Sunday, July 31, 2011

FW: A131649 Leong Ching Yee LJ01 EMOSI




Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal yang pertama saya untuk  khusus Pengurusan emosi ZZZT2253. Pada 27 Julai 2011, Dr Zambri telah menyampaikan dua topik-topik yang sangat penting kepada kami iaitu dengan tajuk "Pengenalan Tentang Emosi" dan "Struktur Asas Emosi". Sebelum ini, pada pendapat saya, emosi adalah perasaan yang ditunjukkan oleh setiap individul dalam setiap perkara yang berlaku. Saya tak tahu kenapa kami hendak mempelajari tentang topic-topik ini kerana emosi merupakan perkara yang sangat biasa berlaku pada setiap individul.

Dr Zambri telah menyediakan sebuah video pendek dari Youtube untuk kami semua. Video itu adalah tentang seorang perserta yang melibatkan diri dalam pertandingan menyanyi. Beliau telah mengharungi pelbagai masalah-masalah dalam kehidupannya sejak dari kecil. Beliau telah menyatakan bahawa beliau berjaya mengharungi masalah-masalah yang dihadapi dan tabah menjalani kehidupannya. Video ini telah menarik perhatian daripada semua pelajar untuk menumpul perhatian terhadap taklimat yang akan diberikan oleh Dr Zambri. Saya tertanya-tanya dalam hati saya "apakah kaitan antara topik emosi dengan video ini?" .


Daripada tajuk pertama iaitu pengenalan emosi, saya telah belajar tentang maksud emosi. Menurut Kleinginna dan Kleinginna(1981), emosi merupakan interaksi antara faktor subjektif dan factor obektif yang dikawal oleh sistem hormone badan. Faktor subjektif boleh dipengaruhi oleh kepercayaan sendiri dengan bergantung pada fakta-fakta benar, manakala factor objektif merupakan keadaan yang boleh mempengaruh kesan-kesan atas sesuatu perkara. Selain itu, emosi boleh diukur dengan empat faktor-faktor iaitu perasaan sendiri, proses kognitif, pelarasan fisiologi dan kelakuan. Pada pendapat saya, keempat-empat faktor ini sangat penting untuk mengukur emosi seseorang. Seseorang akan meluarkan persaan sendiri dengan interview dan soal selidik. Proses kognitif akan bergantung pada fikiran seseorang dan penilaian terhadap sesuatu perkara. Selain itu, pelarasan fisiologi menunjukkan aksi-aksi badan terhadap perubahan emosi. Kelakuan adalah berkaitan dengan sesuatu tindakan yang akan diambil berdasarkan perasaan yang dihadapi.


  Dalam kuliah ini, beberapa teori telah diperkenalkan kepada kami. Antaranya ialah Evolutional theories atau dinamakan sebagai biological theories. Biological theories terdiri daripada Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression. Teori Emosi Primari Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion) adalah antara salah satu Biological theories. Menurut Teori Emosi Primari Darwin, emosi terdiri dari emosi asas iaitu emosi primari (primary emotion). Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya(Kokoszka, 1993). Dalam buku Darwin iaitu "The Expression of the Emotions in Man and Animals", menyatakan bahawa ekspresi muka melambangkan emosi seseorang. Ini adalah kerana muka adalah senang dilihat dan bukannya seperti organ lain kita. 16 soalan yang ditanya kepada 36 jenis bangsa yang berbeza didapati jawapannya adalah sama. Saya agak bersetuju dengan Teori Emosi Primari Darwin yang mengatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Sebagai contoh, kami akan menangis kalau kami berasa sedih. Tetapi, ada orang yang lain tak suka untuk menunjukkan emosi mereka seperti senyum dan menangis. Kami akan susah mengesan emosi mereka kalau mereka sengaja menymbunyikan perasaan mereka.


Tambahan pula, teori kedua yang diperkenalkan oleh Dr Zambri adalah 'Plutchik's Primary Emotion Theory'. Dalam teori ini, emosi digambarkan kepada 3 bahagian utama iaitu bahasa emosi, tindakan asas untuk mengadaptasi dan dimensi emosi. Menurut Plutchik's theory , emosi dapat dibahagikan kepada tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif (subjective language),  bahasa tingkah laku (behavioral language) dan bahasa fungsian (functional language). Bahasa subjektif adalah perasaan kami sendiri dan bahasa biasa bagi emosi contohnya takut, sedih dan gembira. Bahasa tingkah laku merupakan tindakan kami terhadap emosi tersebut seperti senyum gembira and melompat kegirangan ketika gembira dan mengalirkan air mata ketika bersedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.Contohnya, kalau seseorang berani, keyakinan dirinya akan ditingkatkan. Plutchik juga telah menyenaraikan lapan tindak balas adaptif asas, iaitu Takut, Meluat, Terperanjat, Gembira, Sedih, Terima, Marah dan Rasa ingin tahu. Plutchik telah membahagikan emosi kepada tiga dimensi (Plutchik's dimensions of emotion) iaitu intensiti, persamaan dan polariti. Intensiti (intensity) adalah merujuk kepada darjah kekuatan emosi sesuatu emosi  contohnya dari bahagia kepada gembira. Persamaan (similarity) merujuk kepada perhubungan atau perkaitan contohnya,  takut dan sedih adalah lebih dekat berbanding dengan takut dan gembira. Polariti (polarity) pula merujuk kepada kekutuban seperti benci lawannya adalah suka. Saya berpendapat bahawa Plutchik theory merupakan teori yang paling tepat untuk mengalalisis dan membahagikan emosi kepada ketegory yang berbeza.


"Tomkin's Facial Feedback Theory" membincangkan tentang emosi seseorang dapat dipengaruhi oleh apa-apa yang berlaku. Teori ini adalah sama dengan teori Darwin. Sebagai contoh, apabila kami berasa takut dalam sesuate situasi, muka kami akan menunjukkan emosi bimbang dan apabila kami berasa gembira, kami akan senyum dengan gembira dan kadang-kala melompat kegirangan. Teori ini adalah berdasarkan teori Darwin.


Selain itu, saya diperkenalkan tentang topik Learning theories (teori pembelajaran dan pengalaman). Learning Theories terdiri daripada pandangan biologi pengalaman (the biological view of experience) dan Pandangan teori pembelajaran dari pengalaman (the learning theory view of experience). Pandangan biologi pengalaman memainkan peranan kecil dalam emosi. Plutchik menyatakan bahawa emosi adalah ekspresi seseorang dengan genetic potential seseorang individu. Proses kognitif (cognitive process) adalah berbeza daripada individu ke individu. Contohnya, Ali berasa gembira terhadap keputusan peperiksaan walaupun keputusannya hanya markah 60.  Tetapi Siti berasa sedih terhadap keputusannya yang hanya mendapat markah 60. Oleh itu, emosi berlaku secara semula jadi. Ia dipengaruhi dengan belajar dan emosi.


Akhirnya, kami didedahkan dengan teori yang terakhir iaitu 'Izard's Innate Facial Expression'.  Teori ini menyatakan bahawa emosi berlaku secara semulajadi. Pembelajaran hanya memberikan impak yang kecil terhadap emosi.


Kesimpulannya, emosi merupakan sesuatu yang kompleks dan sangat abstrak dan memerlukan kajian dan betul-betul belajar dalam pelbagai aspek untuk benar-benar menentukan konsepnya. Pada pendapat saya, emosi ialah satu komponen yang sangat penting dalam kehidupan kita kerana emosi mempunyai kesan tertentu terhadap sesorang. Emosi juga dapat melahirkan ekspresi-ekspresi tertentu pada muka seseorang.Selepas kuliah tersebut, saya menjadi lebih jelas dan memahami tentang topic ini iaitu emosi. Emosi adalah satu set kompleks interaksi di kalangan subjektif dan faktor objektif diantarai oleh sistem saraf hormone. Emosi seseorang perlulah dijaga dengan baik supaya menjamin kehidupan yang lebih baik. Sebagai seorang pelajar perubatan , pengurusan emosi adalah sangat penting dalam kehidupan kita supaya dapat menjamin kehidupan yang lebih baik dan mengurangkan tekanan pada pembelajaran dan pekerjaan kita.

No comments:

Post a Comment