Sunday, July 31, 2011

Cassandra Tham A131560 LJ01

image.gif

Kursus ZT2253 iaitu modul Pengurusan Emosi merupakan kursus yang diambil oleh semua pelajar perubatan Tahun 2 2011/2012. Pada 27 Julai 2011 yang lepas, kuliah kedua bagi kursus ini diadakan. Dalam kuliah, Pensyarah menerangkan tajuk 'Pengenalan Emosi dan Struktur Dan Ekspresi Emosi'. Kami dikehendaki membuat jurnal berkaitan kuliah yang diberikan pada setiap minggu, mulai minggu kuliah ini.

Dalam kuliah pertama ini, saya dapat mempelajari beberapa benda seperti definisi emosi, komponen emosi, bagaimana emosi boleh mempengaruhi motivasi, cara mengukur tahap emosi, struktur dan expresi emosi serta pengalaman emosi. 

Emosi, seperti yang didefinisi oleh Kleinginna dan Kleinginna 1981, merupakan interaksi faktor objektif dan subjektif yang kompleks, dipantau oleh sistem saraf dan hormon. Emosi dipengaruhi oleh kepercayaan personal yang berasaskan fakta yang benar. Saya juga belajar bahawa emosi terdiri daripada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Perasaan boleh merangkumi perasaan keseronokan hingga perasaan ketakutan. Proses kognitif melibatkan melabelkan emosi, punca emosi tersebut dan juga cara atau langkah mengatasi emosi tersebut. Perubahan fisiologi akan berlaku apabila sistem saraf diaktifkan, iaitu dengan menaikkan kadar denyutan jantung, berpeluh dan menaikkan kadar pernafasan, terutamanya apabila dalam ketakutan. Tingkahlaku berkaitan akan seterusnya dilakukan.

Saya juga dapat belajar bahawa emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Mengikut Baron dan Logan 1993,  emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan mengikut Long et al 1992, emosi digunakan sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Walau bagaimanapun, bukan dalam semua keadaan emosi boleh menjadi pendorong dan tidak semua pendorong adalah berasaskan emosi, kerana dalam pembelajaran dan pemakanan, pencapaian akademik dan kelaparan menjadi motivasi dan bukannya emosi.

Seterusnya, pensyarah juga mengajar kami bagaimana mengukur tahap emosi, iaitu dengan report sendiri, pemerhatian direct, ukuran psikologi serta ukuran fisiologi. Report sendiri termasuklah temuramah, soal selidik, serta teknik pementoran sendiri. Cara ini mudah dan direct. Namun begitu, terdapat masalah perbezaan norma kultur dan masalah pelabelan kultur. Pemerhatian direct juga boleh digunakan, tetapi cara ini pula munculnya masalah pergantungan. Terdapat juga ukuran psikologi yang boleh digunakan. Cara ini melibatkan penyelidikan tentang keadaan badan yang merefleksikan sistem saraf. Ukuran fisiologi yang dapat mengukur tahap emosi pula dapat dilakukan melalui ukuran kadar denyutan jantung, ukuran tekanan darah, ketegangan otot, serta ukuran kadar pernafasan seseorang. 

Dalam penyambungan kuliah, pensyarah menceritakan tentang struktur dan ekspresi emosi. Saya belajar bahawa terdapat emosi asas, atau emosi primer, yang merupakan ciri asal spesies manusia yang diekspres secara sama dalam segala kultur. Terdapat dua teori yang dikemukakan iaitu teori evolusi atau biologi dan teori pembelajaran. Pensyarah memberikan sesuatu singkatan untuk mempermudahkan ingatan teori tersebut iaitu Pakcik Tumbuk Izat, Izat Lari. Pakcik digunakan untuk mengingati Plutchik's primary evolution theory, Tumbuk digunakan untuk mengingati Tomkin's facial feedback theory, Izat digunakan untuk mengingati Izard's innate facial expression dan Lari digunakan untuk mengingati Learning theory.

Pada awalnya, Darwin's basic theory of evolution digunakan untuk menerangkan struktur dan ekspresi emosi. Dalam Kokoszka 1993, emosi asas merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dalam buku The expression of emotion in man and animals, expresi wajah seseorang dapat melambangkan emosi. Teori emosi asas ini dapat digunakan kerana emosi asas ini dikatakan merupakan bahan neural asas, universal, serta merupakan status perasaan yang unik. Walau bagaimanapun, emosi asas ini tidak wujud dalam dunia ini, malah terdapat elemen yang basik yang menjadikannya wujudnya emosi. Woodworth 1938 dapat mengemukakan sistem berstruktur bagi emosi. Schlosberg 1952 dapat mengemukakan struktur 3D yang melibatkan beberapa faktor iaitu pleasantness/unpleasantness, attention/rejection, dan sleep/attention. Walau bagaimanapun, dalam tahun 1962, Plutchik dapat mengemukakan sesuatu teori yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang teori struktur dan ekspresi emosi. Ini adalah kerana teori ini lebih adaptif, sebab Rolls 1990 menyatakan bahawa kesemua emosi yang wujud ialah kombinasi gabungan emosi asas.

Plutchik's primary emotion theory menyatakan bahawa terdapat tiga ciri, iaitu bahasa emosi, reaksi penyesuaian yang basik, serta dimensi emosi. Bahasa emosi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu aspek subjektif, aspek tingkahlaku serta aspek fungsian. Aspek subjektif ini merupakan sesuatu yang biasa bagi emosi. Tingkahlaku pula merupakan sesuatu tindakan susulan yang dibuat sebagai reaksi kepada emosi yang dirangsang. Aspek fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut. Reaksi penyesuaian yang basik ini merujuk kepada keupayaan berubah bagi menyesuaikan diri dengan keadaan. Tedapat 8 reaksi yang dibincangkan iaitu takut, meluat, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Seterusnya adalah dimensi emosi, yang dibahagikan kepada tiga iaitu intensiti, persamaan serta kekutuban. Intensiti merupakan darjah kekuatan emosi, persamaan merujuk kepada hubungan antara dua perasaan seperti takut dengan sedih dan takut dengan gembira, dan kekutuban seperti benci lawan suka. Terdapat juga pendekatan dimensi iaitu sesuatu model alternatif yang dikemukakan oleh Donald Fromme dan Clayton O'Brien, iaitu kitaran emosi sebagai alternatif. Kitaran emosi ini terdiri daripada empat aspek iaitu dominance-submission, approach-avoidance, pleasure-pain dan parasympathetic arousal-sympathetic arousal.

Tomkin's facial expression theory menceritakan dengan lebih detail tentang bagaimana emosi bergantung kepada ekspresi muka. Dalam teori ini, Tomkin bertanya sama ada seseorang akan senyum kerana gembira ataupun gembira kerana senyum. Selepas membuat kajian, Tomkin berkata bahawa senyuman akan menyebabkan seseorang itu gembira, kerana emosi dipengaruhi oleh ekspresi muka. Kajian yang dilakukan oleh Ursula Hess menunjukkan bahawa seseorang lebih mudah gembira apabila dia dapat senyum. Kajian oleh Robert Zajonc pula menunjukkan bahawa perubahan dalam otot muka dapat mempengaruhi aliran darah ke otak dan ini akan mempengaruhi emosi. Walau bagaimanapun, ekspresi muka merupakan aspek penting dalam komunikasi tetapi memainkan peranan kecil dalam menunjukkan emosi dalaman seseorang. 

Seterusnya, Izard's innate facial expression pula menyatakan bahawa terdapat mekanisme neural untuk ekspresi muka dan persepsi ekspresi ialah secara dalaman, serta emosi. Teori Born to smile menyatakan bahawa sejak kelahiran, bayi dapat mempunyai emosi seperti marah dan terperanjat sejak 3 bulan, malu dan takut sejak 5 bulan, terima sejak 1 tahun serta rasa bersalah sejak 2 tahun. Walau bagaimanapun, senyuman tidak semestinya bermaksud gembira. Cross cultural study pula dilakukan oleh Paul Ekman dengan menggunakan gambar orang yang senyum, marah dan sebagainya dalam rakyat beberapa negara dan mendapatkan bukti bahawa emosi dan ekspresi muka mempunyai sedikit perbezaan antara negara. Paul Ekman menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. 

Akhirnya, learning and experience theory diceritakan oleh pensyarah. Terdapat biological view dan learning theory view. Biological view menunjukkan bahawa pembelajaran memainkan peranan kecil dalam emosi. Plutchik menyatakan bahawa emosi merupakan ekspresi terusan potensi genetik seseorang individu, tetapi pembelajaran mengubahsuaikannya. Matsumoto mengkaji ekspresi dan intensiti emosi dan membuat konklusi bahawa emosi asas ialah sama, tetapi terdapat perbezaan yang halus sahaja. Izard pula menyatakan bahawa emosi muncul semasa tahun-tahun awal kehidupan, dan ini mempengaruhi cara seseorang bertindak. Proses kognitif setiap orang berbeza, emosi asas dan ekspresi dipengaruhi oleh pembelajaran dan emosi. Learning theory view pula menyatakan bahawa semua emosi dipelajari dan ini dibuktikan oleh Miller yang menyatakan bahawa ketakutan tiada asas biologi serta Albert yang menyatakan bahawa manusia dapat mendapatkan rasa ketakutan daripada pembelajaran.

No comments:

Post a Comment