Sunday, July 31, 2011

A131595 Chai Hui Min LJ01 Emosi Dalam Kehidupan

    Salam Sejahtera diucapkan.Sebelum menghadiri kelas ZT yang disampaikan oleh Dr Zamri,tidak pernah saya memandang penting akan emosi yang begitu biasa dalam kehidupan seharian.Pada pendapat saya,emosi adalah sesuatu yang begitu abstrak dan tidak dapat dikuasai.Seseorang boleh mendapat perasaan gembira pada sesuatu masa tetapi sesaat kemudian perasaan sedih mungkin menenggelami seseorang itu.Emosi merupakan sesuatu yang begitu semula jadi yang sesetengah orang mungkin tidak langsung menyedari kewujudannya.Persepsi saya terhadap emosi begitulah kabur sehingga saya menghadiri kuliah pengurusan emosi (ZT2253) sesi pertama yang diadakan pada 20hb Julai dan sesi kedua pada 27hb Julai   2011.

 

    Selama 20 tahun hidup diiringi emosi,buat pertama kali saya difahamkan bahawa emosi merupakan hasil interaksi antara faktor subjektif dengan faktor objektif yang dipengaruhi oleh hormon-hormon badan dan sistem saraf manusia,menurut definasi Kleinginna & Kleinginna pada tahun 1981.Selepas membuat sedikit sebanyak kajian terhadap emosi ,saya mendapati emosi boleh diterangkan berdasarkan persepsi dan sudut padangan individu yang berlainan. Emosi  juga boleh berubah mengikut kepercayaan persendirian dan juga persekitaran .Menurut Daniel Goleman,seorang pakar kecerdasan emosi ,emosi didefinisikan sebagai perasaan dan fikiran yang khas,hasil interaksi keadaan biology dan psikologi serta kecenderungan seseorang untuk bertindak.Setelah melihat dan mengkaji emosi dengan lebih mendalam ,saya menyedari bahawa emosi terdiri daripada empat komponen,yakni perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan juga tingkah laku yang berkaitan.Pemahaman emosi yang asas ini amat penting dalam pembinaan tapak yang kukuh dalam kajian emosi seterusnya yang lebih lanjut dan mendalam.

 

    Pada permulaan kelas ZT sesi kedua,Dr.Zamri telah menayangkan satu video klip yang penuh bermakna .Video yang sepanjang lapan minit dua saat itu memaparkan cerita seorang lelaki korea yang berbakat terutamanya dalam bidang nyanyian.Lelaki tersebut hidup keseorangan selepas kematian orang tuanya dan dia menghadapi pelbagai kesusahan hidup bawah bayangan kemiskinan dan keseorangan.Walau bagaimanapun keperitan hidupnya,lelaki itu tetap bertabah dan tidak penuh berputus asa.Jalan ceritanya yang bengkang bengkok penuh dengan kesulitan dan cabaran membangkitkan emosi yang kuat terhadap penonton.Seperti penonton lain yang hadir pada hari pemilihan,saya amat terharu dengan ketabahannya dan secara tidak langsung perasaan sedih yang teramat sangat membanjiri tubuh badan saya dan tanpa saya sedari air mata menitis bawah pipi.Nyanyiannya yang begitu baik sekali mengharukan saya dan apabila pengadil memberitahu dia bahawa dia berjaya memasuki pusingan yang seterusnya,saya berasa begitu gembira sekali untuk dia sehingga saya terlompat kegirangan.Berdasarkan penjelasan saintifik,stimuli-stimuli di sekeliling kita,seperti cerita atau babak yang memilukan atau berita yang menggembirakan boleh menyebabkan perubahan hormon atau pengaktifan sistem saraf yang mendatangkan perasaan sedih dan juga perubahan dari segi fizikal seperti perubahan wajah dan pengaliran air mata.

 

    Selepas tayangan video,tanpa membuang masa Dr.Zamri memulakan kelas dengan topik struktur dan ekpresi emosi.Melalui keterangan beliau,emosi merupakan sesuatu yang universal dan sesetengah emosi ,digelar emosi primer  ditampilkan oleh manusia sejagat tanpa mengira kaum ,bangsa dan keturunan.Dalam bahagian struktur emosi, beberapa teori dapat dikaitkan dengan emosi, iaitu Darwin's basic teori, Plutchik's teori, Tomkin's teori dan Izard's teori.Menurut  Teori asas emosi yang diterangkan oleh Darwin,emosi terdiri daripada emosi asas yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam dalam semua bangsa dan budaya.Salah satu karya tulisan beliau yang bertajuk ' Expressi emosi dalam kalangan manusia dan haiwan' menyampaikan mesej bahawa paras muka merupakan alat penampilan emosi yang paling ketara.Saya amat bersetuju dengan teori atau keterangan beliau sebab tidak susah kita mendapati,sebarang perasaan yang kita mempunyai akan ditunjukkan di paras muka.Sekiranya seseorang dalam kegirangan,emosi tersebut dapat dikesan dengan bentuk bulu kening dan mulut.Emosi yang sebaliknya juga akan menunjukkan paras muka yang berbeza.Sehubungan dengan emosi primer ini,terdapatnya beberapa model yang menjelaskan secara spesifik.Sebagai contohnya,Woodworth mencadangkan sistem struktur bagi emosi pada tahun 1938.Idea ini dikembangkan oleh Schlosberg pada tahun 1952 dengan pengenalan struktur emosi secara 3D .Pada tahun 1962,Plutchik memperkenalkan model yang lebih menyeluruh.

 

    Teori emosi yang amat menarik perhatian saya merupakan theori emosi primer menurut Plutchik.Emosi dibahagikan kepada tiga bahasa yakni bahasa subjektif,bahasa tingkah laku dan juga bahasa fungsian.Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa untuk emosi yang dinyatakan seperti perasaan gentar,sedih,takut,marah,terkejut dan sebagainya.Bahasa tingkah laku pula merujuk pada perbuatan atau tindakan yang disusulkan emosi yang timbul seperti melompat kegirangan dan menangis ketakutan .Seterusnya,bahasa fungsian merupakan fungsi sesetengah emosi kepada seseorang.Perasaan berani merupakan sumber  keyakinan berhadapan dengan masalah dan perasaan takut menyebabkan kegagalan seseorang untuk menerokai pelbagai peluang yang menjelang.Menurut plutchik,emosi bukan statik tetapi asyik berubah  dari segi tiga dimensi iaitu dimensi intensiti,persamaan dan polariti.Model emosi beliau juga mengambarkan lapan emosi asas iaitu marah,takut,terperanjat,meluat,terima,gembira,rasa ingin tahu dan sedih.Model emosi beliau dalam bentuk 3D membolehkan pengambaran emosi secara lebih jelas dan terperinci.

 

    Selain itu,teori tomkin juga menerangkan emosi dengan cara beliau yang tersendiri.Teori 'what causes what' beliau menerangkan perbuatan manusia yang melahirkan sesuatu emosi dan teori beliau disokong oleh Ursulu Hess dan rakan-rakan dari Universiti Geneva di Switzerland menerusi kajian yang dijalankan.Namun,teori Tomkin membangkitkan kritikan oleh sesetengah orang yang berpendapat bahawa ekspressi seseorang tidak semestinya membangkitkan emosinya pada masa itu.Alasan yang diberikan ialah fungsi ekspressi sebagai alat komunikasi yang kurang berkaitan dengan emosi seseorang.Sebagai contoh,senyuman tidak semestinya menunjukkan kegembiraan seseorang.Ekspresi yang mudah ditunjukkan membolehkan penginterpretasian emosi yang kurang tepat.

 

    Tambahan pula,teori ekspresi wajah semula jadi  yang dicadangkan Izard menerangkan bahawa emosi datang secara semula jadi hasil daripada mekanisme sistem saraf dan hormon dan persekitaran memberi kesan yang amat minima terhadap perubahan emosi.Antara bukti yang ditunjukkan merupakan emosi yang ditunjukkan bayi seperti kewujudan ekspressi emosi selepas dilahirkan,penunjukkan perasaan marah dan terkejut sebelum bulan ketiga atau keempat,ketakutan dan perasaan malu sebelum bulan kelima dan keenam.Saya amat bersetuju dengan logik dan keterangan di sebalik teori ini dan pengunaan bayi sebagai penjelasan amatlah tepat sedangkan mereka merupakan insan yang baru menjejaki dunia masa kini .Tanpa pengaruh aspek –aspek di sekeliling mereka,mereka menampilkan ekspressi yang berbagai-bagai hasil rangsangan emosi.Secara ringkasnya,Izard meyampaikan mesej bahawa ekspressi muka menunjukkan emosi dan pemerhatian ekspressi seseorang membolehkan kita menyedari emosi yang terdapat dalam diri mereka pada masa itu.

 

    Secara kesimpulannya,emosi merupakan element penting dalam kehidupan yang tidak boleh dipandang ringan.Emosi yang baik dan sesuai merupakan pendorong dan sumber motivasi seseorang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran.Sebagai insan yang berakhlak dan memegang status serta kedudukan paling tinggi dalam pyramid evolusi organisme hidupan bumi,kita wajar bertanggungjawab atas emosi yang ditunjukkan supaya emosi tersebut dapat membawa impak positive bukan sahaja terhadap diri sendiri,tetapi juga manusia lain dan mahkluk –makluk lain yang bersama-sama menghuni bumi.

 

 

 

No comments:

Post a Comment