Selamat sejahtera.
Kursus ZT2253 Pengurusan Emosi merupakan satu pendekatan yang membolehkan saya mengetahui dan memahami secara mendalam mengenai emosi. Selama ini, saya ingat emosi itu adalah sesuatu alat yang menunjukkan perasaan seseorang kepada orang lain. Sebaliknya, definisi emosi bukanlah semudah yang saya fikirkan.
Emosi, menurut Kleinginna dan Kleinginna (1981) merupakan interaksi yang komplek antara factor-faktor objektif dan subjektif yang dipengaruhi oleh sistem saraf dan hormon yang boleh menghasilkan pengalaman afektif (affective experience), menjana proses kognitif (cognitive process), mengaktifkan perubahan fisiologi secara menyeluruh (widespread physiological adjustments) dan seterusnya membawa kepada sikap atau tindakan (behavior). Faktor yang disebutkan boleh didefinisikan sebagai fakta atau situasi yang boleh memberi pengaruh terhadap hasil terakhir manakala perkataan "subjektif" memberi makna boleh dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang individu atau berdasarkan fakta benar. Pengalaman afektif pula merupakan perasaan seperti kegembiraan, kesedihan, ketidakpuasan dan sebagainya.
Emosi terdiri daripada 4 komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Tanpa salah satu komponen ini, sesuatu sikap atau tindakan itu bukanlah emosi. Contohnya, apabila saya dituduh melakukan sesuatu kesalahan, perasaan saya pada masa itu adalah ketidakpuasan. Proses kognitif yang dialami oleh saya adalah saya akan fikirkan sebab saya dituduh dan fakta-fakta yang dapat membuktikan yang saya tidak bersalan. Perubahan fisiologi yang berlaku pada masa yang sama ialah jantung saya berdebar-debar dan tekanan darah saya naik. Akhirnya, saya menerangkan kepada orang lain dengan bukti kukuh untuk membersihkan nama baik saya. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya daripada perasaan.
Adalah emosi dan motivasi saling berkaitan? Lang et al (1992) menyatakan bahawa emosi itu adalah motivasi dan motivasi bolehlah menjadi emosi. Kenyataan ini disokong oleh Baron & Logan (1993). Baron & Logan telah menerangkan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Misalnya, kekecewaan akan memotivasikan seseorang untuk tingkahlaku tertentu seperti rajin berusaha dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bukan semua emosi menjadi pendorong dalam semua situasi dan bukan semua motivasi berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, apabila seseorang individu membuat keputusan untuk tidur, dia bukan didorong oleh emosinya, tetapi tidur merupakan keperluan fisiologinya.
Apakah cara-cara untuk mengukur emosi? Terdapat dua cara untuk mengukur emosi. Satu cara adalah menerusi laporan kendiri. Cara ini merupakan cara yang paling mudah kerana emosi dapat diketahui melalui luahan isi hati seseorang individu. Cara ini boleh dijalankan menerusi temu bual, soal selidik dan catatan tingkahlaku sendiri. Namun, cara ini mempunyai pelbagai masalah, antaranya termasuklah perbezaan dalam norma budaya dan masalah pelabelan budaya. Cara kedua pula merupakan pemerhatian secara langsung tetapi cara ini mempunyai masalah dari segi tahap kebolehpercayaan. Cara ini boleh dilaksanakan menerusi pengukuran dan kajian pelbagai keadaan dalaman badan yang memaparkan fungsi sistem saraf utama, sistem otot dan sistem automatik badan. Antara penunjuk fisiologi yang boleh digunakan ialah kadar denyutan jantung, tekanan darah, ketegangan otot, kadar penafasan, aktiviti elektrik otak dan aktiviti elektrodermal.
Emosi dikenali sebagai emosi primer sekiranya hanya beberapa emosi yang terlibat. Emosi merupakan sifat dan perwatakan semulajadi manusia dan ditunjukkan secara ketara dalam sesuatu budaya. Terdapat 2 teori luas yang merangkumi emosi, iaitu teori biologi atau lebih dikenali sebagai teori evolusi dan teori pembelajaran.
Antara teori penting yang termasuk dalam teori biologi ialah teori emosi Darwin (Darwin's Theory of Emotion). Teori ini menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas yang disebut emosi utama. Emosi utama ini didefinisikan oleh Kolsaka (1993) sebagai ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dalam buku Darwin yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Darwin menerangkan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Hal ini dibuktikan menerusi persamaan jawapan untuk 16 soalan yang berkaitan dengan emosi yang ditujukan kepada 36 bangsa berbeza. Antara kelebihan emosi utama adalah sistem saraf and strukturnya menjadi pengantara untuk beberapa emosi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan teorist seperti Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman bersetuju bahawa emosi primari menerbitkan emosi-emosi lain. Emosi primari ini bersifat adaptif. Rolls (1990)berpendapat bahawa kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primary.
Teori emosi primari Plutnik (Plutnik's Theory of Primary Emotion) membahagikan emosi primari kepada 3 bahasa emosi, 8 reaksi adaptif dan 4 dimesi emosi. Bahasa emosi yang dimaksudkan ialah bahasa subjektif (subjective language), bahasa tingkahlaku (behavioural language) dan bahasa fungsian (functional language). Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa kepada emosi. Contoh bahasa subjektif adalah sedih, gembira dan sebagainya. Bahasa tingkahlaku merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Misalnya, apabila seseorang takut, badan akan menggigil ketakutan. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Sebagai contoh, ketakutan menghilangkan keyakinan seseorang. 8 reaksi adaptif yang termasuk dalam teori Plutnik ialah takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Emosi pula boleh berbeza dalam 3 dimensi penting, iaitu darjah kekuatan emosi (intensity), perkaitan atau persamaan (similarity) dan kekutuban (polarity).
Berdasarkan teori maklum balas muka Tomkin (Tomkin's Facial Feedback Theory), emosi adalah ekspresi pada wajah. Tomkin menerangkan bahawa sekiranya seseorang itu ketawa atau senyum, seseorang itu akan berasa gembira. Ekspresi yang ditunjukkan pada wajah berlaku sekiranya terdapat stimulasi yang berkaitan. Apabila terdapat apa-apa masalah untuk senyum, seseorang itu akan susah untuk rasa ceria. Teori ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Hess. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa maklum balas muka memudahkan pengalaman emosi. Kajian yang dilaksanakan oleh Zajonc pula membuktikan perubahan dalam otot muka menghasilkan ekspresi yang khusus. Kajian ini menunjukkan pengerakan otot muka menyekat aliran darah dan dengan itu, mempengaruhi pemanasan dan pendinginan otak. Emosi yang bagus seperti gembira adalah hasil daripada penyejukkan darah, manakala pemanasan otak mewujudkan emosi yang negatif.
Walaupun ekspresi muka menjana perasaan, ekspresi seseorang pada masa itu bukanlah satu penunjuk emosi yang tulen. Ekspresi wajah adalah sebahagian proses komunikasi yang penting, tetapi ia mempunyai sedikit kaitan sahaja dengan perasaan dalaman dan emosi. Hal ini dibuktikan menerusi fakta bahawa senyuman yang ditunjukkan oleh seseorang itu tidaklah bermakna bahawa orang itu adalah gembira.
Teori yang dikemukan oleh Izard menyatakan bahawa mekanisme saraf untuk ekspresis wajah dan persepsi terhadap ekspresi tersebut adalah semulajadi. Emosi adalah bersifat semulajadi dan proses pengajaran dan pembelajaran hanyalah mempunyai sedikit impak terhadap pengalaman emosi. Beberapa kajian telah membuktikan teori ini.
Akhir kata, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mendalami kursus pengurusan emosi ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment