Selamat sejahtera. Pada 3 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadirkan diri ke kuliah ketiga di DK 1. Berdasarkan ilmu pengetahuan dan pendedahan saya pada kuliah tersebut, sekali lagi saya akan menulis jurnal kedua. Pada kuliah hari tersebut, kami telah didedahkan kepada satu video pendek dari "You Tube" yang bertajuk "You Came To Me" yang dipersembahkan oleh Sami Yusof. Video ini berkaitan serba sedikit dengan agama Muslim. Dalam kuliah tersebut, kami juga telah deperkenalkan kepada teori "Izard's Innate Facial Expression". Teori ini berkaitan dengan dengan penyataan bahawa emosi adalah sesuatu yang semulajadi sifatnya manakala pengalaman adalah sesuatu proses pembelajaran saja. Sebagai contoh, seorang bayi yang dilahirkan mempunyai emosi seperti gembira, sedih dan marah tanpa perlu diajar oleh orang tuanya. Ini adalah sesuatu yang berlaku secara semulajadi kepada setiap individu. Walaupun seorang bayi tidak mampu meluahkan perasaannya melalui kata-kata, ia mampu menggunakan ekpresi mukanya untuk memyampaikan perasaannya. Sebagai contoh, seorang bayi akan menangis sebagai tanda ia sudah lapar atau ia mengingini perhatian dan kasih sayang orang tuanya. Seorang bayi juga akan sentum atau ketawa apabila ia berasa gembira. Seseorang itu akan memperoleh pengalaman dalam sesuatu perkara sekiranya dia sendiri melaluinya. Sebagai contoh, seorang gadis hanya akan memgetahui betapa besarnya pengorbanan ibunya apabila dia sendiri menjadi seorang ibu suatu hari nanti.
Selain teori di atas, terdapat juag toeri-teori lain yang pernyataaannya menyatakan bahawa emosi berkaitan dengan proses perbelajaran dan pengalaman seseorang itu. Teori lain sebagai contoh "Learning & Experience" pula mempunyai pernyataan yang berlainan dengan teori "Izard's Innate Facial Expression". Teori ini menyatakan bahawa pengalaman terdiri daripada pandangan biologi dan juga pembelajaran. Dalam pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang amat sedikit dalam emosi. Kaedah ini bersetuju dengan teori "Izard's Innate Facial Expression" yang menyatakan bahawa emosi itu adalah sesuatu yang berlaku secara semulajadi tanpa perli diajar dan unik bagi setiap individu walaupun anak kembar. Ini kerana setiap insan mempunyai perasaan dan emosinya yang tersendiri. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mengemari coklat tetapi adiknya mumgkin tidak menyukai coklat. Begitu juga, sekiranya seseorang itu takut akan kegelapan dan tidak dapat tidur tanpa lampu tidur, tidak semestinya adik-beradiknya atau semua orang di dalam dunia ini takut akan kegelapan. Dalam pandangan pengalaman dari segi pembelajaran pula, pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi emosi sesorang itu. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu terselamat dari suatu kebakaran yang mengorbankan semua sesi keluarganya, pengalaman atau perkara itu akan mempunyai kesan yang amat mendalam dalam seseorang itu sehingga dia takut apabila melihat saja api. Begitu juga, sekiranya seseorang itu pernah didera atau diseksa, perkara itu juga akan mempunyai kesan yang mendalam dalam inidividu tersebut sehingga mempengaruhi emosi dan perasaannya untuk jangka masa yang panjang.
Dalam kuliah yang lepas, kami juga telah mempelajari "Emosi Positif" yang berkaitan dengan emosi kegembiraan, kebahagiaan dan kasih. Emosi "Kebahagian" itu adalah sesuatu perasaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan keseronokan, kepuasan dan keamanan. Teori "Aristotle dan Plato" banyak menjelaskan maksud 'Kebahagian' yang sebenarnya. Beberapa penyelidikan-penyelidikan telah dijalankan untuk mengenal pasti dan mengkaji hubungan antara kegembiraan dalam manusia. Sebagai contoh penyelidikan yang telah dijalankan adalah penyelidikan "cross-culture studies" dan "Asian cultures". Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti statistik di manakah asal orang yang paling gembira. Kajian ini telah menunjukkan bahawa mereka yang paling gembira berasal dari Amerika Utara, Europe dan Australia. Selain daripada itu, kajian ini juga membuktikan bahawa orang yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat kepada sesuatu persekitaraan yang baru ataupun terhadap sesuatu situasi merupakan orang yang lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Perkara ini dapat diaplikasikan dalam setiap individu. Sebagai contoh, apabila saya baru masuk ke kursus perubatan di UKM, saya amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Terdapat terlalu banayk nota-nota yang perlu dibaca dan difahami untuk mendapat keputusan yang memuaskan. Keadaaan ini menyebabkan saya tidak gembira dan bahagia untuk suatu jangka masa sehingga saya belajat untuk menguruskan masa saya dengan lebih baik dan efektif agar tidak membuang masa yang amat penting. Saya percaya ini tidak berlaku kepada saya seorang sahaja. Mungkin sesetengah daripada kita dapat menyesuaikan diri dengan cepat tetapi juga ada yang tidak dapat berbuat demikian dengan cepat dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan asing bagi dirinya.
Menurut Kozma, emosi "Kegembiraan" mempunyai dua komponen. Dua komponen itu ialah "Short term effective states" dan "Long term affective states". Komponen "Short term effective states" membawa maksud bahawa kegembiraan adalah berdasarkan pengalamaan yang kita alami dalam kehidupan kita. Komponen "Long term affective states" pula membawa maksud bahawa latar belakang sesorang itu mempengaruhi emosi yang stabil untuk suatu jangka masa yang agak panjang. Dalam Teori " Tomkin's Facial Feedback", teori ini berkaitan dengan sebab sesuatu emosi atau perasaan itu wujud dalam diri sesorang itu. Sebagai contoh, mengapakah seseorang itu berasa marah, kecewa, sedih atau gembira. Setiap emosi dan perasaan uang dirasai oleh seseorang itu mesti ada sebabnya. Sebagai contoh, seseorang itu berasa marah apabila dirinya dipergunakan oleh orang lain untuk kebaikan seseorang itu. Dalam keadaan ini, orang tersebut marah kerana berasa dirinya telah dipermainkan oleh orang lain. Teori " Tomkin's Facial Feedback" juga berkaitan dengan pembentangan emosi seseorang itu melalui ekpresi mukanya. Keadaan ini amat benar kerana perasaan kita secara tidak langsung akan diperlihatkan melalui ekpresi muka kita. Sebagai contoh, apabila kita berasa sedih, kita tidak akan dapat senyum dan ketawa, sebaliknya muka kita akan murung dan kita kemungkinan besar akan menangis. Tetapi, keadaan ini tidak sama dalam para pelakon di mana mereka mampu mengawal perasaan dan emosi masing-masing dengan baik dan pada masa yang sama mereka mempelihatkan perasaan watak-watak mereka dengan begitu baik sekali untuk menghasilkan filem yang baik.
Dalam kuliah minggu lepas juga, kami telah menjalani subuah kuiz. Semasa kuiz ini, kami telah diberi masa tiga puluh saat untuk menyelesaikan suatu soalan yang diberikan. Kuiz yang pertama adalah meneka perasaan model-model dengan melihat ekpresi muka mereka. Saya rasa kuiz pertama ini amatlah senang kerana ekpresi muka setiap model jelas mengambarkan emosi mereka. Kuiz yang seterusnya amatlah susah dan saya dan kawan-kawan saya mengambil masa yang amat panjang untuk menentukan jawapan yang kami rasa paling tepat. Kami juga telah diberi jawapan kepada kuiz-kuiz ini unuk disemak dan kertas jawapan kami dengan nama kami telah dihantar.
Dalam kesimpulannya, saya telah mempelajari amat banyak mengenai emosi dalam kuliah ini juga. Seperti kuliah yang sebelum kuliah ini, kuliah ini juga sentuh tentang pernyataan bahawa ekpresi muka kita menunjukkan emosi dan perasaan kita. Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari bahawa perkahwinan juga akan mempengaruhi kebahagian seseorang itu. Saya juga sedar bahawa sebab setiap orang bahagia adalah berlainan. Sebagai contoh, sesorang individu itu bahagia apabila dapat makan dengan kenyang setiap hari manakala inidividu yang lain pula mungkin hanya akan bahagia sekiranya dapat membeli semua pakaian yang disukainya tanpa perlu melihat kemampuan ekonominya.
No comments:
Post a Comment