Monday, August 8, 2011

A129758 SUHAILA BINTI MOHD SAJALI ~~bahagia dengan cinta-MU

Salam dan semoga hari-hari saya akan lebih bahagia dan lebih indah. Amin. Tajuk kuliah pada hari ini adalah ekspresi wajah semula jadi iaitu teori Izard's. Izard menyatakan mekanisme saraf untuk ekspresi wajah dan persepsi untuk  ekspresi adalah semulajadi(innate). Izard juga menyatakan emosi adalah sesuatu yang semula jadi. Contoh yang membuktikannya adalah kajian mengenai bayi yang lahir terus boleh tersenyum dan kajian rentasan budaya. Kajian ' born to smile' telah menbuktikan  kewujudan ekspresi emosi ketika lahir, marah atau terkejut ketika berumur 3-4 bulan, ekspresi kepuasan hati pada umur setahun, dan mempunyai perasaan bersalah pada kanak-kanak yang berumur  2 tahun. Namun ada pengkritik yang menyatakan bahawa senyuman bayi tidak bermakna mereka gembira.
Mengenai kajian rentasan budaya, apa yang saya faham adalah kajian Ekman ini telah dilakukan di US, Brazil,Chile, Argentina dan Jepun. Kajian ini memerlukan subjek melihat foto yang mempunyai ekspresi wajah seseorang dan subjek perlu menilai apakah jenis emosi yang ditunjukkan dalam foto tersebut. Kajian mendapati bahawa kelima Negara tersebut mempunyai penilaian yang sama pada foto tersebut. Contohnya orang tersenyum  melambangkan seseorang itu gembira.
Pada tahun 1994, Paul Ekman meyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Melalui kajian menunjukkan wajah gembira(95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut. Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.
Peranan dalam pembelajaran dan pengalaman boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengalaman yang dilihat dari segi biologi dan pengalaman yang dilihat dari segi teori pembelajaran. Jika dilihat dari segi biologi, emosi contohnya takut dihasilkan oleh pengaktif berbeza dalam diri setiap individu yang berbeza. Pengaktif yang menghasilkan perasaan takut dalam setipa diri individu yang berbeza adalah hantu,anjing, ketinggian dan lipas. Selain itu, proses kognitif adalah berbeza diantara setiap manusia. Sebagai contoh apabila guru membuat kuiz ilmu, kawan kita merasakan itu merupakan bebanan dan tidak disukai tetapi kita pula merasakan kuiz ilmu itu merupakan salah satu peluang untuk kita memperbaiki gred keputusan kita sendiri.
Mengenai teori pembelajaran pula mereka menyatakan  semua emosi telah dan perlu dipelajari.Sekarang saya ingin menjelaskan mengenai kuliah yang kedua yang telah saya pelajari pada hari ini iaitu emosi yang positif. Perkara yang paling kita inginkan dalam dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah gembira, bahagia dan kasih. Definisi  kegembiraan adalah emosi atau perasaan yang dikriteriakan seperti nikmat, seronok, dan kepuasan.Bahagia bagi saya adalah apabila nikmat yang diberikan oleh Allah, saya gunakan dengan penuh kesyukuran. Saya amat bahagia sekiranya saya dikurniakan kesihatan yang cukup baik buat masa ini. Kebahagiaan sangat abstrak bagi pandangan setiap individu. Ada yang berasa bahagia apabila sang kekasih mengucapkan aku cinta padamu, ada yang bahagia jika disamping keluarga, ada juga yang bahagia apabila mendapat kenaikan pangkat.
Pada tahun 1995, Veenhoven melakukan kajian bahawa kebahagiaan atau kegembiraan adalah berbeza dari sesebuah Negara dengan Negara yang lain. Pada tahun 1995, Diener et al melaporkan bahawa budaya asia mengalami kurang rasa bahagia  manakala pada tahun 1987, Argyle menyatakan bahawa orang yang paling gembira adalah mereka yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah. Dalam kuliah pembelajaran saya ini, pensyarah saya memberitahu bahawa manusia yang mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, lebih mudah untum menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, semasa saya di tahu pertama dalam kursus perubatan, saya akui memang sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang baru, maka saya sering dapat markah yang kurang memuaskan. Namun, setelah saya berusaha untuk menyesuaikan diri dengan rentak pembelajaran yang baru, saya boleh menimba ilmu sedikit demi sedikit sehinggalah saya stabil saat ini dalam pembelajaran saya.
