Sunday, July 31, 2011

A131699 KIRUBANANTHINI JEYAKUMAR LJ01

KIRUBANANTHINI JEYAKUMAR
A131699
 
MENGENALI EMOSI
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian. Pada 27 julai saya telah menghadiri kuliah pertama bagi Pengurusan Emosi,ZZZT2253, dan telah mempelajari banyak dari sesi ini mengenai apakah itu sebenarnya emosi dan bagaimana cara untuk mengurus emosi kita. Saya ingin mengambil kesempatan  ini untuk mengatakan bahawa sistem kuliah yang dikendalikan oleh Dr.Zamri merupakan satu cara yang bagus kerana pada mulanya beliau telah menayangkan satu video Korea iaitu "Emotional Theory Of Talented Theory" kemudian beliau telah memberikan feedback mengenai tayangan tersebut dan selepas itu baru beliau memulakan kuliah.  Kuliah pertama yang telah disampaikan pleh Dr. Zamri merupakan gabungan dua topik iaitu " Pengenalan kepada Pengurusan Emosi" dan yang kedua ialah "Struktur dan Eksperasi Emosi".Pada pendapat saya,segala -gala yang saya tahu mengenai emosi ialah pelbagai perasan yang kita menunjukkan dari segi luaran dan dalaman.Setelah menghadiri kuliah tersebut,saya telah meninggalkan dewan kuliah dengan penuh info baharu mengenai emosi.
              Pertama sekali,video yang telah ditayangkan telah memberikan banyak inspirasi kepada saya. Video ini menceritakan tentang kejayaan Sung Bung dan cara beliau mengawal emosinya.Pada mulanya Sung Bung tidak berkeyakinan pada dirinya berada di pentas,namun selepas beliau mula menyanyi dan menerima sokongan, beliau menenangkan emosinya dan telah melakukan persembhan yang cukup menawan hati. Apa yang kita patut mengkagumi ialah beliau berjaya mengusik hati juri-juri dan para penonton dengan suara merdunya.Walaupun saya tidak berapa faham tetapi ketika saya menonton video tersebut,saya sungguh terharu dengan Sung Bung. Setelah habis persembahannya beliau mendapat peluang untuk memberi sepatah dua kata di mana beliau mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai keluarga dan mempunyai keinginan untuk menyanyi selepas mendengar lagu-lagu dari luar kelab malam. Beliau berusaha untuk mendapatkan peluang ini untuk mengeluarkan bakat yang selama ini berada di dalamnya.Daripada video ini,terdapat suatu mesej yang harus setiapm orang petik dan mengaplikasikan dalam dirinya.
                Adakah emosi itu sekadar menunjukkan perasaan kita iaitu perasaan sayang,gembira,sedih,sakit dan sebagainya?  Daripada kuliah tersebut saya mendapat peluang untuk mengetahui definisi sebenar emosi yang secara rumusannya merupakan satu perasaan jiwa yang kuat yang seperti gembira,marah,sedih dan sebagainya. Menurut Kleinginna( 1998) emosi ialah satu interaksi yang kompleks yang merangkumi interaksi di antara faktor objektif faktor subjektif dengan pengaruh sistem hormon dan saraf di badan kita di mana faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan individu ataupun fakta..Terdapat empat komponen dalam emosi iaitu perasaan( feelings), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi(  physiological adjustments) dan tingkah laku( behavioral).
Daripada bacaan sayadefinisi emosi adalah pelbagai:
Pengertian Emosi
Definisi emosi dirumuskan secara bervariasi oleh para psikolog, dengan orientasi teoritis yang berbeda-beda, antara lain sebagai berikut :
William James (dalam DR. Nyayu Khodijah) mendefinisikan emosi sebagai keadaan budi rohani yang menampakkan dirinya dengan suatu perubahan yang jelas pada tubuh.
Goleman, 1999 (dalam DR. Nyayu Khodijah) mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak..
Kleinginna & Kleinginna (dalam DR. Nyayu Khodijah) mencatat ada 92 definisi yang berbeda tentang emosi., Namun disepakati bahwa keadaan emosional adalah suatu reaksi kompleks yang melibatkan kegiatan dan perubahan yang mendalam serta dibarengi dengan perasaan yang kuat.
             Oleh itu sekiranya kita melihat maksud emosi dari segi aspek ini,emosi lebih luas maknanya daripada motivasi .Motivasi iaitu (inspiration) adalah satu jenis dorongan daripada seseorang dan menurut Baron & Logan,1993 emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan.Di samping itu, menurut Lang et. Al pula, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku & motif boleh menjadi emosional .Sebagai contoh jika kita mengkaitkan situasi ini dengan perasaan cinta,cinta dapat memotivasikan seseorang itu untuk melakukan berbagai-bagai terhadap pasangannya.Fakta yang dinyatakan oleh Baron & Logan dan Lang et. Al adalah sangat betul kerana sebagai seorang pelajar perubatan terdapat banyak kali saya ditengelami dengan perasaan ketakutan sama ada saya masih boleh meneruskan apa yang saya melakukan itu dan akhirnya sokongan dan dorongan iaitu motivasi yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan rakan-rakan menjadi tangga kejayaan saya sehinnga ini.Walaupun emosi merupakan sesuatu yang abstrak dan mujarad,perubahan fisiologi seseorang dapat diukur iaitu dari segi heart rate dan blood pressure.Tahap emosi turut dapat diukur dengan pentafsiran prestasi jasmaniah yang memberitahu kita tentang fungsi badan. Malah, suspek -suspek tertuduh dapat dikenalpasti  sama ada mereka terlibat dalam kes jenayah ataupun sebaliknya melalui kaedah seperti soal selidik dan pemantauan.
              Seterusnya, dalam kuliah kedua iaitu 'Stuktur Asasi Emosi',kita telah didedahkan dengan beberapa teori dalam struktur dan eksperasi emosi. Pertama sekali terdapat dua teori utama iaitu "Darwin's basic Theory of Emotion dan Plutchik's Primary Emotion of Theory.Dalam teorinya Darwin mengatakan dahawa emosi terdiri daripada Primary Emotion. Berdasarkan Kokoszka,1993,emosi primari ini ialah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta dieksperasikan dalam bentuk yang seragam dalam semua bangsa dan budaya.Di samping itu,dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals",beliau juga menyatakan bahawa eksperasi wajah melambangkan emosi.Manakala Plutchik's Primary Emotion of Theory merangkumi tiga aspek iaitu Language of Emotions,Basic Adaptive Reactions dan Dimensions of Emotions.Malah Plutchik's juga telah menggambarkan emosi dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif,bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.Berdasarkan Plutchik's terdapat tiga dimensi utama bagi emosi iaitu intensity,polarity dan similarity.Kemudian, Donald Fromme & Clayton O'Brien (1982) mencadangkan Kitaran Emosi( Emotion Circle) yang merangkumi empat dimensi utama iaitu dominance-submission,approach-avoidance,pleasure-pain dan parasympathetic arousal-sympathetic arousal.  sebagai alternatif kepada teori Plutchik.
      Apakah yang sebenarnya melahirkan perasaan dalam kita? Sebenarnya, simulasi merupakan faktor emosi seseorang itu.Sebagai contoh,apabila kawan kita melakukan jenaka dan hal ini menyebabkan kita melemparkan senyuman atau ketawa.
             Di samping itu,Tomkin disokong oleh Ursula Hess dan rakannya yang melaksanakan kajian menunjukkan korelasi di antara emosi dan wajah.Mereka berjaya membuktikan bahawa seseorang menunjukkan emosi dengan kewujudan eksperasi muka dalam satu masa yang singkat.Walaubagaimanapun, theori Tomkin masih tidak boleh diterima sepenuhnya kerana theorinya tidak merangkumi keupayaan manusia untuk menyumbinyikan eksperasi mukannya seperti keadaan berpura-pura.Selain itu, Izard's Innate facial expression memperlihatkan emosi manusia sebagai sesuatu yang lahir dengan semula jadi dan juga pengalaman emosi tidak dapat dipelajari sama sekali.Dalam "Born to Smile Studies",menyatakan bahawa seseorang bayi akan berasa terkejut dan marah pada umur 3 atau 4 bulan manakal takut dan malu pada bulan 5 atau 6,mencapai kepuasan pada tahun satu serta rasa bersalah pada umur keduanya.Tetapi theori ini tidak mendapat sokongan dalam kalangan lain kerana pada pendapat mereka bayi tidak tahu mengawal emosi.
            Secara kesimpulannya,emosi merupakan satu anugerah Tuhan yang sungguh unik yang patut kita hargai dalam hidup. Kita seharusnya bersyukur kerana dapat mengaplikasikan semua emosi dalam kehidupan kita.Oleh itu, seseorang itu tidak seharusnya menyalahgunakan emosi  untuk kepentingan diri sendiri yang akhirnya menimbulkan masalah dan keburukkan pada diri sendiri.
Sekian terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment