Sunday, July 31, 2011

A131322 Mohamad Ihsanuddin Bin Rosdi LJ01 Pengenalan kepada Emosi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada 27 Julai 2011 yang lalu, saya telah menghadiri kuliah kursus ZT2253,iaitu Pengurusan Emosi yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Pengenalan kepada subjek Pengurusan Emosi ini telah memberi banyak input kepada kami semua dan ianya amat berguna untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.
Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai emosi, marilah kita menjengah terlebih dahulu apakah takrif sebenar emosi yang telah dipersetujui oleh para cendekiawan terdahulu. "Emosi adalah satu set kompleks interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif, yang diterajui oleh sistem saraf hormon, yang boleh menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan keseronokan, atau tidak berpuas hati dan menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan penilaian, pengamatan dan proses pelabelan. Emosi juga boleh menjerumus kepada pengaktifan perubahan fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat berbangkit serta membawa kepada tingkah laku( kebarangkalian yang tinggi), tetapi tidak semestinya, ekspresif, matlamat yang diarahkan, dan adaptif" definisi menurut Kleinginna & Kleinginna(1981).
Emosi terdiri daripada empat kategori yang utama. Antaranya adalah:
1.      perasaan,
2.       proses kognitif,
3.       perubahan fisiologi
4.       tingkahlaku yang berkaitan.
Bagaimanakah cara untuk kita mengukur tahap emosi seseorang itu? Kita boleh meminta subjek untuk membuat laporan lisan mengenai apa yang dia rasakan pada saat itu. Selain itu kita juga boleh menggunakan kaedah temubual, pemantauan dan lampiran soalan. Kaedah ini mungkin mudah tetapi halangan perbezaan budaya dan agama mungkin akan menjadi masalah kepada proses mengukur emosi ini.
Mengikut teori asas evolusi oleh Darwin, emosi asas adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya(Kokoszka, 1993). Di dalam bukunya yang bertajuk " The Expression of Emotions in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang itu.
 
Teori itu kemudiannya dikembangkan lagi oleh Plutchik's yang membahagikan teori asas emosi kepada tiga bahagian iaitu:
1)      Bahasa Emosi,
2)       Asas Tindak Balas Penyesuaian
3)       Ukuran Gambar Emosi.
Bahasa Emosi menekankan bahawa emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu- bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa Subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira dan sedih. Bahasa Tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang seperti melompat kegirangan apabila gembira dan mengalirkan air mata ketika sedih. Bahasa Fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.
 Asas Tindak Balas Penyesuaian pula terdiri daripada perasaan takut, meluat,marah, terperanjat, gembira, sedih, terima, dan rasa ingin tahu. Emosi juga boleh berubah-ubah dalam tiga dimensi penting iaitu intensiti, persamaan dan kekutuban. Intensiti merujuk kepada darjah kekuatan emosi contohnya dari bahagia kepada gembira. Persamaan pula merujuk kepada hubungan atau peerkaitan seperti takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. Manakala kekutuban pula merujuk kepada dua benda yang berlawanan, contohnya benci lawannya suka.
Donald Fromme dan Clayton O'Brien (1982) mencadangkan Kitaran Emosi(Emotion Circle) sebagai alternative kepada teori Plutchik. Empat Dimensi Emosi tersebut adalah:
1)      Penguasaan-penyerahan
2)      Pendekatan-mengelakkan
3)      Kesabaran-sakit
4)      Parasimpatetik-simpatetik
Teori ketiga yang dapat dikembangkan lagi adalah melalui Maklumbalas Teori Muka Tomkin yang memecahkannya kepada tiga lagi bahagian yang terdiri daripada:
1)      Apa yang menyebabkan apa
2)      Pengajian yang menyokong FFT
3)      Kritikandaripada FFT
 Dalam bahagian satu, iaitu apa menyebabkan apa, Tomkin merumuskan bahawa senyum akan membuat anda gembira. Walaupun secara jujurnya saya tidak tahu apa itu FFT, tetapi Zajonc melalui kajiannya menyatakan perubahan pada otot muka menghasilkan luahan atau makna yang khusus. Pergerakan otot muka menyekat aliran darah, dan dengan itu mempengaruhi pemanasan dan pendinginan otak. Namun begitu, teori ini masih ada kelemahannya yang tersendiri kerana raut wajah muka seseorang itu tidak merupakan satu petunjuk emosi yang sebenar. Contohnya, dengan senyum tidak bermakna bahawa kita gembira.
Teori keempat mengenai emosi pula adalah melalui Izard dengan Ungkapan Muka Semula Jadi nya. Beliau mengatakan bahawa mekanisma neural utuk FE dan persepsi raut wajah terjadi secara semulajadi. Emosi juga terbit secara semulajadi, dan mendakwa pembelajaran hanya memberikan kesan kecil kepada pengalaman emosi. Seperti contoh, senyuman bayi tidak bermakna dia gembira.
Secara zahirnya, semua manusia mengalami pelbagai emosi, sama ada suka atau tidak. Justeru, kita tiada pilihan selain menguruskannya. Namun, pengurusan emosi bukanlah bermakna kita menafikan kewujudannya atau tidak mengendahkannya, tetapi secara amnya kita mengakui dan belajar mengawalnya. Sebagai orang yang berilmu, kita hendaklah pandai mengawal perasaan dan tindakbalas diri sendiri. Kita juga perlu memilih bagaimana untuk bertindak balas kepada sesuatu situasi atau kejadian yang menimpa dalam kehidupan seharian. Semestinya, tindak balas itu hendaklah dengan cara yang tidak menakutkan diri sendiri dan mengancam orang lain. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan mengenal pasti emosi yang diterbitkan itu adalah positif ataupun negatif. Jangan biarkan emosi itu keterlaluan sehingga boleh menjejaskan kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita disarankan agar sentiasa bersederhana dengan emosi. Selain itu, kita hendaklah mengenal pasti punca emosi terganggu itu sendiri. Banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah emosi dan kita boleh membahagikan faktor-faktor itu kepada beberapa sudut, antaranya adalah:
1)      Diri sendiri- kesihatan
2)      Persekitaran- suhu yang panas
3)      Pekerjaan- banyak tugasan, banyak jurnal kena buat
4)      Orang sekeliling- kawan sebelah berbau yang kurang menyenangkan
5)      Peristiwa yang dialami- jalan sibuk,
Seterusnya, persoalan bagaimanakah pengetahuan emosi ini boleh membantu dalam pembentukan personaliti seseorang individu dan membantu menyelesaikan masalah dalam perhubungan seharian manusia. Lebih penting lagi adakah saranan celik emosi ini bertepatan dengan Islam itu sendiri. Islam adalah agama rahmat, dan syariat islam diturunkan sebagai penyelesaian kepada permasalahan manusia.
Dakwah Rasulullah SAW membuktikan kemahiran Baginda membaca persekitaran dan menyelesaikan setiap permasalahan yang datang berdasarkan hikmah Baginda dan wahyu Allah SWT. Contohnya, apabila Rasulullah pertama kali berdakwah secara terang-terangan kepada kaum Quraisy, Baginda Berjaya memanfaatkan emosi kaumnya pada masa itu.
 
Dalam ruang keluarga pula, kepekaan perlu ditunjukkan dengan mengambil berat dan mengambil tahu apa yang berlaku dalam ruang lingkup keluarga. Ibu bapa yang celik emosi contohnnya peka terhadap emosi anaknya yang sedang merajuk. Ibu bapa yang celik emosinya akan mengambil inisiatif untuk lebih kepada rasionalkanak-kanak tetapi ibu bapa yang tidak celik emosi mungkin akan mengambil sikap autokratik sebagai jalan singkat.
Secara kesimpulannya, kita dapat mengurangkan jarak hanyut dibawa arus emosi jika kita dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kita perlu sedar bahawa setiap manusia adalah unik dan berbeza.
"Tiada siapa yang dapat memujuk orang lain untuk berubah sikap, setiap kita menjaga pintu perubahan yang hanya dapat dibuka dari dalam, kita tidak dapat membuka pintu orang lain, baik dari perbahasan, mahupun dengan rayuan emosi"
(harapan Perdana Menteri dalam modal insan)
 
 
.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment