Sunday, July 31, 2011

A130302 Dinie Haiqal Bin Azhar EMOsi

 A130302 Dinie Haiqal Bin Azhar LJ101 EMOsi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,salam perpaduan dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang sudi meluangkan masa membaca jurnal saya yang tidak seberapa ini. Jurnal ini merupakan yang pertama bagi saya dan mungkin yang paling panjang pernah saya tulis. Sebelum saya memulakan jurnal saya,ingin saya meluahkan SEDIKIT emosi saya kepada yang membaca, hal ini demikian kerana jurnal panjang 1000 patah perkataan ini amat membebankan memandangkan kami pelajar perubatan bukan lah sasterawan negara dan kami juga banyak tugasan lain untuk diselesaikan. Oleh itu, saya dengan ini akan mencuba sedaya upaya saya untuk mencapai 1000 patah perkataan,tepat 1000 patah perkataan.
Pada 27 Julai 2011 bertempat di Dewan Kuliah 1 Kampus Cawangan Kualan Lumpur UKM,kuliah pertama bagi pengurusan emosi kami diadakan di mana ianya merangkumi 2 tajuk iaitu Pengenalan Kursus Pengurusan Emosi dan tajuk kedua ialah Struktur dan Ekspresi Emosi. Berdasarkan kedua-dua kuliah ini,akhirnya saya mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan EMOSI.
Antara informasi yang saya dapat tentang emosi  adalah seperti yang berikut:

1)Menurut Kleinginna dan Kleingiann  (1981), EMOSI adalah interaksi atau hubungan antara subjek dan faktor-faktor yang dikawal oleh sisten sarah serta sistem hormon kita. Antara komponen emosi adalah perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku.
            Saya amat bertuju dengan semua komponen emosi berikut yang telah dinyatakan oleh Kleinginna dan Kleinginna kerana semua itu kita sebagai manusia normal selalu mengalaminya. Sebagai contoh, sekiranya seorang jejaka yang pemalu terserempak dengan si gadis yang diminati,semestinya si jejaka akan mentafsirkan bahawa dia berada dalam situasi di mana dia perlu mengawal ke"macho"an dirinya. Akan tetapi, perubahan yang tidak dapat die kawal adalah perubahan fisiologi di mana saluran darah di muka jejaka tersebut akan membesar dan hal ini akan membuatkan pipi serta muka jejaka tersebut kelihatan kemerah-merahan. Tersipu-sipu malu jejaka tersebut,ini pula yang ditasir oleh si gadis.(Ini adalah pengalaman diri sendiri serta majoriti lelaki yang NORMAL sahaja)

2)Menurut Darwin's Basic Theory of Emotion pula, emosi terdiri daripada emosi asas. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.
Apa yang saya dapat dari teori ini adalah emosi kita akan diekspresikan oleh ekspresi wajah kita, hal ini juga disebut dalam buku "The Expression of the Emotions in Man and Animals". Sudah tentu saya tidak membeli mahupun membaca buku ini kerana saya tiada masa untuk semua itu. Ekspresi wajah melambangkan emosi kita adalah benar di mana apabila kita malu seperti yang saya sudah ceritakan di atas perihal si jejaka malu dan si gadis cantik. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam ketakutan, wajahnya akan berubah menjadi lebih pucat dan kerisauan dan ketakutan jelas terpancar di wajahnya.

3)Menurut Teori Tomkin, emosi kita dapat dipengaruhi oleh tingkah laku kita. Selain itu, emosi bukanlah satu-satunya sebab kita melakukan sesuatu tingkah laku atau tindakan.
            Contoh yang senang untuk membuktikan Teori Tomkin ini,pernahkan anda melihat rakan-rakan anda yang baru ditinggalkan oleh kekasih pujaan hati tetapi masih mampu tersenyum dan gelak bersama rakan-rakan yang lain? Pada pendapat saya, kita manusia berupaya mengawal emosi kita. Sekiranya kita berasa sedih, kita berkemampuan untuk menyingkirkan kesedihan yang dirasa bahkan melahirkan rasa gembira dalam diri. Selain itu,dengan gelak ketawa dan menjadi gembira adalah satu-satunya cara untuk tidak bersedih.
            Akan tetapi selepas beberapa kali saya membaca Teori Tomkin di atas, semakin tidak faham saya dibuatnya.

