A131248
MOHAMAD NORAZRIN BIN MOHD ABAS
EMOSI DAN KEHIDUPAN
Assalamualikum dan Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kita yang amat dikasihi, Dr. Zamri dan rakan-rakan seperjuangan. Saya ,Mohamad Norazrin bin Mohd Abas berasa sungguh bersyukur kerana pada semester satu ini kita pelajar perubatan tahun dua berpeluang untuk belajar dan memahami subjek Pengurusan Emosi yang begitu penting dan bermanfaat sekali dimana kite boleh mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang pelajar perubatan yang akan menjadi seorang pegawai perubatan pada masa depan, kami perlulah menguasai pengurusan emosi supaya dapat menangani pelbagai masalah kerja atau pesakit yang akan dihadapi. Walaupun penulisan jurnal bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya bersetuju bahawa inilah cara yang terbaik untuk mengulang kaji dan menyusun semula ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa kuliah yamg menyeronokkan. Cara pengajaran Dr. Zamri yang menarik dan berkesan, seperti penggunaan video yang mengharukan sebagai bahan pengajaran telah membangkitkan minat dan semangat saya terhadap subjek ini. Oleh itu, saya ingin membuat satu rumusan tentang apa yang telah saya pelajari dan memahami mengenai kuliah yang telah dihadir pada hari rabu iaitu 27 Julai 2011 yang lalu.
Seperti yang telah diceritakan di atas, kuliah kami dimulakan oleh dr.zamri dengan tayangan video yang begitu menarik dan menyentuh hati sekali iaitu "Emotional Theory of Talented Korean", Video ini menceritakan tentang bagaimana kejayaan seorang lelaki yang bernama Sung-bong dan kisah hidupnya sungguh menyayat hati, menerusi video itu saya dapat menyaksikan bagaimana pengalaman beliau mengawal bukan sahaja emosi sendiri tetapi juga emosi orang lain, iaitu juri-juri dan para penonton sehinggakan ada yang menangis. Beliau sebenarnya agak tidak berkeyakinan dan gementar sama ada pertunjukannya akan memdapat sambutan yang daripada semua pihak. Tetapi apabila berdiri di atas pentas, beliau menenangkan emosi sendiri dengan menumpukan perhatian dan menikmati pertunjukan sendiri. Beliau tidak dipengaruhi oleh perasaan simpati orang lain terhadap pengalaman hidupnya yang susah, sebaliknya mengusik hati mereka dengan nyanyian yang begitu merdu sekali. Hal ini telah memberi inspirasi yang besar kepada saya untuk memajukan diri sendiri dengan percubaan untuk mengawal dan menguruskan emosi dengan sempurna. Pada malam selepas kuliah pada hari Rabu, saya cuba mempraktikkan apa yang saya belajar dari syarahan dengan cubamengurangkan tekanan belajar dengan sambil mendengar muzik lembut seperti beethoven sambil belajar, dan ia terbukti berkesan,saya dapat menumpukan perhatian seratus peratus pada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari disambil mengelakkan diri daripada tekanan memikirkan peperiksaan yang akan dihadapi semakin hampir. Kesanya, saya mendapati bahawa sekarang saya dapat belajar dengan lebih berkesan dan lancar.
Menurut Lang et al (1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Hal ini ditekan sekali lagi apabila Baron dan Logan (1993) mengata bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi .Saya amat bersependapat dengan fakta ini kerana hal ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran saya dalam bidang perubatan ini. Sifat ingin tahu telah mendorong saya untuk mencari jawapan apabila menghadapi sesuatu yang sukar difahami. Selain itu, perasaan takut dan kecewa untuk mendapat keputusan yang tidak memuaskan pula menjadi satu motivasi kepada saya untuk sentiasa berusaha tanpa mengira penat lelah disamping turut berusaha untuk tidak terpengaruh oleh godaan-godaan lain seperti membazirkan masa dalam menonton wayang,melepak,bermain permainan komputer dan bersiar-siar. Ketiga ialah perasaan gembira semasa saya memperoleh keputusan yang cemerlang pula sentiasa menjadi motivasi kepada saya untuk mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan.keempat ialah perasaan marah,contohnya apabila saya marah apabila terdapat pertelingkahan dalam sesuatu perbincangan yang akan membuatkan saya tidak mengulanginya lagi.terakhir sekali ialah perasaan cemburu semasa saya melihat kawan-kawan saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan membuatkan saya lebih berkobar-kobar dalam menuntut pelajaran untuk mencapai keputusan yang sama atau melebihi mereka. Walaupun demikian, dalam sesuatu situasi sahaja emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong(motivator) adalah berasaskan kepada emosi. Emosi boleh dibahagi kepada dua struktur penting, yang pertama adalah secara lisan dimana seseorang itu menceritakan perasaan yang dialaminya dengan sendiri. Kedua adalah melalui pengkajian secara terus dengan membuat penilaian dengan menggunakan ukuran fisiologi. Beberapa teori yang dicipta oleh Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard juga telah menjelaskan dengan jelas struktur dan eksperasi emosi. Di samping itu, Teori Fisiologi, Teori Kognitif dan Teori Fisioanalisis pula menjelaskan terdapat perbezaan eksperasi emosi.
Di samping itu, saya juga telah mempelajari tentang pelbagai interaksi pergerakan oleh otot muka dan emosi. Teori ini mendedahkan terdapat perhubungan diantara perbuatan oleh otot muka dengan emosi. Menurut Zajonc's hipotesis, perubahan otot muka dapat menghasilkan ekspresi yang spesifik secara ringkasnya, emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Salah satu penyelidikan yang telah dilakukan telahitu menunjukan cara pengerakan otot muka memberi emosi yang menyenangkan kepada otak kita. Berdasarkan penyelidikan itu, pengerakan otot muka akan menyekat beberapa saluran darah dalam otot muka. Secara tidak langsung, perkara ini dapat menyejukkan otak kita apabila terdapat sekatan darah di muka kita lalu ia akan memberi emosi yang menyenangkan. Contohnya, apabila gembira seseorang itu akan tersenyum dengan sendiri dan melihat senyuman menjadikan dia turut gembira dan tenang. Contoh lain ialah apabila seseorang itu marah kita akan melihat mukanya akan menjadi merah kerana lebih banyak darah disekat di bahagian muka seperti yang telah diceritakan dan keningya berkerut akan menyebabkan kita turut berasa takut untuk mendekati dia. Seterusnya ialah teori ekspresi wajah semula jadi daripada Izard. Teori ini manyatakan ekspresi wajah semula jadi adalah sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir dan bukannya dipelajari. Akhir sekali adalah berkaitan dengan learning and experience theory. Teori ini adalah tentang pengalaman dan pembelajaran yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan emosi kami. Sebagai contoh, kalau kami dikejar oleh anjing gila, kami mungkin akan takut bukan sahaja anjing tetapi juga sesuatu yang menyerupai anjing tersebut contohnya seperti anak patung anjing yang comel atau biskut berbentuk anjing.
Natijahnya, emosi merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pengurusan emosi juga adalah sesuatu yang amat penting bagi kita manusia terutamanya bagi kami yang bakal menjadi pegawai perubatan pada masa hadapan. Kita perlulah menjaga emosi diri dengan baik dan disiplin supaya kita boleh menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling dan membantu orang lain yang mengalami masalah emosi. Saya berasa amat gembira dan bertuah kerana dapat memperoleh bukan sahaja banyak ilmu pengetahuan yang berguna tetapi bagaimana untuk mengaitkan pelbagai emosi saya dengan pengalaman yang telah saya tempuhi sepanjang kehidupan melalui kuliah ini. Saya berharap saya dapat memahami dan menghafal apa yang telah disampaikan dan diajar mealui kuliah pada hari rabu yang lepas dan dapat mengaplikasikan teori-teori ini dalam kehidupan harian saya kerana sesunguhnya kita tidak boleh lari emosi kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita sebagai manusia.Sekian.
No comments:
Post a Comment