Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal saya selepas menghairi kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang telah disampaikan pada 20 Julai 2011 Rabu)dan 27 Julai 2011 (Rabu) bertempat di Dewan Kuliah 1, Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur. Kuliah tersebut disampaikan oleh Dr. Zamri. Kuliah ini bertajuk "Struktur dan Expressi Emosi".
Pertama sekali ialah definisi "Pengurusan Emosi". Mengikut Wikipedia, Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharminikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
Mengikut Wikipedia, "emosi" adalah perasaan intens yang ditunjukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan kerika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu. Dalam "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Charles Darwin menyatakan bahawa emosi berkembang seiring waktu untuk membantu manusia memecahkan masalah. Emosi sangat berguna kerana is boleh "memotivasi" orang untuk terlibat dalam tindakan penting agar data bertahan hidup. Tindakan-tindakan seperti mengumpul makanan, mencari tempat berlindung, memilih pasanga, menjaga diri terhadap pemangsa, dan memprediksi perilaku. Emosi sangat berpengaruh terhadap tingkah laku manusia lain.
Pada pendapat saya, emosi merupakan perasaan dalaman seseorang yang perlu diurus, dikawal dengan baik dalam kehidupan seharian setiap manusia. Kebanyakan manusiatelah merupakan aspek pengurusan emosi yang begitu penting. Sesetengah orang juga yakin terhadap diri sendiri bahawa emosi berlalu lebih cepat daripada suasana hati. Contohnya, apabila seseornag bersikap kasar ayau buruk, manusia sudah tentu akan berasa marah. Kemarahan tersebut datang dan boleh pergi dalam masa yang singkat, tetapi apabila seseorang dalam suasana hati yang buruk, perasaan yang tidak enak itu akan kekal untuk lebih lama, beberapa jam. Akan tetapi, pada pendapat saya, emosi kita tidak akan berlalu cepat jika kita tidak tahu mengurus atau mengawal ia. Sentiasa berada dalam suasana hati yang baik, ia menbantu kita mengawal emosi kita.
Setalah menghadiri kuliah tersebut, saya belajar sesuatu daripadanya. Daripada kuliah tersebut, emosi adalah satu set interaksi antara factor-faktor subjektif dan objektif, dikawal oleh system saraf dan hormone dalam badan setiap individu yang boleh memberikan pelbagai kesan terhadap seseorang, seperti mengaktifkan pengesuaian psikologi dan lain-lain lagi. Faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang dan juga fakta- fakta benar. Faktor-faktor objektif pula merujuk kepada suasana atau keadaan sesuatu yang boleh mempengaruhi sesuatu kejadian.
Emosi boleh mempengaruhi perasaan seseorang, contohnya ketajutan. Selain itu, ia juga boleh mempengaruhi proses kognitif, iaitu pengenal pastian sumber ketakuatn dan pemikiran tentang cara mengatasi masalah atau ketakuatn tersebut. Tambahan pulla, Ia mempengaruhi psikologi seseorang, sebagai contoh, debaran jantung, pepeluhan dan penafasan.
Terdapat empat komponen-komponen emosi, iaitu perasaan, proses kignitif, perobahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan dalaman. Mengikut Baron dan Logan, 1993, emosi juga tidak dapa dipisahkan daripada motivasi. Mengikut Lang st al, 1992, emosi adalah moticasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emotional. Contohnya, motif pembunuhan adalah untuk medapatkan duit ataupun disebabkan kebencian Kebencian merupakan sesuatu emosi yang begitu menakutkan jikalau tidak dikawal dengan baik. Selain itu, cinta juga akan memotivasikan seseorang unteik terlibat dalam tingkah laku tertentu, contohnya meng'sms', menelefon, member hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong berasaskan emosi, contohnya belajar kuat, makan dan sebagainya.
Terdapat beberapa care mengukur emosi. Pertama sekali ialah 'self-reports', iaitu membuat kenyataan tentang perasaan sendiri secara lisan melalui temuduga, questionnaire, pemantauan sendiri dengan mencatatkan ingkahlaku sendiri dari masa ke masa bagi satu tempoh. Cara ini mudah, senang dan secara langsung. Selain 'self-reports', pemerhatian secara langsung dan pengukuaran fisiologi. Pengukuran fisiologi, iaitu dengan mengukur pelbagai perubahan keadaan kesihatan seseorang yang boleh mencerminkan kefungsian system automatic, system rangka tulang, dan system pusat saraf. Selain itu, keadaan psikologi juga boleh diperhatian atau dimantau kerana ia menunjukkan denyutan jantung, tekanan darah, ketegangan otot, kadar pernafasan, aktivit-aktiviti elektrik otak, dan sebagainya.
Terdapat empat theory tentang struktur dan expresi emosi, iaitu 'Darwin's basic theory of evolution', 'Plutchik's primary emotion theory', 'Tomkin's Facial Feedback Theory' dan 'Izard's universal facial expression'. Terdapat juga tiga pendalaman emosi , iaitu theori berorientasikan psikologi ( contohnya: James-Lange Theory, Cannon-Brad Theory ), Theori kognitif ( contohnya: Schachter's cohnitive theory, misattribution, Transfer of excitation, cognitive appraisal), dan theory analisis psikologi.
Mengikut Darwin's basic TOE, emosi terdiri daripada asas, iaitu emosi utama. Emosi utama ini adalah cirri-ciri dalaman yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan utama ( Kokoszka, 1993 ).Dalam bukunya, 'The Expression of Emotions in Mans and Animals", expresi wajah melambangkan emosi kerana muka adalah bahagian yang senang, bukannya organ lain. Terdapt 16 soalan tentang emosi kepada 3 nbangsa yanf berbeza dan didapati jawapan adalah sama.
Kebanyakan theorists ( contohnya Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll dan Paul Ekman) menyatakan bahawa emosi primary menerbitkan emosi-emosi lain. Emosi primary merupakan emosi yang bersifat adaptif. Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi ataupun gabungan antara emosi-emosi promari (Rolls, 1990).
Terdapat 3 komponen dalam Plutchik's Primary Emotion Theory, iaitu 'language of emotion', 'basic adaptive reaction',dan 'dimension of emotion'. Mengikut Plutchik's language of emotion, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku, dan bahasa fungsian. Contohnya, ketakutan (bahasa subjektif) menyebabkan seseorang melarikan diri (bahasa tingkahlaku), dan bertindak untuk mempertahankan diri ( bahasa fungsian). Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi, contohnya takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan sesulan dari emosi yang telah dirangsangkan. Contohnya melompat kegirangan, senyum apabila gembira atau mengalirkan airmate apabila sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya berani memberinya keyakinan dan sedih melambangkan akrabnya persahabatan. Terdapat 8 tindak balas penyesuian, iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima, dan rasa ingin tahu. Antara emosi bertentangan yang utama alah terima dan meluat, takut dan marah, gembira dan sedih, serta terperanjat dan terima. Mengikut Plutchik, dimensi emosi adalah 'intensity', 'similarity', dan 'polarity'. 'Intensity" merujuk kepada darjah kekuatan emosi, contohnya dari bahagia kepada gembira. 'Similarity' merujuk kepada hubungan atau perkaitan, contohnya takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. 'Polarity' merujuk kepada kekutuban, contohnya benci lawannya suka.
Donald Fromme & Clayton O'Brien (1982 mencadangkan Kitaran Emosi) sebagai alternative kepada teori Plutchik.
Mengikut Izard's Innate facial expression, Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Daripada analisis terhadap gambar muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) yang digunakan dalam kajian-kajian (Ekman , 1971, di Borneo & New Guinea), wajah gembira (95-100%) lebih dominant dikenalpasti dari wajah takut (54-85%).
Kesimpulannya, semua emosi telah dipelajari. Proses kognitif berbeza dalam setiap individu. Emosi adalah sesuatu yang semula jadi, expresi emosi dan pengaktifiannya dipengaruhi oleh pembelajaran dan emosi.
No comments:
Post a Comment