Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua. Syukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan ini disamping menambah pengetahuan dan menajamkan lagi kefahaman yang telah dipelajari. Mengikut kamus dewan pengurusan bermaksud menguruskan atau menyelenggarakan sesuatu dengan teratur, manakala emosi bermaksud perasaan
Pengenalan kepada emosi yang akan saya kongsikan disini setelah mendapat penjelasan dalam kursus pengurusan emosi yang telah disampaikan. Emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan ianya merupakan emosi yang berlaku secara naluri bergantung kepada situasi dan keadaan sekeliling. Emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan). Menggambarkan perasaan yang kuat akan sesuatu yang sangat menyenangkan atau sangat mengganggu. Contohnya perasaan gembira, marah, sedih, takut, bimbang dan kecewa serta lain-lain lagi dimana perasaan yang dirasai oleh seseorang mampu membangkitkan kepelbagaian emosi. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan ini dijelaskan oleh Baron & Logan, 1993. Walaubagaimanapun, agak pelik apabila motivasi boleh dikaitkan dengan emosi. Namun begitu, emosi dilihat sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan menjadi penyebab kepada berlakunya perasaan emosional dan seseorang itu mampu menjadi seorang yang emotional (Lang et al, 1992).
Pada fahaman saya, emosi seseorang itu dapat mempengaruhi sesuatu yang dilakukan. Sebagai contoh Ranjit merasa gembira (perasaan) setelah Berjaya melanjutkan pelajarannya ke luar Negara dan dia telah menangis menandakan kegembiraan (tingkah laku) yang teramat kerana impiannya sudah tercapai. Kleinginna & Kleinginna (1981) mendefinisikan emosi sebagai satu set kompleks interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif, diantara sistem saraf hormon, yang juga dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi, berdasarkan fakta-fakta sebenar yang menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan gembira atau tidak berpuas hati. Ia juga menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan penilaian, proses pelabelan, dapat mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat yang membangunkan dan membawa kepada tingkah laku yang aktif.
Emosi ini juga terdiri daripada empat komponen. Pertama ialah menyatakan perasaan iaitu memberitahu hasrat yang sebenar, Afektif (perasaan), Kognitif (proses kognitif), Fisiologi ( perubahan) dan Behaviour (tingkah laku). Walaubagaimanapun ramai yang tidak mengetahui akan semua komponen-komponen tersebut, sedangkan ia berkait rapat dengan kehidupan seharian yang kita lakukan. Hal ini demikian kerana emosi seseorang itu lebih luas maknanya daripada perasaan. Sebagai contoh adik saya merupakan pelajar sekolah menengah yang mengiginkan (afektif) note book sendiri. Dia memberitahu ibubapa kami tentang hasratnya itu, tetapi tidak diizinkan untuk membelinya. Dia menangis (behaviour). Beberapa hari selepas kejadian tersebut dia terfikir (kognitif) dan membuat keputusan untuk bekerja dan mengumpul duit tanpa pengetahuan kami sekeluarga. Akibatnya dia sering pulang lewat (fisiologi) dari sekolah. Dia bekerja(behaviour) sehinggakan berjaya mengumpul duit simpanan dan mampu memiliki note booknya sendiri. Pada akhirnya dia menceritakan segalanya(behaviour). Begitulah contoh-contoh komponen yang dapat saya kongsikan melalui cerita tersebut. Jelaslah bahawa komponen-komponen emosi juga sering berlaku dalam menjalankan rutin seharian kita.
Emosi penting untuk kelansungan hidup di mana ia memberi isyarat (alert) apabila sesuatu keperluan manusia tidak dipenuhi. Contohnya apabila kesunyian keperluan untuk berhubung dengan orang lain tidak dipenuhi. Apabila merasa takut, keperluan untuk keselamatan tidak dipenuhi an apabila kita diketepikan (rejected) keperluan diterima tidak dipenuhi. Membuat keputusan juga merupakan salah satu kepentingan emosi kerana ia merupakan punca maklumat yang berharga. Kajian telah membuktikan bahawa manusia tidak boleh membuat keputusan yang tepat apabila emosi seseorang itu terganggu. Di samping itu,emosi juga penting dalam meramal tingkahlaku seseorang atau orang lain. Sebagai contoh ketika kita gembira kita atau orang lain akan senyum, ketawa, melompat, tepuk tangan dan sebagainya. Apabila emosi kita sedih, kita akan menangis, merajuk, dan ada kalanya membawa diri. Emosi takut pula menyebabkan seseorang itu menggigil, berdebar-debar, menyembunyikan diri atau mencari tempat perlindungan. Seseorang akan bertindak ganas, mengamuk, apabila seseorang berada dalam emosi marah. Emosi juga merupakan elemen penting dalam menentukan batasan kehidupan seseorang. Apabila rasa tidak selesa dengan perlakuan seseorang, emosi akan memberi kita isyarat. Jika percaya dengan emosi & yakin dapat menyatakan perasaan maklumkan apa kita rasa / tidak selesa sebaik wujud rasa tidak selesa. Tindakan ini membantu kita menetapkan batasan untuk menjaga kesejahteraan / kesihatan fizikal / mental.Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekspresi wajah dapat menyampaikan maklumat tentang apa yang kita rasa pada waktu itu seperti ketika berkeadaan sedih, tersinggung atau perlukan pertolongan. Sekiranya kita berupaya membaca gerak tubuh atau isyarat seseorang, kita juga boleh membantu, menunjukkan empati, menyebabkan mereka rasa difahami / penting atau diambil berat.
Di samping itu juga, saya telah difahamkan lagi dengan beberapa teori yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Teori pertama ialah Darwin's basic theory yang mana terdiri dari emosi asas. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Ini kerana ekspresi wajah lebih senang diketahui berbanding dengan yang lain. Teori kedua ialah Plutchik's language of emotion yang mana teori ini digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza. Bahasa yang pertama ialah bahasa subjektif iaitu bahasa biasa yang kita rasai, bahasa emosi seperti marah, gembira, kecewa, dan sedih. Seterusnya, bahasa tingkah laku, bahasa tingkah laku ini bahasa seperti perbuatan yang dilakukan, Teori yang ketiga ialah Tomkin's Facial Feedback Theory. Bagi Tomkins, beliau lebih banyak mengolah tentang riak wajah orang yang beremosi. Namun pada pendapat saya, teori Tomkin mempunyai kebenaran yang tersendiri. Bagi beliau, seseorang tersebut tidak semestinya akan melahirkan emosi ataupun perasaan sebenar yang dirasai. Teori Izard pula menyentuh tentang asal usul riak wajah berdasarkan emosi. Menurut Scherer & Wallbott (1994) yang meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua, mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Cuma yang menjadikan setiap emosi manusia itu berbeza adalah cara emosi itu dialami dan dikawal.
Sebagai kesimpulannya, emosi merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian. Pengurusan emosi menjadi salah satu teknik yang amat penting dan harus diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian. Pengurusan emosi perlulah dititikberatkan dan jika kita tidak mengetahui cara mengurus emosi kita, kita mungkin akan menjalankan kerja secara tidak rasional. Dengan pengetahuan dan penjelasan yang telah diberikan, saya telah mengetahui beberapa teori dan konsep tentang pengurusan emosi. Saya juga akan mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari dalam kehidupan harian saya agar saya dapat menguruskan emosi saya secara bijaksana dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment