Assalamualaikum, hari ini tiba masanya saya ingin menulis jurnal yang kedua mengenai Emosi. Kawan-kawan pasti tahu apa yang ingin saya tulis? Tentunya berkisar dengan kuliah yang kita belajar minggu lepas, berkaitan dengan Izard's innate facial expression, mengenai Biological view, learning theory yang telah saya kupas sedikit dalam jurnal sebelum ini dan yang paling seronok mengenai EMOSI POSITIF. Kerana apa saya suka tajuk emosi positif ini? Kerana, ianya tiada banyak teori seperti kuliah sebelum ini. Hanya terdapat beberapa pandangan falsafah yang perlu dihafal iaitu Aristotle yang menyatakan kebahagiaan adalah mencapai kejayaan dan kesenangan; Plato pula mengatakan sumber kebahagiaan adalah kehidupan yang baik; walhal Epicurea memberi pandangan bahawa kebahagiaan adalah dengan memaksimumkan keseronokan danmengurangkan kesakitan; dan akhir sekali, Mills dengan pandangannya bahawa kebahagiaan adalah kesesuaian tingkah laku semua. Walaupun pandangan mereka berbeza, tetapi ianya memberi makna yang sama sahaja. Dalam erti kata yang mudah, kebahagiaan merupakan sesuatu kesenangan yang dianugerahi untuk semua orang. Kenyataannya, semua orang ingin mencari kebahagiaan dalam hidup mereka sendiri. Perbezaannya, cara mereka mengecapi kebahagiaan itu berbeza antara satu sama lain. Kebanyakan orang menganggap kebahagiaan itu akan dating dengan kekayaan. Namun pada pendapat saya, kebahagiaan itu boleh berdiri sendiri tanpa sebarang kriteria jika kita benar-benar mencari kebahagiaan itu.
Kembali pada topik emosi positif.Di dalam kuliah, ada mengatakan bahawa studi Lintas kajian budaya menunjukkan bahwa kebahagiaan berbeza dari satu negara ke negara lain. Ini adalah apa yang dikatakan oleh Veenhoven. Maklumat yang didapati di dalam Yahoo Travel, Negara yang paling bahagia adalah Norway. Menurutnya, ini adalah kerana mereka memiliki pendapatan per kapita tertinggi di dunia dan peruntukan kesihatan kedua tertinggi di negara ini. Sebanyak 94% rakyat gembira dengan kecantikan negara meraka. Benar, jika melihat gambar-gambar di Norway, sangat indah Negara mereka. Manakala tempat kedua bagi Negara yang paling bahagia adalah Denmark, Findland dan Australia. Maklumat yang didapati daripada Transperancy International Malaysia Malaysia pula menduduki tempat ke 56 dalam Negara paling bahagia. Wah, jauh betul negara kita ke bawah. Namun begitu, kita perlu sentiasa untuk mendapatkan emosi positif. Selain dapat merasakan nikmat kebahagiaan, kita perlu elakkan diri daripada mendapat Type A personality, di mana ianya buruk dan boleh menyebabkan penyakit kepada kita seperti darah tinggi.
"Historically it was believed that individuals with a type A personality were at a greater risk for the development of Cardiovascular disease."
Oleh itu, kita perlu kawal emosi kita supaya kita selalu mengalami emosi positif.
Apakah sebenarnya yang menentukan kebahagiaan kita? Di dalam kuliah, Dr. Zamri ada mengatakan bahawa terdapat 2 komponen yang menentukan kebahagiaan kita. Pertama, kebahagiaan jangka masa panjang dan kebahagiaan yang hanya seketika. Apa yang saya fahami, faktor yang menentukan kebahagiaan jangka maasa panjang adalah dengan cara kita perbaiki emosi kita dengan lebih stabil dari bulan ke bulan, tahun ke tahun. Ye, memang benar. Semakin kita matang, kita sebenarnya mempunyai emosi yang lebih stabil kerana dapat memikir dengan lebih rasional. Contohnya, pada zaman sekolah rendah, saya sering gaduh dengan kawan saya kerana tidak makan bersama di kantin pada waktu rehat. Tetapi sekarang, saya akan berfikir, perlukah saya merajuk atas sebab kecil itu? Itu yang saya maksudkan, dari tahun ke tahun, kematangan kita akan stabilkan emosi kita. Lalu, kita tidak menyimpan apa-apa perasaan kurang senang, dan akhirnya, kita merasakan kebahagiaan.
Oleh itu, kita perlu kawal emosi kita supaya kita selalu mengalami emosi positif.
Apakah sebenarnya yang menentukan kebahagiaan kita? Di dalam kuliah, Dr. Zamri ada mengatakan bahawa terdapat 2 komponen yang menentukan kebahagiaan kita. Pertama, kebahagiaan jangka masa panjang dan kebahagiaan yang hanya seketika. Apa yang saya fahami, faktor yang menentukan kebahagiaan jangka maasa panjang adalah dengan cara kita perbaiki emosi kita dengan lebih stabil dari bulan ke bulan, tahun ke tahun. Ye, memang benar. Semakin kita matang, kita sebenarnya mempunyai emosi yang lebih stabil kerana dapat memikir dengan lebih rasional. Contohnya, pada zaman sekolah rendah, saya sering gaduh dengan kawan saya kerana tidak makan bersama di kantin pada waktu rehat. Tetapi sekarang, saya akan berfikir, perlukah saya merajuk atas sebab kecil itu? Itu yang saya maksudkan, dari tahun ke tahun, kematangan kita akan stabilkan emosi kita. Lalu, kita tidak menyimpan apa-apa perasaan kurang senang, dan akhirnya, kita merasakan kebahagiaan.
Yang kedua ialah faktor yang menentukan kebahagian pada jangka masa pendek. Kebahagiaan ini adalah kerana sesuatu perkara yang terjadi baru-baru ini.Contohnya, mendapat kejayaan dalam SPM. Kejayaan itu adalah satu kebahagiaan yang kita alami, namun adakah kebahagiaan itu kekal sampai sekarang. Mungkin apabila berada dalam jurusan perubatan ini, saya tidak pernah mendapat A, jadi saya akan bersedih. Tidak mungkin saya akan masih gembira dengan kejayaan SPm saya 3 tahun dulu. Benar kan? Selain itu, banyak lagi perkara yang menjadi factor kebahagiaan jangka masa pendek. Contohnya, menyambut hari lahir, berjumpa dengan sahabat lama, dan dapat menimang cahaya mata.
Menurut Freud pula hubungan kita dengan ibu bapa kita sewaktu kita masih kanak-kanak merupakan faktor penentu penting dari penyesuaian kemudian dan kebahagiaan.
Di dalam kuliah ada mengatakan bahawa, jatuh cinta mendapat peratusan yang paling tinggi 'positive life event'. Ianya mencatatkan sebanyak 78% orang bahagia kerana jatuh cinta. Ye, saya setuju kerana ianya fitrah manusia untuk bercinta. Dan apabila kita mengalami perasaan itu, di tambah pula dengan cinta kita yang terbalas, akan menambahkan rasa gembira di hati.
"When two people fall madly in love, the brain's pleasure centers are activated causing the release of few chemicals-dopamine, pheromones and serotonin. These chemicals are directly responsible for excitement, increased heart rate, lack of appetite and sleeplessness."
Ini sudah terbukti, apabila kita jatuh cinta, ada hormon dalam badan kita akan bertindak. Jadi, sememangnya kita akan gembira kerana tindak balas hormone itu kepada kita.
Di dalam kuliah Dr. Zamri, ada statistik yang menerangkan berkaitan perkahwinan dan kegembiraan.
Veroff et al (1981):
· 18.5% of divorce men & 15.5% of divorce women– very happy
· 25.5% of men singles & 18.5% of single women –very happy
· 35% of married men & 41.5% of married women –very happy
Ya, bagi saya ini juga berkait rapat dengan perasaan jatuh cinta yang saya ceritakan di atas tadi. Selain itu, sememangnya, fitrah manusia akan lebih gembira jika kita mempunyai teman yang dapat berkongsi segala rasa.
Setelah saya mengulas mengenai kuliah pada minggu lepas, saya ingin memberi pandangan sendiri mengenai kebahagiaan. Pertama sekali, kebahagiaan itu adalah sesuatu yang kita cari. Jika kita tidak cari, ia tidak akan dating sendiri walaupun orang di sekeliling kita cuba menggembirakan kita. Namun, dengan cara apakah kita mendapatkan kebahagiaan itu? Bagi saya, yang lebih utama adalah melalui agama dan kepercayaan kita. Tanpa agama, hilanglah segala rasa bahagia. Kita percaya, tuhan akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa yang mereka kehendaki. Selain itu, jika kita mengikut ajaran agama, pasti kita akan gembira dalam melakukan sesuatu. Bagi saya, apa gunanya jika kita bergembira dengan kehidupan di dunia, tetapi kita kosong dalam perisian ke akhirat.
Kedua, keluarga merupakan factor penting dalam kebahagiaan seseorang. Apa yang saya dapat lihat, mereka yang berasal daripada keluarga yang panas baran, mudah marah, akan turut mengikut sikap keluarganya lalu dia mudah beremosi dan mendapat perasaan yang buruk. Manakala, jika datang daripada sebuah keluarga yang penuh bahagia, toleransi dan kasih saying, mereka akan mudah merasakan kebahagiaan dalam hidup sehariaan mereka. Konklusinya, keluarga memainkan peranan penting membentuk anak-anak yang pandai menguruskan emosi.
Akhir sekali, faktor sekeliling yang menyumbang pada kebahagiaan adalah rakan-rakan, tempat tinggal yang selesa, dan hidup yang tenang.
Kesimpulannya, kita perlu bijak menguruskan emosi untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki.
No comments:
Post a Comment