Sunday, July 31, 2011

Journal Emosi

      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya telah mendengar taklimat-taklimat serta mendapat bimbingan  daripada Dr Zambri untuk mengetahui dan memahami ilmu emosi secara luas dan dalam. Sebelum menghadiri kuliah yang bertajuk "Struktur dan ekspresi emosi",saya berpendapat bahawa emosi adalah perasaan seseorang yang sama ada dapat dilihat secara luaran ataupun disimpan dalam hati.Saya turut berpendapat bahawa emosi adalah dibahagikan kepada 2 jenis,iaitu emosi positif dan emosi negatif. Kedua-dua emosi ini dapat mempengaruhi semua aktiviti kehidupan harian dan juga pergaulan antara satu sama lain. Berdasarkan ideologi saya,emosi yang positif seperti gembira,tenang,berpuas hati, senang hati dan lain-lain dapat meningkatkan prestasi kita sama ada dalam pekerjaan ataupun pelajaran.Di samping itu,hubungan yang erat dan mesra sekali antara satu sama lain dapat dijalini atau dikekalkan.Sekiranya seseorang memiliki emosi yang negatif,iaitu sedih,geram,takut dan marah,kita sudah dapat jangka bahawa seseorang itu akan menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam pekerjaan ataupun pelajaran.Pada masa yang sama,emosi yang negatif tersebut akan menyebabkan diri sendiri kurang disenangi oleh ahli-ahli keluarga dan rakan sekalian.Walaupun saya sudah ada pendapat tersendiri berdasarkan isu emosi,saya turut berasa adalah perlunya saya turut mendapat ilmu pengetahuan  selanjutnya yang berkaitan dengan emosi supaya saya dapat menggunakan semua ilmu itu untuk menghadapi cabaran yang akan muncul pada masa depan.Sebagai contoh,tekanan daripada pelajaran, kesedihan daripada dimarahi oleh doctor-doktor yang lebih tua daripada saya dan juga ketakutan serta keletihan apabila merawat pesakit-pesakit yang degil dan kurang memberikan kerjasama.

      Pelbagai definisi yang berkaitan dengan emosi telah dicatatkan seperti berikut:

Kleinginna dan Kleinginna(1981)

Menurut sumber ini,emosi adalan interaksi berkaitan dengan subjek dan factor yang dikawal oleh system hormone saraf. Perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku adalah komponen-komponen emosi.

            Saya bersetuju dengan keempat-empat komponen emosi tersebut kerana memang adanya teori lain,iaitu Fight and Flight reaksi yang menyokong komponen tersebut.Berdasarkan konsep ini,satu situasi yang senang adalah sekiranya seseorang ternampak seekor anjing yang garang dan besar di tepi jalan,seseorang itu akan mentafsir bahawa dia berada dalam situasi yang bahaya dan mulanya berasa takut.Seterusnya,dia akan mengalami perubahan fisiologi,iaitu jantung berdebar-debar,berpeluh banyak, adrenaline and epinephrine akan meningkat dalam masa yang singkat dan glucose dalam sistem pendarahan turut akan meningkat.Semua perubahan ini adalah penting untuk meninkatkan tenaga seseorang itu untuk melarikan diri daripada anjing tersebut.Saya berpendapat bahawa perasaan dan system hormone saraf adalah saling bergantung antara satu sama lain.

Darwin's Basic Theory of Emotion

Emosi adalah terdiri daripada emosi yang asas,iaitu ciri-ciri dalaman yang dialami oleh manusia dan boleh diekspresikan dalam bentuk yang seragam dalam semua bangsa dan budaya.Selain itu,emosi turut boleh dilihat dan diketahui melalui ekspresi wajah seseorang. Melalui konsep tersebut,emosi yang boleh diekspresi dalam satu bangsa memang biasanya merupakan satu perkara yang bersejarah dan penting untuk dikaji secara mendalam dan teliti.Sebagai contoh, adanya sesetengah penduduk-penduduk di China adalah anti-kebudayaan dan anti-produk yang berasal dari Jepun disebabkan Perang Dunia Kedua antara Jepun dengan China.Saya belum sampai tahap untuk menganalisasikan emosi mereka.Walaubagaimanapun, saya tetap berpendapat bahawa emosi-emosi tersebut adalah penting untuk dikaji dengan mendalam kerana akan mempengaruhi hubugan luar antara China dengan Jepun dan seterusnya perkembangan ekonomi.

Teori Tomkin

Tingkah laku kita boleh mempengaruhi emosi kita dan bukannya emosi yang mendorong kita melakukan sesuatu tingkah laku.Sejauh manakan betulnya teori ini?