Pada tahun 1993, Rim menyatakan sesiapa yang ada cara menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dengan efektif maka mereka lebih mudah untuk rasa bahagia dan gembira. Pada tahun 1992, Kozma et al menyatakan bahawa kegembiraan terbahagi kepada 2 komponen iaitu tahap keberkesanan jangka masa panjang dan tahap keberkesanan jangka masa pendek. Freud juga menyatakan bahawa hubungan kita bersama ibubapa semasa kita di zaman kanak-kanak adalah perkara penting dalam mengenalpasti kebahagiaan. Pada tahun 1987,Argyle membuat kajian dan mendapati peratus yang paling banyak dalam peristiwa hidup yang positif adalah jatuh cinta iaitu sebanyak 78%.
Bahagia dan perkahwinan adalah tajuk yang saya tunggu-tunggu untuk dikupas. Pada taun 1981, Vanfossen menyatakan bahawakedua-dua wanita dan lelaki boleh dikatakan bahagia kesan daripada perkahwinan. Orang yang berkahwin lebih bahagia daripada bujang. Persoalannya mengapakah ini boleh berlaku? Jawapannya adalah sekiranya berkahwin peluk kasih antara suami isteri dapat mencambahkan lagi hubungan cinta. Selain itu, penghargaan yang selalu diberikan sama ada daripada suami atau isteri dapat menguatkan lagi semangat dalam diri seseorang. Kemudian, sekiranya berkahwin, perhatian yang lebih boleh diterima oleh pasangan masing-masing jika dibandingkan dengan orang bujan tidak dapat perhatian yang lebih dari sesiapa. Persefahaman suami isteri boleh mengelakkan dari pertengkaran dan pasangan dapat menyelesaikan masalah bersama-sama berbanding dengan si bujang perlu selesaikan masalah sendiri. Sekirannya orang yang berkahwin dilanda masalah, mereka dapat mengadu dengan pasangan mereka. Selain itu, mereka yang berkahwin mempunyai keluarga seperti anak-anak yang bias menggembirakan lagi hati mereka. Setiap pasangan juga dapat membimbing untuk satu sama lain dalam meniti kehidupan yang lebih mencabar.
Pada tahun 1987, Argyle memberitahu factor-faktor lain yang membuatkan kita bahagia adalah seperti kesihatan, persahabatan,kerja,rekreasi serta penghayatan agama. Orang yang alim atau kuat agama adalah orang yang gembira dan kurang stress. Rujukan pertama adalah kaji selidik telah dilakukan oleh Gallup dan mereka telah mengkonklusikan bahawa orang yang kuat agamanya lebih bahagia dua kali ganda daripada orang yang tidak alim. Rujukan kedua adalah analisa telah dilakukan sehingga 200 kajian sosial dan mendapati orang yang kuat agama ada risiko yang rendah untuk tertekan dan penyalahgunaan dadah serta sedikit bilangan membunuh diri dan dilaporkan berpuas hati dengan hidup dan hidup sihat.
LOVE. Kasih sayang. Semestinya setiap manusia di atas muka bumi ini menginginkan cinta tidak kira dari yang Maha Esa atau manusia biasa. Semasa saya menaip jurnal ini telinga saya sedang didendangkan dengan alunan lagu-lagu cinta siti nurhaliza. Masing-masing menginginkan sebuah perasaan cinta yang cukup indah begitu juga dengan diri saya. Walaupun saya masih belum merasai apa itu cinta dari pasangan yang bakal menjadi milik saya tetapi saya yakin saya akan dapatkannya pada suatu masa nanti. Cinta disertakan dengan  beberapa kualiti iaitu perasaan ikatan, prihatin dan kepercayaan.
Sebagai konklusi, ingin saya katakan buatlah sesuatu yang membahagiakan diri anada. Sekian, salam.
 

No comments:

Post a Comment