Sunday, July 31, 2011

EMOSI. .

Selamat sejahtera.Pada 27 Julai yang lalu saya telah mengahadiri kuliah Pengurusan Emosi yang pertama yang dikendalikan oleh Dr.Zamri.Beliau telah bermula dengan memberikan serba sedikit taklimat mengenal kursus ini.Sebelum saya beranggapan bahawa emosi adalah sesuatu perasaan yang timbul dari dalam diri seseorang tetapi setelah menghadiri kuliah ini saya telah mempelajari banyak info-info yang baru tentang emosi seseorang.Saya ingin menggunakan jurnal ini untuk menyampaikan info-info yang telah saya pelajari daripada kuliah yang bertajuk "Struktur dan Ekspresi Emosi" serta kuliah "Pengenalan" kepada kursus ini. Dalam kuliah "Pengenalan", saya telah mandapat tahu tentang definisi emosi,cara untuk mengukur emosi,struktur serta ekspresi emosi dan akhir sekali pengalaman berkaitan daengan emosi.Dr.Zamri telah memulakan kuliah dengan menjelaskan definisi-definisi yang penting yang harus kita memahami konsepnya.Emosi telah didefinisikan sebagai satu set interaksi antara faktor subjektif(dipengaruhi oleh kepercayaan diri sendiri) dan objektif(fakta yang mempengaruhi sesuatu keputusan) menurut Kleinginna &Kleinginna(1981). Emosi boleh menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan keseronokan arousal,atau tidak berpuas hati,menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan penilaian, persepsi, proses pelabelan serta mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat yang membangkitkannya dan akhir sekali membawa kepada tingkah laku yang sering, tetapi tidak semestinya, ekspresif.Salah satu contoh gangguan emosi ialah tekanan.Sebagai pelajar perubatan kita akan mempunyai banyak perkara untuk diselesaikan dalam masa yang terdekat.Tambahan pula aktiviti-aktiviti yang diambil bahagian juga perlu di laksanakan dengan sebaik mungkin.Kesemua factor ini akan menyumbang kepada gangguan emosi seseorang pelajar perubatan.Untuk menjelaskan semua komponen ini dengan lebih lanjut,saya ingin memberikan contoh agar anda dapat memahaminya dengan lebih jelas.

    Sebagai contoh,Asilah terdengar bunyi yang pelik pada waktu tengah malam dan berasa takut.Ini ialah komponen pertama iaitu takut.Dia cuba untuk mengenalpasti bunyi tersebut dan pada waktu yang sama jantungnya mula berdebar-debar dengan kencang,ini merupakan perubahan fisiologi,komponen kedua.Asilah menjerit lalu lompat setelah mendapat tahu bahawa itu adalah hanya seekor kucing.Ini pula komponen  yang terakhir iaitu tingkah laku.Ini merupakan salah satu contoh yang paling mudah yang diaplikasikan dalam kehidupan harian kita.

    Emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan kerana emosi merupakan motivasi bagi sesuatu insiden atau tingkahlaku.Sebagai contoh emosi kemarahan akan memotivasikan seseorang  untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti memarah atau memukul.

   Salah satu cara untuk mengukur tahap emosi ialah penyataan lisan oleh seseorang tentang apa yang dia berasa .Dalam cara ini kita boleh  bertanya atau berinteraksi dengan seseorang agar mereka dapat menyatakan perasaan mereka.Kita boleh berinteraksi melalui telefon ataupun lebih baik lagi jika kita dapat berinteraksi dengan melihat wajah seseorang itu.Selain itu pemerhatian dan penunjuk psikologi juga merupakan cara untuk mengukur emosi seseorang.Contoh-contoh penunjuk psikologi ialah kadar jantung, tekanan darah, ketegangan otot dan kadar pernafasan.

 Selain itu saya telah didedahkan kepada pelbagai jenis teori yang baru pertama kali saya mendengar.Walaupun saya berasa amat pelik dengan teori-teori tersebut tetapi saya rasa ada relevannya teori-teori tersebut diwujudkan. Terdapat 4 teori untuk menjelaskan tentang struktur and ekspresi emosi.Teori-teori tersebut ialah Teori evolusi Darwin,Teori emosi Plutchik,Teori Tomkin dan Teori ekspresi muka.Secara keseluruhannya dalam kuliah "Pengenalan" saya telah mempelajari komponen-komponen yang penting tentang emosi serta beberapa teori-teori yang berkaitan dengan emosi yang telah disampaikan oleh para falsafah.

   Sekarang saya akan menceritakan tentang "Struktur Asas Emosi".Dalam Darwin Basic Theory emosi terdiri daripada emosi asas atau emosi primari.Emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.Dalam bukunya "The Expression Of The Emotions in Man and Animals" beliau mengatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang.Kelebihan teori ini ialah system saraf kita yang mengawal segala aktiviti dalam badan kita boleh menghasilkan beberapa emosi dalam sesuatu masa tertentu. 16 soalan ekspresi yang ditujukan kepada 36 bangsa berbeza didapati jawapan adalah sama.Emosi primari ada kebaikan  dan keburukannya yang tersendiri dimana terlalu banyak untuk diceritakan dengan lebih terperinci dalam jurnal ini..Kebanyakken teorist menyatakan bahawa emosi primari menerbitkan emosi-emosi yang lain.Emosi bersifat adaptif dan semua emosi  yang wujud ialah kombinasi antara emosi-emosi primari.

  Menurut Plutchik's Primary Emotion Theory emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan:bahasa emosi,asas tindak balas penyesuaian dan dimensi emosi.Bahasa emosi terdiri daripada bahasa subjektif,bahasa tingkah laku dan  bahasa fungsian.Sebagai contoh ketakutan(bahasa subjektif)akan menyebabkan tindakan untuk melarikan diri(bahasa tingkah laku) dan ini bertujuan untuk perlindungan(bahasa fungsian).Terdapat 8 asas tindak balas penyesuaian:takut,meluat,marah,terperanjat,gembira,sedih,rasa ingin tahu dan terima.Semua ini dilihat sebagai empat pasang komponen yang berbeza.Dimensi emosi terdiri daripada intensiti:merujuk kepada darjah kekuatan emosi,persamaan:merujuk kepada perkaitan dan polariti:merujuk kepada kekutuban

  Sekarang saya akan menceritakan tentang sebuah teori yang amat menarik sekali iaitu teori Tomikn's Facial Feedback Theory.Menurut Tomkin's Facial Feedback Theory emosi seseorang individu boleh dilihat daripada ekspresi wajah seseorang.Walaubagaimanapun saya tidak begitu bersetuju dengan teori ini kerana saya berpendapat bahawa seseorang individu boleh menyembunyikan emosi mereka daripada dilihat oleh orang ramai.Mereka tidak akan menunjukkan emosi mereka dalam ekspresi muka mereka.Saya juga merupakan seseorang yang berada dalam kategori tersebut dimana saya lebih suka menyimpan emosi saya dalam diri daripada menunjukkannya pada ekspresi wajah saya.Tetapi bukan semua mempunyai pendapat yang sama kerana terdapat dua kajian yang menyokong teori beliau dan terdapat juga bantahan daripada sesetengah yang menyatakan bahawa expresi yang ditunjukkan mungkin tidak benar dengan perasaan seseorang.Izard's Innate Facial Expression telah menjalankan kajian terhadap bayi yang mahir senyumdan juga kajian emosi terhadap orang ramai daripada pelbagai bangsa .Dalam kajian ini tidak semestinya sekiranya seorang bayi yang senyum bermakna dia gembira.Saya juga mempunyai seorang kawan yang sangat pemarah dimana apabila dia marah kemarahan akan  ditunjukkan dengan jelas di wajah dia.Dan ada juga seorang kawan lagi dimana walaupun dia seorang yang pemarah dia tidak akan menunjukkannya terhadap orang lain. Dia lebih suka untuk menyimpannya dalam diri dia.

  Selain itu saya juga mempelajari aspek teori pembelajaran dan teori pengalaman.Teori pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua:pandangan biologi pengalaman dan pembelajaran daripada pengalaman.Mengikut pandangan biologi pembelajaran bukannya faktor yang mempengaruhi emosi manusia.Manakala pembelajaran daripada pengalaman menekankan aspek pembelajaran dalam penghasilan emosi.

  Secara konklusinya,emosi merupakan suatu aspek yang penting dalam hidup setiap manusia.Begitu banyak teori yang telah diutarakan tentang emosi oleh para falsafah,namun ramai yang masih keliru tentang apakah itu sebenarnya emosi.Saya pun telah berada dalam situasi tersebut sampailah saya menghadirkan diri ke kuliah ini.Selepas mengikuti kuliah ini saya berpendapat bahawa saya telah mempunyai suatu gambaran yang jelas tentang emosi saya serta emosi orang lain.Pada pendapat saya emosi seseorang menentukan hari yang akan dilaluinya.Sekiranya emosi mereka tidak begitu bagus maka hari yang dilalui akan menjadi tidak beberapa baik.

No comments:

Post a Comment