Salam sejahtera. Kami telah diamanahkan oleh dr untuk menghasilkan satu journal berasaskan "Emosi". PAda saat pertama saya mendengar berita sebegini, otak saya terus menjadi blank, semacam laptop yang terkena kilat. Telinga saya bordering untuk sewaktu masa yang panjang dan tidak dapat mendengar suara-suara di sekelilingku. Kesemua ini merupakan manifestasi emosi terkejut. Selepas dr menyampaikan bahawa journal tersebut perlu berpatah perkataan 1000-1200, saya terdengar satu suara yang kuat daripada hatiku yang lemah, jantung saya berdebar-debar dan saya mula berpeluh walaupun keadaan dalam dewan kuliah tidak panas pun, mata terpejam besar, seluruh badan menjadi kaku. Ini diklasifikasikan oleh saya sebagai kejutan tahap kedua, yang akan berlaku dalam situasi yang benar-benar mengejutkan, sebagai contoh menyampaikan presentation di hadapan kelas, menemui soalan peperiksaan yang langsung tidak dapat jawab dan hamper-hampir terlanggar kereta. Kemudian, saya dilanda emosi yang bernama kecewa(hopeless), sedih dan khuatir. Kesemua ini kerana bertimbun-timbun assignment dan nota lecture telah berlonggok di atas meja, tambahan pula journal ZT ini, hujung minggu ini saya kemungkinan besar tidak dapat melelapkan mataku.
Perasaan, dalam anggapan saya merupakan perkataan yang paling sesuai untuk mengganti kata emosi. Walaubagaimanapun, perasaan merupakan emosi yang telah diprosess oleh minda kita. Dalam kata lain, perasaan bukan segalanya emosi dan merupakan end product bagi emosi. Di sini, saya ingin quote satu theori emosi yang telah dipelajari semasa kuliah: Emosi terdiri dari emosi asas. Menurut Darwin, kesemua emosi wujudnya kerana gabungan emosi asas. Saya agak bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh Darwin. Kita akan mengalami emosi yang berbeza pada waktu yang berbeza walaupun pada hari yang sama. Waktu ini mungkin saya berasa amat gembira tetepi dalam sekelip mata, saya berasa marah. Contohnya, saya terkutip RM20 di atas jalan, saya berasa gembira. Saya membelaja kawan-kawan makan nasi lemak dengan wang yang dikutip, pada waktu itu saya berasa hebat dan besar hati. Malam itu, apabila membuka dompet, baru saya mendapati bahawa RM20 itu rupa-rupanya terjatuh dari dompetku, itu duit aku! Pada waktu itu, saya akan berasa pilu. Balk ke theory Darwin, emosi yang saya alami sekarang adalah gabungan emosi asas: gembira, hebat, besar hati, dan pilu. Tetapi elemen pilu begitu besar sehingga emosi-emosi asas yang lain telah dikanselkan. Emosi resultantnya ialah pilu.
Plutchik's primary emotion theory merupakan theori yang lebih sempurna yang menjadikan theory Darwin sebagai asasnya. Theori ini mengetengahkan 3 bahasa-bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Ketiga-tiga bahasa ini berkaitan rapat sesame lain. Rasa cinta(bahasa subjektif) akan menyebabkan seseorang membeli bunga kepada teman wanitanya(bahasa tingkahlaku), fungsinya, teman wanita ini dapat merasai perasaan temannya terhadap dirinya. Terdapat 8 reaksi adaptif dalam theory ini-takut, meluat, arah, terperanjat, gembira,sedih, terima dan rasa ingin tahu.Saya tidak faham sebab theory ini hanya memasukkan 8 emosi daripada kesemua emosi yang seorang manusia merasai. Sebab yang dapat saya fikir ialah pengetahuan terhadap emosi manusia pada zaman itu masih pada tahap yang agak rendah. Menurut Plutchik, emosi dibahagi kepada 3 dimensi- intensity, similarity dan polarity. Secara ringkas, emosi ibarat spektum warna, di mana setiap emosi adalah salah satu warna dalam spektum tersebut. Setiap warna boleh menunjukkan intensity yang berlainan bergantung pada berapa air yang dicampur ke dalammya. Begitu juga dengan emosi, gembira boleh dikategorikan kepada senang hati, sedikit gembira, besar hati, sangat gembira, amat sangat gembira dan hari yang paling gembira dalam hidupku, miengikut intensitinya. Similariti bermaksud dua atau lebih emosi yang mempunyai karakter yang berdekatan, contohnya: takut dan sedih. Polariti pula merujuk kepada dua emosi yang berada di kekutuban berbeza seperti benci dan suka.
Tomkin's Facial Feedback Theory-Smile makes you happy! Saya kurang setuju dengan theori ini yang mengatakan emosi itu hasilan facial expression. Saya tidak menafikan kebenaran kedua-dua survey yang dijalankan untuk menunjukkan ketepatan theory ini, tetapi apa yang saya mahu menyampaikan: facial expression merupakan salah satu factor yang membawa kepada emosi dan bukan prime factor untuk emosi. Soalan saya, sesorang boleh berasa gembira apabila senyum bersendirian, tetapi adakah dia tidak dapat merasai gembira langsung kalau dia tidak senyum? Pada pendapat saya, emosi membawa kepada facial expression dan bukan sebaliknya. Menurut Izard's Innate facial expression telah meneroka perspektif yang baru berbanding theori-theori sebelumnya, mengatakan bahawa facial expression tidak semestinya mengindikasikan satu emosi, seperti senyuman oleh bayi tidak menunjukkan kegembiraan, malah sesuatu yang diprogramkan.
Mengenali emosi turut membantu kita untuk mengawal emosi sendiri denagan berkesan. Dalam kuliah tersebut, saya telah mempelajari 4 komponen emosi: perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Contohnya, seseorang berasa marah. Dia dapat mengesan dirinya berada dalam keadaan marah. Perubahan fisiologi merangkumi tekanan darah meningkat, suhu badan meningkat, dan minda tidak dapat berfikir dengan rasional. Akibatnya, dia boleh melakukan sesuatu yang boleh mengguriskan hati orang sekeliling, seperti mengeluarkan kata-kata kasar atau memukul orang lain. Emosi agak susah untuk dikawal, tetapi kita boleh mengawal tingkah laku kita. Intervensi boleh dilakukan pada tahap proses kognitif. Menurut pengalaman sendiri, saya akan cuba meminta diri daripada orang yang menjadikan saya marah. Saya cuba mengelakkannya supaya saya tidak melakukan sesuatu yang mengesalkan. Setelah saya cool down, saya akan cuba menganalisis seluruh perkara pada perspektif saya dan dia.
Daripada 3 cara untuk mengenalpasti emosi seseorang, saya berasa kaedeah direct observation merupakan kaedah paling baik. Walaupun ianya merupakan kaedah yang paling susah antara ketiga ini, tetapi ianya boleh biasanya memberi jawapan yang tepat. Pada masa yang sama, ianya tidak memerlukan banyak peralatan seperti dalam kaedah fisiologi. Self report jarang berlaku di sekeliling kita kerana seseorang itu biasa menyembunyikan emosi sendiri pada zaman ini. Terutamanya dalam bidang business, ada satu patah perkataan, emosi itu asset seseorang.
Video yang ditayangkan cukup jelas menunjukkan pelbagai emosi yang dialami oleh seseorang. Video "Korea's Got Talent", memaparkan seorang pemuda Korea yang mempunyai suara yang cukup merdu sehingga menakjubkan semua orang yang hadir. Dia ialah Sung-bong, seorang lelaki tabah yang pernah dijual oleh ibu bapa, dipukul, dihina orang dan tinggal dalam keadaan yang miskin. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah berputus asa dan berusaha untuk meneruskan kehidupan. Saya ingin megetengahkan beberapa imosi yang ditunjukkan oleh watak dalam video tersebut. Pada permulaan video, kelihatan Sung-bong agak nervous, dia menggigit bibir bawahnya apabila berhadapan dengan orang ramai. Pada masa yang sama, pengadil wanita tersebut kelihatan berminat untuk mengetahui lebih tentang dia setalah membaca pengenalan dia. Semua orang terkilan mendengar suara Sung-bong dan sambutan yang hangat merupakan indikasi yang paling jelas. Walaubagaimanapun, Sung-bong tidak pandaimenunjukkan emosinya kepada orang lain. Dia tidak menunjukkan kegembiraan apabila dipuji dan kesedihan apabila mencerita tentang kehidupan dirinya. Ini mungkin disebabkan oleh latar belakang dia membesar sehingga dia tidak pandai menunjukkan dan meluahkan emosinya.
No comments:
Post a Comment