Salam sejahtera, hari ini, 17 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah yang keempat pengurusan emosi bagi semester ini. Tajuk kuliah pertama kali ini ialah "Emosi dan Motivasi manakala tajuk kuliah kedua ialah teori-teori fisiologikal ,kognitif dan juga psikoalalitif. Sebelum memulakan kuliah ini, Dr Zamri menerangkan serba sedikit tentang kerja kursus berkumpulan mengikut kumpulan PBL masing-masing. Setiap kumpulan menanggotai 10 orang ahli yang akan bekerjasama dalam mengendalikan kerja kursus ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana mempercayai kami pelajar perubatan untuk melakukan kerja kursus ini mengikut kumpulan masing-masing, walaupun pada mulanya beliau tidak bersetuju dengan permintaan kami kerana kumpulan kami mengandungi 10 orang ahli. Beliau khuatir kami tidak akan bekerjasama dan melepaskan kerja kursus ini tanpa sebarang perbincangan. Tapi, setelah beliau meneliti journal yang kami buat dan kami telah melaksanakan dengan terbaik journal itu, dengan itu beliau bermurah hati dan memberi kebenaran kepada kami untuk melaksanakan kerja kursus ini mengikut apa yang telah dicadangkan. Terima kasih kepada Dr Zamri atas kerjasama yang diberikan.
Sekarang saya akan ceritakan serba sedikit mengenai tajuk kuliah yang pertama iaitu "Emosi dan Motivasi". Objektif kuliah pada petang ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan hubungkaitnya dengan emosi serta memahami teori FKP.Apa itu emosi dan motivasi? Seperti yang kita fahami daripada kuliah ini,emosi merupakan nada yang efektif dalam bentuk positif ataupun negatif, dan ia tidak akan bersifat neutral. Terdapat empat komponen dalam emosi manusia. Antaranya termasuk perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh sebab itu, emosi merangkumi makna yang luas sekiranya dibandingkan dengan perasaan. Motivasi pula merupakan aspek tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses mencapai sesuatu dalam kehidupan seseorang. Terdapat beberapa konsep motivasi yang memberi maksud yang lebih terperinci juga. Motivasi boleh menjadi faktor dalam dan luar manusia yang menyebabkan berkelakuaan berbeza pada masa yang berbeza. Motivasi juga boleh menjadi arah pandu dalam keadaan dalaman atau gerak hati yang merangsang tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan proses homeostasis di mana badan bertindak untuk menyeimbangkan keadaan intrinsik badan. Pemacu ini boleh wujud akibat keadaan otak dan tisu badan yang memerlukannya. Dalam otak, semua motivasi ini dikawal oleh "hypothalamus". Bagi tisu badan pula, proses "homeostasis" iaitu menyediakan keadaan intrinsik yang sama bagi mengawal fungsi sel dan badan memainkan peranan yang sangat penting. Konsep ketiga ialah, insentif yang bermaksud matlamat yang luar biasa dapat "menarik" atau "menolak" tingkah laku. Mana-mana faktor boleh menyediakan motif untuk suatu tindakan atau mengambil kira sebab bagi memilih sesuatu yang aternatif seperti kewangan, paksaan dan moral. Menurut Baron dan Logan emosi dan motivasi adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Sebagai contoh, tindakan untuk bergerak , melaksanakan sesuatu perkara dan menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi yang mencabar atau juga dikenali sebagai motivasi. Selain itu, Lang et al, 1992 turut mengatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Dengan erti kata lain, emosi berkait rapat dengan motivasi dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, perasaan cinta akan meyebabkan seseorang termotivasi untuk menjaga hubungannya dengan orang yang tersayang. Walau bagaimanapun, emosi dijadikan sebagai pendorong utama tidak boleh dilihat dalam setiap keadaan. Hal ini disebabkan semua tingkah laku yang berdasarkan emosi bergantung kepada diri seseorang dan berbeza dari individu ke individu yang lain.
Seperti yang kita tahu,motivasi adalah sangat penting untuk memastikan seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu aktiviti dan tugasan dengan sempurna dan penuh semangat. Terdapat beberapa komponen dalam motivasi,iaitu insentif , naluri , daya tuju , dan sebagainya. Insentif memainkan peranan untuk menentukan motif dan tujaun bagi sesuatu tindakan atau pemilihan keputusan. Secara lebih lanjut,insentif boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan.Antaranya ialah,insentif dalam bentuk kewangan dan insentif bukan bentuk kewangan.
Naluri ialah sesuatu gerak hati yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ini merupakan sesuatu yang berlaku secara semula jadi.Sebagai contoh,manusia dan haiwan adalah hidup berkelompok mengikut kaum atau kawasan.
Menurut Humanistic Theories, motif dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat.Bermula dari keperluan asas dalam kehidupan sehingga keperluan psikologi. Keperluan asas manusia terdiri daripada tempat tinggal dan makanan.Manakala, keperluan fisiologikal merupakan keperluan yang tertinggi dalam hierarki tersebut.emosi. Ideologi ini dicadangkan oleh Abraham Maslow.
Melalui apa saya baca, terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan emosi.Salah satu daripadanya ialah;
James and Lange teory(teori fisiologi)
Teori ini dicadangkan oleh William James dan Carl Lange pada tahun 1992.
Menurut teori ini, emosi ialah motivasi kepada tingkah laku dan motif yang boleh menjadi emosional.Hasil daripada perubahan fisiologi,akan membawa perangsang kepada perubahan emosi. Teori ini tidak disetujui oleh teori di bawah.
Example for this theory, suppose you are walking in the woods and you see a grizzly bear. You begin to tremble and your heart begins to race. The James-Lange theory proposes that you will interpret your physical reactions and conclude that you are frightened ("I am trembling, therefore I am afraid.")
Walter cannon
The Cannon-Bard theory of emotion is a physiological explanation of emotion developed by Walter Cannon and Philip Bard. Cannon-Bard theory states that we feel emotions and experience physiological reactions such as sweating, trembling and muscle tension simultaneously. More specifically, it is suggested that emotions result when the thalamus sends a message to the brain in response to a stimulus, resulting in a physiological reaction.
For example: I see a snake --> I am afraid --> I begin to tremble.
Schacter Cognitif Theory
Berdasarkan teori ini, merangkumi Misattribution,Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal. konsep Misattribution membawa maksud salah tafsir atau salah faham.Apabila berlakunya misattribution,akan mendatangkan banyak perkara yang negatif Hal ini disebabkan pergaduhan dan perselisihan faham akan berlaku di kalangan masyarakat.
Example: I am withdrawing money from an automatic teller machine/ATM late in the night alone, I see that a mean-looking man is approaching behind me then I begin to tremble, my heart beats faster and my breath deepens. Upon noticing this arousal, I realize that it comes from the fact that I am alone and it is late in the night. This situation is dangerous and thus I feel the emotion of fear.
Emosi dan motivasi dikaitkan dengan kesesuaian keadaan sekeliling. Walaupun emosi merupakan motivasi kepada tingkah laku kita, namun kesesuaian tindakan kita itu perlulah kena pada tempatnya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berada dalam majlis yang formal, perlulah mengawal tindakannya walaupun emosi dan motivasi yang tercetus dalam diri itu merupakan yang sebaliknya- jika marah, perlulah bertenang dan tidak melakukan tindakan yang melulu seperti biasa dilakukan di luar majlis formal contohnya.
Secara keseluruhannya,emosi memainkan peranan penting dalam memotivasikan diri kita sebagai manusia.Manusia memerlukan motivasi untuk terus bersemangat menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh motivasi terhadap diri kita dalam meningkatkkan minat dalam pembelajaran kita, contohnya pensyarah tersebut tau yang cara dia mengajar sangat membosankan para student dia, so dia harus memikirkan cara yang terbaik untuk mengubah cara dia mengajar untuk menaikkan semangat dan minat para pelajarnya terhadap apa yang di ajar. Selain itu saya juga selalu memotivasikan diri saya dengan manamkan minat dengan lebih mendalam terhadap apa yang kita baca dan fahami dalam pembelajaran kita. Apabila kita sudah memahami perkara-perkara tersebut, ini akan membuatkan kita lebih seronok terhadap apa yang kita pelajari.Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment