----- Forwarded Message -----
From: Nadia Opie <nadiaopie_91@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>; "tugasan2253@gmail.com" <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Sunday, July 31, 2011 12:39 PM
Subject: A131744 AISYATUL NADIAH BT. MOKHTAR ALFAKARI LJ01- STRUKTUR DAN EKSPRESI EMOSI
From: Nadia Opie <nadiaopie_91@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>; "tugasan2253@gmail.com" <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Sunday, July 31, 2011 12:39 PM
Subject: A131744 AISYATUL NADIAH BT. MOKHTAR ALFAKARI LJ01- STRUKTUR DAN EKSPRESI EMOSI
A131744 AISYATUL NADIAH BT. MOKHTAR ALFAKARI LJ01- STRUKTUR DAN EKSPRESI EMOSI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi saya menulis sebuah jurnal. Pada 27 hari bulan Julai yang lalu, para pelajar Tahun 2 Semester 3 telah memulakan kuliah pertama bagi kursus ZT2253 yang bertemakan Pengurusan Emosi. Tajuk kuliah tersebut ialah Struktur dan Ekspresi Emosi. Pada saya, apabila disebut tentang perkataan emosi yang terlintas dalam fikiran ini ialah satu perasaan yang tidak dapat kita terjemahkan dengan perkataan di mana sekiranya ditanya oleh seseorang apakah secara teliti ataupun yang dimaksudkan dengan emosi akan saya tafsirkan sebagai satu ekspresi seperti marah. Jarang apabila disebutkan perkataan emosi, kita kaitkan dengan perkataan gembira, senyum, terkejut dan lain-lain. Hal ini disebabkan kurangnya pendedahan atau pemahaman tentang apa itu emosi secara jelas. Contohnya saya akan mengatakan kepada rakan saya seperti,' Hari ini A emo la. ' Emo di sini didefinisikan sebagai perasaan marah atau mood kurang baik.(Emo=Emosi). Oleh itu, dapat saya katakan pentingnya setiap individu dalam masyarakat untuk mengetahui apa itu emosi kerana perananya amat penting dalam pengurusan kehidupan.
Dalam jurusan yang saya ambil di UKM iaitu doktor perubatan, hampir kesemua pensyarah menekankan pentingnya bagi setiap pelajar yang bakal menjadi seorang doktor menguruskan emosinya dalam kerjaya tersebut bagi menghadapi pelbagai ragam pesakit. Oleh itu, bagi saya pembelajaran kursus ZT ini amat tepat sekali diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Pertama sekali apa itu emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif, dihubung pula oleh sistem saraf hormon, yang mana emosi ini dapat
I. menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan keseronokan atau tidak berpuas hati
II. menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan persepsi, penilaian, proses pelabelan
III. mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat yang membangkitkan
IV. membawa kepada tingkah laku yang sering, tetapi tidak semestinya, ekspresif, matlamat yang diarahkan, dan adaptif.
Berdasarkan definisi di atas, telah jelas bahawa emosi itu merangkumi 4 langkah dan bukan sahaja satu perasaan. Ia memerlukan satu putaran langkah-langkah yang lengkap dan saya sendiri terkejut ketika mengetahui tentang ini. Saya sendiri tidak sedar bahawa dari perasaan sehingga tindakan dapat ditakrifkan sebagai emosi secara lengkap. Melalui pengalaman sendiri seperti, saya berasa gementar(afektif) untuk berucap di hadapan kuliah. Saya berlatih setiap hari di depan cermin untuk berucap dengan berani(kognitif). Tetapi setiap kali ke depan kuliah, jantung saya akan berdegup kencang (fisiologi). Bagi memastikan saya tenang, saya akan berdiri tegak dan membisikkan kepada diri saya, 'Nadia boleh! Nadia boleh!. Seterusnya menyampaikan ucapan dengan yakin (perubahan tingkah laku). Setelah mengetahui apa ertinya emosi saya dapat mempraktikkan dalam kehidupan saya agar saya lebih memahami.
Semasa kuliah juga, dr. pensyarah juga menjelaskan bahawa emosi boleh dikaitkan dengan motivasi dan motif. Perkara ini juga disokong dengan dua pendapat iaitu Baron & Logan, 1993 yang menyatakan emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan Lang et al, 1992 yang mendakwa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku & motif boleh menjadi emosional. Contohnya, seorang pembunuh menikam beberapa kali kepada mangsanya kerana dendam yang terpendam atau tidak terbalas. Hal ini membuatkan saya muhasabah kembali diri saya tentang perkaitan hubungan ini. Saya merasakan amat rasional pendapat-pendapat yang diberikan. Aplikasinya dalam diri saya atau bukti kebenaran pendapat tersebut dapat lihat apabila pertama kali saya menjejakkan langkah di Kolej Tun Syed Nasir bertujuan menjalani kehidupan sebagai pelajar perubatan di Kampus Kuala Lumpur. Persoalannya ialah berpisah jauh dengan ahli keluarga. Bagi orang lain mungkin tidak memberi apa-apa kesan tetapi perkara tersebut perit kerana saya mempunyai ikatan yang kuat dengan keluarga, mungkin disebabkan tidak pernah berpisah sehingga jarak ke Kuala Lumpur. Tetapi saya jadikan sebagai satu motivasi kepada diri saya menjadi seorang yang berdikari dan kuat menghadapi pelbagai cabaran tanpa terlalu mengharapkan bantuan ibu bapa saya. Ia juga menjadikan saya seorang peka kepada sekeliling sekalipun pengurusan diri. Selain itu juga, apabila melihat di akhbar-akhbar tentang perbuatan di perkenakan orang melalui sihir atau ilmu hitam. Memang satu perbuatan yang kejam dan gerun dapat dilihat seperti muntah darah yang mengandungi jarum belit tetapi sebaliknya hal ini disebabkan emosi mereka tertentu seperti cemburu yang mempengaruhi membawa kepada tingkah laku yang tidak rasional. Secara kesimpulan, saya faham bahawa emosi seperti marah, sedih, gembira dan lain-lain amat mempengaruhi kita sama ada bermotifkan baik atau sebaliknya. Oleh itu, pengawalannya amat penting dan memerlukan pemikiran yang mendalam dan kemahiran tertentu agar dapat diarahkan kepada tingkah laku yang positif.
Melalui kuliah 1 tersebut juga, saya didedahkan bahawa, emosi boleh diukur. Kalau saya fikir secara logiknya, mana boleh emosi itu diukur. Pelik tapi benar. Memang boleh diukur tetapi bagaimana. Caranya ialah melalui cara self report iaitu dengan cara bertanya terus perasaan seseorang atau dengan teknik pemerhatian. Setiap cara ini ada kebaikan dan keburukannya. Dalam pilihan 2 ini, bagi saya cara yang paling bagus ialah melalui pertanyaan terus kepada seseorang tentang perasaannya. Hal ini disebabkan bahawa melalui pemerhatian tidak dapat digambarkan secara benar emosi seseorang itu. Mungkin dengan teknik yang betul, emosi seseorang itu dapat diketahui dengan jelas dan tepat. Contohnya, sekiranya saya melihat rakan saya sentiasa gelak dan senyum, terlintas di fikiran saya bahawa sama ada emosi yang dipamerkan itu benar atau hanya sesuatu yang hendak menyedapkan hati sahaja. Dengan cara yang betul, saya akan dapat mengetahui perkara yang sebenarnya seperti memujuk dengan menggunakan kata-kata yang lembut. Secara pemerhatian juga mungkin ada kesannya, pada mereka yang tidak pandai berlakon. Contohnya, saya seorang yang memang akan menunjukkan ekspresi secara terangan. Sekiranya saya marah, muka akan masam satu hari atau tidak bercakap dengan orang tersebut. Dapat dikatakan bahawa bagi saya tidak ada cara paling tepat untuk mengukur emosi seseorang. Semuanya mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu dalam diri seseorang.
Dalam kuliah ini dinyatakan juga tentang teori-teori yang wujud tentang emosi. Secara pastinya saya memang tidak mengetahui secara mendalam tentang teori-teori tersebut. Antara yang dikemukakan dalam kuliah ialah:
Ø Darwin's theory of basic emotion
Ø Plutchik's primary emotion theory
Ø Tomkin's facial feedback theory
Ø Izard's universal facial expression
Berbalik kepada 4 teori di atas, setiap teori mempunyai pandang masing-masing yang berbeza yang dibuktikan. Bagi Darwin's theory of basic emotion, dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animal" berpendapat bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Menurut rakan saya melalui pembacaannya, Darwin yang memang terkenal dengan teori evolusinya ada mengetengahkan isu ekspresi muka juga berubah mengikut masa. Perkara ini mungkin ada betul. Saya faham bahawa, sebagai contoh, pada waktu panas kebanyakan kita akan mempunyai emosi yang agak dingin. Manakala bagi Robert Plutchik dalam teorinya, Emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza:
· Subjective language – bahasa subjektif(bahasa lazim seperti sedih)
· Behavioural language – bahasa tingkah laku(tingkah laku response kepada emosi)
· Functional language – bahasa fungsian(menggambarkan apa yang emosi lakukan pada
seseorang)
Contohnya, kawan saya, M takut cicak, dia akan melarikan diri bertujuan menyelamatkan diri. Saya menyokong teori ini kerana ia seperti sebuah pengaliran gambaran yang lengkap. Perkara ini membolehkan saya mengaplikasikan dalam hidupan seharian. Memudahkan lagi proses saya mengingati teori tersebut.
Teori Tomkin pula, beliau percaya bahawa emosi secara asasnya terbit daripada ekspresi muka. Saya merasakan teori sedikit mengelirukan saya. Adakah kita menangis menandakan kita sedih? Ada setengah menangis itu menunjukkan dia gembira sebenarnya. Setiap orang ada sebab tertentu untuk menerima atau menolak teori ini. Hal ini disebabkan pandangan orang itu sendiri. Saya percaya bahawa emosi seseorang menyebabkan dia menunjukkan ekspresi muka tertentu.
Kesimpulannya, mengetahui dan memahami struktur dan ekspresi emosi itu penting
bertujuan dapat menuruskan emosi dengan baik. Emosi ini pengaruhnya dalam setiap tindakan memang jelas cuma kadang kala kita tidak sedar.
Rujukan:
Nota kuliah "Pengenalan" dan 'Struktur dan Ekspresi Emosi"
No comments:
Post a Comment