Sunday, July 31, 2011

A131621 TAN YUET YANG

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada pensyarah kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253 yang dihormati, Dr.Zamri bersama rakan-rakan seperjuangan. Saya berasa amat berbesar hati kerana pada semester ini, saya bersama rakan-rakan yang lain dari fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia tahun dua telah diberi peluang untuk menghadiri dan mendalami kursus Pengurusan Emosi yang sangat berfaedah dan penting kepada bakal-bakal doktor. Adalah sedia dimaklumkan bahawa pekerjaan doktor perubatan ini merupakan satu profession yang sering di bawah tekanan. Oleh yang demikian, pengurusan emosi merupakan satu kemahiran yang diperlu dikuasai oleh semua pelajar perubatan supaya mereka dapat menguruskan emosi mereka dengan baik apabila mereka mula bertugas di dunia perubatan yang penuh dengan pancaroba.

Sebenarnya, ini merupakan jurnal pertama saya selepas menghadiri kuliah subjek Pengurusan Emosi yang telah diadakan pada  27 Julai 2011 bertempat di Dewan Kuliah 1, Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur. Kuliah yand disampaikan oleh Dr.Zamri itu bertajuk "Struktur dan Expressi Emosi". Pada sesi kuliah tersebut, kuliah kami dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk "Emotional Theory of Talented Korean" yang berkisahkan seorang lelaki yang bernama Sung-bong (watak utama) yang bukan sahaja berjaya mengawal emosinya sendiri semasa pertujukannya, tetapi juga berjaya mengawal emosi orang-orang yang menyaksikan pertunjukkan tersebut, iaitu para juri dan juga para penonton. Apabila beliau berada di pentas pertunjukkan, beliau yang berasa gementar pada mula-mulanya telah berjaya mengawal dan menenangkan emosinya dan akhirnya berjaya memberi satu pertunjukkan yang hebat. Selain itu, beliau juga tidah terpengaruh dengan perasaan simpati orang lain terhadap pengalaman hidupnya yang parit. Keadaan ini telah memberi inspirasi kepada saya  untuk mengawal emosi saya supaya dapat berjaya dalam kerjaya yang bakal saya ceburi pada masa depan, iaitu untuk menjadi seorang doktor peubatan dan seterusnya seorang doktor pakar.

Selepas sesi tayangan video, kuliah kami diteruskan dengan pengenalan dan pendedahan kepada definisi perkataan "Emosi". Sesungguhnya, sebelum kuliah ini, pemahaman saya terhadap perkataan "Emosi" adalah setakat perasaan ataupun reaksi yang diberi ataupun ditunjukkan oleh seseorang pada keadaan tertentu yang boleh menpengaruhi kelakuan seseorang. Selepas menghadiri kuliah ini, barulah saya sedar bahawa terdapat banyak definisi-definisi dan teori-teori yang menerangkan perkataan "Emosi" ini. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi ialah satu interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif yang dikawal oleh sistem saraf dan hormon di dalam badan kita. Melalui interaksi yang kompleks ini, pengalaman ataupun perasaan yang menpengaruhi kita seperti perasaan berpuas hati dapat dirasai kita. Seterusnya, prosess kognitif ataupun interpretasi dan perubahan fisiologi terhadap suatu keadaan dapat dilangsungkan. Akhirnya, tingkah laku terhadap sesuatu keadaan selepas intrepretasi akan dijalankan. Oleh yang demikian, adalah dapat dikatakan bahawa emosi dibentuk oleh empat komponen iaitu perasaan(feeling), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi( physiological changes) dan tingkah laku berkaitan( associated behaviours). Untuk menjelaskan dengan lebih teliti, saya mengaitkan definisi dan empat komponen ini ke dalam salah satu aktiviti harian saya. Semasa mengadakan perbincangan ataupun Problem Based Learning (PBL) , secara tiba-tiba doktor memanggil saya yang berada dalam keadaan mengantuk untuk menjawab soalan dan saya terkejut dan bimbang  pada ketika itu. Seketika kemudian, saya mula berfikir sekkuat hati saya untuk mendapatkan jawapan. Semasa itu, hati saya sedang berdengup dengan kencang dan badan saya sedang berpeluh. Akhirnya, saya menyusun jawapan saya dan menjawab soalan doktor walaupun tidak betul jawapan yang diberikan.

Di samping definisi yang dinyatakan di atas, emosi juga mempunyai komponen lain yang berkait rapat dengannya. Menurut Lang et al (1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Hal ini ditekankan dan ditegaskan sekali lagi apabila Baron dan Logan (1993) mengatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Untuk membuktikan bahawa komponen tambahan ini wujud, saya akan mengaitkan sekali lagi dengan pengalaman harian saya. Contohnya, saya berasa takut untuk gagal dalam peperiksaan saya dan perasaan ini telah mendorong dan memotivasikan saya untuk belajar secara bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, komponen ini boleh dipakai dalam keadaan tertentu sahaja kerana dalam sesuatu keadaan sahaja emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong(motivator) berasaskan kepada emosi.

Tambahan pula, saya juga didedahkan dengan beberapa teori yang menjelaskan ekspresi dan struktur emosi contohnya seperti Teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard .

Dalam teori asas emosi Darwin (Darwin's basic theory of emotion), emosi kita terdiri daripada emosi primari yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspreskan dalam bentuk yang seragam oleh semua bangsa dan budaya pada wajah (Kokoszka, 1993).  Di dalam bukunya iaitu The Expression of Emotions in Man and Animal, beliau mengatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi kerana eksperesi muka adalah paling mudah untuk dikenalpasti.  Satu bukti yang menarik telah mengukuhkan penyataan ini, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Apabila badan kita menerima rangsangan biarpun dari luar atau dalaman, otak kita yang berfungsi sebagai pusat kawalan minda dan pergerakan akan menafsirkan bahan rangsangan tersebut, membuat analisis yang secukupnya dalam masa yang tersingkat dan menghantar isyarat menerusi sistem saraf dan hormon kepada bahagian badan yang lain, contohnya muka dan tangan untuk membawa pergerakan. Sebab itulah, emosi bersifat adaptif selepas penafsiran dan pengiktirafan di otak kita.

Teori primary emosi Plutchik menyatakan bahawah emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza, iaitu bahasa subjektif, tingkah laku dan fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa bagi emosi, contohnya seperti gembira, sedih dan lain-lain lagi manakala bahasa tingkah laku bermaksud tindakan susulan daripada emosi yang dialami, contohny seperti senyun kegembiraan( emosi-gembira, tingkah laku susulan- senyum). Akhirnya, bahasa  fungsian  merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang ataupun bagaimana peranan emosi terhadap individu tersebut. Perasaan takut, gembira, sedih, terima, rasa ingin tahu, terperanjat ,marah, dan meluat boleh diklasifikasikan sebagai lapan tindak balas adapsi asas dalam teori ini. Saya turut tidak sangka bahawa emosi mempunyai bidang dimensi, iaitu darjah kekuatan (intensity), hubungan/perkaitan (similarity) dan kekutuban/kelawanan (polarity). Pengetahuan ini dapat membantu kami untuk mengenalpastikan tahap dan jenis emosi yang ada bagi mengatasinya dengan efektif jika ia merupakan unsur negative dan boleh menjejaskan kehidupan kita.

 

Teori maklum balas muka Tomkin (Tomkin's Facial Feedback Theory) pula menjelaskan tentang hubungan antara pergerakan muka dengan emosi. Memang tidak susah didapati bahawa kami lebih cenderung untuk ketawa dalam keadaan kami betul-betul berasa gembira dan tiada sebarang sekatan terutamanya pada bahagian muka untuk menunjukkan ekspresi kita. Seperti yang dibentangkan oleh Zajonc, otot muka memainkan peranan yang penting dalam menentukan ekspresi muka yang tertentu. Perubahan otot muka akan menjejaskan saliran darah dari bahagian muka  ke otak dan ini akan menetukan sama ada kesan permanasan atau penyejukan pada otak. Emosi-emosi positif seperti kegembiraan dan kegirangan didorong oleh kesan permanasan dalam otak dan sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya, adalah sangat penting untuk kita belajar bagaimana untuk mengawal dan faham tentang emosi kita. Saya berjanji akan menigkatkan kemahiran untuk mengawal emosi saya supaya saya dapat menjadi seorang doktor yang dapat membantu dan menpengaruh pesakit-pesakit saya secara positif pada masa depan. 

No comments:

Post a Comment