Sunday, July 31, 2011

A132014,syafiqah bt abdul razak LJ 01 LUAHAN EMOSI

     

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Julai 2011 yang lalu telah bermulanya sesi kuliah kedua bagi Pengurusan Emosi ZZZT 2253. "Tak kenal maka tak cinta". Inilah yang dapat saya simpulkan selepas berakhirnya  sesi kuliah ini .Sebelum ini saya hanya memandang ringan dan mengambil mudah tentang kursus pengurusan emosi dan seringkali saya bermonolog dalaman sendirian  tentang kepentingan kursus ini sehigga kami harus mempelajarinya. Jika saya mengajukan semula persoalan adakah penting untuk kami mengikuti kursus ini maka pastinya jawapan sepatutnya  yang harus saya berikan  ialah ya, kami harus mengikutinya. Hal ini kerana , emosi lebih luas maknanya daripada perasaan dan tidak seperti apa yang saya fikirkan.
           
     Berbanding dengan sebelum ini, saya hanya menganggap bahawa emosi hanyalah suatu bentuk perasaan yang terzahir oleh seseorang samaada didalam  sedih, takut, gembira dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada  pensyarah saya kerana telah mendedahkan saya tentang aspek emosi dengan lebih jelas dan luas. Pentingnya aspek pengurusan emosi dalam diri seseorang dalam menjalani liku-liku kehidupan .
          
     Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna  kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek "emovere" yang membawa maksud „untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood Nazar Mohamad, 1992.Emosi dapat dilihat dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi ,iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat kasih sayang, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992.
(Sumber:http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d034806/kes_study)
          
     Dalam kuliah Pengurusan emosi ini  saya telah didedahkan dengan definisi bagi emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif, yang  mana dihubungkaitkan pula oleh system saraf hormon dan dipengaruhi oleh fakta atau keadaan yang mempengaruhi hasil sesuatu  mahupun dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi berdasarkan fakta-fakta yang benar . Ini dapat menyumbang kepada  4 aspek emosi iaitu:
      1)      Perasaan
     2)      Proses kognitif
     3)      Perubahan fisiologi
     4)      Tingkahlaku
          
     Emosi juga dapat dikaitkan dengan motivasi. Hal ini telah disokong oleh Baron & Logan,1993 yang menyatakan  bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi dan juga  oleh Lang et al,1992 yang menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional .
          
     Saya sangat bersetuju dengan pendapat ini kerana ia sangat mempengaruhi hidup saya. Contohnya, semasa saya melangkah ke alam matrikulasi , saya sangat bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya mempunyai impian yang  tinggi untuk menjadi doktor dan membuktikan kepada keluarga sayaa bahawa saya boleh menggapai impian itu Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, hujan ditengahari. Hidup tidak seperti yang selalu kita harapkan .  Hari-hari yang saya lalui penuh dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.  Ironinya, saya tidak mudah putus asa  dan sentiasa memotivasikan diri seiring dengan matlamat yang ingin dicapai. Ini membuktikan bahawa motif boleh menjadi emosional. Saya terlalu beremosi sehinggakan adakalanya ia memakan diri sendiri. Emosional yang tinggi untuk menggapai impian telah merangsang saya untuk berusaha sehingga berjaya. Namun, saya tidak pernah menyesal kerana akhirnya emosi itulah yang telah membawa saya kedunia perubatan seperti yang sangat-sangat saya inginkan sejak kecil lagi. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa emosi sangat berhubungkait dengan motivasi seseorang.
            
    Selain itu, saya juga belajar bagaimana cara untuk mengukur emosi. Caranya sangat mudah iaitu dengan cara self report iaitu dengan cara bertanya terus perasaan seseorang atau dengan teknik pemerhatian. Saya berpendapat bahawa,  teknik pemerhatian lebih baik berbanding dengan teknik bertanya terus kerana hanya dengan  memerhati tingkah laku dan reaksi muka seseorang kita akan mudah mengetahui emosi seseorang  pada waktu itu sama ada dia sedang marah, sedih ataupun gembira. Pertanyaan secara terus kadang-kadang tidak mencapai matlamatnya kerana kemungkinan seseorang yang sedih tidak mahu memberitahu hal yang sebenarnya kerana mungkin ia lebih bersifat peribadi.
                       
    Seterusnya kami juga telah didedahkan dengan  teori-teori yang berkaitan dengan emosi. Secara jujurnya, saya tidak   menyedari bahawa sebernarnya banyak teori yang telah wujud selama ini. Antara teori-teori yang telah dinyatakan ialah
1.     Darwin's theory of  basic emotion
2.     Plutchik's primary emotion theory
3.     Tomkin's facial feedback theory
4.     Izard's universal facial expression
           
    Setiap teori mempunyai pendapat dan buah fikiran  masing-masing yang berbeza-beza.Charles Darwin dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animal" berpendapat bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Selain itu, Darwin yang memang terkenal dengan teori evolusinya turut menyatakan ekspresi muka juga berubah mengikut masa. Bagi membuktikan teorinya, beliau mengemukan 16 soalan tentang emosi kepada 36 responden yang berbeza bangsa. Turut menyokong pendapat Darwin ialah Caroll Izard yang mencadangkan emosi berevolusi selari dengan evolusi otak. Menurut Izard ekspresi wajah adalah berpandukan ekspresi emosi yang subjektif.
            Plutchik dalam teorinya pula menyatakan bahawa emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu:
·        Subjective language – bahasa subjektif,
    =ialah bahasa biasa dalam emosi seperti sedih,gembira dan takut
·        Behavioral language – bahasa tingkahlaku,
    = merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang telah diransang
·        Functional language – bahasa fungsian
   =merujuk kepada fungsi emosi kepada seseorang dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu
           
    Berbeza pula dengan  Tomkin's facial feedback theory yang mengatakan bahawa emosi secara asasnya terbit daripada eksperesi muka. Sukar untuk saya mempercayai teori ini kerana pada pendapat saya, kita hanya menunjukkan  ekspreasi muka apabila sesuatu perasaan timbul. Tanpa perasaan seseorang tidak dapat menzahirkan ekspreasi wajahnya yang sebenar. Namun, kita tidak boleh menyangkal sesuatu teori kerana  pastinya telah wujud pembuktian dan kajian –kajian yang dapat membuktikan teori-teori tersebut. Izard's Innate facial expression teori pula menyatakan bahawa  emosi manusia sebagai sesuatu yang lahir dengan semula jadi dan  pengalaman emosi tidak dapat dipelajari sama sekali.
          
     Kita harus bijak  mengendalikan emosi mengikut keadaan dan jangan membiarkan emosi yang mengawal diri kita. Kerana sesungguhnya pengurusan emosi yang terancang adalah cerminan peribadi yang gemilang. Konklusinya,  kuliah ini telah banyak membuka fikiran saya supaya berfikir dengan lebih luas dan luar daripada kotak. Saya menyedari bahawa pentingnya emosi dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa. Tanpa emosi, hidup kita akan suram,kaku dan tidak bermaya. Indahnya hidup ini adalah kerana wujudnya emosi di dalam diri.
 

No comments:

Post a Comment