4)Teori Tomkin's Facial Feedback menceritakan bahawa ekspresi muka dapat memaparkan emosi individu tersebut.
            Seperti contoh-contoh yang sudah diberikan di atas,saya sekali lagi bersetuju dengan teori tersebut. Orang gembira akan senyum dan ketawa,orang yang sedih akan muram dan menangis.Akan tetapi,harus diingat bahawa manusia berupaya menyembunyikan perasaan sendiri dan mengekspresikan wajah muka yang mengelirukan di mana mereka yang dalam kesedihan yang keterlaluan tidak menangis malahan mampu tersenyum. Mungkin faktor kekuatan mental menjadi aspek penting dalam hal ini.
 Izard's Innate facial expression teori pula menyatakan bahawa  emosi manusia sebagai sesuatu yang lahir dengan semula jadi dan  pengalaman emosi tidak dapat dipelajari sama sekali.

5)Teori Plutchik mempunyai 3 komponen iaitu bahasa emosi atau language of emotion,asas reaksi penyesuaian atau basic adaptive reactions dan dimensi emosi atau dimension of emotion.
            Komponen bahasa emosi boleh digambarkan ke dalam 3 bahasa yang berlainan iaitu bahasa tingkahlaku, bahasa fungsian dan bahasa subjektif. Contoh yang cukup mudah ialah apabila saya berasa marah(bahasa subjektif), saya akan menumbuk dinding serta memainkan lagu Rock dengan volume yang amat kuat (bahasa tingkah laku) di mana semua ini menunjukkan bahawa saya telah ditipu oleh seorang penjual jersi di internet(bahasa fungsian).
            Asas reaksi penyesuaian pula adalah prototaip untuk semua emosi seperti gembira,sedih,marah,bosan dan sebagainya.
            Selain itu,komponen ketiga iaitu dimensi emosi dapat dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu persamaan,keamatan dan sifat berlawanan.

6)Menurut Baron & Logan (1993), "emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi" dan menurut Lang et al pula, "emosi boleh menjadi motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional".
            Dari aspek pemaham saya yang tidak seberapa ini setelah sakit kepala membuat jurnal ini,saya faham bahawa perasaan kasih dan sayang kepada seseorang akan mengubah kita menjadi lebih penyayang, lebih bersifat lemah lembut, serta menjadi seorang lelaki yang lucu. Kasih dan sayang juga menyebabkan kamu sanggup membuat apa sahaj untuk menyelamatkan nyawa orang yang kamu sayang seperti apa yang dipaparkan dalam cerita "Transformers: Dark Of The Moon" di mana Sam si watak utama sanggup meredah runtuhan-runtuhan bandar yang penuh dengan Decepticon jahat semata-mata untuk menyelamatkan kekasih pujaan hati,si Carley Spencer.
            Saya rasa sudah panjang saya berceloteh dan setalh beberapa kali menguap saya rase sampai sini sahaja coretan saya buat kali ini. Pada pendapat saya,adalah cukup penting untuk kita mengawal emosi masing-masing, dan jangan biarkan diri anda yang dikawal oleh emosi. Pelbagaikan emosi yang anda ada supaya anda tidaklah dikenali sebagai Si Pemarah,atau Si Emo. Akan tetapi janganlah pula anda mengosongkan diri anda dari apa-apa emosi kerana anda hanya akan menjadi seorang manusia tanpa roh,tanpa jiwa. Oleh itu,renung-renungkanlah dan "buanglah yang keruh,ambillah yang jernih".Sekian sahaja dari saya,terima kasih dan Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment