From: justinaswteh@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosixblogger.com; tugasan2253xgmail.com
Subject: FW: A131505 TEH SOH WEN LJ01 EMOSI
Date: Sun, 31 Jul 2011 03:34:20 +0800
From: justinaswteh@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A131505 TEH SOH WEN LJ01 EMOSI
Date: Sun, 31 Jul 2011 03:24:35 +0800
Teh Soh Wen A131505
Selamat sejahtera. Artikel ini merupakan jurnal pertama saya untuk ulasan tentang pembelajaran kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi.
Sebelum menghadiri kursus, pandangan dan pemahaman saya terhadap emosi ialah perasaan terhadap sesuatu benda atau peristiwa yang sama ada terpendam dalam hati atau ditunjukkan dalam air muka seseorang. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa emosi ialah sesuatu perkara yang amat abstrak dan boleh berubah dari sesuatu perasaan kepada sesuatu perasaan yang lain dengan sesuka hatinya. Malahan, saya berpandangan emosi itu sesuatu factor yang amat penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap seseorang individu, justeru pengawalan emosi adalah kritikal dalam memastikan kita dapat hidup dengan gembira dan mencapai matlamat kita dalam kehidupan dengan emosi yang stabil. Walaubagaimanapun, saya kurang memahami cara untuk mengawal emosi dan kurang kepekaan terhadap cara untuk mengukur emosi sesorang.
Sehubungan itu, saya berasa amat bersyukur dengan kuliah yang disampaikan oleh Dr. Zamri tentang Pengenalan Emosi dan Struktur Asas Emosi. Melalui kuliah Pengenalan Emosi, saya telah memahami bahawa emosi bukan sahaka sesuatu perasaan tetapi menurut definisi oleh Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi adalah interaksi yang komplex antara faktor subjektif dan factor objektif, di mana factor subjektif termasuklah pengaruh daripada kepercayaan sendiri atau fakta- fakta sebenar manakala factor objektif adalah berdasarkan fakta atau situasi yang mempengaruhi akibat sesuatu perkara. Kedua- dua faktor ini adalah dikawali oleh sistem neurohormon badan. Dengan itu, emosi telah menyebabkan 4 kesan- kesan utama seperti pengalaman efektif, iaitu perasaan terhadap sesuatu seperti perasaan gembira atau murung. Kesan kedua ialah proses kognitif, contohnya pendapatan terhadap sesuatu berdasarkan emosi serta proses memlabelkan perkara mengikut emosi pada masa itu. Seterusnya, emosi juga mengaktifkan perubahan fisiologi yang ketara terhadap situasi pada ketika itu. Tamhan pula, emosi juga memberi kesan terhadap tingkah laku seseorang yang biasanya ekspresif, bermatlamat dan bertujuan untuk penyesuaian dalam situasi baru. Contoh ini jelas mengambarkan kesan- kesan yang disebabkan oleh emosi. Siti berjalan kaki bersendirian dalam perjalanan balik ke rumah dari sekolah. Dia terdengar bunyi pelik dari kawasan lapang yang dipenuhi dengan lalang di tepi jalan. Dia berasa bercuriga dan takut. Ini adalah contoh perasaan iaitu pengalaman efektif. Dia berdekatan dengan tempat kejadian itu untuk mengenalpasti unsur bunyi pelik itu, iaitu proses kognitif. Dia ternampak seorang bayi terbuang yang nyawa- nyawa ikan antara lalang- lalang. Dia berasa terkejut dan cemas. Inilah contoh perubahan fisiologi. Dia berlari ke balai polis untuk meminta pertolongan. Inilah tingkah laku yang dilakukan oleh Siti.
Dengan ini, terbuktilah bahawa emosi mempunyai makna yang jauh lebih dalam dan luas daripada perasaan sahaja. Tamabahan pula, emosi turut dikatakan berkait rapat dengan motivasi menurut Baron & Logan, 1993. Manakala, Lang et al membentangkan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.
Setelah pengenalan tentang definisi dan kesan- kesan emosi, kami telah diberi pendedahan tentang cara untuk mengukur emosi. Terdapat 3 jenis kaedah untuk mengukur emosi seseorang iaitu laporan kendiri, permerhatian secara langsung serta penunjuk fisiologi. Laporan kendiri yang berdasarkan penceritaan secara lisan oleh subjek tentang perasaannya. Kaedah ini boleh dijalankan melalui temu bual, soal selidik atau rekod tingkah laku sendiri dalam suatu jangka masa yang ditentukan. Cara kedua, pemerhatian secara langsung adalah mengkaji dan menyelidik tentang pelbagai keadaan tubuh badan yang secara langsung memaparkan fungsi sistem badan seperti sistem saraf dan sistem rangka yang seterusnya mengindikasikan tahap kerangsangan seseorang. Kaedah ketiga ialah penunjuk fisiologi seperti denyutan jantung, tekanan darah, kadar penafasan dan sebagainya.
Selepas itu, dalam kuliah kedua, Struktur Asas Emosi, saya telah mempelajari beberapa teori yang menarik berkaitan dengan emosi. Sehubungan itu, saya telah memahami bahawa emosi yang sesuatu tingkah laku manusia yang secara semula jadi dan dipaparkan secara serupa tanpa kira budaya dan cara hidup seseorang. Terdapat 2 teori yang luas berkaitan dengan emosi, iaitu teori evolusi atau biologikal serta teori pembelajaran.
Di bawah teori evolusi/ biologikal, terdapat sesuatu teori bernama Darwin's Basic Theory of Evolution yang dibentangkan oleh Charles Darwin, saintis dari England. Menurut beliau, emosi terdiri daripada emosi asas ("primary emotion"). Apa itu emosi asas? Menurut pembentangan Kokoszka pada tahun 1993, emosi asas ialah ciri- ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Sementara itu, emosi asas bersifat adaptif. Menurut Rolls, 1990, kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi- emosi asas. Dalam buku Charles Darwin "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau menerangkan bahawa eskpresi wajah melambangkan emosi. Selain itu, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 3 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Ini bertepatan dengan pembentangan oleh Kokoszta yang menerangan emosi diekpresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.
Di samping itu, kami juga mempelajari tentang Plutchik's Primary Emotion Theory yang dibahagi kepada 3 segmen, iaitu language of emotions, basic adaptive reactions dan dimensions of emotions. Menurut Plutchik's language of emotions, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza termasuklah bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungisian. Misalnya, perasaan takut (bahasa subjektif) boleh menyebabkan tingkahlaku untuk melarikan diri (bahasa tingkahlaku) yang bertujuan untuk menlindungi sendiri (bahasa fungsian). Manakala, Plutchik's basic adaptive reactions adalah terdiri daripada 8 jenis reaksi termasuklah takut, meluat, amrah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Plutchik's dimensions of emotion pula membahagikan sesuatu emosi kepada 3 dimensi iaitu kekuatan, persamaan dan kekutuban.
Tambahan pula, pendedahan tentang interaksi ekspresi muka dengan emosi telah dilakukan melalui pembelajaran Tomkin's Facial Feedback Theory yang menekankan bahawa ekspresi muka seseorang berkaitan rapat dengan emosinya. Contohnya, bersenyum menyebabkan seseorang berasa gembira. Teori ini disokong oleh 2 kajian yang dilakukan oleh Ursula Hess dan rakan- rakan serta Robert Zajonc dan rakan- rakan. Walaubagaimanapun, terdapat satu kritik yang signifikan terhadap teori ini di mana ekspresi muka seseorang tidak semestikan mengambarkan emosi pada ketika itu. Hal ini kerana ekspresi muka adalah sesuatu unsur yang penting untuk komunikasi antara manusia dan tidak boleh dijadikan indikasi tulen emosi seseorang.
Sementara itu, kami juga didedahkan dengan sesuatu teori yang amat memberangsangkan iaitu Izard's Innate Facial Expression yang menyatakan bahawa emosi ialah sesuatu mekanisme yang semula jadi dan pembelajaran mempunyai impak yang minima terhadap pengalaman emosi. Ini dapat dibuktikan dengan kajian "born to smile" dalam kalangan bayi di mana ekspresi emosi telah wujud semasa kelahiran.
Selepas itu, saya telah belajar bahawa terdapat juga sesuatu teori yang amat berbeza dengan teori- teori evolusi yang lain, iaitu learning and experience theory yang mementingkan peranan pembelajaran dan pengalaman terhadap emosi. Teori ini jelas diterangkan oleh kajian Miller yang membentangkan bahawa semua emosi adalah hasil dari pembelajaran. Dalam kajian beliau, beliau menyatakan perasaan takut tidak berkaitan langsung dengan factor biologikal.
Pada akhir kuliah ini, saya telah berjaya memahami emosi dengan lebih mendalam dan meluas. Tambahan pula, saya lebih memahami kepentigan emosi dalam kehidupan dan pengaruhnya terhadap kita. Saya berasa berpuasa hati dengan ilmu yang telah saya pelajari melalui kuliah ini dan saya berharap dapat menperoleh lebih banyak pengetahuan tentang emosi dalam kuliah yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment