Sunday, July 31, 2011

ZT

Selamat sejahtera, saya mengucapkan beribuan terima kasih kepada Dr. Zamri kerana beliau telah menyampaikan dua tajuk kuliah yang amat berfaedah iaitu 'Pengenalan Emosi' dan 'struktur dan expressi emosi'.  Sebelum kuliah itu, saya tidak mengetahui definisi, struktur dan expressi emosi yang sebenar dan saya tidak menganggap emosi adalah penting dalam kehidupan harian saya.Selepas kuliah itu, saya telah memahami apa itu emosi dan beberapa penting emosi dalam kehidupan seharian saya.Jurnal ini merupakan jurnal pertama saya setelah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang disampaikan pada 27 Julai 2011.Pada pendapatan saya, emosi merupakan kesan fisologi akibat interaksi antara persekitaran kita dengan biokemia di dalam badan kita.Persekitaan seperti sesuatu perkara(contohnya: mendapat gred A dalam ujian) , persekitaran sekeliling seperti sekeliling tmepat duduk dan lain-lain akan menpengaruhi biokimia di dalam badan kita dan melahirkan emosi.Contohnya, bila saya mendapat bonus gaji(Persekitaran:perkara),saya berasa gembira(biokimia seperti hormon). Contoh lain,serotonin (hormon) akan dikeluarkan apabila hubungan sex(Persekitaran) diadakan.Contoh emosi adalah gembira, sedih, kejut, nangis ,marah,stress dan lain-lain.

Sebelum kuliah bermula, kami menonton satu video clip yang ditunjukkan oleh Dr.Zamri. Video clip itu amat menarik perhatian semua pelajar kerena ia menberi inspirasi kepada kami semua. Pada masa itu, saya berasa sangat kagum akibat panyanyi korean itu yang menakjubkan. Beliau sangat miskin tetapi berusaha untuk mencapai impian beliau iaitu vocalist.Video clip tersebut teleh menyedarkan saya supaya tidak boleh mudah mengaku kalah akibat emosi saya terhadap video clip itu. Hal ini telah menunjukkan kepentingan emosi dalam kehipudan kami. Kami tidak boleh hidup tanpa emosi kerana emosi adalah penting untuk menggubah kehidupan kami.Contohnya, stress boleh meningkatkan prestasi .

 

Definisi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981),emosi adalah satu interaksi yang komplex antara faktor-faktor subjektif dan objektif yang dikawalkan oleh sistem hormon dan neural.Subjektif merupakan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu fakta manakala objektif adalah situasi ataupun fakta yang menpengaruhi sesuatu keputusan. Interaksi tersebut melahirkan pengalaman afektif seperti perasaan arousal dan keseronokkan. Selain itu , proses kognitif seperti emosi kesan-kesan berkaitan persepsi, penilaian dan proses pelabelan akibat interaksi tersebut. Emosi juga mengaktifkan penyesuian fisiology yang meluas kepada syarat-syarat yang membangkitkan. Akhirnya, emosi membawa kepada tingkah laku yang sering, tetapi tidak semestinya, ekspresif, matlamat mengarahkan dan adaptif. Contoh interaksi tersebut : bila saya dapat satu hadiah yang besar,saya memegang dan melihat hadiah itu(pengalaman afektif-rasa gembira kerana dapat hadiah)->hadiah besar itu mesti ipad2(proses kognitif)->saya berasa gembira dan jantung saya berdebar-debar(penyesuian fisiology) ->saya buka hadiah itu->muka(expressi) saya jadi sedih kerana hanya satu buku berada di dalam kotak itu(behavioral;tingkah laku).

 

Empat komponen yang penting dalam emosi iaitu perasaan,proses kognitif, perubahan fisiology dan tingkahlaku berkaitan.Saya selalu beranggap emosi itu adalah perasaan. Selepas kuliah tersebut, saya baru memahami emosi lebih luas maknanya dari perasaan.Melalui Baron & Logan, 1993 ,emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi manakala Lang et al,1992 menganggap emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Setiap perkara berlaku terhadap kita menpengaruhi emosi, tidak kira perkara itu penting atau tidak,seperti makan makanan juga akan menpengaruhi emosi kita. Oleh itu, emosi kami akan menpengaruhi tingkah laku dan tidakan kita. Contohnya, Abu membunuh(tingkah laku) Ali atas kebencian(emosi) kerana Ali mencuri duitnya(perkara).Walaubagaimanupun, bukan semua keadaan yang membangkitkan emosi akan menjadi pendorong(motivator ,contoh:tingkah laku) dan bukan semua pendorong berasaskan kepada emosi. Contohnya, belajar kuat (motivasi pencapaian akedemik, bukan akibat emosi) dan makan( motivasi kelaparan akibat biokimia di dalam perut stimulate otak kita).

 

Bagi pandangan saya, tiada aspek kehidupan mental kita adalah lebih penting daripada kualiti dan makna kewujudan kita daripada emosi. Emosi seperti sedih dan gembira adalah benda yang membuat hidup bernilai hidup. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kebanyakan klasik besar ahli-ahli falsafah-Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, Hume mempunyai teori emosi, yang dianggap sebagai tindak balas kepada pelbagai peristiwa penting terhadap subjek tertentu, mencetuskan perubahan badan dan motivasi kepada tidakan dan tingkah laku diri snediri. Apa yang menghairankan ialah bahawa dalam kebanyakan ahli-ahli falsafah abad kedua puluh dan psikologi cenderung mengabaikan Emosi.Hal ini desebabkan mungkin pelbagai fenomena yang dilindungi oleh perkataan "emosi". Pada masa yang terkini, bagaimanapun, emosi sekali lagi menjadi tumpuan minat yang kuat dalam falsafah, dan juga di cawangan-cawangan lain sains kognitif. Memandangkan proliferasi bursa semakin membuahkan hasil antara penyelidikan jalur yang berbeza, ia tidak lagi dibincangkan sebagai falsafah emosi tetapi pendekatan disiplin yang lain juga diutamakan, terutama psikologi, neurologi, biologi evolusi, dan juga ekonomi.

 

Emosi adalah interaksi yang komplex. Walubagaimanapun, beberapa cara telah diadakan untuk mengukur emosi. Kaedah mengukur emosi tidak semestinya tepat .Kaedah pertama, self-report – apa perasaanya. Kaedah ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara,contohnya, temu bual, soal selidik, teknik pemantauan sendiri(rekod tingkah laku sendiri dalam tempoh masa tertentu). Kaedah tersebut adalah mudah tetapi masalah kebolehubahsuaian dalam norma-norma budaya dan masalah pelabelan budaya. Kaedah kedua adalah pemerhatian terhadap masalah yang dialami. Selain itu,pengukuran fisiologi juga boleh diadakan untuk mengukur emosi seseorang.Pengukuran dan kajian di pelbagai tempat badan dalaman boleh mencerminkan fungsi sistem automatik, sistem tulang dan saraf pusat yang terlibat dengan emosi kita. Di samping itu, pengukuran juga boleh menyatakan tahap arousal seseorang. Penunjuk psikologi seperti kadar jantung, tekanan darah, ketegangan otot,kadar respirasi dan aktiviti elektrik otak adalah berkaitan dengan emosi kita.Maksudnya, emosi akan menyebabkan psikologi badan kita berubah dan sebaliknya.

Melalui kajian saya di internet, saya mendapati terdapat tiga teori emosi iaitu teori somatik (teori James-Lange), teori neurobiology (melibatkan prefrontal cortex dan homeostatic/asal emosi) dan teori kognitif.Teori somatik menuntut tindakan badan adalah aspek yang penting dalam emosi berbanding dengan pertimbangan. Teori versi pertama terhadap emosi dilahirkan oleh William James pada tahun1880. Teori ini mengalami kehilangan minat pada abad ke-20, tetapi kembalikan populariti pada masa kini akibat terutamanya ahli-ahli teori seperti John Cacioppo, António Damásio, Joseph E. LeDoux dan Robert Zajonc yang dapat merayu dengan bukti neurologi.

Melalui kuliah kedua, saya memahami struktur dan ekspresi emosi. Teori Emosi Primari Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion) menuntut bahawa emosi terdiri daripada emosi asas.Emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka,1993). Kajian Darwin menunjukkan emosi primari merupakan cirri-ciri dalaman setiap manusia tidak kira bangsa dan budaya. Menurut Darwin, ekspresi wajah juga melambangkan emosi seseorang.


Teori psychoevolutionary Robert Plutchik emosi adalah salah satu pendekatan pengkelasan yang paling berpengaruh bagi tidakan umum akibat emosi. Beliau menganggap lapan emosi sahaja iaitu marah, takut, sedih, jijik, terkejut, jangkaan, amanah, dan kegembiraan. Plutchik mencadangkan bahawa emosi ini 'asas' biologi yang primitif dan telah berkembang untuk meningkatkan kecergasan pembiakan haiwan. Plutchik berhujah terhadap keutamaan emosi tersebut dengan menunjukkan pencetusan tingkah laku dengan nilai survival yang tinggi, seperti cara yang menakutkan memberi inspirasi perjuangan atau fight-or-flight response.Teori psychoevolutionary Plutchik emosi asas sepuluh postulat.Pertama,konsep emosi boleh digunakan oleh semua peringkat evolusi sama ada haiwan ataupun manusia. Kedua, emosi mempunyai sejarah evolusi dan telah berkembang pelbagai bentuk ungkapan di dalam spesies yang berbeza. Ketiga, emosi berperanan menyesuaikan diri bagi membantu menangani isu-isu survival yang ditimbulkan oleh alam sekitar. Keempat,walaupun pelbagai bentuk ungkapan emosi dalam spesies yang berbeza, terdapat elemen-elemen tertentu, atau pola prototaip, adalah sama.Kelima, terdapat sebilangan kecil emosi asas, utama, atau prototaip.Keenam,semua emosi lain negeri campuran atau terbitan; iaitu, ia berlaku sebagai kombinasi, campuran, atau sebatian emosi rendah. Ketujuh, emosi utama dibinakan secara hypothethical atau terunggul yang sifat-sifat dan ciri-ciri hanya boleh disimpulkan daripada pelbagai bukti.Kelapan, emosi utama boleh dikonsepkan dari segi pasangan bertentangan kutub. Kesembilan, semua emosi berbeza dalam tahap persamaan mereka antara satu sama lain. Kesepuluh, setiap emosi boleh wujud dalam pelbagai peringkat intensiti atau tahap arousal.Selain itu,teori Plutchik berasakan bahasa emosi boleh digambarkan dalan tiga bahasa yang tidak sama iaitu bahasa  subjektif, bahasa tingkah laku dan bahsa fungsian.Bahasa subjektif merupakan perasaan yang ditunjukkan pada wajah kita, contohnya, risau,gembira dan lain-lain.Bahasa tingkah laku merupakan tindakan yang diambil mengikut emosi kita.Bahasa fungsian merupakan bahasa tersirat yang melambangkan emosi kita.


Kesimpulannya, emosi adalah satu elemen yang mesti perlu ada di dalam kehidupan kita kerana tanpa emosi kehidupan kita tidak akan berubah. Cara pengurusan emosi yang efektif dan betul adalah penting untuk mengawal emosi kita.Contohnya, mengawal emosi marah kita dengan betul.Teknik pengawalan emosi yang baik adalah sangat berguna dan berfaedah terhadap kemahiran sosial kita. Contohnya, kita boleh mengawal emosi sedih kita akibat sesuatu buruk dialami untuk menjaga imej kita dalam hidup sosial.Pengenal,struktur dan ekspressi emosi yang saya belajar melalui kuliah Dr. Zamri menyebabkan saya mengetahui berapa penting emosi di dalam hidup kita.Sekian Terima Kasih.

 

No comments:

Post a Comment