Sunday, July 31, 2011













 

                                                                



A131729

        ASHTA A/P N.MAILVAGANAM PILLAI

          Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kursus pengurusan emosi  yang dihormati Dr.Zamri dan rakan-rakan.Pertama sekali saya ingin mengetengahkan bahawa saya berasa bahawa objektif kursus Pengurusan emosi yang akan dikendalikan pada semester 3 ini akan memberikan banyak manfaat kepada kami semua.Seperti yang sedia maklum pengurusan emosi adalah amat penting bagi semua dalam membolehkan kita memantapkan karekter dan jati diri.Oleh itu saya berasa bahawa saya telah diberi peluang keemasan untuk mengikuti kursus ini dan saya yakin akan mempelajari banyak daripada apa yang diajarkan.Kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada onak duri kehidupan dan cara kita bagkit dan menempuh cabaran-cabaran ini akan menentukan masa depan kita.Lebih-lebih lagi,profesion perubatan adalah sesuatu pekerjaan yang mulia dan memerlukan kita untuk menjadi tabah dari segi mental dan emosi untuk melalui segala cabaran yeng akan datang.Sebagai doktor,kita akan sentiasa berdepan dengan orang pelbagai ragam dan kerenah dan kita harus mengasah kebolehan untuk menguruskan emosi dengan elok.Kita harus bersedia untuk menerima kritikan walaupun yang kasar dan jangan menjadikan apa-apa situasi mengurangkan semangat kita.Kita harus mengawal emosi kita walaupun dalam keadaan marah supaya kita tidak mengambil tindakan melulu tanpa berfikir dengan rasional dan tanpa menimbang baik buruk sesuatu perkara.Hal ini boleh mengundang kejadian yang tidak diingini di samping memepengaruhi kita untuk melakukan sesuatu yang akan kita kesali di kemudian hari.Pada pendapat saya,semua orang akan berhadapan dengan masalah sepnjang hidup kita.Ini adalah lumrah kehidupan dan cara kita mengatasinya dan apa yang kita belajar daripada kesilapan yang lalu akan menentukan masa depan kita.Oleh itu, aspek pengurusan emosi tidak boleh dipandang ringan kerana tindakan seharian,mentality,persepsi,personality dan perspektif kita terhadap orang lain semua bergantung kepada emosi.Kestabilan emosi menjamin kebahagiaan hidup.

            Dalam kuliah pertaman pengurusan emosi,Dr.Zamri telah menayangkan satu video youtube yang mengisahkan seorang anak muda dari Korea yang datang untuk uji bakat dalam satu rancangan reality tv.Dia bercerita tentang latar belakang hidupnya yang sungguh menyayat hati.Dia tidak mempunyai keluarga atau sesiapapun untuk memberikan kasih saying dan sokongan kepadanya tetapi dia mempunyai bakat terpendam dan apabila dia mula menyanyi, semua berasa tersentuh dan mula menitiskan air mata.Video tersebut sangat menyentuh hati kerana walaupun dia hidup dalam serba kekurangan selama ini malah tidak mempunyai tempat tinggal, dia tidak berputus asa atau mencari jalan negatif untuk mencari diut.Sebaliknya, dia menyara hidup dengan menjual gula-gula getah di tepi jalan.Setelah menonton video tersebut, saya berasa bersyukur ke atas semua yang saya ada sekarang.

           Kuliah Dr.Zamri bertajuk struktur dan expressi emosi.Kuliah tersebut telah membolehkan saya mendalami pemahaman saya terhadap definisi sebenar emosi dan teori-teori tentang emosi yang telah diketengahkan oleh orang-orang terkemuka.Salah satu daripadanya ialah Darwin's basic theory of emotion yang menggariskan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas atau juga dikenali sebagai primary emotion.Primary emotion ialah cirri-ciri intrinsic manusia yang dimanifestasikan dalam cara yang seragam di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang,kedudukan geografi dan budaya.Selain itu teori ini juga menyatakan nahawa expresi wajah merupakan lambing emosi yang paling utama kerana riak wajah kita mudah dibaca oleh orang lain dan apa yang kita rasa sukar untuk disembunyikan terutamanya melalui mata.Walaubagaimanapun, pada pendapat saya riak wajah seseorang tidak semestinya menggambarkan apa yang dirasai kerana sesetengah daripada kita mempunyai kebolehan untukmenyembunyikan emosi kita dengan berkesan.Teori kedua pula ialah plutchik's primary emotion theory yang menggambarkan emosi dalam tiga bahasa iaitu subjektif language,behavioural language and functional language.subjektif language adalah sesuatu yang sukar ditafsir, behavioural language merupakan bahasa tingkah laku dad fuctional language merupakan bahasa fungsian.Daripada pemahaman asas saya tentang teori ini, bahasa subjektif ialah bahasa asas bagi semua aspek emosi contohnya takut, gembira, dan sedih.Bahasa tingkah laku pula ialah tindakan susulan daripada emosi yang telah wujud sebagai contoh menitiskan air mata atau menjerit dengan riang.Akhir sekali bahasa fungsian merupakan bahasa yang melambangkan bagaimana sesuatu emosi membei kesan kepada kita dan peranan emosi tersebut dalam kehidupan seharian kita.Plutchik mengetengahkan lapan reaksi adaptif sebagai prototaip untuk segala jenis emosi.Menurut Plutchik emosi mempunyai tiga dimensi asas iaitu intensity, similarity and polarity.Intensity merujuk kepada kekuatan sesuatu emosi,similarity merujuk kepada hubungan atau perkaitan dan polarity merujuk kepada kekutuban.Bagi saya semua ini adalah perkara baru yang saya pelajari.

            Teori ketiga pula ialah Tomkins facial feedback theory yang menarik perhatian saya kerana teori ini mengatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang berkait rapat dengan expressi muka.Menurut Tomkin senyum dapat melahirkan rasa gembira dalam hati sanubari.Senyuman menurutnya mampu melahirkan keceriaan.Keceriaan pula pada pendapat saya dapat membantu kita untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa-apa jua situasi.Bila susah senyum,susah untuk ceria dan kita akan lebih focus kepada fikiran-fikiran yang negatif.Saya bersetuju dengan teori ini kerana saya juga berpendapat bahawa senyuman yang diukir daripada hati yang ikhlas mewujudkan rasa gembira dalam diri sendiri dan juga rasa senang hati orang lain dan rakan taulan.Akhir sekali, Izard's innate facial expression.Teori ini mengatakan bahawa proses pembelajaran mempuyai impak yang minima dan minor ke atas emosi dan pengalaman.Menurut Izard,setiap emosi mempengaruhi pembelajaran dan mambantu mengenali cirri-ciri persekitaran.Emosi yang wujud dalam bebrapa bulan pertama mempengaruhi cara seorang bayi memberikan respon kepada persekitaran.Emosi ini kemudian bertukar melalui pengalaman dan pembelajaran.Dalam teori ini terdapat biological view dan learning view.Biological view ialah suatu proses kognitif yang berbeza antara individu bergantung kepada persepsi,mentality, dan taraf keyakinan diri.Sebagai contoh seseorang boleh melihat peperiksaan sebagai sesuatu yang negative dan hanya memberikan stress tetapi orang lain boleh melihatnya sebagai peluang untuk mempelajari perkara baru dan melihat tahap pencapaian dan kemudian berusaha untuk menigkatkan pencapaian.Learning teori view pula mengatakan bahawa semua emosi dipelajari daripada pengalaman dan pemerhatian dan tidak mempunyai asas biologi.

          Sebagai penutup ingin saya nyatakan bahawa pengurusan emosi amat penting dalam kehidupan seharian kita.Kita perlu mencari jalan untuk mengawal segala bentuk emosi supaya kita tidak hilang arah tuju dan tidak berputus asa.Pengurusan emosi yang baik meningkatkan kematangan kita dan menjadikan kita berkebolehan untuk menangani apa jua cabaran yang  dilontar.Kita juga akan menjadi lebih rasional dalam mengambil keputusan dan tindakan.Interaksi kita dengan rakan-rakan juga akan bertambah baik dan perselisihan faham atas sebab-sebab yang kecil boleh dielakkan.Emosi tidak boleh dipisahkan daripada fisiologi kita dan emosi yang tidak terkawal ataupun kurang stabil boleh mendatangkan banyak mudarat.Oleh itu adalah sangat penting bagi kita mengambil inisiatif dalam aspek pengurusan emosi.Ini harus dijadikan tanggungjawab individu bagi membolehkan kita mencapai kejayaan dalam hidup dan hidup dengan ketenteraman hati.

  

No comments:

Post a Comment