From: ktchu91@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A131585 Chu Pei Shan
Date: Sun, 31 Jul 2011 11:23:00 +0800
From: ktchu91@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A131585 Chu Pei Shan
Date: Sun, 31 Jul 2011 11:00:18 +0800
Salam sejahtera saya ucapkan. Ini merupakan kali pertama saya menulis jurnal bagi Pengurusan Emosi (ZT2253) . Pada hari Rabu yang lepas iaitu 13/7/2011, kami pelajar Falkuti Perubatan tahun 2 telah menghadiri kuliah pertama Pengurusan Emosi dan sesi pengenalan telah dijalani pada hari tersebut. Pada hari Rabu yang seterusnya iaitu pada 20/7/2011, kami pun telah menghadiri kuliah yang kedua dengan tajuk struktur emosi dan pengurusan emosi.
Dalam kuliah kedua yang mengenai tajuk struktur emosi and pengurusan emosi, Doktor telah memperkenalkan pengenalan tentang emosi dan struktur asas emosi. Mengikut definasi Kleinginna dan Kleinginna, Emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural/hormonal systems, which can (a) give rise to affective experiences such as feelings of arousal, pleasure/displeasure; (b) generate cognitive processes such as emotionally relevant perceptual effects, appraisals, labeling processes; (c) activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions; and (d) lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal-directed, and adaptive. Mengikut definasi dari Wikipedia, emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan kerika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu. Pada pendapat saya, emosi adalah naluri semula jadi yang terdapat pada semua kehidupan bukan sahaja manusia kerana kehidupan yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai kebolehan untuk menunjukkan emosi atau perasaan mereka. Sebagai contoh, binatang yang jinak pun boleh menjadi ganas apabila keselamatan mereka tergugut. Walaupun tumbuh-tumbuhan tidak dapat mengeluarkan emosi mereka dengan jelas sedangkan tumbuh-tumbuhan tidak mempunyai ciri-ciri yang seperti terdapat pada binatang dan manusia, namun kita boleh memerhati "emosi" tumbuh-tumbuhan dalam proses pertumbuahan. Sebagai contoh, apabila tumbuh-tumbuhan diletakkan dalam persekitaran yang tidak mendorong pertumbuhan, ini menyebabkan tumbuh-tumbuhan mengurangkan penghasilan buah atau mengurangkan reproduksi mereka untuk memaksimakan nutrien yang ada untuk pertumbuhan diri. Pada pendapat saya, emosi memanglah tidak dipisahkan dalam kehidupan seharian kita.
Kami juga membelajari hubungkait antara emosi dan motivasi. Kedua-dua perkara ini tidak dapat dipisahkan sedangkan emosi kami selalunya berkaitan dengan motivasi atau tujuan kita. Sebagai contoh, apabila kita ingin meluahkan perasaan gembira (motivasi), kita akan menunjukkan emosi dengan muka yang senyum dan gembira. Kita juga mungkin akan ketawa atau gelak. Selain itu, seperti contoh yang diberi dalam nota kuliah iaitu motih pembunuhan, pembunuh selalunya mempunyai muka yang garang dengan tiada sebarang senyuman disebabkan kebencian (emosi) dan ini mendorong mereka melakukan sesuatu yang ganas seperti membunuh (motivasi). Pada pendapat saya, kajian psikologi ini amatlah penting terutamanya pihak polis untuk menggunakan informasi ini untuk mencari suspek yang tepat. Sebagai contoh, sekolah polis di Hong Kong telah melibatkan subjek psikologi tentang kajian emosi manusia dalam proses pembelajaran mereka. Mereka telah membelajari sifat-sifat yang mungkin timbul pada emosi persalah dalam keadaan tertentu dan ini amat berguna untuk dijadikan sebagai salah satu sumber untuk mereka menentukan persalah yang tepat. Pada pendapat saya, walaupun kita boleh memerhatikan emosi seseorang untuk meneka motivasi orang tersebut, namau seperti yang dinyatakan dalam peribahasa Inggeris "Don't judge a book by its cover", kita tidak patut buruk sangka terhadap sesuatu perkara atau seseorang dengan hanya mengenalpasti dari aspek emosi. Terdapat banyak lagi aspek yang perlu diambil kira bagi mendapat kebenaran yang tepat.
Kami juga membelajari cara untuk memerhati atau mengukur emosi seseorang. Sebagai contoh, kita boleh memerhati tingkah laku seseorang dalam satu jangka masa yang panjang untuk bagi kita memahami lebih dalam tentang emosinya. Selain itu, kita juga boleh mengukur emosi dari segi fisiologi. Sebagai contoh, kita boleh megukur tekanan darah seseorang untuk menentukan emosi yang sebenar dalam seseorang. Kita pecaya bahawa emosi atau psikologi seseorang dapat menjejaskan fisiologinya kerana emosi dapat menjejaskan tahap hormon dalam badan. Sebagai contoh, apabila seseorang marah, badan dia akan mengeluarkan lebih banyak hormone seperti adrenalin dan hormon ini akan menyebabkan pengecilan lumen saluran darah dan ini menyebabkan peningkatan takanan darah.
Dalam struktur asas emosi, kami juga tersentuh tentang Darwin's Basic Theory of emotion yang tercatat ayat seperti Darwin's basic message was that emotion expressions are evolved and (at least at some point in the past) adaptive. For Darwin, emotion expressions not only originated as part of an emotion process that protected the organism or prepared it for action but also had an important communicative function. Darwin bukan sahaja menegaskan ciri-ciri emosi tetapi kepentingan emosi dalam kehidupan. Pada pendapat saya, emosi penting dalam kelangsungan hidup kerana emosi memberi panduan atau isyarat kepada kita apabila keperluan sebagai manusia biasa tidak dipatuhi. Sebagai contoh, apabila kita berasa sunyi, kita akan cuba mendapat teman atau berhubung dengan orang lain. Kita juga akan cuba meluahkan perasaan kita untuk mendapatkan sokongan atau persefahaman daripada orang lain. Selain itu, emosi juga membolehkan kita membuat keputusna yang betul kerana emosi boleh menjadi sesuatu sumber atau panduan yang berharga. Kajian menunjukkan bahawa apabila system hubungan emosi dalam otak terjejas, manusia tidak dapat membuat keputusan atau meluahkan pendapat kerana ia tidak tahu bagaimana ia akan rasa pilihannya. Emosi juga penting kerana ia membolehkan kita menetukan batasan. Sebagai contoh, apabila seseorang tidak selesa akan perlakuan kita, seseorang tersebut akan memberi isyarat kepada kita dengan menunjukkan emosi mereka serta-merta. Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati akan perlakuan kita dan seterusnya membolehkan kita menetapkan batasan untuk menjaga kesejahteraan.
Sedangkan emosi ialah naluri semula jadi alam, maksudnya semua manusia mangalami pelbagai emosi yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita tidak kira samaada kita ingin merasainya atau tidak. Oleh itu, walaupun kita sebagai manusia tidak mampu untuk mengelakkan emosi terjadi, namun kita boleh sentiasa menguruskan emosi kita. Pengurusan emosi bukan bermakna manafikan kewujudannya tetapi kita mencari jalan atau cara yang lebih sihat untuk mengawalnya. Pada pendapat saya, ini merupakan objektif pihak universiti melibatkan pelajar untuk mengikut mata pelajaran ini kerana saya menyedari bahawa sebagai seorang pelajar, membelajari cara yang betul untuk menguruskan emosi kami adalah penting kerana ia akan membantu kami menghadapi tekanan atau stress yang kami hadapi sepanjang pembelajaran kami. Sekiranya kami dapat meguruskan emosi kami dengan baik, saya yakin peluang untuk mencapai kerjayaan dalam akedemik adalah lebih tinggi kerana kami boleh belajar dengan hati yang aman. Selain itu, kemahiran ini amatlah berguna apabila kami berkhidmat kepada masyarakat pada masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment