Selamat sejahtera saya megucapkan kepada Pengurus Emosi Subjek ZZZT2253 yang dihormati, Dr. Zamri. Salam Satu Malayasia.
Bagi saya, pengurusan emosi merupakan perspektif yang amat penting untuk pembangunan setiap insan and anak watan negara. Ini kerana "emosi pembentukan kejayaan". Pada hari 27 Julai 2011 (Rabu), kami telah diberi peluang untuk mengkaji dan mendalami tentang ilmu pengurusan emosi secara formal. Tanpa duga, subjek ini bukan sahaja menyempurnakan lagi segi mental dan spiritual para pelajar, tetapi juga berguna untuk pelajar-pelajar fakulti perubatan mengetahui cara membantu golongan masyarakat yang mengalami kesusahan dalam menangani emosi dalam bidang kerjaya kelak.
Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Ia merupakan pemanis kehidupan, sesuatu elemen yang tidak dapat dipisahkan daripada segala perlakuan serta pertimbangan manusia. Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir, 'kegembiraan' dari bahasa LZatin, emovere, dari e- (varian eks-) 'luar' dan movere 'bergerak'. Kebanyakan ahli yakin bahwa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Perasaan intens kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi dengan cukup cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak enak untuk beberapa jam.
Dalam kelas pertama ini, kami telah mempelajari empat subtopik tentang pengetahuan emosi, iaitu definisi emosi, cara-cara untuk mengenalpasti emosi, struktur dan ungkapan emosi, diikuti oleh pengalaman berkenaan dengan emosi.
Definisi emosi boleh dilafazkan mengikut beberapa perspektif. Menurut Kleinginna dan Kleinginna pada tahun 1981, emosi merupakan satu set interaksi yang complex di antara faktor-faktor subjektif dan objektif di bawah pengaruh sistem saraf serta hormon. Emosi mempunyai empat komponen. Iaitu perasaan afektif , proses kognitif, perubahan fisiologi dalam badan subjek, serta perlakuan yang kebanyakan bersifat ekspresif, bermatlamat serta beradaptif.
Setiap orang mempunyai benda yang ditakuti, misalnya hantu, UFO, jampi dan sebagainya. Secara saintifik, didapati bahawa kebanyakan faktor tersebut adalah tidak wujud dalam realiti kehidupan, namun kita masih memeluk perasaan takut sehingga fobia terhadap objek abstrak tersebut berbanding dengan objek sebenar yang mampu membawa pengancaman kepada diri kita. Mengapakah ini berlaku? Perasaan takut ini timbul sewaktu kita, iaitu faktor subjektif, bertembung dengan objek-objek yang berpotensi membawa pengancaman ke atas diri kita. Sekiranya kita tidak jelas dengan asal-usul dan kemampuan sesuatu objek tersebut, neuron-neuron dalam otak kita akan mengalisis dan menyampaikan tahap pengancaman objek tersebut ke tahap maksimum bagi melindungi badan kita daripada dicedera. Seterusnya, mesej neuron akan disampaikan sebagai perlakuan melalui aksi hormon, iaitu sistem simpatetik atau system parasimpatetik. Ini akan membawa perubahan fisiologi dan tingkah laku ke atas badan kita. Sistem simpatetik bertujuan untuk mengaktifkan respons 'Fight and Flight' terutamanya ketika kita menghadapi situasi yang mengancamkan. Dalam tangan yang lain, sistem parasimpatetik berfungsi untuk mengembalikan dari peringkat simpatetik kepada peringkat yang asal. Perasaan takut ini dikelaskan sebagai peringkat perasaan afektif.
Semasa kita berjalan berseorangan di tepi jalan yang senyap pada tengah malam, kita akan mudah berasa takut and bersangsi terhadap segala fenomena yang berlaku di sekitar kita. Misalnya, kita akan mentafsirkan bunyi burung hantu sebagai bunyi binatang liar atau makhluk asing. Seterusnya, kita akan mencepatkan langkan dan cuba untuk meninggalkan tempat tersebut secepat mungkin. Ini dikelaskan sebagai peringkat proses kognitif, di mana kita mengenalpasti punca ketakutan serta tindakan yang harus dilakukan untuk melindungi diri sendiri. Perubahan fisiologi pada badan kita adalah hati yang berdebar-debar, perpeluhan dan pernafasan yang tercungkap-cungkap.
Erti emosi tidak hanya tertutup dalam linkungan perasaan. Menurut Baron dan Logan pada tahun 1993, emosi juga berkaitan rapat dengan motivasi. Menurut Lang et al pada tahun 1992 juga, emosi merupakan pembekal motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh terbentuk daripada segi emosi.
Tidak kurangnya contoh teori tersebut dari kehidupan harian kita. Sebagai contoh, saya merupakan pelajar yang malas lagi nakal sewaktu sekolah rendah. Masa itu, saya tidak memahami kepentingan pembelajaran serta disiplin seseorang pelajar untuk membentuk masa depan masyarakat, keluarga sera diri yang berkualiti. Disebabkan oleh sifat penyayang ibu bapa serta pengajaran guru yang tegas, saya berasa terharu dan tersedar tentang kepentingan watak sendiri. Perasaan bersyukur ini telah menjadi motivasi untukku mengambil keputusan supaya menjadi seorang murid yang cemerlang. Di sebaliknya, jikalau perasaan yang ditimbulkan merupakan perasaan negatif, misalnya perasaan kegeraman dan kebencian yang muncul daripada pandangan rendah rakan serta guru terhadap seseorang pelajar, motifnya juga kebanyakan akan bersifat negatif, umpamanya ponteng kelas, pergaduhan, percubaan untuk membakar sekolah dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bukannya dalam segala situasi, emosi akan menjadi pendorong kepada motivasi kepada sesuatu subjek. Ini kerana bukan semua pendorong berasaskan kepada emosi. Motif juga berpunca daripada keperluan manusia. Sebagai contoh, kita makan kerana kelaparan, kita minum akibat kehausan, dan kita menginginkan kemenangan dan kecemerlangan kerana hendak mendapatkan kesetujuan terhadap kemampuan diri sendiri.
Kita boleh mengetahui tentang jenis dan tahap emosi kita melalui seberapa cara. Antaranya ialah berucap atau menunjukkan emosi mengenai perasaan yang dilalui oleh seseorang itu. Kaedah-kaedah ini termasuk wawancara dan pencatatan diari. Cara ini menyampaikan emosi secara langsung dan mudah. Namun, penyampaian emosi ini berbeza mengikuti norma dan budaya. Cara yang lain termasuk permerhatian secara langsung, namun keberkesanan kaedah ini kerap ditanya-tanya. Hal demikian kerana manusia berupaya untuk menutupi perasaan yang sebenar. Selain daripada cara-cara ini, kita juga boleh mengetahui tentang emosi seseorang melalui pengukuran fisiologi, di mana cara ini kerap dipraktikkan oleh pihak polis, agen-agen unik dan badan-badan kerajaan. Dalam soal siasat, kadang-kala suspek dikehendaki untuk menjalankan prosedur-prosedur yang bermatlamat untuk mengumpul data tentang perubahan fisiologinya. Ini adalah untuk mengenalpasti pertukaran emosinya sewaktu menjawab soalan pihak kuasa bagi memastikan pengakuan suspek adalah benar. Kaedah ini mengkaji tentang peringkat badan manusia yang mencerminkan emosi seseorang itu dari segi autonomic, system saraf sentral dan sebagainya. Perubahan yang berlaku mengikuti perubahan emosi mansia termasuk kadar denyupan jantung, tekanan darah, ketegangan otot, kadar respirasi, aktiviti elektrik dalam otak dan aktiviti elektrik dalam kulit.
Struktur dan ungkapan emosi boleh dibahagikan kepada lima subtopik. Yang pertama ialah Darwin's Basic Theory of Evolution, diikuti Plutchik's Primary Emotion Theory, Tomkin's Facial Feedback Theory, Izard's Universal Facial Expression dan Role of Learning and Experience. Dalam Plutchik's Primary Emotion Theory, emosi boleh dijelaskan mengikut tiga bahasa, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Manakala, Donald Fromme and Clayton O'Brien merupakan alternative kepata Plutchik's Primary Emotion Theory. Dalam Izard's Innate Facial Expression pula, Paul Ekman mencadangkan bahawa kesejagatan air muka adalah berkaitan dengan emosi.
Perkara yang berlaku semasa mengalami emosi boleh dikategorikan kepada tiga teori, iaitu Teori Berorientasi Fisiologi, Teori Kognitif dan Teori Psikoanalitik. Teori Berorientasi Fisiologi sejurusnya dikaji mengikuti Teori James-Lange, Teori Cannon-Bard dan pendekatan psikobiologi. Pada masa yang sama, Teori Kognitif boleh dibahagikan lagi kepada Kognitif Pelabelan Schachter, Misattribution, pemindahan pengujaan dan penilaian kognitif.
Kesimpulannya, emosi mempengaruhi kehidupan kita. Pentafsiran emosi melingkupi skop yang amat luas lagi berbeza. Emosi ialah naluri alam semula jadi yang dialami oleh setiap individu serta membawa impak yang besar. Oleh itu, kita harus berkemampuan untuk menguruskan emosi sendiri tetapi bukannya dipengaruhi emosi. |
Sunday, July 31, 2011
A131759 Koh Chooi Lin LJ01 Pengenalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment