Selamat sejahtera kepada pensyarah kursus Pengurusan Emosi , Dr. Zamri , rakan-rakan ,dan para pembaca jurnal. Bagi pengetahuan anda semua , kali ini merupakan kali pertama saya menulis jurnal. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam menulis jurnal tetapi saya berharap melalui kursus ini , saya dapat membelajari cara menulis jurnal yang betul serta meningkatkan kemahiran menulis jurnal dari semasa ke semasa. Tajuk jurnal saya yang pertama ini ialah Pengenalan Ke Dunia Emosi.
Seperti rakan-rakan saya yang lain , saya telah mentaksir perkataan 'emosi' sebagai perasaan . Selama ini , saya tidak pernah tertanya sama ada itu adalah benar-benar maksud 'emosi'. Hal ini demikian kerana sejak perkataan itu terdedah kepada saya semasa alam persekolahan sehingga hari sebelum kursus Pengurusan Emosi bermula , saya telah mempunyai persepsi bahawa 'emosi' ialah sinonim kepada 'perasaan' dan menggunakan perkataan tersebut dalam penulisan untuk menunjukkan makna yang sama sepanjang masa persekolahan. Namun begitu , selepas menghadiri kuliah pertama Dr Zamri pada hari Rabu yang lepas , akhirnya saya dapat mengetahui maksud sebenar emosi. Emosi adalah tidak sama dengan perasaan tetapi kedua-dua perkataan tersebut masih berhubung kait antara satu sama lain. Perasaan merupakan salah satu komponen emosi yang merangkumi proses kognitif , perubahan fisiologi , tingkah laku yang berkaitan dan perasaan itu sendiri.
Semasa kuliah , Dr Zamri menerangkan definisi 'emosi' berasaskan definisi yang dihasilkan oleh Paul R. Kleinginna, Jr., dan Anne M. Kleinginna (1981) dari Georgia Southern College. Mereka mendefinisikan perkataan 'emosi' seperti begini. Emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems, which can give rise to affective experiences such as feelings of arousal, pleasure or displeasure, generate cognitive processes such as emotionally relevant perceptual effects, appraisals, labeling processes, activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions , and lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal directed, and adaptive. Kenapa pula ada definisi ini? Sebelum definisi tersebut telah dihasilkan , masalah dalam bidang emosi telah timbul akibat daripada pelbagai cara mendefinisikan 'emosi' telah diwujudkan. Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan terminologi ini, 92 definisi dan 9 statemen skeptikal daripada pelbagai sumber sastera emosi telah digabungkan. Definisi dan statemen tersebut pula telah diklassifikasikan kepada 11 kategori berdasarkan basis fenomena emosi dan issue teori yang ditekankan. Kategori ini merangkumi affective category (emphasize feelings of excitement/depression or pleasure/displeasure) , cognitive category (emphasize appraisals and/or labeling processes) , external emotional stimuli , physiological studies of mechanism of action , emotional/expressive behaviour , disruptive category (emphasize emotion's great potential for causing disruptive/maladaptive effects) , adaptive category (emphasize that emotion usually increases the likelihood of the organism's meeting its needs) , multiaspect category(emphasize the many facets of emotion) , restrictive category(--attempt to differentiate emotion from other processes such as motivation) , motivational category (attempt to differentiate emotion from other processes such as motivation) dan sceptical category (question or deny usefulness in the concept of emotion). Dengan ini , definisi-definisi telah dinilai dan tren telah dikenalpasti untuk menghasilkan satu model definisi.
Selain itu , saya telah mendapati bahawa terdapat banyak subtrat emosi dalam kehidupan seharian kita yang menagakibatkan emosi kita ditunjukkan melalui tindakan , tingkah laku atau sikap. Subtrat emosi ini merujuk kepada stimulasi peristiwa. Sebagai contohnya , kehilangan seseorang atau sesuatu barangan yang mempunyai nilai terutamanya nilai sentimental (stimulasi peristiwa) boleh mengakibatkan seseorang itu menunjukkan kesedihan (emosi) melalui menangis(tingkah laku atau tindakan). Pada masa yang sama , saya bersetuju dengan pernyataan yang dicadangkan oleh Baron & Logan, 1993 bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Sebagai contohnya , banyak kes pembunuhan diri telah berlaku di seluruh dunia. Motif pembunuhan diri ini adalah disebabkan oleh emosi kesedihan yang mampu menghalang seseorang yang mengalami kesusahan terutamanya kehilangan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan daripada melihat perkara tersebut dari sudut yang positif dan meneruskan kehidapan.
Di samping itu , emosi ini dikatakan boleh diukur melalui kaedah-kaedah tertentu . Keadah-keadah ini termasuklah temu duga , soal selidik , pemantauan kendiri iaitu rekod sikap sendiri dalam sesuatu jangka masa , dan lain-lain lagi. Semua cara ini memerlukan statemen lisan daripada subjek. Pada pendapat saya , emosi merupakan sesuatu yang sangat abstrak dan tidak dapat diukur melalui mana-mana kaedah tersebut. Emosi itu juga terjadi dalam tempoh pendek atau panjang. Perubahan emosi pula susah diukur kerana tiada unit ukuran yang sesuai untuk emosi. Bagi keadeah-kaedah yang telah dinyatakan sebelum ini , kejujuran seseorang individu sama ada orang yang membuat kajian tentang emosi mahupun subjek-subjek yang menjadi sasaran kajian itu adalah penting dan diperlukan. Dari segi subjek-subjek yang berfungsi sebagai pembekal maklumat , mereka perlu memberi maklumat yang benar tentang emosi mereka tanpa mengubahnya seperti menambahkan sesuatu emosi bagi menjadikannya lebih menarik , mengamplikasikan tahap emosi yang dialami , dan sebagainya. Dari segi orang yang mengumpul maklumat emosi pula , mereka perlulah jujur agar tidak menukar maklumat yang dikumpul daripada subjek mereka. Sekiranya kejujuran tidak ditunjukkan dalam proses memberi dan mengumpul data emosi itu , maka emosi itu akan gagal direkodkan dengan betul dan inilah adalah kelemahan yang paling besar dalam kaedah-kaedah pengukuran emosi yang digunakan. Pada masa yang sama , banyak kaedah yang dicipta untuk mengukur emosi yang menyebabkan tiada ukuran yang selaras atau standard bagi pengukuran emosi.
Bukan itu sahaja , malah saya telah mempelajari beberapa teori yang berkaitan dengan emosi semasa kuliah. Antaranya ialah emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza menurut Plutchik's language of emotion. Jenis bahasa yang dimaksudkan dalam konteks ini bukannya bahasa yang berbeza yang digunakan oleh penduduk yang berbeza kaum seperti Bahasa Tamil , Bahasa Perancis , Bahasa Jepun , dan lain-lain lagi. Sebenarnya , jenis bahasa yang dimaksudkan itu merujuk kepada bahasa subjektif , bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Sebagai contohnya , gembira akan membawa kepada senyuman yang ikhlas dan manis yang berfungsi untuk meraikan sesuatu pencapaian dalam kehidupan.Contoh lain pula , kesedihan boleh membawa kepada pengaliran air mata yang berfungsi untuk menunjukkan kekesalan sesuatu perbuatan . Selain daripada itu , saya amat kagum tentang Plutchik Emotion Model. Hal ini demikian kerana model ini telah menunjukkan emosi primari dengan jelas dan bagaimana emosi tambahan dapat dihasilkan daripadanya. Sebagai contohnya , emosi cinta itu adalah hasil daripada emosi kegembiraan dan penerimaan. Dari segi biological view of experience , activator ialah situasi yang menyebabkan penunjukkan sesuatu emosi. Sebagai contohnya , cincin kahwin menjadi activator untuk emosi cinta. Walau bagaimanapun , activator bagi sesuatu emosi mungkin tidak sama bagi orang yang berbeza.
Kesimpulannya , saya telah banyak mendapat ilmu tentang emosi melalui kuliah pertama ini. Kursus ini sebenarnya amat membantu kita dalam memahami emosi seseorang. Ilmu tentang emosi amat berguna kepada setiap golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Hal ini demikian kerana kita berinteraksi dengan orang lain yang sentiasa menunjukkan emosi yang berpelbagaian.
No comments:
Post a Comment