|
Sunday, July 31, 2011
A131896, Nur 'Ain Diyana Ismail, LJ01 EMOSI
PENGURUSAN EMOSI
Selamat sejahtera.
Pada 27 julai yang lalu merupakan kuliah ZT 2253 yang pertama, sebagai permula
Dr. Zambri telah menayangkan satu tayangan yang bertajuk talented story of
korean. Saya terasa tersentuh dengan tayangan tersebut, ia menceritakan kisah
seorang korean yang tidak mempunyai keluarga dan membesar dalam situasi yang
tidak meyenangkan. Walaupun begitu , beliau mempunyai satu keinginan yang amat
besar iaitu untuk menjadi seorang "oprah singer". Disebabkan usaha beliau
akhirnya beliau dapat mencapai impian atau cita-cita beliau dengan menyertai
satu pertandingan. Dalam video itu juga saya dapat mempelajari emosi yang
ditunjukan oleh semua orang. Contohnya , para juri telah menangis setelah
mendengar cara penyayian beliau.
Sekarang saya akan berkongsi pendapat dan pemahaman saya tentang kuliah hari
itu.Terdapat dua tajuk kuliah yang dibincangkan antarannya pengenalan kepada
kursus pengurusan emosi dan stuktur dan ekspresi emosi. Dalam kuliah yang
pertama saya telah membelajari definisi emosi, cara-cara mengukur emosi ,
struktur dan ekspresi, dan pengalaman emosi. Menurut kajian Kleinginna &
Kleinginna 1981 menyatakan bahawa emosi adalah satu interaklsi yang kompleks
antara faktor subjektif dan faktor objekltif. Terdapat beberapa kumpulan iaitu
perasaan, tingkahlaku ,perubahan fisiologi dan proses kognitif. Selain daripada
itu terdapat beberapa cara untuk mengukur emosi antaranya ialah temu-ramah, soal
selidik dan banyak lagi.
Struktur dan ekspresi boleh dibahagikan kepada Darwins teori , Tomkin teori ,
Izard teori , Learning teori dan Plutchik teori. Seterusnya untuk pengalaman
emosi juga boleh dibahagikan kepada beberapa antaranya physiological theory ,
phsioanalytic theory dan cognitive theory. Ia menyatakan bahawa emosi adalah
salah satu perasaan yang berlaku secara semula jadi dan ia dibuktikan dengan dua
kajian iaitu biological theory dan learning theory.
Selepas kuliah saya telah melayari internet untuk mendapatkan info-info yang
berkaitan dengan kursus pengurusan emosi ini. Sekarang saya akan mengonsikan
info-info tersebut. Info pertama yang saya dapati adalah dari Himpunan
Risalah.Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa
mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta
menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal
daripada perkataan Greek "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar". Maka
untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi
kepuasan seseorang.Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami
oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi,
diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik,
viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka,
perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu.
Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasiyang
pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga
berbeza.1Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam
kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-
* Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
* Mengungkapkan dan memahami perasaan
* Mengendalikan amarah
* Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
* Kemampuan untuk menyesuaikan diri
* Disukai oleh orang lain
* Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang
berada di sekeliling
* Semangat setiakawan
* Keramahan
* Sikap hormat-menghormati
Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan
terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar,
mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan
contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi
yang tinggi, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak
beberapa aspek seperti berikut:-
* Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
* Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
* Berbicara dan mendengarkan secara efektif
* Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
* Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
* Berempati antara satu sama lain
* Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi
ketekunan
* Mengatasi konflik
* Membangkitkan rasa humor atau jenaka
* Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
* Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
* Menjalin
keakrabanSumber:http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html
Selain daripada itu, info yang seterusnya ialah dari wikipedia.Emosi adalah
perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah
reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan kerika merasa
senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap
sesuatu.Terdapat aspek emosi yang fundamental yang harus dipertimbangkan,
diantaranya:
Biologi emosiSemua emosi berasal dari sistem limbik otak yang kira-kira
berukuran sebesar sebuah kacang walnut dan terletak di batang otak Orang-orang
cenderung merasa bahagia ketika sistem limbik mereka secara relatif tidak aktif.
Sistem limbik orang tidaklah sama. Sistem limbik yang lebih aktif terdapat pada
orang-orang yang depresi, khususnya ketika mereka memperoleh informasi negatif.
IntensitasSetiap orang memberikan respon yang berbeda-beda terhadap rangsangan
pemicu emosi yang sama. Dalam sejumlah kasus, keperibadian menjadi penyebab
perbedaan tersebut. Pada saat lain, perbedaan tersebut timbul sebagai hasil
dari persyaratan-persyaratan pekerjaan.
Frekuesi dan durasiSuksesnya pemenuhan tuntutan emosional seorang karyawan dari
suatu pekerjaan tidak hanya bergantung pada emosi-emosi yang harus ditampilkan
dan intensitasnya tetapi juga pada seberapa sering dan lamanya mereka berusaha
menampilkannya.
Rasionalitas dan emosiEmosi adalah penting terhadap pemikiran rasional karena
emosi memberikan informasi penting mengenai pemahaman terhadap dunia
sekitar.Dalam suatu organisasi, kunci pengambilan keputusan yang baik adalah
menerapkan pemikiran dan perasaan dalam suatu keputusan
Fungsi emosiDalam "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Charles
Darwin menyatakan bahwa emosi berkembang seiring waktu untuk membantu manusia
memecahkan masalah. Emosi sangat berguna karena memotivasi orang untuk terlibat
dalam tindakan penting agar data bertahan hidup –tindakan-tindakan seperti
mengumpulkan makanan, mencari tempat berlindung, memilih pasangan, menjaga diri
terhadap pemangsa, dan memprediksi perilaku. Emosi sangat berpengaruh terhadap
tingkah laku manusia.
Sebagai kesimpulannya saya telah memahami maksud emosi dan kepentingan emosi
dalam hidup seseorang manusia. Lebih-lebih lagi, kami sebagai pelajar tahun dua
perubatan, kami amat memerlukannya semasa waktu pembelajaran dan selepas kami
menjadi seorang doktor, kami harus berhadapan dengan individu yang berpenyakit
dan keluarganya. Mereka akan mempunyai pelbagai jenis emosi seperti sedih, sakit
, risau , kedukaan dan banyak lagi dan harus menjaga emosi mereka semasa dan
selepas merawat penyakit itu. Saya harap agar kami dapat banyak informasi yang
berkaitan dengan emosi dan juga berguna untuk masa depan kami dalam
kuliah-kuliah yang seterusnya. Saya juga berharap dalam kuliah yang seterusnya,
Dr akan mengajar atau mengongsikan cara-cara untuk mengawal emosi semasa dan
selepas belajar atau berkerja sebab pengajaran ini banyak membantu kami pada
masa hadapan kami.
Sekian terima kasih.
Jurnal 1
EMOSI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
A132110
Mohd Shahrul Faiz Bin Roslee
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah subjek ZT2253 Pengurusan Emosi, Dr. Zamri serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada Dr. Zamri kerana memberi peluang kepada kami, pelajar perubatan Tahun 2 untuk mempelajari subjek Pengurusan Emosi ini. Pada pendapat saya, subjek ini amat perlu diperkenalkan dan dipelajari oleh mahasiswa terutamanya mahasiswa perubatan kerana kelak kami akan menjadi seorang doktor pada masa kelak. Perjalanan yang kami akan tempuhi sepanjang tempoh pengajian kami amatlah mencabar dan kami haruslah menguruskan dan mengawal emosi dengan baik dan berkesan supaya ia tidak menjejaskan prestasi pembelajaran kami. Di samping itu, kelas Pengurusan Emosi ini juga akan membantu kami menjadi insan yang lebih matang serta pandai mengawal emosi ketika situasi yang kritikal pada masa kelak. Penulisan entri jurnal untuk subjek Pengurusan Emosi ini amatlah bersesuaian dengan kami sebagai mahasiswa kerana sedikit sebanyak penulisan jurnal ini boleh dijadikan refleksi diri tentang pengisian kuliah yang telah diajarkan kepada kami. Di samping itu, penulisan entri jurnal ini juga membantu kami mengulang kaji segala ilmu yang telah kami pelajari semasa kuliah. Pada mulanya saya beranggapan subjek ini tidak sepenting subjek-subjek lain, tetapi setelah menghadiri kuliah pada hari Rabu yang lepas, saya sedar bahawa subjek ini amat penting dan harus juga diutamakan seperti subjek-subjek yang lain.
Pada hari Rabu yang lepas, kuliah Pengurusan Emosi oleh Dr. Zamri telah dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk "Emotional Theory of Talented Korean". Video tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Sung-bong. Berdasarkan video tersebut diceritakan bahawa beliau dapat mengawal emosi dengan baik dan berkesan, malahan bukan emosi dirinya sahaja bahkan juga emosi orang di sekelilingnya, termasuklah para juri serta para penonton. Pada mulanya beliau berasa amat gementar dan kurang berkeyakinan bahawa pesermbahannya akan mendapat sambutan hangat daripada para penonton dan para juri. Sebaik sahaja beliau berada di atas pentas, Beliau berjaya memukau para penonton dengan nyanyian yang merdu sekali. Beliau telah berjaya menenangkan emosinya dan menghiraukan perasaan simpati orang lain terhadap pengalaman hidupnya yang susah serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap nyanyiannya itu. Pada pendapat saya, sikap sebegini amatlah wajar kerana walau dalam apa-apa situasi pun, kita haruslah mengawal emosi dengan baik dan haruslah tenang serta jangan membuat sesuatu mengikut emosi sahaja.
Selepas sesi video tersebut, kuliah diteruskan dengan pengenalan definisi 'Emosi'. Daripada pembelajaran tersebut, emosi dan perasaan mempunyai banyak perbezaan dari pelbagai aspek. Menurut Kleinginna (1981), emosi merupakan interaksi di antara pegangan seseorang berdasarkan pengalaman yang dialami dengan faktor atau keadaan yang boleh mengubah sesuatu keadaan. Terdapat empat komponen penting dalam emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan pembentukan emosi. Empat komponen ini memang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita dan kita seharusnya wajar mengawal komponen tersebut dengan baik agar setiap tingkahlaku kita bersesuaian dengan keadaan. Contoh yang paling mudah ialah ketika disoal secara spontan di dalam dewan kuliah. Perasaan gementar dan berdebar-debar akan timbul apabila disoal secara spontan (perasaan). Saya akan cuba memikir dan mengingat kembali pengajaran yang diperoleh daripada kuliah itu (proses kognitif). Jantung berdegup laju serta tekanan darah naik seketika akibat cuba mengimbas kembali ingatan (perubahan fisiologi). Akhir sekali, saya menulis jawapan seringkas dan padat yang mungkin dan menjawab soalan yang ditanya oleh pensyarah (tingkahlaku).
Berdasarkan Lang et al (1992), emosi ialah motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Hal ini ditekan sekali lagi apabila Baron dan Logan (1993) mengata bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Pada pendapat saya, saya sangat bersetuju dengan pernyataan ini kerana ia memang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contoh mudah yang boleh diambil ialah sedih apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan. Perasaan sedih ini yang melahirkan semangat serta motivasi kepada diri sendiri untuk lebih terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Walaupun begitu, dalam sesuatu keadaan sahaja emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong(motivator) berasaskan kepada emosi. Emosi boleh dibahagi kepada dua struktur asas, yang pertama adalah secara lisan dimana seseorang itu menceritakan perasaan yang dialaminya dengan sendiri. Kedua adalah melalui pengkajian secara terus dengan membuat penilaian dengan menggunakan ukuran fisiologi. Beberapa teori seperti Teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard juga telah menjelaskan struktur dan eksperasi emosi. Di samping itu, Teori Fisiologi, Teori Kognitif dan Teori Fisioanalisis pula menjelaskan perbezaan ekspresi emosi.
Secara perinci, Teori Darwin telah menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Emosi asas ini merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta dieksperasikan dalam bentuk yang sama dalam semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau mengata bahawa eksperasi wajah melambangkan emosi kerana eksperasi wajah paling mudah dikenal pasti. Satu bukti yang menarik telah mengukuhkan penyataan ini, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Banyak teori seperti Teori Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman juga menyatakan emosi asas menghasilkan emosi-emosi yang lain. Emosi asas adalah emosi yang bersifat penyesuaian. Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan antara emosi-emosi asas (Rolls, 1990). Plutchik pula menyatakan 3 teori bagi emosi asas. Pertama merupakan bahasa emosi, kedua reaksi adaptif asas dan ketiga adalah demensi asas. Bahasa emosi pula boleh dipaparkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa lazim bagi emosi seperti sedih, gembira dan takut. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang seperti menangis dan menutup muka dengan tapak tangan disebabkan oleh perasaan sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Di dalam reaksi adaptif asas pula terdapat 8 reaksi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Manakala terdapat 3 demensi penting di dalam demensi emosi iaitu keamatan, kesamaan dan kepolaran. Keamatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari terperanjat kepada takut. Kesamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan seperti marah dan sedih lebih dekat berbanding dengan marah dan gembira. Kepolaran pula merujuk kepada kekutuban seperti gembira lawannya sedih.
Kesimpulannya, emosi adalah salah satu elemen penting dalam hidup kita. Kita haruslah mengawal emosi dengan baik dan berkesan serta menitikberatkan keseimbangan emosi dan serta menjadikan emosi sebagai suatu motivasi kepada diri kita untuk berubah menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Saya berharap agar setiap ilmu yang dipelajari mengenai pengurusan emosi ini dapat dipraktikkan kelak. Sekian, terima kasih.
FW: A132058 Nurul Dayana Binti Azmi LJ01 Wear Your Heart On Your Sleeve.
From: nuruldayana_91@hotmail.com
To: ayahlong_azm@gmail.com; ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A132058 Nurul Dayana Binti Azmi LJ01 Wear Your Heart On Your Sleeve.
Date: Sun, 31 Jul 2011 05:44:03 +0800
A132058 Nurul Dayana Binti Azmi LJ01 Wear Your Heart On Your Sleeve.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lepas iaitu bersamaan dengan 27/7/2011, saya telah menghadiri kuliah ZT2253 Pengurusan Emosi yang dibentangkan oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor. Tajuk yang dikemukakan oleh Dr. ialah berkenaan dengan struktur dan ekspresi emosi. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang kuliah tersebut dilangsungkan.
Saya difahamkan bahawa emosi merupakan sesuatu perasaan yang sering diekspresikan oleh seseorang melalui ekspresi muka, percakapan serta perbuatannya dan ia tiada kaitan dengan jenis kaum mahupun bangsa seseorang itu. Oleh itu, emosi yang diluahkan oleh seseorang individu didapati sama sahaja dengan orang yang berbangsa lain daripadanya. Emosi juga melambangkan ekspesi terhadap seseorang atau terhadap sesuatu situasi.
Struktur dan ekspresi emosi boleh dikategorikan berdasarkan dua buah teori utama iaitu "Biological theories" dan "Learning theories". "Biological theories" yang juga dikenali sebagai emosi primari disokong oleh tiga buah teori seperti "Plutchik's primary emotion theory", "Tomkin's Facial Feedback Theory" dan "Izzard's innate facial expression". Sebelum itu izinkan saya untuk memetik ungkapan daripada Kokoszha, 1993. Beliau telah menyatakan bahawa emosi primari membawa maksud ciri-ciri dalaman yang terdapat pada seseorang dan diluahkan dalam bentuk yang seragam di kalangan apa jua bangsa serta budaya.
Di bawah "Plutchik's primary emotion theory" terdapat tiga perkara yang telah dibincangkan. Tiga perkara tersebut ialah "language of emotion", "basic adaptive reactions" dan "dimensions of emotion". Emosi boleh diterangkan dalam tiga bahasa yang berbeza tetapi saling berkaitrapat antara satu sama lain. Pertama, bahasa subjektif merupakan bahasa yang sering digunakan untuk menyatakan sesuatu emosi. Contohnya ialah perasaan gembira, sedih dan takut. Seterusnya ialah bahasa tingkahlaku yang merupakan reaksi atau tindakan yang diambil setelah emosi itu diluahkan. Sebagai contoh, kita sering melompat kegembiraan apabila mendapat GPA 4.0 dalam peperiksaan akhir semester dan perasaan sedih selalu dikaitrapat dengan mengalir airmata. Akhir sakali ialah bahasa fungsian yang menerangkan peranan emosi tersebut kepada seseorang individu seperti dalam keadaan di mana kita memberanikan diri untuk memberi ucapan di hadapan khalayak ramai sebagai usaha untuk meningkatkan keyakinan diri.
Menurut Plutchik, emosi mempunyai lapan tindakan balas penyesuaian yang terdiri daripada perasaan takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Di samping itu, Plutchik turut menerangkan tentang dimensi emosi yang merangkumi darjah kekuatan emosi seperti perasaan sedih yang tertukar kepada marah, persamaan emosi seperti persaman di antara meluat dan marah, dan kekutuban emosi contohnya, emosi yang berlawanan bagi benci ialah suka.
"Tomkin's Facial Feedback Theory" menyatakan bahawa emosi adalah hasil daripada ekspresi muka seseorang. Sebagai contoh, senyuman itu boleh membuatkan kita berasa gembira dan bukan sebaliknya. Dua buah kajian telah pun dilakukan untuk menyokong teori tersebut. Hasil daripada kajian pertama yang dijalankan oleh Ursula Hess dengan rakan-rakan sekerjanya, mereka mendapati bahawa maklum balas yang disebabkan oleh perubahan dalam ekspresi muka akan memudahkan pengalaman sesuatu emosi. Kajian lain yang dijalankan oleh Zajonc dengan rakan-rakan sekerjanya pula menyatakan apabila otot muka berubah, ia akan menghasilkan emosi yang tertentu. Hipotesis yang dikeluarkan oleh beliau ialah perubahan pada otot muka boleh mendorong atau mengurang pengaliran darah dan seterusnya boleh merangsangkan pemanasan atau penyejukan pada otak. Sekiranya penyejukan pada otak berlaku, maka ia akan menghasilkan perasaan yang menyenangkan manakala pemanasan pada otak boleh melahirkan perasaan benci dan tidak sabar. Walaubagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kelemahan kerana senyuman tidak semestinya membawa maksud seseorang itu bergembira. Ada kalanya, kita masih boleh gelak dan ketawa walaupun ikutkan hati, kita berasa sedih dan kecewa.
Melalui pencarian maklumat dari beberapa laman web, saya telah menjalankan sedikit penyelidikan ke atas seorang ahli psikologi yang bernama Carroll Izzard. Setelah mengkaji ekspresi emosi di kalangan bayi, beliau telah mengemukakan "Izzard's innate facial expression" yang jelas menyatakan bahawa ekspresi muka dan percepsi terhadap ekspresi tersebut adalah semula jadi. Antara kajian-kajian yang menyokong ideologi beliau ialah kajian "born to smile" yang dijalankan oleh Izzard dan kajian mengenai silang budaya yang dilakukan oleh Ekman. Berdasarkan kajian "born to smile", luahan emosi telah pun wujud sejak lahir lagi. Bayi yang berusia tiga atau empat bulan boleh mengekspresikan kemarahan dan kejutan. Pada usia lima atau enam bulan pula, mereka boleh mununjukkan perasaan malu dan takut, manakala perasaan puas hati pada usia satu tahun dan perasaan bersalah pada usia dua tahun. Dalam kajian Ekman yang membabitkan negara Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina, Jepun, Borneo dan New Guinea, ekspresi emosi adalah bukan sekadar semula jadi tetapi ia boleh diubahsuai oleh pengalaman budaya.
Berdasarkan teori pembelajaran dan pengalaman, peranan pembelajaran dan pengalaman boleh dilihat dari pandangan biologi atau pandangan teori pembelajaran. Pandangan biologi menyatakan bahawa pembelajaran hanya berperanan kecil dalam pembentukan emosi. Menurut kata Plutchik, pembelajaran mempengaruhi kekerapan emosi yang berbagai untuk diluahkan. Izard pula menerangkan emosi adalah semula jadi yang telah wujud lama sejak beberapa bulan pertama bermulanya kehidupan dan pembelajaran memainkan peranan yang membawa kepada timbulnya emosi. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan kemarahan tetapi mereka akan mengetahui cara untuk mengekspresikannya dengan cara masing-masing. Contohnya, Ali seringkali melakukan vandalisme apabila dia dalam kemarahan manakala Abu akan berkongsi perasaan dengan kawan rapatnya untuk menenangkan pemikiran setiap kali dia berasa marah.
Dari pandangan teori pembelajaran, kesemua jenis emosi adalah hasil daripada apa yang kita telah pelajari atau pengalaman. Kajian Miller telah membuktikan teori tersebut. Kajiannya dilakukan ke atas beberapa ekor tikus dengan menggunakan kejutan elektrik untuk mendorong perasaan ketakutan. Hasilnya, tikus-tikus tersebut menunjukan rasa takut yang tidak wujud sebelum ini. Kajian Albert juga menerangkan manusia memperoleh perasaan takut melalui proses pembelajaran.
Akhir kata, emosi merupakan sesuatu perasaan dan pemikiran pada seseorang individu yang mendorong kepada tindakan yang akan diambil olehnya. Oleh yang demikian, saya sedar bahawa pentingnya mengawal emosi dalam apa jua keadaan. Sekadar kecerdasan intelektual (IQ) yang tinggi tetapi kecerdasan emosional (EQ) rendah, kita tidak akan mendapat keseimbangan diri dan sukar untuk mendapatkan kebahagiaan hidup. Sesuatu emosi yang kita alami adalah sama dengan apa yang dialami oleh orang lain tetapi perbezaannya hanya pada reaksi dan tindakan yang kita lakukan terhadap emosi tersebut.
Saya mempunyai seorang rakan sekolah menengah yang bernama LKH. Beliau seorang yang sangat bijak dan saya amat mengkaguminya. Beliau juga mendapat anugerah pelajar terbaik di seluruh sekolah berturut-turut selama lima tahun dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Namun setelah memohon untuk mendapatkan tempat di IPTA, kolej matrikulasi dan memohon untuk memperolehi biasiswa, beliau tidak mendapat sebarang tawaran dari mana-mana pihak. Sejak itu, LKH berasa sangat kecewa kerana merasakan beliau berhak mendapat lebih daripada itu memandangkan beliau berjaya memperolehi 12 A1. Ahli keluarga dan rakan-rakannya mencadangkan agar LKH menyambung pelajarannya ke tingkatan enam dan memberi peluang kepada dirinya sekali lagi. Walaubagaimanapun, kekecewaan beliau tidak berakhir dari situ. Beliau sering melarikan diri dari rumah dan tidak menghadirkan diri ke sekolah. Selepas keputusan STPM diumumkan, beliau membuat keputusan untuk mengulangi peperiksaan tersebut. Pengajaran yang boleh diambil ialah kita seharusnya tabah menghadapai cabaran sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi melalui pengawalan emosi dengan baik. Sekiranya emosi kita terkawal, nescaya kita boleh mengubahkan sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang positif dan berfaedah.
"There is no accidents… there is only some purposes that we have not understood." - Deepak Chopra
Sekian, terima kasih.