Sunday, July 31, 2011

FW: A132058 Nurul Dayana Binti Azmi LJ01 Wear Your Heart On Your Sleeve.




From: nuruldayana_91@hotmail.com
To: ayahlong_azm@gmail.com; ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A132058 Nurul Dayana Binti Azmi LJ01 Wear Your Heart On Your Sleeve.
Date: Sun, 31 Jul 2011 05:44:03 +0800


A132058 Nurul Dayana Binti Azmi LJ01 Wear Your Heart On Your Sleeve.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lepas iaitu bersamaan dengan 27/7/2011, saya telah menghadiri kuliah ZT2253 Pengurusan Emosi yang dibentangkan oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor. Tajuk yang dikemukakan oleh Dr. ialah berkenaan dengan struktur dan ekspresi emosi. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang kuliah tersebut dilangsungkan.

 

 

       Saya difahamkan bahawa emosi merupakan sesuatu perasaan yang sering diekspresikan oleh seseorang melalui ekspresi muka, percakapan serta perbuatannya dan ia tiada kaitan dengan jenis kaum mahupun bangsa seseorang itu. Oleh itu, emosi yang diluahkan oleh seseorang individu didapati sama sahaja dengan orang yang berbangsa lain daripadanya. Emosi juga melambangkan ekspesi terhadap seseorang atau terhadap sesuatu situasi.

 

 

Struktur dan ekspresi emosi boleh dikategorikan berdasarkan dua buah teori utama iaitu "Biological theories" dan "Learning theories". "Biological theories" yang juga dikenali sebagai emosi primari disokong oleh tiga buah teori seperti "Plutchik's primary emotion theory", "Tomkin's Facial Feedback Theory" dan "Izzard's innate facial expression". Sebelum itu izinkan saya untuk memetik ungkapan daripada Kokoszha, 1993. Beliau telah menyatakan bahawa emosi primari membawa maksud ciri-ciri dalaman yang terdapat pada seseorang dan diluahkan dalam bentuk yang seragam di kalangan apa jua bangsa serta budaya. 

 

 

Di bawah "Plutchik's primary emotion theory" terdapat tiga perkara yang telah dibincangkan. Tiga perkara tersebut ialah "language of emotion", "basic adaptive reactions" dan "dimensions of emotion". Emosi boleh diterangkan dalam tiga bahasa yang berbeza tetapi saling berkaitrapat antara satu sama lain. Pertama, bahasa subjektif merupakan bahasa yang sering digunakan untuk menyatakan sesuatu emosi. Contohnya ialah perasaan gembira, sedih dan takut. Seterusnya ialah bahasa tingkahlaku yang merupakan reaksi atau tindakan yang diambil setelah emosi itu diluahkan. Sebagai contoh, kita sering melompat kegembiraan apabila mendapat GPA 4.0 dalam peperiksaan akhir semester dan perasaan sedih selalu dikaitrapat dengan mengalir airmata. Akhir sakali ialah bahasa fungsian yang menerangkan peranan emosi tersebut kepada seseorang individu seperti dalam keadaan di mana kita memberanikan diri untuk memberi ucapan di hadapan khalayak ramai sebagai usaha untuk meningkatkan keyakinan diri.

 

 

Menurut Plutchik, emosi mempunyai lapan tindakan balas penyesuaian yang terdiri daripada perasaan takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Di samping itu, Plutchik turut menerangkan tentang dimensi emosi yang merangkumi darjah kekuatan emosi seperti perasaan sedih yang tertukar kepada marah, persamaan emosi seperti persaman di antara meluat dan marah, dan kekutuban emosi contohnya, emosi yang berlawanan bagi benci ialah suka.

 

 

"Tomkin's Facial Feedback Theory" menyatakan bahawa emosi adalah hasil daripada ekspresi muka seseorang. Sebagai contoh, senyuman itu boleh membuatkan kita berasa gembira dan bukan sebaliknya. Dua buah kajian telah pun dilakukan untuk menyokong teori tersebut. Hasil daripada kajian pertama yang dijalankan oleh Ursula Hess dengan rakan-rakan sekerjanya, mereka mendapati bahawa maklum balas yang disebabkan oleh perubahan dalam ekspresi muka akan memudahkan pengalaman sesuatu emosi. Kajian lain yang dijalankan oleh Zajonc dengan rakan-rakan sekerjanya pula menyatakan apabila otot muka berubah, ia akan menghasilkan emosi yang tertentu. Hipotesis yang dikeluarkan oleh beliau ialah perubahan pada otot muka boleh mendorong atau mengurang pengaliran darah dan seterusnya boleh merangsangkan pemanasan atau penyejukan pada otak. Sekiranya penyejukan pada otak berlaku, maka ia akan menghasilkan perasaan yang menyenangkan manakala pemanasan pada otak boleh melahirkan perasaan benci dan tidak sabar. Walaubagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kelemahan kerana senyuman tidak semestinya membawa maksud seseorang itu bergembira. Ada kalanya, kita masih boleh gelak dan ketawa walaupun ikutkan hati, kita berasa sedih dan kecewa.

 

 

          Melalui pencarian maklumat dari beberapa laman web, saya telah menjalankan sedikit penyelidikan ke atas seorang ahli psikologi yang bernama Carroll Izzard. Setelah mengkaji ekspresi emosi di kalangan bayi, beliau telah mengemukakan "Izzard's innate facial expression" yang jelas menyatakan bahawa ekspresi muka dan percepsi terhadap ekspresi tersebut adalah semula jadi. Antara kajian-kajian yang menyokong ideologi beliau ialah kajian "born to smile" yang dijalankan oleh Izzard dan kajian mengenai silang budaya yang dilakukan oleh Ekman. Berdasarkan kajian "born to smile", luahan emosi telah pun wujud sejak lahir lagi. Bayi yang berusia tiga atau empat bulan boleh mengekspresikan kemarahan dan kejutan. Pada usia lima atau enam bulan pula, mereka boleh mununjukkan perasaan malu dan takut, manakala perasaan puas hati pada usia satu tahun dan perasaan bersalah pada usia dua tahun. Dalam kajian Ekman yang membabitkan negara Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina, Jepun, Borneo dan New Guinea, ekspresi emosi adalah bukan sekadar semula jadi tetapi ia boleh diubahsuai oleh pengalaman budaya.

 

 

          Berdasarkan teori pembelajaran dan pengalaman, peranan pembelajaran dan pengalaman boleh dilihat dari pandangan biologi atau pandangan teori pembelajaran. Pandangan biologi menyatakan bahawa pembelajaran hanya berperanan kecil dalam pembentukan emosi. Menurut kata Plutchik, pembelajaran mempengaruhi kekerapan emosi yang berbagai untuk diluahkan. Izard pula menerangkan emosi adalah semula jadi yang telah wujud lama sejak beberapa bulan pertama bermulanya kehidupan dan pembelajaran memainkan peranan yang membawa kepada timbulnya emosi. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan kemarahan tetapi mereka akan mengetahui cara untuk mengekspresikannya dengan cara masing-masing. Contohnya, Ali seringkali melakukan vandalisme apabila dia dalam kemarahan manakala Abu akan berkongsi perasaan dengan kawan rapatnya untuk menenangkan pemikiran setiap kali dia berasa marah.

 

 

          Dari pandangan teori pembelajaran, kesemua jenis emosi adalah hasil daripada apa yang kita telah pelajari atau pengalaman. Kajian Miller telah membuktikan teori tersebut. Kajiannya dilakukan ke atas beberapa ekor tikus dengan menggunakan kejutan elektrik untuk mendorong perasaan ketakutan. Hasilnya, tikus-tikus tersebut menunjukan rasa takut yang tidak wujud sebelum ini.  Kajian Albert juga menerangkan manusia memperoleh perasaan takut melalui proses pembelajaran.

 

 

          Akhir kata, emosi merupakan sesuatu perasaan dan pemikiran pada seseorang individu yang mendorong kepada tindakan yang akan diambil olehnya. Oleh yang demikian, saya sedar bahawa pentingnya mengawal emosi dalam apa jua keadaan. Sekadar kecerdasan intelektual (IQ) yang tinggi tetapi kecerdasan emosional (EQ) rendah, kita tidak akan mendapat keseimbangan diri dan sukar untuk mendapatkan kebahagiaan hidup. Sesuatu emosi yang kita alami adalah sama dengan apa yang dialami oleh orang lain tetapi perbezaannya hanya pada reaksi dan tindakan yang kita lakukan terhadap emosi tersebut. 



Saya mempunyai seorang rakan sekolah menengah yang bernama LKH. Beliau seorang yang sangat bijak dan saya amat mengkaguminya. Beliau juga mendapat anugerah pelajar terbaik di seluruh sekolah berturut-turut selama lima tahun dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Namun setelah memohon untuk mendapatkan tempat di IPTA, kolej matrikulasi dan memohon untuk memperolehi biasiswa, beliau tidak mendapat sebarang tawaran dari mana-mana pihak. Sejak itu, LKH berasa sangat kecewa kerana merasakan beliau berhak mendapat lebih daripada itu memandangkan beliau berjaya memperolehi 12 A1. Ahli keluarga dan rakan-rakannya mencadangkan agar LKH menyambung pelajarannya ke tingkatan enam dan memberi peluang kepada dirinya sekali lagi. Walaubagaimanapun, kekecewaan beliau tidak berakhir dari situ. Beliau sering melarikan diri dari rumah dan tidak menghadirkan diri ke sekolah. Selepas keputusan STPM diumumkan, beliau membuat keputusan untuk mengulangi peperiksaan tersebut. Pengajaran yang boleh diambil ialah kita seharusnya tabah menghadapai cabaran sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi melalui pengawalan emosi dengan baik. Sekiranya emosi kita terkawal, nescaya kita boleh mengubahkan sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang positif dan berfaedah.

 

"There is no accidents… there is only some purposes that we have not understood." - Deepak Chopra

 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment