Sunday, July 31, 2011

Emosi dan komponen emosi

    Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada semua rakan-rakan fakulti perubatan tahun 2 dan juga kepada pensyarah kursus pengurusan emosi (ZT2253) Dr Zamri. Bagi makluman semua, kuliah pada hari rabu yang lepas merupakan kuliah pertama di mana pensyarah telah mendedahkan maksud sebenar emosi dan bagaimana emosi itu mebentuk dan terlibat dalam seseorang insan kepada mahasiswa dan mahasiswi fakulti perubatan tahun 2 UKM. 

 

Banyak perkara telah kami pelajari pada hari pertama kuliah pengurusan emosi ini. Pertamanya Dr. Zamri telah memulakan kuliahnya dengan definisi emosi, iaitu emosi adalah satu set interaksi yang kompleks antara faktor-faktor subjektif dan objektif. Faktor subjektif di sini bermaksud ianya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta yan betul. Di samping itu, faktor objektif pula dipengaruhi oleh unsur fakta atau situasi yang mewujudkan sesuatu keadaan. Antara factor tersebut ialah system saraf hormon. Definisi ini telah dikemukakan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981). Saya juga telah difahamkan bahawa sistem saraf hormon memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan aktiviti harian kita sama ada dalam emosi yang sedih, marah, gembira, seronok dan sebagainya. Jadi jelaslah bahawa sistem sarah hormone di mana ianya adalah satu aspek utama yang mempunyai peranan yang begitu penting dalam pengurusan emosi kita ini. Selain itu, faktor ini juga boleh menimbulkan pengalaman afektif seperti nafsu atau pun perasaan ingin tahu, kenikmatan atau perasaan tidak puas hati yang menjana proses kognotif seperti kesan emosi yang berkaitan dengan persepsi, penilaian, pelabelan proses dan pengaktifan fisiologi yang meluas. Perkara seperti yang berikut membawa kepada tingkah laku yang sering tetapi tidak selalu, ekspresif, bermatlamat dan adaptif.

Berdasarkan contoh yang diberi, telah ditunjukkan bahawa aspek kognitif dan fisiologi memang berkait rapat. Dalam contoh tersebut, aspek kognitif mencuba untuk mengenal pasti keadaan sebenar manakala aspek fisiologi pula membawa perubahan kepada organ di dalam badan untuk menyesuaikan diri untuk keadaan yang ditempur.

 

Terdapat empat komponen emosi yang menyatakan perasaan seseorang tersebut. Antaranya ialah perasaan proses kognitif, proses perubahan kognitif fisiologi, perubahan fisiologi yang berkait dengan perbuatan, dan akhir sekali ialah tingkah laku yang berkaitan dengan kognitif. Sebenarnya, saya sebelum ini tidak tahu bahawa emosi ini melibatkan semua unsur yang tersenarai di atas ini. Tetapi sekarang saya dapat memahami lebih banyak lagi tentang emosi ini.

 

Saya juga telah memahami bahawa emosi bukanlah sekadar perasaan tetapi membawa maksud yang amat luas jika kita dapat menilainya dengan cara atau kaedah yang betul. Saya juga agak tertarik dengan apa yang Dr. Zamri telah sampaikan pada minggu lepas, iaitu emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Hal ini memang benar dan saya memang sokong terhadap fakta ini. Hal ini adalah kerana tanpa motivasi kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara dan tanpa emosi kita tidak dapat melahirkan motivasi dalam diri kita ini. Contoh tersebut memang menarik perhatian saya terhdap proses berlakunya emosi dalam diri seseorang tersebut.  Sebagai contoh, cinta terhadap seseorang dapat memupuk semangat yang baru dalam diri seseorang remaja untuk bermain "sms" dan sebagainya. Jadi jelaslah bahawa motif kita boleh menjadi emosi sebagaimana yang terlah dikemukakan oleh Lang dan rakan-rakannya pada tahun 1992.

Di samping itu, walapun emosi menghasilkan motivasi dalam diri seseorang, tidak semua keadaan dapat membentuk motivasi dan tidak semua motivasi berasaskan emosi kita. Ini bermaksud, terdapat juga motivasi yang membentuk dalam diri kita ini tanpa melibatkan sfat-sifat kognotif atau fisiologi. Sebagai contoh, semangat untuk belajar dengan elok lagi tidak melibatkan emosi dan hanya melibatkan motivasi yang ada dalam diri seseorang itu sendiri.

Sebelum ini saya juga sering memikirkan tentang kaedah bagi mengukur emosi. Tetapi Dr. Zamri telah memberi penjelasan yang jelas tentangnya. Ianya melibatkan laporan diri yag dapat daripada penyataan tentang perkara yang difikirkan oleh seseorang. Antara kaedahnya boleh digunakan adalah seperti temu bual, soal selidik, pemerhatian dan sebagainya. Kaedah ini memang menuju ke motif dan mudah tatapi masalah timbul ketika berdepan dengan kumpulan etnik atau adat yang berbeza. Selain itu, kaedah pemerhatian juga boleh menimbulkan masalah kepercayaan yang bermaksud dapat mewujudkan kesangsiaan sesame sendiri. Kaedah fisiologi juga boleh diaplikasikan di sini. Iaitu dengan cara pengukuran dan kajian pelbagai keadaan dalaman badan yang mencerminkan fungsi automatik, sistem tulang dan pemikiran. Perkara ini dapat menyatakan tahap pencapaian seseorang. Saya juga difahamkan bahawa terdapat cara bagi mengukur dalam kaedah fisilogi. Ianaya hanya dapat dilakukan dengan kadar jantung, tekanan darah, kadar respirasi ketegangan otot, aktiviti otot dan sebagainya.

 

Dalam tajuk ketiga kuliah, saya telah pelajari beberapa teori yang manyatakan tentang emosi. Pertama sekali ialah "Darwin's basic theory of evolution" di mana memberi definisi bahawa evolusi ialah proses pembangunan di mana organ atau organisma menjadi lebih kompleks dengan pembezaan bahagian-bahagiannya. Teori kedua dikemukakan oleh "Plutchik's primary emotion theory" menyatakan semua emosi mempunyai emosi yang bertentangan. Sebagai contoh ialah  perasaan gembira bertentangan dengan perasaan sedih. Seterusnya ialah "Tomkin's Facial Feedback Theory" yang menyatakan bahawa pergerakan muka boleh mempengaruhi pengalaman emosi. Perkara ini dipanggil "body language" di mana sesuatu pergerakkan membawa sesuatu maksud. Sebagai contoh, seorang individu yang terpaksa tersenyum semasa acara sosial sebenarnya akan datang untuk mencari lebih banyak peristiwa pengalaman yang menyeronokkan. Keempat ialah "Izard's universal facial expression" bermaksud pengunaan satu ekspresi muka yang sejagat yang digunakan di mana juga dan merupakan satu kaedah yang paling senang untuk diuji. Hal ini memudahkan dalam bidang komunikasi di mana seluruh dunia mengunakan gaya expressi yang sama yang membawa maksud yang sama. Jadi perkara ini jelas bahawa emosi tidak hanya melibatkan diri sendiri malah melibatkan seluruh masyarakat sedunia supaya dapat berinteraksi walaupun berlainan bahasa dan bangsa.

 

Saya juga difahamkan bahawa terdapat beberapa pengalaman emosi yang berkait rapat dengan sains. Yang pertama sekali ialah theory berasaskan fisiologi. Theori berasaskan fisiologi sahaja. Theori ini mengemukakan atau bertumpu kepada perubahan yang berlaku dalam seseorang manusia sahaja tanpa melibatkan proses kognitif Kedua ialah Teori Kognitif di mana theori ini pula hanya melibatkan proses kognitif tanpa proses fisiologi. Theori ketiga ialah Teori Psychoanalytic di mana teori ini melibatkan pemikiran atau psykologi seseorang tersebut dalam mengalami emosi. Ketiga-tiga perkara tersebut terlibat dalam diri seseorang dalam mengalami emosi secara serentak ataupun berasingan. Tetapi dalam pelbagai kes, emosi selalu berlaku dalam keadaan ketiga-tiga theory secara serentak.

 

Jadi saya mengakhiri journal saya pada kali ini dengan kesimpulan bahawa emosi itu tidaklah hanya sekadar perasaan tetapi juga melibatkan aspek fisiologi, kognitif dan juga berkait rapat dengan motivasi dalam seseorang itu sendiri. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Zamri kerana beliau telaj menunjukkan apakah itu sebenarnya emosi dan harus di nilai dengan dengan kaedah yang elok supaya mendapat keputusan yang menyenangkan.

 

No comments:

Post a Comment