Sunday, July 31, 2011

A131751 Noor Asmidar Bt Anuar LJ01:Emosi?




Assalamualaikum.           
                Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada Dr Zamri kerana telah mendedahkan kepada semua pelajar perubatan tahun 2 apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan emosi.Sejujurnya saya memberitahu,selama ini pengetahuan saya tentang emosi memang sangat sedikit dan saya langsung tidak mengetahui bahawa wujudnya berbagai-bagai teori dan pemahaman tentang emosi.Saya juga tidak menyangka emosi ini sebenarnya perlu dipelajari dan difahami dengan sebaik-baiknya,dengan itu barulah kita dapat memahami diri kita dan seseorang itu dengan lebih dekat lagi.Apa yang saya fahami tentang emosi selama ini adalah emosi semestinya menunjukkan perasaan seseorang itu sebagai sama ada gembira,sedih,marah dan sebagainya.         
            Setelah menghadiri kuliah pada minggu lepas,barulah saya jelas bahawa emosi bukanlah didefinasikan sebagai sesuatu yang hanya melambangkan emosi seseorang malah lebih banyak dari itu.Emosi sebenarnya terdiri daripada 4 komponen iaitu perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan juga tingkah laku berkaitan.Jadi,perasaan sebenarnya hanyalah salah satu komponen yang ada dalam emosi dan bukannya definisi emosi itu sendiri.Namun begitu,saya percaya ramai yang berada di luar sana hanya mengetahui emosi itu membawa maksud perasaan semata-mata.Selain itu,saya juga mendapati laluan komponen emosi berkait rapat dengan sains contohnya dalam sains,sekiranya seseorang itu terpegang cerek yang panas,maklumat akan dihantar ke otak,kemudian otak akan mengarahkan tindakan iaitu mengalihkan tangan dengan segera.Sama seperti emosi juga di mana laluannya bermula daripada stimulus,cognition kemudian menghasikan perasaan lalu menghasilkan tindakan dan juga kesan.
            Perkara kedua yang begitu menarik minat saya adalah fakta bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.Namun begitu,tidak semua keadaan didorong oleh emosi dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi.Bagi saya,inilah salah satu kebaikan emosi dan juga salah satu sebab mengapa emosi dicipta.Contohnya,apabila sesorang itu pernah menglami kegagalan,emosi yang takutkan kegagalan dan mungkin juga kesusahan hidup akan mendorong sesorang untuk belajar dengan lebih tekun lagi.Sesungguhnya emosi pasti diciptakan demi kebaikan kerana Tuhan tidak akan menciptakan sesuatu atas dasar sia-sia.Ada satu kata-kata pujangga menyatakan "emosi diciptakan untuk tujuan untuk kita menikmati hidup kita ini.Tanpa emosi kita bagaikan robot yang hidup".Cuba kita sejenak membayangkan hidup tanpa emosi,maka tiadalah gelak ketawa,tangisan atau kemarahan yang kadang-kadang datang menyinggah.Sudah pasti dunia ini akan sunyi sepi.
            Di samping itu,emosi juga sebenarnya dapat diukur dengan menggunakan beberapa cara sama ada,penyataan dari orang itu sendiri(self-reports) dan juga boleh diukur dengan melihat perubahan fisiologi pada seseorang itu.Tetapi antara berdasarkan penyataan sesorang itu dan juga pemerhatian pengukur emosi itu,mungkin pemerhatian akan menghasilkan keputusan yang lebih tepat kerana penyataan dari seseorang itu mungkin tidak dinyatakan dengan sejujur-jujurnya.Pada pendapat saya,perkara ini sering berlaku yang mana seringkali seseorang itu menyatakan perasaannya berlainan dengan apa yang benar-benar yang dia rasai.Hal ini mungkin atas alas an mahu menjaga perasaan orang lain di sekeliling kita ataupun seseorang itu tidak mahu memajangkan sesuatu masalah.Sebagai contoh,seseorang majikan yang sebenarnya sedang marah mungkin akan menyatakan yang dia tidak marah kerana mahu menjaga perasaan orang bawahannya dan juga tidak mahu memanjangkan masalah yang telah berlaku.Satu lagi emosi boleh dilihat dengan memerhatikan perubahan fisiologi seseorang itu amat berkait rapat dengan sains.Contohnya,jika seseorang itu marah atau takut,hormon akan dihasikan dan menyebabkan degupan jantung seseorang itu menjadi laju lalu boleh juga menyebabkan kekejangan pada otot.Ketidakseimbangan emosi juga menjadi faktor kepada sestengah penyakit.Salah satunya,penyakit hypertension (darah tinggi) dan serangan jantung kerap berlaku kepada mereka yang mempunyai atau tergolong dalam kategori personaliti A atau juga dikenali sebagai "Jacob Goldsmith theory" yang mana mempunyai ciri-ciri seperti cepat marah,mempunyai sifat persaingan yang terlalu tinggi dan juga aggresif.
            Melalui tajuk kedua,iaitu struktur asas emosi,Darwin telah mengeluarkan satu teori menerusi bukunya,"The Expression of the Emotions in Man and Animals".Menurutnya,ekspresi muka melambangkan emosi dan bukannya organ lain kerana ia paling senang dilihat.Dan setiap daripada perubahan pada wajah manusia melambangkan apa yang seseorang itu sedang rasai.Namun begitu,saya tertanya-tanya bagaimana pula dengan para pelakon? Demi menjiwai sesebuah watak yang mereka bawa,mereka mampu mengalirkan air mata walaupun bukanlah berada di situasi yang sedih.Dan sekiranya mereka berada di dalam dunia realiti semula,adakah orang sekeliling mereka akan mempercayai apa yang mereka tunjukkan melalui ekspresi muka mereka?Selain itu,teori emosi primary Plutchik pula mempunyai tiga komponen kesemuannya.Antaranya adalah emotion language,basic adaptive language dan juga dimension of emotion.Dalam Plutchik's emotion language,terdapat tiga lagi pembahagian yang terdiri daripada bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian.Saya paling tertaik kepada pembahagian yang ketiga,iaitu bahasa fungsian kerana dengan ini jelas kelihatan fungsi emosi itu sendiri.Contohnya, jika seseorang itu berasa sedih apabila orang yang disayangi pergi meninggalkannya.Hal ini melambangkan betapa akrabnya sebuah perhubungan itu dan di sini,terbukti bahawa emosi seseorang itu adalah sangat-sangat diperlukan untuk orang lain menilai betapa pentingnya kehadiran mereka dalam hidup seseorang itu.
            Dan menurut Tomkin's Facial Feedback Theory,kita dapat mengetahui apa yang menyebabkan sesuatu emosi itu tergambar.Contohnya,senyuman akan membuatkan seseorang itu dan orang di sekelilingnya berasa lebih ceria dan toerinya disokong oleh beberapa kajian lain.Dan salah satu kajian yang menyokong teori ini adalah Zajonc's yang menyatakan bahawa perubahan pada otot muka akan menyebabkan terhasilnya sesuatu ekspresi yang mana apabila berlakunya pergerakan pada otot muka,ia akan menjejaskan pengaliran darah lalu menentukan suhu pada otak.Dan sekiranya suhu pada otak berada dalam keadaan sejuk(cooling),ia akan menghasikan emosi yang gembira dan seronok (pleasant emotion). Namun begitu,sekiranya suhu pada otak berada dalam keadaan panas(warming),ia akan menghasilkan emosi yang tidak gembira dan benci (aversive feeling).Tetapi,di mana wujudnya sesuatu teori,sudah pastinaya ada pengkritik yang akan mengeluarkan hujah mereka.Begitu juga dalam teori Tomkin,ada yang berpendapat bahawa ekspresi muka seseorang itu bukanlah sejujurnya melambangkan apa yang dia rasa pada ketika itu dan ekspresi muka kadangkala kaitannya amat sedikit dengan perasaan dalaman(internal feeling) seseorang itu.
            Jadi,sebelum saya mengakhiri jurnal saya,saya ingin mengemukan beberapa pendapat saya sendiri tentang emosi tambahan lagi setelah mempelajari berbagai-bagai teori and mendapat banyak informasi tentang perkara ini.Yang pertamanya,ekspresi muka tidak semestinya melambangkan emosi seseorang pada ketika itu.Berkemungkinan seseorang itu sedang marah dan bersedih,tetapi dia tetap tersenyum demi menjaga perasaan orang lain di sekelilingnya.Pada pendapat saya,perkara ini sangat berkait rapat dengan satu pepatah yang kerapkali kita dengar iaitu,"Do not judge a book from its cover".Samalah dengan situasi sekarang,pepatah berkenaan dengan emosi mungkin berbunyi begini,"Do not judge a person's emotion from his facial expression".Tetapi,apa yang terjadi di dalam dunia realiti adalah manusia seringkali menilai sesuatu dari pandangan luar sahaja tanpa mempertimbangkan apa yang sebenarnya berkemungkinan berlaku kepada seseorang itu.Dan lebih teruk lagi,orang yang selalu tidak menunjukkan ekspresinya yang sebenar kadangkala dianggap 'tidak mempunyai perasaan'atas alasan dia seringkali kelihatan berada dalam kondisi yang baik walaupun pada ketika itu dia sepatutnya marah atau bersedih.Lalu,apa yang berlaku adalah perasaannya akan sering diperlekehkan atau diabaikan oleh orang sekeliling.Walaubagaimanapun,ini adalah sekadar pendapat saya sahaja kerana sesungguhnya emosi itu sendiri mempunyai fungsinya yang tersendiri dan sebagai manusia perlulah adil,iaitu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. =D


No comments:

Post a Comment