Monday, August 8, 2011

A131463 Choo Li Yong LJ02: Kegembiraan dan Kebahagiaan

            Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Ahmad Zamri Mansor dan juga sahabat-sahabat yang membaca jurnal saya. Jurnal ini merupakan ringkasan tentang idea dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui kuliah kedua bagi subjek pengurusan emosi. Tajuk kuliah pada 3 Ogos 2011 ialah Emosi Positif, seperti kuliah minggu yang lalu, kami telah dipertontonkan dengan satu video pada permulaan kuliah. Video itu merupakan satu video muzik yang bertajuk"You Came To Me" yang dinyanyikan oleh Sami Yusof. Walaupun saya bukan seorang muslim, tetapi saya juga dapat menghayati nilai-nilai murni yang begitu bermakna yang ingin disampaikan oleh video ini. Video ini menceritakan bagaimana seorang muslim merintangi masalah hidup terutamanya emosi negatif seperti sunyi dan kecewa melalui pengangan agama yang kukuh iaitu pengabdian diri kepada Allah swt. Apa yang dapat saya belajar daripada sini ialah, pegangan agama yang ikhlas merupakan satu cara untuk membangkitkan semangat dan bebas daripada emosi negatif. Hal ini sama dengan selidik oleh Gallup, dari National Opinion Research centre dan Pew Organisation yang mengatakan orang yang berpegang kepada agama dan merupakan umat setia biasanya lebih gembira daripada mereka yang tiada pegangan agama. Selain itu, umat setia mempunyai kadar yang rendah untuk mendapat penyakit kemurungan, bunuh diri atau penglibatan diri dalam penyalahgunaan dadah daripada orang lain.

           Seterusnya saya ingin membuat sedikit ringkasan tentang  apa yang telah saya pelajari tentang sambungan kuliah minggu lepas, iaitu Struktur dan Ekspresi Emosi. Saya telah mempelajari teori "Izard's Innate facial expression dan juga "learning and Experience Theories". Dalam teori "Izard's Innate Facial Expression", satu konsep iaitu emosi merupakan sesuatu yang semula jadi telah diperkenalkan. Teori ini mengatakan bahawa pembelajaran selepas lahir hanya mempunyai kesan yang sangat kecil dalam pengalaman emosi. Teori ini telah dibuktikan melalui dua kajian, iaitu "Newborn's 'born to smile' studies" dan "cross-cultural studies". Kajian ini dilakukan ke atas bayi yang baru dilahirkan untuk mengkaji bahawa mereka bererti senyum atau tidak dan kajian merentasi budaya. Kajian ini menunjukkan bahawa bayi tahu untuk bersenyum setelah lahir. Apabila mereka membesar, perasaan marah dan terkejut akan ditunjukkan pada umur lima atau enam bulan, mempunyai perasaan malu dan takut apabila berumur satu tahun dan juga rasa puas. Pada umur dua tahun, mereka akan mula berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang salah. Semua emosi ini dapat dipaparkan melalui ekspresi muka mereka. Walaubagaimanapun, kajian ini juga terdapat kritikan, sebagai contoh, senyuman bayi itu tidak semestinya melambangkan emosi yang gembira, mungkin ini hanya satu tindak balas bayi yang tidak bermakna.

            Kajian yang kedua merupakan "cross-cultural studies", hal ini merupakan kajian Ekman yang melibatkan US, Brazil, Chile, Argentina dan Japan. Dalam kajian ini, gambar photo yang mempunyai pelbagai ekspresi muka dan bertanya kepada subjek untuk mengenali emosi yang ditunjukkan dalam setiap gambar photo. Tetapi kajian ini juga mendapat kritikan yang mengatakan bahawa semua negara yang dipilih untuk menjalankan kajian tersebut merupakan negara maju dan kebanyakkan rakyatnya mempunyai tahap kependidikan yang tinggi. Hal ini bermaksud bahawa mereka mempunyai lebih banyak pengetahuan dan mereka dapat menjawab soalan dengan lebih mudah. Oleh itu, Ekman meneruskan kajiannya di negara-negara yang lain iaitu New Guinea dan Borneo. Kesimpulannya, keputusan kajian telah menyokong apa yang dipercayai oleh pengkajinya.

            Dengan kajian tersebut, Paul Ekman(1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Beliau berpendapat bahawa ekspresi emosi tidak semestinya semua bersifat semula jadi kerana ekspresi emosi juga boleh dipengaruhi oleh pengalaman hidup atau budaya seseorang itu. Analisa tentang gambar-gambar photo ekspresi muka (Pilowsky dan Katsikitis, 1994) juga terlibat dalam kajian-kajian Ekman di Borneo dan New Guinea yang disebut di perenggan di atas. Beliau mendapati bahawa rupa-rupanya wajah gembira lebih dominan dan lebih mudah untuk dikenal pasti kalau dibandingkan dengan eskpresi takut. Terdapat juga kajian lain yang menyokong konsep Ekman, iaitu kajian Scherer dan Wallbott (1994) yang melibatkan kawasan yang luas, iaitu 37 buah negara dan 5 buah benua di seluruh dunia. Mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah stabil dan mantap. Hal yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal oleh minda seseorang, tetapi bukan bagaimana emosi itu dihasilkan. Apa yang dapat saya kaitkan dengan pengalaman sendiri ialah, semua orang pasti akan berasa sedih apabila mendapat keputusan yang kurang memuaskan(penghasilan emosi sama), tetapi sesetengah orang menangis manakala sesetengah orang seperti saya biasanya akan mengawal ekspresi muka dengan muka yang mungkin kelihatan muram sedikit sahaja(pengawalan emosi).

            Seterusnya saya ingin membincangkan teori yang ketiga, iaitu"Learning and Experience Theories". Teori ini boleh dibahagi kepada dua bahagian besar, iaitu berasaskan teori pempelanjaran dan pandangan biologi. Plutchik mengatakan bahawa emosi merupakan satu ekspresi daripada potensi genetik seseorang dan kita hanya dapat mengubahkannya melalui pembelajaran. Di samping itu, Matsumoto pula mengatakan bahawa emosi setiap orang adalah sama tetapi perbezaan yang sedikit wujud, hal ini dipengaruhi oleh pengalaman budaya. Izard juga berpendapat bahawa bayi belajar tentang keadaan sekelilingnya melalui emosi. Seperti yang telah dipelajari pada minggu lepas, saya tahu bahawa emosi berlaku disebabkan oleh sesuatu rangsangan dan proses kognitif terhadap rangsangan itu berbeza mengikut orang yang berlainan. Jadi, emosi itu merupakan sesuatu yang semula jadi tetapi dapat dipengaruhi oleh pembelajaran dalam kehidupan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian Miller yang menunjukkan bahawa semua tikus dapat mempelajari perasaan takut. Kajian Albert juga mempunyai conclusi yang sama.

            Selepas itu, kuliah kami diteruskan dengan tajuk ketiga: Emosi Positif, iaitu emosi gembira, bahagian, dan kasih. Kebahagian merupakan sesuatu perasaan keseronokan, kepuasan dan keamanan. Banyak konsep seperti yang dinyatakan oleh Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills untuk menjelaskan maksud "happiness" ini. Sebagai insan yang normal, kita akan senyum atau ketawa apabila berasa gembira atau kelawak. Beberapa penyelidikan telah dibuat untuk mengkaji tentang kegembiraan dalam manusia. Contohnya penyelidikan "cross-culture studies" dan "Asian cultures". Penyelidikan ini menunjukkan orang yang paling gembira berasal dari Amerika Utara, Australia dan Europe. Dan kajian juga menunjukkan bahawa orang yang senang menyesuaikan diri terhadap sesuatu situasi adalah orang yang lebih gembira dan bahagia. Hal ini dapat dilihat dalam Fakulti Perubatan kita, pelajar yang dapat memahami konsep kuliah dengan cepat dan dapat menghafal fakta-fakta perubatan dengan mudah biasanya mempunyai tekanan yang lebih rendah berbanding dengan pelajar yang lain. Mereka dapat menguasai apa yang dipelajari dan peluang untuk mengalami emosi kecewa, sedih, gementar atau risau lebih rendah. Jadi tidak hairanlah mereka lebih gembira dan bahagia.

            Seterusnya, menurut Kozma gembira mempunyai 2 komponen iaitu "long term affective states" dan Short term effective states". Apa yang dimaksudkan oleh "long term effective states ialah latar belakang diri yang selalunya mempunyai emosi yang stabil dalam satu jangka masa yang panjang(bulan atau tahun). "short term affective states" pula menunjukkan kegembiraan berdasarkan peristiwa yang kebelakangan dalam hidup seperti mendapat A dalam peperiksaan atau mendapat anak baru yang sihat. Kegembiraan haruslah berhasil daripada gabungan kedua-dua jenis kegembiraan ini. Antara rangsangan yang menghasilkan perasaan gembira merangkumilah kasih sayang, persahabatan, pegangan agama(seperti yang disebutkan dalam perenggan pertama), kesihatan dan persekitaran. Kasih sayang juga menghasilkan kepercayaan antara satu sama lain, Saya memang bersetuju dengan konsep ini kerana orang yang saya paling sayangi dan percayai adalah yang sama, iaitu ahli keluarga saya. Persahabatan yang kukuh pula memberikan saya keyakinan untuk melakukan sesuatu kerana saya tahu bahawa mereka akan menolong saya sekiranya saya mempunyai masalah. Keadaan kesihatan yang baik mengizinkan saya melakukan kerja dengan penuh semangat, dan perasaan selesa juga akan menenangkan hati saya. Apa yang memang menarik adalah isu yang dibangkitkan oleh salah seorang sahabat kita, dia bertanya dalam kuliah bahawa "adakah orang yang gembira menghasilkan persekitaran yang bahagia atau persekitaran yang bahagia menyebabkan  seseorang itu berasa bahagia?" Bagi saya, kebahagiaan memang bergantung kepada diri sendiri. Hal ini kerana kalau seseorang itu selalui berfikiran negatif dan menganggap apa yang dialaminya pun tidak baik, walaupun persekitarannya memang gembira, dia tetap tidak dapat merasai.Jadi saya berpendapat bahawa, hanya orang yang gembira (kerana cara dia mentakfsir keadaan) dapat menghasilkan persekitaran yang bahagia dan berupaya untuk menikmati kebahagiaan itu. Hal ini seterusnya telah menjelaskan kenapa kekayaan tidak dapat menjamin kebahagiaan seseorang kerana kekayaan itu hanya faktor luaran tetapi tidak dapat menjamin ketenangan minda.

            Kesimpulannya, saya telah mempelajari beberapa teori yang menganalisakan emosi dan juga emosi positif yang begitu menarik sekali. Contohnya, keluarga dan perkahwinan telah memainkan peranan yang begitu penting dalam kebahagiaan kita. Selain itu, kuiz yang telah diadakan juga membantu saya mengimbas semula apa yang telah dipelajari dalam minggu yang lalu. Kuliah minggu ini memang menarik sekali dan saya tidak sabar-sabar hendak mempelajari tentang Emosi Negatif dalam kuliah yang akan datang.


No comments:

Post a Comment