Sunday, August 21, 2011

Phuah Jou Ning A131725 LJ04

PHUAH JOU NING A131725 – EMOSI DAN TEORI FKP         LJ04

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia kepada semua. Jurnal ini merupakan jurnal keempat saya bagi kursus pengurusan emosi selepas menghadiri  kuliah kelima pengurusan emosi pada 17 ogos 2011. Kuliah pada hari ini bermula dengan lewat kerana Dr. Zamri datang lewat disebabkan hal peribadi. Walaupun Dr Zamri tiba lewat, masa kita tidak disia-siakan kerana kita telah menggunakan masa tersebut untuk berbincang tentang tugasan 2 dengan ahli PBl kita.  Selepas itu, Dr Zamri memulakan kuliah dengan taklimat tentang tajuk-tajuk yang boleh digunakan untuk tugasan 2. Kita juga diberi taklimat tentang langkah-langkah menjalankan tugasan 2 seperti  cara yang betul untuk mengisi borang pendaftaran kumpulan, penulisan kertas kerja dan cara pembentangan. Dr.Zamri telah memberi amaran keras supaya kita tidak plagiarize kertas kerja kita kerana akibatnya akan menyebabkan kita kehilangan banyak markah untuk tugasan kita. Cara pembentangan tugasan kita agak susah bagi saya kerana kita perlu merakamkan pembentangan kita dengan 'record narration' sebelum membentangkan pembentangan kita. Terdapat beberapa software yang boleh digunakan untuk merakam pembentangan kita seperti camstudio dan camtasia. Akhir sekali, pensyarah turut memberi taklimat tentang cara menghantar tugasan.

Dr.Zamri turut memperkenalkan satu borang yang baru iaitu borang PENKALAN. Borang pengkalan ini merupakan borang penilaian rakan sekumpulan mengikut prestasi mereka. Borang ini membolehkan semua ahli kumpulan yang betul-betul menjalankan tugas mendapat markah yang sepatutnya. Dalam borang ini, kita juga boleh mencalonkan ahli yang paling cemerlang. Ahli yang paling cemerlang akan mendapat markah bonus.

Selepas taklimat yang terperinici tentang tugasan 2, Dr Zamri meneruskan kuliah dengan tajuk kuliah emosi dan motivasi. Emosi merupkan sesuatu yang positif atau negative, tiada yang neutral. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.( Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Contoh emosi sebagai motivasi boleh dilihat dalam motif pembunuhan  seseorang membunuh untuk mendapat duit dan juga disebabkan kebencian. Selain itu, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti meng'sms', menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Walaubagaimana pun, bukan semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi.  Motivasi ialah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan (Bickhard, 1997). Motivasi merupakan sesautu yang dijangkakan. Oleh itu, motivasi menyebabkan seseorang melakukan sesautu. Antara beberapa teori dan konsep motivasi ialah 'motivation, 'drive' dan 'incentive'. Selain itu, terdapat  dua teori motivasi yang penting iaitu instinct dan arousal. Instinct memberikan kosep bahawa motif adalah semula jadi. Arousal pula mempunyai konsep bahawa seseorang itu mempunyai dorongan untuk mengekalkan tahap arousal yang optimum. Kesimpulannya, hubungan emosi dan motivasi ialah emosi menekankan arousal manakala motivasi menekankan tindakan.

 

Seterusnya, Dr Zamri menayangkan lagu Halim Yazid yang bertajuk bangkit asal sementara kita berehat untuk sebentar.  Lagu ini menimbulkan perasaan yang tidak selesa kerana muziknya mengingatkan saya tentang lagu yang amat menakutkan dalam sebuah filem pembunuhan walaupun liriknya telah menyebabkan ramai yang menitiskan air mata menurut Dr Zamri. Mungkin inilah apa yang dikatakan sebagai emosi setiap orang berbeza-beza.

 

Selepas itu, Dr Zamri  meneruskan kulaih dengan menghuraikan teori-teori FKP. Apakah teori FKP? Sebenarnya, FKP bermaksud TEORI-TEORI FISIOLOGIKAL, KOGNITIF & PSIKOANALITIK. Menurut James Lange's Theory, setelah seseorang dirangsangkan oleh sesuatu perkara, dia akan menghadapi kesedaran dan juga perubahan fizikal terhadap rangsangan yang dihadapinya. Secara tidak langsung, emosi subjektif akan ditunjukkan. Sebagai contohnya, apabila saya ternampak ular di semak-samun dalam rumah saya, saya akan terperanjat dan berjerit ketakutan disebabkan ketakutan terhapad ular .Seterusnya badan saya akan mula berpeluh, jantung berdegup kencang dan berdebar-debar. Kesemua ini merupakan perubahan fizikal apabila dirangsang oleh sesuatu perkara. Canon-Bard pula menghuraikan teori tentang organ-organ yang akan  menghasilkan tindak balas dalam badan kita. Hal ini disebabkan kerana badan kita bertindak secara perlahan terhadap sebarang rangsangan. Namun begitu, emosi berlaku secara cepat selepas dirangsang oleh sesuatu stimulasi. Emosi merupakan keadaan yang sedar akan sesuatu perubahanan. Ia melibatkan perubahan air muka, tubuh badan kita, aktiviti otak, penilaian kognitif, perasaan subjek, kemampuan terhadap sesuatu tindakan. Kesemua ini juga dibentuk oleh pengaturan budaya seseorang.  Selain itu,emosi merupakan respon adaptif terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling dan membantu kita untuk berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan niat kita. Emosi juga menjadikan kami bersedia untuk mengambil tindakan seperti menyelesaikan masalah, bergerak ke suatu tempat yang selamat, menghadapi masalah dan lain-lain.

 

  Menurut Mook(1996),motivasi merupakan rangsangan untuk melakukan sesuatu perkara disebabkan oleh sesuatu situasi. Motivasi secara asalnya boleh didorong oleh faktor luaran dab faktor dalaman. Faktor luaran lebih dikenali sebagai insentif manakala faktor dalaman pula dikenali sebagai pendorong. Faktor dalaman inilah  merupakan dorongan dalaman yang menyebekan sesuatu sifat dan tingkah laku itu dilakukan oleh seseorang individu. Melalui system homeostasis, badan manusia akan cuba   mengekalkan kestabilan sistem fisiologi dan keadaan sekeliling dalam badan. Faktor dalaman dikawal oleh hypothalamus iaitu ssesuatu oragan yang memainkan peranan yang amat penting dalam otak manusia. Bagi  faktor luaran pula, insentif merupakan matlamat luaran yang menjadi penyebab kecenderungan seseorang itu bertindak. Selain itu, faktor luaran boleh dikategorikan kepada faktor kewangan dan juga faktor bukan kewangan yang menjadikan satu motif  yang menjadi punca atau akibat  kepada sesuatu tindakan yang diambil. Secara umumnya, terdapat tiga komponen dalam faktor luaran ini.Ini termasuklah kewangan, moral dan paksaan. Selain itu, Theory of Motivation dikatakan adalah berasaskan Humanistic theory—hierarchy of needs. Dalam hierarki ini, ia jelas menunjukkan bahawa tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti tempat tinggal,minuman dan makanan. Manusia juga didapati memerlukan hubungan yang mesra antara satu sama lain seperti ahli keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, manusia juga memerlukan keselamatan, pencapaian diri dan perasaan memiliki sesuatu benda.

 

            Menurut Schacter Cognitif theory, teori ini merangkumi Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal. Konsep Misattribution membawa maksud salah tafsiran atau salah faham. Apabila salah faham berlaku, banyak perkara yang negatif seperti aktiviti keganasan dan pembunuhan akibat perselisihan faham akan berlaku secara tidak langsung. Sebagai contoh, kita akan mengganggap seseorang yang bercakap dengan dirinya sendiri itu gila, namun begitu kebanyakan masanya pentafsiran ini merupakan pentafsiran yang salah dan mudah menyebabakan berlakunya salah faham dan pertelingkahan. Oleh itu, kita tidak patut membuat keputusan bagi sesautu perkara sebelum kita mengetahui asal usulnya dengan teliti.

Kuliah ini telah meluaskan pengetahuan saya tentang banyak teori-teori emosi yang dapat saya gunakan dalam kehidupan saya pada masa akan datang. Pengetahuan ini amat bermakna bagi saya kerana saya dapat mengetahui emosi manusia secara lebih mendalam.

 

No comments:

Post a Comment