Sunday, July 31, 2011

A131640 Anis Ayuni Binti Abdul Ghaffar LJ01-Cetusan Emosi

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama yang pernah saya tulis sepanjang hidup saya. Pada 27 Julai yang lepas, saya telah mempelajari Struktur dan Ekspresi Emosi dan dikehendaki untuk menulis jurnal. Sebelum saya masuk ke kelas Pengurusan Emosi ini, saya merasakan kursus ini tidak perlu dijadikan subjek wajib kerana ia hanya berkaitan dengan emosi seseorang. Tidak begitu penting untuk belajar mengenai emosi yang tersimpan dalam diri seseorang. Apa perlunya untuk belajar mengenai emosi??? Ayat ini penah terdetik di dalam benak saya. Sehinggalah saya belajar mengenai subjek ini pada hari Rabu yang lepas, saya mengubah sedikit perspektif saya terhadap kursus Pengurusan Emosi yang akan saya pelajari sepanjang semester 3 saya di sini.
 
            Saya dapat mempelajari pelbagai benda sepanjang kuliah Struktur dan Ekspresi Emosi memandangkan saya tidak pernah mengkaji dan belajar dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna, definisi emosi ialah suatu set interaksi kompleks antara factor subjektif dan objektif, melalui system saraf dan hormon. Faktor subjektif boleh mempengaruhi kepercayaan seseorang, berlandaskan fakta sebenar. Manakala faktor objektif ialah sesuatu fakta atau situasi yang dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Emosi memberikan pengalaman afektif dan juga menjana proses kognitif. Selain itu, emosi juga mengaktifkan penyesuaian fisiologi secara meluas mengikut keadaan. Akhir sekali, emosi mengarah kepada perbuatan dan tingkah laku sama ada positif atau negatif. Secara keseluruhan, emosi mempunyai empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkahlaku berkaitan.
 
            Emosi mempunyai makna yang lebih luas daripada perasaan dan ia dapat dikaitkan dengan emosi. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Manakala menurut Lang et al, 1992, emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku dan motif juga boleh menjadi emosional.
 
Emosi terdiri daripada emosi asas menurut teori asas emosi oleh Darwin. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresi dalam bentuk yang seragam pada semua budaya dan emosi ini bersifat adaptif. Ekspresi wajah melambangkan emosi kerana riak muka paling senang dikesan dan bukannya bahagian anggota badan yang lain. Terdapat beberapa ahli teori yang membuat teori berkenaan emosi. Antaranya ialah Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman. Mereka membuat teori di mana emosi primari menerbitkan emosi-emosi lain dan kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi antara emoai-emosi primari.
 
Robert Plutchik, seorang ahli teori, membahagikan teori emosi primari kepada tiga, iaitu bahasa emosi, tindakbalas asas kepada penyesuaian, dan dimensi emosi. Untuk bahasa emosi, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa berbeza:
  • Bahasa subjektif
  • Bahasa tingkahlaku
  • Bahasa fungsian
 
Sebagai contoh, ketakutan (bahasa subjektif) akan mengarah kepada tingkahlaku untuk melepaskan diri (bahasa tingkahlaku) dan mencapai tujuan untuk melindungi (bahasa fungsian).
 
            Bahasa subjektif ialah bahasa biasa bagi emosi seperti panic dan sedih. Bahasa tingkahlaku pula adalah tindakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, jika seorang manusia takut, dia akan melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Manakala bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Selain itu, ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Sebagai contoh, emosi gembira, menunjukkan betapa pentingnya perhubungan sesama manusia.
 
            Teori asas emosi yang kedua ialah tindakbalas asas kepada penyesuaian. Plutchik telah menyenaraikan lapan reaksi penyesuaian,iaitu takut(fear), meluat(disgust), marah(anger),terperanjat(surprise), gembira(joy), sedih(sadness), terima(acceptance), dan rasa ingin tahu(curiosity). Tindakbalas asas ini boleh dilihat sebagai empat pasangan yang bertentangan kutub iaitu penerimaan vs meluat, takut vs marah, gembira vs sedih dan terperanjat vs perassan ingin tahu.
 
            Teori asas yang terakhir ialah dimensi emosi. Emosi boleh berbeza kepada tiga dimensi penting iaitu intensity,similarity dan polarity. Intensity merujuk kepada darjah kekuatan emosi (i.e. dari kecewa kepada sedih). Similarity pula merujuk kepada hubungan (i.e. marah dan meluat lebih dekat berbanding marah dan terima) manakala polarity merujuk kepada kekutuban (marah lawannya sedih). Kelapan-lapan emosi asas ini telah digabungkan untuk dijadikan Plutchik's emotion model.
 
            Pada tahun 1982, Donald Fromme dan Clayton O'Brien telah mencadangkan Kitaran Emosi (Emotion Circle) sebagai alternatif kepada teori Plutchik. Dimensi yang dicadangkan ialah 4 dimensi emosi iaitu dominance-submission, approach-avoidance, pleasure-pain dan parasympathetic arousal-sympathetic arousal.
 
            Seorang lagi ahli teori, Salvin Tomkins telah muncul dengan 1 teori iaitu Tomkin's Facial Feedback Theory. Teori ini mengkaji mengenai hubungan antara ekspresi muka dan emosi. Yang pertama, apa menyebabkan apa? Adakah ekspresi muka yang menyebabkan emosi atau sebaliknya? Sebagai contoh, adakah anda senyum disebabkan anda gembira atau anda merasa gembira disebabkan anda senyum? Menurut Tomkin, senyuman membuatkan anda gembira. Emotion is primarily facial behavior.
 
            Terdapat dua kajian yang menyokong FFT iaitu Ursula Hess & colleagues dan Robert Zajonc & colleagues. Terdapat juga kritikan kepada FFT. Antaranya ialah ekspresi seseorang pada sesuatu waktu bukan petunjuk sebenar emosi. Ekspresi muka adalah alat komunikasi dan hanya mempunyai sedikit hubung kait dengan emosi dalaman.
 
            Izard pula muncul dengan Izard's Innate Facial Expression. Izard menyatakan mekanisme saraf untu ekspresi muka adalah semulajadi, begitu juga emosi. Pembelajaran hanya memberikan kesan kecil kepada pengalaman emosi. Hal ini dibuktikan dengan newborn's 'born to smile' studies dan cross-cultural studies. Terdapat kritikan dalam 'Born to smile' studies iaitu senyuman bayi tidak menunjukkan mereka gembira.
 
            Akhir sekali ialah learning and experiences theories. Teori ini memberikan pandangan biological dari pengalaman. Apa yang saya dapat dari sini ialah pencetus adalah situasi yang akan menyebabkan emosi tersebut ditonjolkan. Emosi boleh disebabkan dari pelbagai pencetus bergantung kepada individu. Setiap individu berbeza.
 
            Secara keseluruhan, emosi amat penting dalam kehidupan seseorang. Emosi perlu ada untuk seseorang menjalani kehidupan normal dan sempurna. Bukan setakat itu, emosi juga dapat memainkan peranan penting untuk meningkatkan motivasi dan hal ini dapat memberikan kesan positif kepada individu tersebut. Perasaan mempunyai jurang yang banyak dengan emosi di mana definisi emosi lebih merangkup ruang yang yang lebih luas. Melalui penulisan jurnal ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang struktur dan ekspresi emosi dan saya juga dapat mengetahui tentang teori-teori yang dikemukakan oleh pelbagai ahli teori.
 
            Wassalam.

No comments:

Post a Comment