Para mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun Dua telah diperkenalkan dan diwajibkan untuk mengambil kursus Pengurusan Emosi sebagai salah satu subjek teras. Pengurusan Emosi merupakan satu aspek yang sering sekali dipinggirkan dalam system pembelajaran kita pada hari ini. Apa yang sering kita terlupa adalah kepentingannya dalam membentuk insan yang seimbang. Hal ini begitu penting sekali terutamanya bagi mahasiswa jurusan perubatan yang bakal menghadapi pelbagai cabaran yang pasti manguji kebolehan mereka pada masa akan datang. Malah, ada di antara mereka yang sudah tertekan dengan pembelajaran yang agak menguji kemampuan mental dan fizikal. Oleh hal yang demikian, pengenalan kursus ini dikatakan amat bersesuaian dan bertempat pada masanya.
Kuliah pertama subjek Pengurusan Emosi kita pada Rabu yang lepas berkenaan dengan pengenalan dan seterusnya struktur dan ekspresi emosi.
Kuliah pada hari tersebut dimulakan dengan tayangan sebuah video seorang pemuda berbangsa Korea yang sedang mempersembahkan sebuah lagu. Persembahannya sungguh mengagumkan. Ramai di antara penonton yang telah terharu dengan semangatnya dan bakatnya sebagai seorang penyanyi. Dia sebenarnya adalah seorang anak yatim piatu yang telah mendapat inspirasi untuk menjadi seorang vokalis setelah menyaksikan persembahan seorang vokalis di sebuah pub. Video ini telah menunjukkan pengawalan emosi diri yang cukup baik. Dia bukan sahaja telah berjaya mengawal emosi diri, malahan juga emosi para penonton dan juri-juri. Hal ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk menguruskan emosi saya dengan lebih baik lagi. Saya akan cuba meyakinkan diri apabila mempersembahkan sesuatu. Pada malam itu, saya telah menghadiri latihan debat bahasa inggeris untuk memajukan diri lagi. Saya dapati bahawa ketenangan diri amat penting bagi memastikan kelancaran idea apabila membentangkan sesuatu. Ini merupakan sesuatu yang memerlukan masa dan latihan untuk memcapainya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.
Kuliah disambung dengan pengenalan difinisi emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi adalah satu set kompleks interaksi antara faktor-faktor yang boleh dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi,berdasarkan fakta-fakta sebenar dan fakta atau keadaan yang mempengaruhi hasil sesuatu. Emosi boleh menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan keseronokan arousal atau tidak berpuas hati; menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan persepsi, penilaian, proses pelabelan; mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat yang membangkitkan; dan membawa kepada tingkah laku yang sering, tetapi tidak semestinya, ekspresif, matlamat yang diarahkan, dan adaptif. Terdapat empat komponen emosi,iaitu, perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Contohnya, saya berasa cemas apabila mendapati bahawa terdapat banyak lagi tugasan yang belum disiapkan padahal peperiksaan sudah makin hampir (perasaan). Saya telah mendapatkan tunjuk ajar daripada rakan seperjuangan dan memikirkan cara dan masa yang paling sesuai untuk menyiapkan kesemua tugasan tersebut (proses kognitif). Saya berasa begitu lega selepas mendapat tunjuk ajar dan seterusnya mengetahui cara menyelesaikan tugasan (perubahan fisiologi). Saya terus berusaha mengejar masa mengulangkaji selepas menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut (tingkahlaku).
Oleh hal yang demikian, emosi bukan sahaja perasaan. Ia adalah motivasi kepada tingkahlaku dan motif yang boleh menjadi emosional (Lang et al,1992). Perasaan ingin tahu sering sekali mendorong saya untuk mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari. Pada masa yang sama, perasaan takut apabila mendapat keputusan yang kurang memuaskan telah mendorong saya untuk belajar dan berusaha dengan lebih kuat lagi. Begitulah, emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong berasakan emosi.
Emosi secara lisan merupakan pernyataan seseorang mengenai apa yang dirasainya. Ini dilakukan secara temu bual, soal selidik, atau teknik pemantauan sendiri, di mana tingkahlaku sendiri dalam tempoh masa tertentu direkodkan. Ini merupakan satu cara yang mudah dan dilakukan secara langsung. Walaubagaimanapun, cara ini menghadapi masalah kebolehubahsuaian dalam norma-norma budaya dan masalah pelabelan budaya. Emosi secara fisiologi merupakan pengukuran dan kajian pelbagai tahap dalam badan yang mencerminkan fungsi automatic, system tulang dan saraf pusat. Ia menunjukkan tahap arousal seseorang. Penunjuk psikologi adalah seperti kadar jantung,tekanan darah,ketegangan otot, kadar pernafasan, aktiviti elektrik otak dan aktiviti electrodemal.
Menurut teori asas emosi Darwin, emosi terdiri daripada emosi asas. Emosi primary ini adalah cirri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka,1993). Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau mengakatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Bukti menarik yang telah mengukuhkan pernyataan ini ialah, 16 soalan tentang emosi yang ditanya kepada 36 bangsa yang berbeza telah mendapat jawapan yang sama. Kebanyakan theorists seperti Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman juga mengatakan bahawa emosi primary menerbitkan emosi-emosi lain.
Emosi primary merupakan emosi yang bersifat adaptif. Kesemua emosi lain yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls,1990). Mengikut teori utama emosi Plutchik, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza,iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku, dan bahasa fungsian. Takut (bahasa subjektif) boleh membawa kepada tindakan melarikan diri (bahasa tingkahlaku) dan berfungsi sebagai langkah perlindungan (bahasa fungsian). Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi, contohnya perasaan takut,gembira dan sedih. Bahasa tingkahlaku merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Contohnya, seseorang akan melompat kegirangan dan senyum gembira apabila dia berasa gembira. Manakala dia akan mengalirkan airmata apabila dia berasa sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu tersebut. Sebagai contoh, perasaan berani akan memberikan keyakinan kepada seseorang manakala perasaan sedih apabila terpaksa berpisah dengan seorang kawan akan melambangkan keakraban sesuatu persahabatan.
Reaksi asas penyesuaian Plutchik pula mengatakan bahawa terdapat lapan tindak balas penyesuaian, iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, genbira, sedih, terima, dan rasa ingin tahu. Kelapan-lapan tindak balas adaptif asas ini berfungsi sebagai prototaip semua emosi. Reaksi asas adaptif Plutchik ini boleh dilihat sebagai empat pasangan yang bertentangan. Pemerbadanan (mengambil) vs penolakan (membuang); perlindungan (melarikan diri) vs kemusnahan (menyerang); pengeluaran semula (memiliki) vs integrasi semula (kehilangan); serta, orientasi (berhenti) vs eksplorasi (bermula). Emosi bertentangan utamanya ialah, terima/meluat; takut/marah; gembira/sedih; terperanjat/dapat dijangka. Menurut Plutchik lagi, emosi boleh berubah-ubah dalam tiga dimensi yang penting, iaitu intensity,persamaan dan kekutuban. Intensiti merujuk kepada darjah kekuatan emosi, iaitu dari bahagia kepada gembira. Persamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan, iaitu takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. Kekutuban pula adalah benci lawannya suka.
Kesimpulannya, kuliah pada kali ini telah menyedarkan saya tentang kepntingan pengawalan emosi dan kesan-kesannya. Saya telah mengulangkaji subjek yang telah disampaikan dan berjanji akan cuba sedaya-upaya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperolehi dalam kehidupan seharian sabegai seorang mahasiswa jurusan perubatan supaya diri saya terus maju ke hadapan.
No comments:
Post a Comment