        Pernahkah anda mendengar kata-kata yang begitu daripada rakan-rakan seperti walaupun mereka ketawa tetapi sebenarnya mereka berasa tidak gembira? Jika anda bersetuju dengan kata-kata kawan anda yang begini,ini telah menunjukkan bahawa anda tidak mempercayai teori Tomkin.Berdasarkan pendapat saya,saya hanya separuh mempercayai teori Tomkin ini.Memangnya tingkah laku akan mempengaruhi emosi kita.Situasi ini telah dibuktikan secara saintifik.Sebagai contoh,apabila anda rasa tertekan apabila belajar,anda akan mencari makanan –makanan yang ringan untuk dikunyah dan sebenarnya anda tidak berasa lapar.Pernahkah anda terfikir pertalian antara mengunyah dengan emosi? Melalui proses pengunyahan,hormone dopamine akan dihasilkan dengan lebih banyak dalam otak dan anda akan berasa gembira dan kurang tekanan disebabkan adanya penghasilan dopamine.Walaupun saya setuju tingkah laku akan mempengaruhi emosi kita,saya kurang setuju dengan konsep seperti bukannya emosi yang mendorong kita melakukan sesuatu tingkah laku.Hai ini disebabkan saya berasa konsep ini sama seperti konsep yang masih dijadikan kontroversi dunia,iaitu sama ada telur muncul dulu baru adanya ayam ataupun ayam muncul dulu baru adanya telur.

Teori Tomkin's Facial Feedback

Ekspresi muka seseorang individu dapat memaparkan emosi seseorang.

        Saya berpendapat bahawa teori ini adalah kelemahan-kelemahan tertentu.Yang pertama,ekspresi muka adalah salah satu cara yang boleh memaparkan emosi.Kita masih ada cara yang lain untuk menentukan emosi seseorang.Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu berasa takut, dia bukan sahaja akan menunjukkan air muka yang risau,malahan dia juga akan berpeluk tubuh dan menggigil pada masa yang sama.Yang kedua, kita sebenarnya boleh menyembunyikan emosi kita tanpa dapat dikesan melalui ekspresi muka,terutamanya di depan orang yang kami kurang biasa.Kebanyakan orang hanya akan memaparkan emosi yang benar apabila berdepan dengan orang yang drpercayai.

Teori Plutchik

Teori ini mempunyai 3 komponen asas,iaitu bahasa emosi(language of emotion),asas reaksi penyesuaian(basic adaptive reactions) dan dimensi emosi (dimension of emotion).

Berdasarkan bahasa emosi,emosi dapat digambarkan melalui 3 bahasa yang berlainan.Sebagai contoh,bahasa subjektif,bahasa tingkah laku,dan bahasa fungsian.

Asas reaksi penyesuaian adalah protaip untuk semua emosi.Contohnya,meluat,takut,marah,terperanjat,gembira,sedih,ingin tahu dan terima.

Dalam dimensi emosi,emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan lagi,iaitu persamaan,keamatan,dan sifat berlawanan.

      Selain daripada teori-teori yang dituliskan di atas,dalam kehidupan saya, saya telah sedar satu aspek yang lain berdasarkan emosi.Saya menamakan teori ini seperti di bawah:

Teori Mekanisme Perlindungan

Satu emosi akan menjadi perangsang emosi yang lain-lain untuk menyembunyikan emosi yang asal.Sebagai contoh,jika anda terlalu sedih, anda tidak akan menangis,anda akan tukar kepada emosi yang lain,iaitu marah,kerana anda rasa kesedihan itu tidak patut ditunjukkan kerana membawa simbol lemah. Oleh itu,anda akan menggunakan cara yang lebih agresif untuk menunjukkan emosi anda.Saya berpendapat bahawa inilah salah satu emosi yang jenis negatif.Hal ini kerana tidak kira betapanya marah anda,kesedihan anda masih tidak dapat diselesaikan dan dikurangkan.

        Akhir kata,manusia memang merupakan makhluk yang sangat unik kerana konsep emosi ini yang sangat senang sebenarnya rumit juga.Dengan adanya pelbagai teori yang berbeza,saya pun membuat perbandingan dan mendapati sedikit sebanyak percanggahan. Walaupun begitu,saya yakin bahawa dengan adanya ilmu pengetahuan ini,saya akan sedar dan lebih sensitive terhadap emosi-emosi yang sedang berlaku di sekeliling saya ini dan boleh mengambil tindakan yang sesuai terutamanya berdepan dengan emosi yang negatif sama ada emosi ini adalah dalam diri sendiri ataupun berasal daripada orang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment