penjelasan saya sendiri sebelum kuliah bermula ialah kalau kita berasa gembira(emosi), kita akan mempunyai mood untuk belajar(motivasi). Jika kita berasa sangat marah dan gelisah(emosi), kita akan kurang motivasi untuk belajar. Tetapi selepas kuliah ini, barulah saya sedar penjelasan saya tersebut terlalu simple dan tidak teliti. From the explaination given by Dr.Zamri, i strongly believe that there is a correlation between Emosi and Motivation.

Dalam kuliah yang pertama telah menyatakan bahawa Emosi mengandungi 4 komponen iaitu perasaan,  proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan . Selain itu, Emosi juga dikategori dalam positive (gembira,bahagia, kasih) dan negative (marah, benci, gelisah). Manakala Motivasi merupakan satu aspek tingkah laku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu yang akan dipengaruhi oleh  emosi-emosi yang tertentu.

Menurut Baron & Logan 1993, Emosi tidak dapat dipisahkan dari Motivasi. Ini bermaksud Emosi is strongly related with Motivation. Menurut, Lang et al 1992, mengatakan Emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Dalam penjelasan saya tentang teori ini adalah Emosi akan menjadi salah satu Motivasi untuk mendorong seseorang membuat sesuatu (tingkah laku). Kedua-dua teori ini ingin menekankan bahawa Emosi adalah berkaitan dengan Motivasi. Contohnya, seseorang akan mempunyai motif pembunuhan mungkin disebabkan ingin mendapatkan duit manakala kebencian (emosi) juga akan menjadi salah satu sebab mengaktifkan seseorang menghasilkan motif pembunuhan dan melakukan perkara-perkara yang jahat. Bagi contoh yang lain, seseorang yang bercinta (emosi kasih) mempunyai motivasi untuk meng'sms', menelefon, memberi hadiah, mendirikan rumahtangga kepada orang yang kamu cintai.
Walaubagaimanapun, bukan dalam semua keadaan emosi akan menjadi pendorong (motivator). Pada masa yang sama, tidak semua pendorong adalah berasaskan dari emosi. Contohnya, belajar kuat disebabkan oleh motif pencapaian, dan makan adalah disebabkan kelaparan.
Selain itu, Emosi dinyatakan merupakan suatu keadaan arousal yang melibatkan kognitif penilaian, pengaktifan otak, perubahan badan, , perasaan subjektif, dan tingkah laku, semuanya dipengaruhi oleh budaya-budaya yang berbeza. Emosi juga memainkan peranan dalam penyesuaian kita (adaptif) terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Contohnya, Emosi membantu kita untuk berkomunikasi dengan orang lain tentang fikiran kita. Emosi menyediakan kita untuk membuat response seperti bercakap, bergerak, dan mengambil tindakan untuk  menghadapi keadaan atau masalah tersebut.
Menurut Bickhard, 1997, Motivasi ialah aspek pemilihan dalam proses, dan merupakan jangkaan(expectation) terhadap sesuatu perkara yang kamu lakukan. Menurut Mook, 1996, Motivasi merupakan sesuatu yang menyebabkan seseorang melakukan perkara tertentu dan bukannya yang lain. Terdapat beberapa konsep dan teori motivasi iaitu, Motivasi, Drive dan Incentive. Drive ialah keadaan dalaman yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Hab untuk central drive system berletak di hypothalamus. Homeostasis merupakan kemalaran dalam keadaan dalaman yang perlu sentiasa dikekalkan oleh badan kita. Drives mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam homeostasis yang menyebabkan tingkah laku untuk membetulkannya. Haiwan juga bertindak mengikut keperluan tisu mereka seperti peningkatan atau kekurangan pengambilan kalori dan garam. Walaubagaimanapun, homeostasis tidak boleh menerangkan semua keadaan dalam drive. Incentive pula merupakan faktor luar (external factor) yang menyebabkan kemunculan tingkah laku tersebut. Contohnya, financial, moral, dan coercive.
Konsep yang lain termasuklah Instinct, Arousal, dan humanistic theory. Dalam Instinct, motivasi adalah secara semula jadi, tidak pernah dipelajari, tindak balas dan response terhadap sesuatu perkara adalah diwarisi. Contohnya, haiwan yang sama jenis akan hidup berkelompak dan saling membantu, pengaduhan haiwan, tingkah laku berkasih-kasihan, fungsi melarikan diri, dan membuat sarang. Arousal merupakan keadaan fisiologi dan psikologi badan kita untuk meransangan kita. Kita perlu mengekalkan tahap optimal arousal, tidak boleh terlalu tinggi or rendah daripada tahap tersebut. Motif rasa ingin tahu akan membantu kita untuk mengetahui sekeliling kita. Humanistic theory pula merupakan hak kemanusiaan. Menurut Abraham Maslow bahawa motivasi boleh dibahagikan kepada beberapa tahap mengikut keperluaan asas manusia untuk hidup hingga keperluan psikologi dan untuk memuaskan diri sendiri.
Oleh itu, kita boleh menyatakan bahawa hubungan antara emosi dan motivasi adalah Emosi menekankan arousal, manakala Motivasi menekankan tingkah laku.
Seterusnya, kuliah disambungkan dengan teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalatik. Dalam teori fisiologikal, ahli teori fisiologikal menekankan bahawa Emosi merupakan produk otak dan sistem saraf kita. Asalnya adalah dari fisiologikal reaksi terhadap rangsangan. Terdapat tiga jenis teori fisiologikal, iaitu James-Lang, Cannon-Bard, dan teori psikobiologikal. Teori James-Lang merupakan teori psikologi tentang pengalaman emosi yang diformulasikan oleh William James pada tahun 1884. Kemudian, teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan teori ini menjadi teori James-Lange. Hipotesis teori ini ialah fisiologikal reaksi terhadap rangsangan menyebabkan emosi. Walaubagaimanapun, Walter Cannon telah menolak theory James-Lang. Beliau mengatakan bahawa sistem organ yang merangsang respons emosi bertindak lamat terhadap rangsangan. Reaksi emosi mengikuti rangsangan dengan sangat cepat. Respons fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan respons emosi. Jantung dan perut tidak boleh menghasilkan banyak emosi. Denyutan jantung, tekanan darah, dan fungsi penghadaman tidak boleh menunjukkan emosi yang akan dialami. Manusia yang dikeluarkan sistem sarafnya masih boleh mengalami emosi. Teori Cannon-Bard mencadangkan bahawa rangsangan dalaman dan luaran (impulse afferent & efferent) akan dihantar ke otak dan sensasi emosi akan dihasilkan. Suatu rangsangan akan menyebabkan respons badan dan sensasi emosi. Teori yang ketiga, teori psikobiologikal dicadangkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992. Emosi asas adalah berkaitan dengan sesetengah litar neural. Beliau mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas ini berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mencadangkan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Pada tahun 1998, Panksepp mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic. Walaubagaimanapun, Magda Arnold bersoalan tentang asas bagi tempat litar emosi pada tahun 1960. Pada tahun 1982 pula, James Averill mengatakan litar "hard-wired" mungkin tidak fleksibel untuk memainkan peranan dalam asas neurologi bagi emosi.
Bagi teori kognitif, kognisi berperanan dalam menjana emosi. Terdapat empat teori yang dicadangkan termasuklah Schacter's Congnitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of excitation dan Cognitive appraisal theories. Dalam Schacter's Cognitive Labeling Theory, Schacter menunjukkan peranan kognitif pelabelan dalam menentukan emosi yang dialami. Selain itu, dalam teori misattribution, orang yang selalu salah atribut emosi untuk tujuan yang salah. Cara pengujaan dari satu sumber boleh dipindah ke sumber yang lain adalah diketahui dalam teori transfer of excitation. Teori terakhir iaitu cognitive appraisal theories mencadangkan bahawa proses pemikiran bertanggungjawab untuk merangsang respons emosi dan tingkah laku. Respons emosi dan tingkah laku tersebut boleh menghadapi situasi emosi.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari tentang hubungan emosi dan motivasi. Saya pun mempercayai Emosi akan mempengaruhi motivasi seseorang dan menjejasakan tingkah laku orang tersebut. Oleh itu, kita perlu belajar cara untuk menguruskan emosi-emosi kita supaya tidak akan menjejaskan fikiran, tingkah laku dan kehidupan kita. I believe that always think positive is a good way to face everything that happen in our life.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment