Sunday, July 31, 2011

A131954 Tuan Ahmad Fadhli Noor Bin Tuan Nordin - Emosi dan Kehidupan

      Pada kuliah pertama kursus Pengurusan Emosi, saya terkejut kerana diberi tugas untuk membuat satu jurnal dimana panjangnya perlu ditulis sekitar satu ribu patah perkataan. Hal ini demikian kerana, tidak pernah dalam hidup saya menulis sesuatu karangan sehingga satu ribu patah perkataan. Maksima patah perkataan yang pernah saya karang hanya lebih kurang lima ratus patah perkataan sahaja. Itu pun ketika saya masih dibangku sekolah menengah untuk menjawab kertas Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Penilaian Menengah(SPM) iaitu pada dua tahun lepas. Ditambah pula dengan masa yang sangat singkat untuk menyiapkan jurnal ini. Walaupun begitu, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencapai syarat yang ditetapkan ini.

 

     Di Dewan Kuliah 1(DK1) pada 27 Julai 2011,bermulalah kuliah pertama bagi kursus pengurusan emosi. Kuliah ini membincangkan tentang dua tajuk iaitu Pengenalan Kursus Pengurusan Emosi dan tajuk kedua ialah Struktur dan Ekspresi Emosi. Pertamanya, saya akan ceritakan apa yang saya dapat daripada pengenalan pengurusan emosi. Seperti kuliah-kuliah lain, ia dimulakan dengan definisi tajuk kuliah itu iaitu definisi emosi untuk kuliah ini. Emosi bermaksud interaksi-interaksi yang sangat kompleks yang melibatkan

Faktor-faktor subjektif serta faktor-faktor objektif yang dimidiasi oleh sisitem saraf dan system hormone.

 

     Faktor-faktor subjektif yang dinyatakan diatas dipengaruhi oleh apa yang seseorang itu percaya berdasarkan perkara yang sebenar. Manakala, faktor-faktor objektif ialah fakta-fakta yang mempengaruhi hasil sesuatu. Definisi ina ini dibuat oleh Kleinginna dan Kleinginna pada tahun 1981. Emosi akan meningkatkan pengalaman yang meberi kesan seperti kegembiraan atau kesedihan serta akan menyuntik proses kognitif seperti proses menglabel. Selain itu, emosi juga akan mengaktifkan perubahan fisiologi dan seterusnya menuju kepada sikap. Begitulah betapa kompleksnya maksud emosi itu sendiri, tidak seperti yang saya bayangkan selama ini iaitu emosi itu perasaan. Sebenarnya, dua istilah itu berlainan sama sekali.

 

     Dalam kuliah itu juga ada disebutkan tentang komponen- komponen emosi yang berjumlah empat semuanya. Mereka adalah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku.

 

     Menurut Baron dan Logan pada tahun 1993, emosi dan motivasi sememangnya tidak akan dapt dipisahkan seperti ombak dan pantai. Sebenarnya, emosi itu adalah motivasi kepada tingkahlaku seseorang manusia. Namun begitu, emosi tidaklah menjadi pendorong untuk semua situasi dan hanya sesetengah situasi sahaja yang melibatkan emosi sebagai pendorong.

 

    Dr. Zamri jugak turut membincangkan bagaimana untuk kita mengukur emosi. Cara pertama adalah  dengan laporan oleh sesorang tetapi cara ini kurang efektif kerana terdapat kepelbagaian perbezaan mengenai perasaan dalam setiap kaum atau komuniti.  Cara kedua yang lebih efektif dengan cara pertama ialah dengan melihat secarak terus. Kemudian yang ketiga ialah dengan pengukuran fisiologi. Indikator bagi mengukur fisiologi seseorang termasuklah tekanan darah, degupan jantung, ketegangan otot , pernafasan dan banyak lagi.

 

      Selepas itu, saya dan rakan-rakan diperkenalkan dengan struktur dan ekspresi emosi yang merangkumi beberapa teori.Teori-teori tersebut adalah teori Darwin mengenai evolusi manusia, teori emosi primer Plutchik, teori tindakbalas muka Tomkin dan ekspresi muka alam semesta Izard. Semua teori tersebut akan dibincangkan dalam  kuliah untuk tajuk yang kedua iaitu struktur dan ekspresi emosi.

 

     Jadi, saya teruskan dengan tajuk kedua kuliah seperti yang tersebut di atas. Teori pertama yang dibincangkan ialah teori Darwin mengenai evolusi manusia. Apa yang diperkatakan dalam teori tersebut ialah emosi terdiri daripada emosi asas ataupun juga dipanggil emosi primari. Menurut Kokoszka, emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk seragam di semua bangsa dan budaya. Di samping itu, kebanyakan ahli teori seperti Robert Plutchik, Silvan Thompkins, Caroll Izard dan Paul Ekman berpendapat bahawa emosi primary akan menerbitkan emosi-emosi lain.

 

      Emosi bersifat adaptif dimana ia boleh menyesuaikan dengan keadaan yang berlaku dan kesemua emosi yang wujud adalah hasil daripada gabungan emosi-emosi primary. Teori yang kedua yang dibincangkan ialah mengenai teori emosi primary Plutchik. Teori ini mempunyai tiga komponen iaitu bahasa emosi, asas reaksi adaktif dan dimensi emosi.

Bagi komponen bahasa emosi, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian.

 

      Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi. Sebagai contoh, takut, gembira, sedih dan sebagainya. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh apabila seseorang itu gembira, dia secara tidak sengaja melompat.

 

      Bagi komponen asas reaksi adaktif, ia mempunyai lapan reaksi adaktif dimana lapan-lapan reaksi adaktif ini merupakan permulaan bagi semua emosi. Mereka adalah takut, meluat, marah, terperanjat, gembira sedih, terima dan rasa ingin tahu.

 

     Komponen terakhir iaitu dimensi emosi mempunyai tiga perkara iaitu ketumpatan, kesamaan dan kepolarian Ketumpatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi, kesamaan pula merujuk kepada hubungan atau perkaitan. Manakala kelpolarian pula merujuk kepada kekutuban.

 

     Sebagai kesimpulan, sebenarnya, banyak teori-teori serta hujah-hujah yang telah diberikan bagi perbincangan atau pengkajian melibatkan emosi. Perkataan emosi itu sendiri bukanlah sesuatu yang sangat mudah dan cetek maksudnya seperti yang saya fahami selama ini. Jadi, kuliah pertama ini telah membuka mata saya tentang perkataan emosi yang sebelum ini tidak pernah saya endahkan.

No comments:

Post a Comment